Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Thursday, June 27, 2013

464 Untuk Nini Bab 11



AUNI diam sahaja melihat bosnya membelek fail projek yang sedang dikendalikan olehnya. Tekun Adam menghadap fail hitam itu. Sesekali Auni akan mencuri pandang ke luar. Cuaca baik hari ini malah moodnya juga baik. Apatah lagi baru sahaja sebentar tadi Adam memuji hasil kerjanya.

          “ Okey, kita boleh proceed terus. I akan call kontraktor dan jelaskan semuanya, macam mana?” tanya Adam. Fail ditutup lantas diserahkan kepada Auni kembali. Auni tersenyum.

          “ Thanks, Encik Adam. Harap-harap projek kali ni akan menjadi juga,” balas Auni. Adam tersenyum. Pekerjanya yang seorang ini memang sentiasa ceria. Dia senang mempunyai seorang pekerja seperti Auni.

          “ Firas pun puji you sebab berjaya handle probs dengan Al-Azwar tu. You memang serba boleh. You dan Firas sama-sama boleh berjaya dalam bidang ni,” kata Adam lagi. Auni hanya tersenyum.

          “ Tak adalah besar sangat masalah dengan Al-Azwar tu, cuma salah faham sikit aje. Encik Adam, saya…”

          Perbualan mereka terganggu dengan bunyi interkom. Pantas Encik Adam menekan butang pada interkom di atas meja kerjanya itu. Kedengaran suara Cassy yang merupakan setiausaha kepada Encik Adam.

          “ Mr Adam, he’s here. Right in front of your door,” kata Cassy sebelum kedengaran gelak kecilnya. Adam mengangguk.

          “ Thanks, sayang. Suruh dia masuk,” balas Encik Adam berjenaka. Sememangnya dia begitu. Kepada Mak Cik Rubi si tea lady juga dipanggilnya ‘sayang’. Mujur sahaja tidak kena tetak dek parang oleh Puan Qistina apabila si suami kerap memanggil ‘sayang’ kepada perempuan lain.

          Cassy ketawa lagi. Kesemua pekerja perempuan di firma itu memang sudah masak dengan perangai ketua mereka. Puan Qistina juga amat memahami suaminya itu. Encik Adam memang kuat berjenaka. “ Okay.”

          Kedengaran pintu dibuka di belakang Auni. Serta merta Auni rasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang sebelum bulat matanya merenung susuk tinggi di belakangnya. Dia? Alamak! Mati aku kalau Encik Adam tahu pasal kami!

          “ Assalamualaikum, Dam,” sapa Najwan ceria. Matanya sempat melirik pada wajah Auni yang berubah terkejut melihatkan kemunculannya di pejabat Adam. Adam galak ketawa.

          “ Kau ni, janji nak datang pukul 11? Sekarang dah nak masuk lunch time dah,” kata Adam. Najwan tersengih.

          “ Aku ada meeting mengejut pagi tadi. Baba aku punya pasallah ni. Bukannya nak beritahu aku awal-awal,” kata Najwan. Adam ketawa lagi. Kepalanya digeleng perlahan.

          “ Tak kisahlah, boleh kita lunch sekali. Dah lama aku tak makan sekali dengan kau. Sibuk aje semedang,” balas Adam. Najwan mengangguk. Dia berdiri di sisi Auni yang masih kaku di atas kerusi. Sebelah tangannya ditongkatkan pada sandaran kerusi itu.

          “ Kau kenal dah kan? Auni, salah seorang best architect kami?” tanya Adam. