Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Sunday, September 22, 2013

464 Untuk Nini Bab 22



PANTAS kaki Adda menuju ke arah Auni yang baru sahaja keluar daripada Prius Najwan. Tidak sabar mahu berjumpa dengan sahabatnya itu setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Langkahnya diperlahankan apabila melihat Auni sudah memasuki lobi bangunan yang menempatkan firma arkitek dan hiasan dalaman milik Encik Adam serta beberapa buah syarikat yang lain.

          “ Awal-awal pagi lagi kau dah cari aku?” tanya Auni sambil tersengih. Adda tergelak perlahan.

          “ Sejak kau tak ada ni, demam rindu aku dibuatnya. Dulu asyik berkepit aje dengan kau, sekarang dah tak bolehlah,” kata Adda. Auni turut ketawa.

          Mereka berdua beiringan menuju ke lif. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 8:15 pagi. Masih terlalu awal. Para pekerja lain pun masih belum kelihatan. Yang sudah sampai barangkali berada di kafe di tingkat bawah untuk bersarapan.

          “ Apa cerita kau honeymoon? Puas betul aku sejak kau tak ada. Nak buat apa-apa pun aku asyik tersekat aje,” Adda mula mengadu, siap dengan gayanya sekali. Auni tersengih. Tahu benar perangai Adda yang gemar mengada-ngada apabila moodnya sudah terlebih baik.

          “ Biasa-biasa aje. Kalau kau nak tahu, kau kahwinlah cepat-cepat,” Auni mula mengusik. Adda menarik muncung.

          “ Calon pun tak ada lagi, nak kahwin macam mana?” rungut Adda. Senyum di wajah Auni makin meleret. Dia teringatkan perbualannya bersama-sama suaminya tempoh hari.

          “ Kalau kau nak, aku boleh carikan. Ramai kawan hubby aku yang berminat dengan kau,” Auni makin galak mengusik. Sengaja dia tekankan pada perkataan ‘kawan hubby aku’.

Pantas Adda menggeleng. Merah pipinya dek usikan Auni. Adda jarang begitu. Itulah punca Auni kian galak mengusik Adda. Seakan-akan ada perkara yang sedang disorokkan oleh sahabatnya itu.

          “ Tak nak aku. Entah-entah kau cari yang botak untuk aku,” rungut Adda dengan wajah yang masih merona merah. Auni menyeringai.

            “ Ashraf? Ashraf okey apa? Suka aku tengok kau dengan dia,” kata Auni lagi. Kali ini bertambah merah pada pipi Adda. Pantas Adda menggeleng.

“ Ashraf? Apasal kau pergi jaja nama kawan husband kau ni?” Adda merungut.

“ Iya ke? Mana tau nanti kau kahwin dengan dia?” Semakin seronok Auni ingin menggiat Adda melihatkan reaksi mencurigakan Adda. Merah pada pipi Adda memang jelas kelihatan pada matanya.

         Adda hanya buat bodoh sahaja dengan usikan Auni. Auni hanya mampu menggelengkan kepala. Apalah yang disorokkan oleh Adda daripadanya. Pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah keluar beriringan ke pejabat. Semakin lama semakin ramai rakan sepejabat yang memenuhi tingkat itu.


PINTU pejabat ditolak perlahan. Mata Najwan melilau ke sekeliling pejabatnya. Dia menarik senyum. Sudah hampir seminggu dia meninggalkan syarikat, sudah banyak fail yang bertimbun di atas meja. Macam manalah nak tinggalkan syarikat lama-lama kalau dalam masa seminggu sahaja sudah banyak fail yang bertimbun?

          Najwan menarik tabir tingkap. Sekejap sahaja pandangannya berlabuh pada pemandangan di luar pejabat sebelum interkom pejabatnya berbunyi. Cepat-cepat dia kembali ke meja kerjanya.

          “ Ya, Kak Aya? Rindukan saya ke panggil pagi-pagi ni?” sapa Najwan berlawak. Kak Aya, setiausahanya sejak awal dia bekerja lagi di syarikat bapanya. Perempuan yang sudah mempunyai dua anak itu sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.

          “ Banyaklah rindukan encik. Akak tak nak kena kejar dek bini encik,” balas Kak Aya selamba. Tawa Najwan mula menyapa telinga.

          “ Yalah, yalah. Ada apa, kak? Baba panggil ke?” tanya Najwan. Sebelah tangannya mencapai sebuah fail yang bersusun tinggi di atas meja kerjanya. Fail tebal itu dibelek.

          “ Bukan, Encik Adli yang datang,” jelas Kak Aya. Adli yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya mula tersengih.

          Najwan mengiakan sahaja. Tidak sampai seminit, ketukan sudah kedengaran di muka pintu pejabatnya. Adli yang lengkap dengan sut pejabatnya sudah berdiri di hadapan pintu.

          “ Nampak gaya tak sabar-sabar aje nak jumpa aku. Aku baru aje masuk office, kau dah sibuk nak jumpa aku,” tegur Najwan sambil ketawa. Adli turut ketawa. Dia mengambil tempat di hadapan meja kerja Najwan.

