Watashi no Tomodachi :D

Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life

You say : I'm alone in this world

God tells you : I'm here for you forever

You say : No one loves me
God tells you : I Love You forever

for Muslims, you can change the 'God' to more appropriate name. you know what i meant

Thursday, February 23, 2012

464 + 143 = Naj+Nini 17


“ ADIK,” panggil opah dari dapur. Tergesa-gesa Auni meninggalkan Najwan dan atuk yang sedang duduk di pangkin hadapan rumah. Mereka sedang leka menolong atuk meraut pelepah pokok kelapa. Kata atuk, dia nak buat penyapu lidi. Opah tersenyum apabila melihat lagak Auni yang agak kelam-kabut.

          “ Nah, bawa karipap ni ke pangkin. Opah nak buat air dulu,” kata opah. Auni mengangguk. Sepiring karipap yang masih panas dibawa ke halaman rumah. Najwan meletakkan pisau di atas pangkin. Dia menyusun batang-batang lidi yang sudah diraut itu. Atuk pula sedang leka mengikat lidi-lidi yang sudah disiapkannya.

          “ Atuk, bang,” panggil Auni. Piring yang berisi karipap diletakkan di hadapan atuk dan Najwan. Atuk menghentikan kerjanya, senyuman terukir pada wajah tua itu.

          “ Opah mana?” tanya atuk. Auni menunjuk pada dapur.

          “ Dapur. Opah kata nak buat air.”

          Atuk mengangguk mengerti. Dia bangun dari pangkin itu lalu mengajak Najwan mencuci tangan dahulu. Sudah agak lama Auni dan Najwan menolongnya meraut pelepah-pelepah itu. Sudah tiba masanya untuk berehat.

          Tidak lama kemudian, opah muncul dengan sedulang teh panas. Opah menyertai mereka bertiga di pangkin. Segera Auni mengambil tempat di sisi opah. Pantang ada peluang, mesti dia mahu bermanja dengan opah.

          “ Makanlah, Naj. Kamu belum rasa lagi karipap yang opah buat,” pelawa opah. Piring itu disorong ke hadapan Najwan. Najwan mengangguk. Senyumnya melebar. Auni pula mencebik.

          “ Alah, opah. Macamlah dia tak pernah makan masakan opah selama duduk kat kampung ni,” kata Auni. Najwan tersengih.

          “ Jealous ke sebab opah dah mula sayang abang ni?” tanya Najwan sekaligus mengundang tawa opah dan atuk yang mendengarnya. Sebelah keningnya diangkat manakala bibirnya tidak lekang daripada mengukir senyuman buat Auni.

          Pantas Auni menggeleng. “ No! I’m not jealous, okay?”

          “ Yeah? I don’t think so. You’re being jealous because atuk and opah like me better than you,” balas Najwan. Sekali lagi Auni menggeleng.

          “ No! Don’t be nonsense. I’m not jealous,” kata Auni lagi. Kali ini Najwan ketawa pula.

          “ Ala…”

          “  Korang berdua ni fikir atuk dan opah faham ke apa yang kamu berdua gaduhkan tu? Bosan atuk dan opah dengar kamu bergaduh ni. Sejak kamu berdua balik kampung ni, hidup atuk dan opah payah betul nak aman,” atuk mencelah. Opah tertawa. Dia mengangguk membenarkan kata-kata atuk.

          Auni dan Najwan saling berpandangan lama. Akhirnya, tawa mereka meledak juga. Atuk dan opah hanya mampu menggeleng melihat tingkah mereka berdua. Memang macam budak-budak.


NINI nak bawa abang ke mana ni? Siap dengan bekalan makanan dan beg pula tu,” tanya Najwan bosan. Sudah berulang kali dia menyoal isterinya namun Auni hanya menggeleng dan mengatakan ianya rahsia. Malah, sekarang dia yang menjadi pembonceng di belakang manakala Auni pula yang sedang mengayuh basikal sekarang.

          “ Nini!” panggil Najwan lagi. Auni membulatkan matanya lantas mengeluh. Dia menoleh sekilas pada Najwan. Bahaya kalau toleh lama-lama, dibuatnya basikal yang sedang dikayuh olehnya terlanggar bonggol jalan, buat malu aje kalau jatuh. Matanya kembali ditumpukan pada jalan di hadapannya.

          “ Abang ikut ajelah. Nini bukannya suka-suka nak bawa abang, dahlah abang tu berat lagi daripada Nini. Bila kita nak balik dari tempat tu, giliran abang pula bawa Nini,” balas Auni. Kedengaran keluhan suaminya namun Auni hanya pekakkan telinga.

