
“
ALONG!!!”
Bergema
ruang banglo dua tingkat milik Puan Mariam dan Encik Zakaria dengan jeritan
‘merdu’ Auni. Puan Mariam yang baru sahaja masuk ke ruang tamu hanya mampu
menggelengkan kepalanya. Kelihatan Auni sedang bercekak pinggang dengan Hamtaro
sebesar budak dua tahun dikepit di lengan kanan manakala Aisar pula sedang
duduk di belakang sofa dengan remote
controller ditayang di hadapan Auni. Syara yang turut berada di situ hanya
menjongket bahu apabila Puan Mariam memuncungkan mulut ke arah kedua beradik
itu.
“ Bak balik remote controller tu! Adik nak sambung
tengok Save Your Last Dance ni!” bentak Auni. Sebelah kakinya dihentak berulang
kali ke lantai. Boleh retaklah gamaknya lantai itu konon-kononnya.
Aisar buat bodoh. Saluran Cartoon Network dibuka. Save Your Last Dance
For Me Episode 4 belum habis lagi ditonton. DVD masih lagi dalam DVD Player.
Khusyuk Aisar menonton Tom yang sedang bermain aci kejar dengan Jerry. Sesekali
kedengaran tawanya bergema. Langsung tidak merasai bahang panas gunung berapi
yang bakal meletup.
“ Along!!!”
Lagak
Jerry dan Tom di kaca televisyen masih menjadi santapan mata Aisar. Seakan-akan
tidak terkesan langsung dengan jeritan si adik.
Along
ni memang nak kena! Siaplah dia!
“
Along!”
“ Adoi!”
“ Bagi balik!” bentak Auni.
Pantas dia melompat ke bahu Alongnya. Tubuh Auni yang agak kecil memudahkan
tindakannya itu. Hampir sahaja Aisar terjatuh kerana hilang keseimbangan.
Terjerit-jerit Aisar apabila Auni dengan senang-lenangnya menarik pipinya
sebelum dicubit berkali-kali. Remote
controller pantas disorok ke dalam saku jean.
“ Nak bagi ke tak?” tanya Auni lantang. Langsung tidak menghiraukan
kehadiran ummi dan Kak Long yang sedang asyik memerhatikan aksi mereka berdua.
Puan Mariam dan Syara hanya mampu menggeleng dan mendiamkan diri. Sekali lagi
pipi Aisar dicubit.
“ Adik dah review citer tu
lebih dari 88 kali, tahu tak? Udah-udahlah
tu!” kata Aisar lantang. Cuba memenangi Perang Dunia Ketiga antara dia dengan
adik bongsunya itu.
Pap!
Kedua-dua pipinya ditepuk oleh Auni serentak sebelum gadis cilik itu melompat
turun. Remote controller yang
tersembul daripada saku jean Aisar dicapai sebelum dia melompat ke balik sana
sofa. Aisar pula dah jatuh terbongkang
di atas karpet yang baru sahaja ummi beli sempena raya yang lambat lagi nak
tiba.
“ Urusai (bising)! Adik tak
kira! 88 kali pun 88 kalilah. Along nak tengok TV, balik tengok kat rumah
sendirilah!” kata Auni. Lidahnya dijelirkan lagak budak kecil.
“ Berani halau Along, ya? Tak bagi duit raya karang baru tahu,” ugut Aisar. Matanya dijegilkan. Auni mencebik.
“ Tak kisah pun,” balas Auni. Aisar sengih geram. Adei…
“ Adik ni ganaih sangatlah.
Budak lelaki manalah yang nakkan adik ni. Ganas mengalahkan Laila Ali,” kutuk
Aisar lantas berlalu ke dapur. Syara dan ummi ditinggalkan di ruang tamu
bersama-sama dengan Auni.
Auni hanya buat bodoh. Layan tengok drama Korea lagi best daripada layan Along yang tiga suku
ni. Boleh padamkan mood yang sedia
ada.