          “ Saja. Aku datang nak dengar cerita orang baru balik honeymoon. Honeymoon pula kat kampung, mana pernah dibuat orang. Paling-paling kurang pun, honeymoon kat dalam negara aje, kawasan pelancongan,” kata Adli. Tawa Najwan kedengaran lagi, namun masih teratur tawa yang dikeluarkan. Kepalanya digelengkan perlahan.

          “ Tak apalah, kiranya akulah orang yang pertama bawa bini honeymoon kat kampung. Bestlah, tak ada orang ganggu. Sambil-sambil tu, boleh buat aksi kejar-kejar kat tengah sawah. Kau pernah ke?” jawab Najwan selamba. Kali ini giliran Adli pula menggelengkan kepalanya.

          “ Macam-macamlah kau ni. Actually, aku datang ni nak bincang pasal fail yang bertimbun atas meja kau ni. Sejak kau cuti, aku yang jadi mangsa siapkan semua kerja kau. Awal-awal pagi lagi aku letak semua fail ni atas meja kau.”

         Mata Adli jatuh pada timbunan fail di atas meja Najwan. Najwan mula mengeluh. Tentu hari ini dia hanya peruntukkan untuk menyiapkan kesemua kerja yang bertangguh. Sengaja betul Adli ni nak seksa aku.

          “ Kau ni memang tak belas kasihanlah dengan aku. Mentang-mentang aku baru balik cuti, kau dah kerah aku dengan semua kerja ni,” rungut Najwan. Adli tersengih.

          “ Sekarang ni, kau bos atau aku bos? Kau bos kat sini, so semua ni kau kena siapkan. Kalau salah apa-apa, muka ni jugak yang kena. Macamlah aku tak tahu perangai kau kalau silap buat kerja,” kata Adli sambil menunding pada wajahnya sendiri.

          Nampak saja Najwan tu jenis cool, baik memanjang. Tapi, kalau dah tersilap dalam membuat kerja atau sebarang projek, singa kat zoo pun boleh kalah. Adli cukup kenal dengan perangai rakan sepejabatnya itu.

          Najwan menarik sengih. Dia mengangguk sekilas.

          “ Yalah, yalah. Dah, baik kau cepat ke office kau sebelum aku kerah kau tolong aku. Sama-sama hadap semua fail ni di pagi yang indah macam ni, kau nak?” ugut Najwan. Pantas Adli menggelengkan kepalanya. Dia bingkas bangun daripada duduknya.

          “ Aku keluar dulu. Selamat menghadap semua kerja ni, ya? Nasib kaulah,” kata Adli sebelum keluar dari pejabat Najwan. Pintu pejabat ditutup perlahan.

          “ Yalah, nasib akulah,” balas Najwan rendah. Dia menggelengkan kepalanya. Memang betullah aku kena hadap semua fail ni sehari suntuk. Adoi


SEKEPING kertas berwarna biru ditarik keluar daripada fail di atas meja. Lincah tangan Auni menggunting kertas itu agar berbentuk segi empat sama. Najwan pula sedang leka dengan kerjanya. Matanya yang hanya tertumpu pada skrin laptop pada asalnya, sesekali mencuri pandang pada si isteri. Dia menarik senyum.

         Tu tak lain tak bukan nak buat origami swanlah tu, fikir Najwan sejenak. Dia tersenyum lagi.

          Walau esok merupakan hari bekerja, namun mereka berdua masih lagi berjaga. Jam sudah menjangkau pukul 12 tengah malam. Najwan masih lagi sibuk dengan urusan pejabatnya manakala Auni pula sengaja melambat-lambatkan masa tidurnya. Tidak sampai hati melihat suaminya berjaga berseorangan katanya.

          “ Nini kan nak jadi isteri mithali,” itulah jawapan Auni setiap kali Najwan menyuruhnya naik tidur dahulu. Dan, Najwan akan ketawa sahaja. Padahal Auni memang spesies kelawar dan burung hantu yang berjaga malam.

          “ Nini pergilah tidur dulu. Esokkan nak kerja,” kata Najwan. Dell yang diletak atas riba berlapikkan bantal kecil dibawa ke atas meja. Dia menggeliat sepuas hati. Sudah lama dia duduk sahaja tanpa  menggerakkan bahagian bawah tubuhnya, terasa lenguh seluruh urat tubuhnya.

          “ Abang tak payahlah bimbang. Nini tak mengantuk lagilah. Nini dah biasa berjaga malam,” kata Auni rendah. Matanya hanya tertumpu pada kertas biru di tangan. Dia menarik senyum apabila melihat origami angsanya sudah menampakkan bentuk.

          Najwan senyum. Bukannya dia tidak kenal isterinya itu. Suka benar berjaga sampai lewat malam walau ada perkara penting yang harus dilaksanakan pada keesokkan harinya.

          “ Nini~”

          Auni cuba tahan diri daripada tersenyum. Kalau Najwan dah buat bunyi macam tu, adalah dia nak minta apa-apa tu. tolong buat airlah, sediakan makananlah, macam-macam!

          “ Nini~”

          Najwan berbunyi lagi. Auni mengangkat muka. Suaminya sudah tersenyum. Auni mencebik. Matanya melirik tajam pada wajah suaminya.

          “ Ada apa?” tanyanya perlahan. Origami swan yang sudah disiapkan diletakkan di atas meja. Lepas ini, dia akan masukkan swan itu ke dalam balang kaca.

          “ Pergi dapur, buatkan abang Nescafe,” pinta Najwan dengan sengihnya. Auni menengadah ke siling ruang tamu. Agak dah…

          “ Kalau Nini tak nak?” tanya Auni dengan sebelah kening yang terjongket. Najwan tahan senyum geram.

          “ Nini nak jadi isteri derhaka ke? Berdosa tahu ingkar perintah suami,” balas Najwan. Dia tersenyum apabila melihat wajah Auni berubah riak. Auni mengeluh.

          “ Yalah, yalah,” balasnya mengalah. Suka betul ugut macam tu. Auni merungut di dalam hati. Dia bangun lalu bergerak ke dapur. Deretan botol yang menempatkan serbuk kopi, gula dan krimer menyambut kedatangannya. Segelas mug dicapai.

          “ Abang!” panggil Auni dari dapur.

          “ Ya?” Najwan menyahut. Dia membuka televisyen, cuba mencari siaran yang menarik minatnya.

          “ Instant or original?” laung Auni lagi.

          “ Original!” sahut Najwan lagi. Kali ini matanya melekat pada saluran Cartoon Network.

          “ Nak creamer ke tak?” sekali lagi Auni melaung. Kali ini dengan sengih di bibir.

          “ Tamau!

          “ Honey or sugar?”

          “ Honey!”

          Nini ni saja aje. Macamlah dia tak tahu aku tak minum instant and creamer. Aku minum kopi asli dari serbuk kopi aje. Dia sorang aje manusia kat rumah ni yang minum instant. Dahlah instant, tambah lagi creamer tu. Nini, Nini…

          “ Siap!”

          Auni masuk ke ruang tamu bersama-sama segelas mug. Dia tergelak perlahan apabila melihat Najwan merenungnya dengan tajam. Maksud di sebalik renungan tajam itu sememangnya sudah dia ketahui walaupun tanpa pemberitahuan daripada Najwan.

          “ Nini ni memang sengaja, kan? Macamlah Nini tak tahu abang minum kopi apa,” omel Najwan. Mug di tangan Auni bertukar tangan. Auni hanya tersengih. Kan dah kata? Pasal tu aje Najwan buat muka konon-konon nak marah tu.

          “ Saja. Nak buli abang. Tu baru sikit, abang lagi banyak buli Nini,” balas Auni selamba. Najwan hanya mampu menggelengkan kepalanya. Nasiblah dapat isteri yang masih tidak matang macam Nini ni. Nasib, nasib…

          “ Abang!”

          “ Apa?” Najwan tersentak. Apahal tiba-tiba pula ni?

          “ Abang kutuk Nini, yek? I can see it through your eyes,” kata Auni. Dia menyeringai. Matanya tidak lepas daripada merenung wajah suaminya yang sudah berubah. Najwan sengih serba salah.

          “ Kalau abang kutuk pun, isteri abang jugak kan?” balas Najwan mudah. Cuba mengawal dirinya yang sudah menggelabah kerana Auni sudah merenungnya tajam.

          “ Abang!”

          Sebiji bantal kecil dilempar pada Najwan. Najwan ketawa lantas mengelak.

           “ Nini memang nak kena dengan abang ya?” tanya Najwan. Mug yang masih bersisa dengan Nescafe diletakkan di atas meja. Najwan bingkas bangun daripada sofanya. Setapak demi setapak dia menghampiri Auni yang sedang berdiri di hadapan sofa tunggal.

            “ A…abang nak buat apa ni?” Auni mula cuak apabila Najwan sudah mengeluarkan aura bad boynya. Siapa sangka Najwan Faqqimi tidak tahu berkelakuan bad boy? Hanya dengan Auni Ammaleeyna sahaja aura itu akan dikeluarkan oleh Najwan.

            Najwan hanya diam. Lagilah Auni cuak apabila si suami sudah mendiamkan diri. Menyeringai sahaja mata Najwan merenung pada wajah cuak isterinya. Tangannya didepangkan lalu diangkat ke atas. Seperti lagak zombi pula gayanya.

            “ Tak nak!”

            Cepat-cepat Auni berlari naik ke tingkat atas. Tidak lama kemudian sudah kedengaran bunyi pintu ditutup. Di tingkat bawah, Najwan sudah tidak mampu menahan tawanya daripada terburai.

            Nini, Nini. Takut betul kalau kena acah macam tu. Ha ha ha.


1 comment:

Ruunna Qizbal said...

smbng lgiiii ♥♥♥♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...