          Basikal yang sedang dikayuh dibelok ke kiri. Najwan agak terpaku apabila menyedari apa yang sedang menantinya di hadapan sana. Auni menghentikan kayuhannya lantas meminta Najwan turun. Najwan hanya menurut sahaja.

          “ Sini ke Nini nak bawa abang?” tanya Najwan. Matanya tidak lepas daripada melihat apa yang berada di hadapannya dengan Auni kini. Auni mengangguk pantas. Dia ketawa kecil.

          “ Tempat kegemaran Nini kalau balik kampung. Abang tentu tak tahu tempat ni, kan? Sebab abang jarang balik kampung,” kata Auni. Dia menarik Najwan berlari ke arah air terjun itu.

          Air terjun di kampung itu masih jernih airnya. Penduduk kampung amat menjaga kebersihan tempat itu sebagai tempat untuk beriadah. Selepas melipat kaki seluar panjangnya, Auni terus melompat masuk ke dalam sungai. Terpinga-pinga Najwan melihatkan aksi isterinya yang seakan-akan kanak-kanak berusia lima tahun yang gemar bermain air.

          “ Abang, tak nak join ke?” tanya Auni. Najwan menarik senyum. Dia turut melipat kaki tracksuitnya.

          “ Silap besarlah kalau Nini fikir abang tak nak join,” balas Najwan. Auni ketawa.

          Mereka sama-sama memerhatikan ikan-ikan yang sedang berenang dalam sungai yang jernih itu. Auni kelihatan agak teruja apabila ikan-ikan itu mengelilinginya yang sedang memberi cebisan-cebisan roti kepada ikan-ikan tersebut. Najwan mula ketawa melihatkan aksi Auni.

          “ Nini ni budak umur lima tahun ke? Senang betul teruja dengan benda macam ni,” kata Najwan dengan sisa tawanya. Auni mengangkat wajah. Dia mencebik.

          “ Ya, Inche Najwan, jangan dengki boleh tak?” balas Auni geram. Dia kembali menumpukan perhatian pada ikan-ikan yang kini berkumpul di kakinya pula. Najwan ketawa lagi.

          Sesudah bermain air, Auni mengajak Najwan naik ke tebing. Dia menghamparkan tikar kecil yang dibawa. Bekalan manakan disusun di atas tikar. Mereka berdua duduk bersila.

          “ Abang tak tahu pun yang kampung ni ada air terjun. Siti tak pernah cakap pun,” cerita Najwan sambil mencicah keropok lekor yang dibawa pada sos cili. Auni yang sedang mengunyah karipap memandang suaminya.

          “ Siti memang tak pernah beritahu abang ke?” tanya Auni. Suaminya menggeleng.

          Dia memang menjangkakan perkara seperti itu. Sama ada Siti tidak pernah memberitahu Najwan atau Najwan terlupa yang Siti pernah memberitahunya. Najwan pantas menggeleng.

          “ Nini jangan fikir Nini lagi lama kenal kampung ni, tau? Abang tinggal dengan Siti masa mummy dan baba di UK. Cuma, yalah, nak kenal sangat dengan kampung ni tak boleh juga sebab abang SBP dulu,” kata Najwan. Auni mengangguk. Patutlah…

          Mata Najwan memerhati ke sekeliling tempat itu. Senyumnya ditarik.

          “ Orang kampung memang jaga betul ke tempat ni? Bersih betul abang tengok,” tanya Najwan. Auni mengangguk lagi.

          “ Haah. Memang penduduk kampung ni jaga kawasan ni. Nilah satu-satunya kawasan riadah yang paling menarik kat kampung ni. Orang luar pun ramai yang tak tahu pasal tempat ni sebab tempat ni tak dibuka untuk orang luar,” jelas Auni. Najwan tersenyum. Kali ini dia mencapai karipap pula.

          “ Baguslah kalau macam tu. Abang ingat lagi masa abang tinggal kat Jepun dulu, bersih betul negara tu. Walau plastik kecil pembungkus gula-gula pun mereka buang dalam tong sampah. Mereka memang jaga benar adab mereka. Bagi abang, orang Jepun memang punya nilai-nilai kehidupan Islam. Tengoklah cara mereka menghormati orang tua, rajin, sopan dalam perlakuan. Cuma mereka bukannya beragama Islam. Bagi abang, kalau mereka masuk Islam, tambah lagi dengan perlakuan beradab mereka sejak kecil lagi yang sebati dalam masyarakat mereka sendiri, memang makin tip top amalan mereka lepas ni. Sayangnya, kita tak dapat pratikkan semua tu di negara kita,” cerita Najwan panjang lebar. Auni agak khusyuk mendengarnya.

          “ Best tak tinggal sana? Kalau Jepun dan Korea, abang suka mana satu lagi?” tanya Auni. Kedua-duanya merupakan negara yang paling ingin dia kunjungi selain daripada Mekah dan Madinah.