Dia kembali duduk bersila di atas sofa dengan memeluk Hamtaro. Matanya
kembali tertumpu pada Ji Sung dan Eugene Kim yang melakonkan watak utama dalam
drama itu. Tanpa Auni sedari, ada sepasang tangan yang bergerak perlahan-lahan
mendekati rambutnya yang ditocang dua sebelum…
“ Along!!!”
Tanpa buang masa, Aisar terus pecut ke tingkat atas mengalahkan enjin
Concorde sebelum Auni bertukar kepada Hulk Hogan. Dan ummi dan Syara kembali
menggelengkan kepala. Mereka berdua sudah tidak tahu nak kata apa dengan dua
beradik itu. Laju sahaja Auni berlari
naik ke atas untuk mengejar Aisar.
Tidak
lama kemudian, Auni kembali melompat turun ke tingkat bawah. Terpancar kepuasan
pada wajahnya. Ummi dan Syara saling berpandangan. Entah apalah yang Auni sudah
lakukan pada abang sulung kesayangannya itu.
“ Adik?”
Ummi panggil perlahan. Pantas Auni menoleh.
“ Along
kamu mana?”
Auni
senyum buat muka comel.
“
Along dah terbongkang atas katil. Kena karate dengan adik tadi,” jawab Auni
agak serba salah. Ummi dah beristigfar panjang. Syara pula kelihatan serba
salah. Sama ada nak ketawa kerana tingkah Auni yang baginya agak lucu atau
kasihan mengenangkan nasib suaminya di tingkat dua.
“
Kamu berdua ni, susah betul nak berdamai,” rungut ummi. Auni tergelak.
“
Raya nanti adik minta maaflah dengan Along tu,” balas Auni. Ummi dan Syara
tergelak.
“
Dah nak puasa dah kan? Lepas tu raya pula. Ummi ternanti-nanti, ada something special tak yang akan berlaku
sepanjang Ramadhan tahun ni,” kata ummi penuh berharap. Langit cerah di luar
rumah menjadi santapan mata wanita kesayangan Auni itu.
Auni
mendekati ummi lantas memeluk tubuh ummi. Kepalanya dilentokkan atas bahu ummi.
Ummi tergelak lagi. Kepala Auni diusap lembut.
“
Ummi nak apa yang jadi for this Ramadhan?”
soal Auni ingin mengetahui. Bukan selalu ummi keluarkan ayat yang penuh
bermakna seperti itu.
“
Adik jumpa jodoh?”
Erk?
Auni
mula tarik muncung. Rapat dia memeluk ummi. Kepalanya digeleng perlahan.
“
Tak naklah bincang soal tu,” kata Auni perlahan. Gelak ummi kembali kedengaran.
Syara yang hanya memerhati sedari tadi pula hanya tersenyum.
“
Doa seorang ibu makbul tahu?” Hidung Auni ditarik. Auni merengek.
“
Yalah, ummi. Doakan adik aje,” balas Auni. Ummi tersenyum. Tubuh anak bongsunya
itu dipeluk erat. Terasa kehangatan tubuh ummi padanya. Auni tersenyum sayu.
Tidak senang hati apabila memikirkan e-mel yang diterimanya beberapa hari yang
lalu.
Tapi
adik tak nak Kimi yang ummi maksudkan tu, boleh tak?
“
Tak apalah ummi. Tu, Kak Long dan Along kan nak bagi hadiah special untuk ummi dan walid dah tu.”
Auni merujuk pada kandungan Syara. Syara tergelak. Ada ada aje Auni ni. Ummi
tersenyum. Kepala Auni diusap lembut lagi.
NADA dering Everyday I Love You nyanyian Boyzone kedengaran daripada Corby
comel milik Auni. Kelam kabut dia mencari telefon bimbitnya di bawah timbunan
kertas-kertas A4 yang berselerak di atas meja. Jumpa! Segera dia meneliti pada
skrin Corby. Nama umminya timbul di skrin. Auni tersenyum lega.
“ Ummi!” jeritnya riang mengalahkan kanak-kanak. Puan Mariam yang berada
di hujung talian mula menggelengkan kepala.
“ Assalamualaikum wahai anak ummi yang tersayang,” ucap ummi dengan nada
menyindir. Auni sengih kelat. Kan dah kena!
“ Waalaikumussalam,” balas Auni perlahan. Ditenung muka Cassy yang
sedang menghendap-hendap ke arahnya. Kepada Cassy dia hadiahkan satu genggaman
penumbuk yang ditayang tinggi. Gadis Cina itu hanya tersenyum sebelum
menyambung kerjanya.
“ Apahal ummi call adik ni?
Rindu adik eh?” Auni bersuara ala-ala kucing betina miang. Sekali lagi Puan
Mariam menggelengkan kepala. Manja betul anak bongsunya itu. Tidak padan dengan
umur.
“ Adik, teman ummi ke Bazar Ramadhan petang ni.”
Auni kerutkan muka. Terkeluar juga bahasa Jepun yang dipelajari daripada
guru bahasa Inggerisnya sewaktu zaman sekolah menengah dahulu. “ Nani (apa)? Ummi malas masak ke petang
ni?”
“ Ke situ pulak. Bukanlah.”
“ Habis tu?” Auni tayang muka pelik. Sejak bila pulaklah ummi aku sorang
ni kenal Bazar Ramadhan? Mana tidaknya, selama ini ummi suka memasak sendiri
aje kerjanya. Jarang mahu membeli makanan di luar.
“ Along kamu mengidam nak makan ayam golek. Dia telefon ummi merengek
nak makan ayam golek. Manalah ummi sempat nak buat masa-masa macam ni. Along
kata dia nak datang berbuka dengan kita semua petang ni,” cerita ummi. Auni
mula ketawa. Terbayang-bayang wajah Along yang buat gaya manja nak habis! Kalah
aku yang bongsu!
“ Mengada-ngada. Sepatutnya Kak Long yang tengah mengidam sekarang ni,
bukannya dia,” balas Auni. Seronok dia mengutuk abang sulungnya itu. Mana
tidaknya, masa Along ada mana boleh sesuka hati nak mengutuk seperti itu.
Isteri yang tengah sarat mengandung, dia pulak yang sibuk mintak
itu ini! Hish! Apalah Along ni, kutuk
Auni dalam hati. Mahu sahaja kena luku kepala kalau Alongnya itu dengar. Along
dan dia boleh dikatakan ibarat anjing dan kucing. Pantang jumpa mesti bergaduh.
Ummi tersengih mendengar
bebelan anak bongsunya itu.
“ Adik balik pukul berapa?”
Fossil di pergelangan tangan direnung. Lagi setengah jam pukul 4.15
petang. Pintu bilik bosnya direnung. Encik Adam awal-awal lagi dah cabut
alang-alang dia perlu melawat tapak di Klang. Auni senyum meleret.
“ Ummi siap-siaplah. Adik sampai, kita terus pergi. Kalau tak, alamaknya
jam teruklah nanti.”
“ Baiklah. Hati-hati tau masa drive tu,” pesan Puan Mariam. Auni
mengangguk. Barang-barang di atas meja mula disusun rapi. Beg laptop disandang
ke bahu manakala tote bag Maid Maiden
dicapai daripada kerusi.
“ I’m on my way.”
Selepas salam dihulur, Auni mula atur langkah ke pintu keluar pejabat.
Tatkala dia melalui meja Cassy, gadis bermata sepet itu memanggilnya. Auni
mematikan langkah.
“ Curi-curi pulang awal ya?” usik Cassy. Auni sengih.
“ You tolonglah cover I, kay?” kata Auni perlahan
seakan-akan mengajak Cassy berkonspirasi besar dengannya. Cassy tergelak.
“ Alah, bos besar dah lama
balik. You pun dah buat banyak kerja
tadi. Better pulang awal daripada stay je
dalam ofis yang boring ni. I pun nak balik lepas siap kerja ni,”
balas Cassy dengan sisa gelaknya. Auni mengangguk.
“ Love you, Cassy,” kata Auni
sambil membuat flying kiss. Cassy
menggelengkan kepalanya melihat aksi gadis bertubuh kecil itu.
TOYOTA
PRIUS hitam metalik miliknya diparkir berdekatan dengan Bazaar Ramadhan Jalan Masjid
India. Najwan Faqqimi menoleh ke arah mummynya
yang sedang memeriksa tas tangan. Dia tersenyum melihat mummy yang sedang leka mengira not-not merah di tangan.
“ Mummy ni gaya macam Naj tak
boleh nak bayar aje kalau mummy tak
cukup duit,” seloroh Najwan. Tali pinggang kereta dibawa ke tepi. Puan Sofiah
mencebik.
“ Kamu ni, Naj. Mummy tahulah
yang kamu tu banyak duit. Manager
besarlah katakan,” balas Puan Sofiah. Najwan tergelak.
“ Manager besar pun kat company baba jugak. Kalau bukan kat company
sendiri, tak merasalah post tu,” kata
Najwan.
Sekali lagi Puan Sofiah mencebik. Najwan hanya gelak memanjang. Ada-ada
aje buah Najwan nak mengenakan ibu kesayangannya itu.
Langkah diatur ke Bazaar Ramadhan yang sudah kelihatan sesak dengan
orang ramai. Maklumlah masing-masing mula mencari juadah untuk berbuka. Hari
ini sudah masuk 3 Ramadhan.
“ Mummy nak cari apa
sebenarnya? Macamlah kat rumah kita tu tak ada juadah untuk berbuka,” tanya
Najwan hairan. Baru sahaja menjejakkan kaki ke lantai rumah, terus mummy mengajaknya ke sini. Bukannya nak
suruh Pak Bidin the best driver ever
bawa dia ke sini.
Selepas solat Asar, dia
dan mummy terus ke sini. Tak sempat
mandi pun. Mujur juga pakaian kerjanya sudah ditukar. Kalau tak, gamaknya ke
bazar dengan slack dan kemejalah
jawabnya. Tee hitam dan seluar pendek
lepas lutut dah tersarung di tubuhnya.
“ E-jat teringin nak makan murtabak. Tak tergamak mummy nak tolak permintaan dia. Kesian E-jat tu, belum masuk bulan
puasa lagi dia merengek nakkan murtabak ayam. Baru lima tahun, dah rajin nak
puasa,” cerita Puan Sofiah akan cucu tunggalnya itu. Najwan hanya tersengih.
“ Yalah, mummy,” balas Najwan.
Gerai menjual murtabak dituju. Baru sahaja Puan Sofiah ingin membuat
pesanan, lengannya dicuit Najwan. Puan Sofiah menoleh ke belakang. Kelihatan
anak sulungnya sudah tersengih-sengih.
“ Apahal?”
“ Naj nak beli bunga api, boleh? Nak ajak E-jat main lepas terawih malam
ni. Sejak mula-mula puasa lagi dia nak main,” kata Najwan. Puan Sofiah renung
lama-lama wajah anaknya itu. Najwan tergelak melihat reaksi mummynya itu.
“ Alah, takkan masuk hospital punyalah di E-jat tu,” kata Najwan lagi.
Lambat-lambat Puan Sofiah mengangguk. Najwan sengih lega. Susah betul kalau dah
sayang melampau-lampau kat cucu sorang
tu. Nak buat apa-apa mesti kena masuk penapisan pihak tertinggi dulu. Haish!
Najwan mengalih ke sebelah kiri. Ditinggalkan mummy di gerai murtabak. Puan Sofiah kembali pada wajah anak muda
yang sedang setia menjual murtabak itu.
“ Murtabak ayam dua.”
Lincah tangan anak muda itu melakukan kerjanya selepas mendapat
permintaan daripada pelanggannya. Terasa bahunya disentuh. Puan Sofiah pantas
menoleh. Pasti Najwan.
“ Apa lagi…”
Kata-kata Puan Sofiah putus di situ. Dia terkedu seketika. Wajah seorang
perempuan yang agak sebaya dengannya direnung lama sebelum dia tersedar
daripada lamunannya.
“ Mariam?”
Puan Mariam mengangguk. Dia mengukir senyum. Puan Sofiah juga tersenyum
sebelum memeluk wanita itu.
“ Ya Allah, lamanya akak tak jumpa kau,” kata Puan Sofiah teruja.
“ Dah lebih 20 tahun. Sejak saya pindah Selangor dan akak ke UK, kan?”
kata Puan Mariam. Puan Sofiah mengangguk pantas.
“ Mula-mula tu saya ragu-ragu jugak,
nak tegur tapi takut salah orang. Yalah, tua-tua tak pakai cermin mata pulak tu. Tak sangka boleh cam lagi,”
seloroh Puan Mariam. Puan Sofiah ketawa. Matanya singgah pada gadis bertubuh
kecil ayu berbaju kurung di sebelah Puan Mariam.
“ Alin ke ni?” tanya Puan Sofiah. Puan Mariam menggeleng.
“ Ni Auni. Si bongsu. Aisar dah kahwin, dah nak dapat anak dah pun. Alin
pulak dah bertunang. Tinggal yang
bongsu aje yang tak ada apa-apa. Masa kami pindah tu dia baru nak masuk dua
tahun,” kata Puan Mariam sambil melihat wajah Auni. Auni tersenyum malu.
“ Apa khabar, auntie?” Tangan
Puan Sofiah disalami perlahan. Kepalanya tunduk menyentuh tangan wanita itu.
Puan Sofiah mengangguk.
“ Tentu Auni tak ingat mak cik. Panggil aje Auntie Sofi,” kata Puan Sofiah ramah. Auni hanya tersenyum. Benar
kata wanita yang menggelarkan dirinya Auntie
Sofi itu. Umur tengah baru nak mula main kejar-kejar, manalah boleh ingat?
“ Eh, jemputlah ke rumah,” kata Puan Sofiah tiba-tiba.
“ Pindah mana?”
“ Emerald Heights. Abang Man yang beria-ria nak tinggal kat tanah arwah bapak dia. Ni alamatnya,” kata Puan
Sofiah. Dia mengambil sesuatu daripada tas tangan. Auni gelak dalam hati.
Ingatkan kad nama. Rupa-rupanya kad kahwin. Alamat dekat kad kahwin itu jugalah
yang dirujuk. Kad bertukar tangan.
“ Makin maju bisnes resort dan hotel Abang Man, ya? Insya-Allah, kalau
ada masa kami datang,” kata Puan Mariam. Nama di kad kahwin itu diteliti.
“ Najwa? Bila dia kahwin?” tanya Puan Mariam. Teringatkan anak perempuan
Puan Sofiah. Sudah agak lama mereka tidak bersua. Kali terakhir, sewaktu gadis
itu masih lagi merupakan anak kecil.
“ Oh, dah lama. Dah hampir enam tahun. Saya simpan aje kad tu,” balas
Puan Sofiah. Nadanya merendah sedikit. Auni perasan kawan ibunya muram sedikit
selepas umminya menyebut nama Najwa. Kenapa?
“ Baiklah.” Kad disimpan dalam tas tangan. Puan Sofiah tersenyum
kembali.
“ Datang ya, minggu depan hari Ahad. Datang buka puasa sama-sama. Boleh
borak-borak. Kalau tak ada hal, kita terawih sama-sama. Beritahu Zakaria tu.
Cakap kat dia, wajib datang rumah akak,” kata Puan Sofiah. Puan Mariam
tergelak. Dia mengangguk.
“ Insya-Allah.”
“ Nombor telefon dah ada kat kad tu. Telefon ya?”
Sekali lagi Puan Mariam mengangguk. Baru sahaja Puan Mariam dan Auni
beredar, Najwan kembali dengan sebuah beg plastik yang berisi pelbagai jenis
bunga api. Bulat mata Puan Sofiah melihat kandungan beg plastik itu. Tajam
matanya menikam muka Najwan.
“ E-jat yang nak main ke atau kamu yang beria-ria nak main?” tanya Puan
Sofiah. Dia menyeringai melihat muka selamba Najwan. Najwan tayang muka tak
berdosa. Puan Sofiah menggelengkan kepala.
“ Umur dah 30 tahun, dah boleh jadi bapak
budak dah kamu ni. Tapi, perangai mengalahkan budak umur lima tahun,” bebel
Puan Sofiah.
Najwan sengih tawar. Mummy ni punlah. Bab bapak budak jugaklah yang dia nak ungkit petang-petang macam ni. Ni tak lain
tak bukan nak kasi hint suruh aku nikah cepat-cepatlah tu.
Macamlah aku tak tahu.
“ Dah, jom balik. Mummy nak prepare makanan kat meja.” Awal-awal
lagi Puan Sofiah atur langkah meninggalkan anaknya di belakang. Najwan
tersengih.
“ Ai ai, madam.”
RIUH perkarangan banglo besar dua tingkat Tuan Luqman Hakim. Mendapat
gelaran Datuk, namun lebih suka menggunakan panggilan yang biasa. Tuan Luqman
lebih suka merendah diri. Di halaman rumah, Najwan sedang leka bermain bunga
api dengan E-jat, si kecil lima tahun. Puan Sofiah dan Tuan Luqman hanya
memerhati sahaja daripada kerusi taman.
“ Jadi ke mereka nak datang minggu depan?” tanya Tuan Luqman usai
menyisip sedikit minuman. Nescafe panas diletak di atas meja. Puan Sofiah
mengangguk.
“ Sofi paksa mereka datang. Lagipun, bolehlah kenalkan Naj dengan si
Auni tu. Berkenan saya tengok budak tu.” Awal-awal lagi Puan Sofiah sudah
memasang angan-angan. Tuan Luqman mula tersengih.
“ Awak ni, macam mana kalau Auni tu dah kahwin ke? Tunang orang ke? Mana
kita tahu?” balas Tuan Luqman. Puan Sofiah pantas menggeleng.
“ Taklah. Aisar dah kahwin, Alin dah bertunang. Yam sendiri yang
beritahu saya yang Auni tu tak ada apa-apa,” kata Puan Sofiah.
“ Kalau dia ada teman lelaki, macam mana?” tanya Tuan Luqman sekali
lagi.
“ Baru teman lelaki, bukannya suami pun,” balas Puan Sofiah selamba.
Tuan Luqman ketawa lucu mendengarkan kata-kata isterinya itu. Kelihatannya
beria-ria benar isterinya mahu menjodohkan Najwan dengan anak sahabat mereka
itu.
“ Saya bukannya apa, bang. Naj tu dah masuk 30. Kahwin tak lagi. Teman
wanita pun takde. Risau saya. Asyik dok jaga E-jat memanjang.” Puan Sofiah
menzahirkan kerisauannya. Yang pasti itu merupakan kerisauan yang sentiasa
bermain dalam mindanya.
Apabila memikirkan
mengenai anak sulungnya itu, dia seakan-akan tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Najwan seakan-akan tidak pernah memikirkan mengenai kehidupan berumahtangga.
Dia lebih suka menyendiri dan menjalankan tanggungjawabnya menjaga E-jat. Malah
tidak pernah walau sekali pun Najwan membawa pulang seorang perempuan untuk
dikenalkan kepada Puan Sofiah dan Tuan Luqman.
Tuan Luqman mengeluh. Dia menepuk mesra bahu isteri kesayangannya itu,
cuba meredakan gundah di hati wanita itu. “ Awak ingat awak sorang aje yang risau. Naj tu anak saya jugak. Kita biarkanlah dulu. Tahulah dia
nak uruskan diri.”
“ Eh, awak ni. Saya cakap
betul-betul, boleh pulak awak cakap
macam tu?” kata Puan Sofiah sedikit marah. Tuan Luqman hanya menjongket bahu.
Mereka memerhati sahaja E-jat yang sedang ketawa riang apabila digeletek oleh
Najwan.
1 comment:
Dah habis baca Bab2 =D