Auni berminat untuk mengerjakan umrah, dia tertarik apabila melihat adegan dalam drama Nur Kasih saat penggambaran dijalankan di Tanah Suci Mekah itu. Kehidupan bermasyarakat di sana yang penuh dengan nilai-nilai keislaman menarik minatnya.

          Najwan diam sejenak. Matanya kembali pada wajah Auni. “ Abang lebih prefer Jepun. Kalau Korea, gerakan Kristian negara tu lebih aktif berbanding di Jepun. Kalau Nini betul-betul pandai jaga diri, tak apalah. Tapi, okey aje dua-dua negara tu. It’s not a big deal if you can keep your faith towards Allah.”

          Auni mengangguk. Dia tersenyum.

          “ Kalau ada masa, kita ke Mekah, nak? Nini nak sangat kerjakan umrah. Then, kita ke Jepun dan Korea pula. Nini teringin betul nak ke sana,” pinta Auni. Najwan mengangguk.

          “ Ai ai, my lady,” balas Najwan. Auni tersenyum lagi. Dia meneruskan kunyahannya.


TANGAN opah dan atuk disalami Auni. Najwan yang baru sahaja meletakkan beg pakaiannya dan Auni di dalam bonet belakang kereta berlari mendapatkan isterinya. Dia turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan opah dan atuk.

          “ Kami pergi dulu, jaga diri opah, atuk,” kata Najwan. Atuk mengangguk.

          “ Jaga diri kamu berdua juga. Bila ada masa, datanglah lagi. Atuk dan opah pun bukannya ke mana-mana. Tempat kami kat kampung ni aje,” pesan atuk sambil berseloroh. Najwan mengangguk. Dia mengukir senyum.

          “ Insya-Allah.”

          Auni pula sedang memeluk opah, seakan-akan sukar untuk berpisah dengan opah kesayangannya itu. Opah mengusap kepala cucunya itu. Wajah tua itu menarik senyum.

          “ Semua barang dah masuk kereta, kan? Karipap dan kerepek ubi tu opah dah bagi juga, kan?” tanya opah. Auni tertawa. Dia berpaling pada Najwan di sebelah.

          “ Awal-awal lagi Abang Naj bawa masuk kereta. Bimbang terlupa,” kata Auni. Tawa Auni disertai opah. Najwan hanya tersengih.

          “ Baiklah, atuk, opah. Kami pergi dulu, ya? Assalamualaikum,” kata Najwan. Opah dan atuk mengangguk. Salam itu dibalas perlahan. Mereka berdua memerhatikan sahaja Prius Najwan menghilang ke jalan besar kampung itu.

          Auni melambai pada atuk dan opah. Gembira benar sebab dapat meluangkan masa bersama-sama atuk dan opah selama seminggu. Apatah lagi sejak dia memasuki alam pekerjaan, sudah jarang-jarang benar dia pulang ke kampung.

          “ Nini~” mendayu suara Najwan memanggil si isteri di sisi. Auni menoleh sekilas. Perhatian suaminya masih lagi pada jalan raya di hadapan. Mereka baru sahaja memasuki jalan besar untuk ke bandar.

          “ Ya~” suara Auni sudah sama mendayu seperti suaminya. Najwan tergelak mendengarkan nada suara Auni.

          “  Semalam, abang ada terfikir pasal Ashraf dan Adda,” Najwan kembali membuka mulut. Auni pula hanya mendiamkan diri. Dia benar-benar berminat dengan apa yang ingin dikatakan oleh suaminya.

          “ Nini pernah kata yang Adda tu single lagi, kan?” Najwan mengerling sekilas pada Auni. Perlahan-lahan Auni mengangguk.

          “ Abang pun pernah kata yang Ashraf tu single juga, kan?” kata Najwan lagi. Sekali lagi kepala Auni terangguk-angguk.

          “ Abang fikir, abang nak satukan mereka berdualah. Apa pendapat Nini?” tanya Najwan berterus-terang. Serentak dengan itu juga rahang bawah Auni jatuh. Terlopong dia melihat pada wajah selamba suaminya.

          “ Nak… satukan mereka??? Abang ni biar betul?” tanya Auni tidak percaya. Najwan mengangguk tanda mengiakan. Auni tergamam.

          “ Takkanlah Nini lupa apa yang jadi dengan mereka masa kat hotel? Nini sendiri yang cakap Nini perasan yang si Ashraf tu asyik tengok Adda aje kan? Ke Nini dah lupa?” tanya Najwan. Dia menoleh pada wajah isteri tercinta. Lampu trafik sudah bertukar ke merah. Perlahan Prius berhenti di jalan raya.

          Berkerut dahi Auni mendengar kata-kata suaminya. Dia langsung terlupa akan apa yang sudah dilihatnya itu. Lama dia mendiamkan diri sebelum tanpa dijangka dahinya menjadi mangsa tepukan tangan kanannya.

          “ Haahlahcamnelah Nini boleh lupa. Apalah,” Auni merungut sendirian. Najwan ketawa lantas mencuit hidung isterinya.

          “ Takkanlah isteri abang dah kena alzhemeir? Abang yang baru 27 tahun ni pun kuat lagi ingatan,” usik Najwan. Auni hanya mencebik. Tangan suaminya ditepis perlahan.

          Kalau masuk bab mengata aku, nombor satu! Benci!

          “ Kalau kena alzhemeir pun, isteri abang juga kan?” rungut Auni. Najwan ketawa lagi. Matanya kembali tertumpu pada jalan raya di hadapannya. Kenderaan-kenderaan lain bergerak menyusuri jalan raya. Sekejap lagi, mereka akan memasuki lebuh raya.

          “ Jadi… kalau betul abang nak matchmaking diorang tu, apa plan abang?” Auni melanjutkan pertanyaan. Najwan mendiamkan diri. Dia menarik senyum meleret. Bahunya dijongketkan.

          “ Entah.”

          Dahi Auni berkerut lagi. Entah apalah yang suaminya rancangkan. Bukan boleh percaya sangat pada otak suaminya itu. Bermacam-macam idea yang pelik boleh difikirkan olehnya.

Auni kembali mendiamkan diri. Matanya turut tertumpu pada jalan raya di hadapan. Dia membiarkan sahaja Najwan dengan idea-ideanya. Bila tiba masanya, barulah dia akan turut serta bersama-sama suaminya demi menjayakan idea Najwan itu.


ASHRAF dan Fritz keluar dari gelanggang futsal bersama-sama sahabat mereka yang lain. Mereka berdua mengatur langkah menuju ke kafe yang sudah tersedia di kawasan permainan futsal itu. Sahabat-sahabat mereka yang lain ditinggalkan di belakang.

          “ Bila Qimi balik dari honeymoon?” Fritz melanjutkan pertanyaan selepas melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Ashraf tersengih sahaja. Dia menjongket bahu.

          Di tangan masing-masing tergenggam setin 100 Plus. Minuman istonik itu menjadi pilihan mereka selepas mengeluarkan peluh di gelanggang futsal. Isotonik dapat mengimbangkan kembali kandungan bendalir di dalam badan.

         “ Kau fikir aku ni bini dia jugak ke tahu bila dia balik dari honeymoon?” Ashraf berseloroh. Fritz ketawa. Lelaki berbangsa Cina itu menggelengkan kepalanya. Tin 100 Plus dibawa ke bibir.

          “ Kau kan jiran dia. Lepas majlis Qimi dulu, dah lama aku tak jumpa dia. He looks really happy with his lady. Tak sangka aku, diam-diam si Qimi, kahwin jugak dia,” kata Fritz. Ashraf ketawa sakan.

          “ Aku pun tak sangka. Biarpun dia tak bercinta pun dengan perempuan tu sebelum ni, tapi nampak gaya Qimi memang betul-betul sayangkan his lady. Qimi’s Auni should be proud. Qimi tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan pun sebelum ni,” Ashraf mengeluarkan pendapatnya. Tawanya masih lagi bersisa.

          “ Kau pulak bila nak kahwin? Qimi dah kahwin, aku pun dah ada anak sorang. Tinggal kau aje,” kata Fritz. Lelaki itu sebaya dengan mereka bertiga, namun Fritz sudah lama berkahwin dengan Genevieve. Anak tunggal mereka, Alicia sudah pun menjangkau usia dua tahun.  

         Ashraf agak terkedu mendengarkan kata-kata Fritz. Namun, senyum Ashraf makin meleret. Di mindanya kini hanyalah terdapat bayangan seseorang yang terasa sudah menambat hatinya.

          “ Tak lama lagi kot.”

          Tin 100 Plus kembali dibawa ke mulut. Hatinya mula berbunga mekar.
           

4 lovely words :):

eyqa amin said...

1st time drop cnie...kemain bnyk pic retis korea...foso kamo0 nie k-Pop kn...lol :p

Haruno Hana 하나 said...

Eyqa : haha~ boleh la nk kata minat.. hehe

Eimma said...

hehhe.. best2... kemain lagi najwan usik nini ye? ahahah..

haz hany said...

terkejut tgk blog ni...
teruju tgk ooooaa...
sy follow cni..
kalau sudi follow la sy..hehehe...newbie

http://hazhatikuxlgkemek.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...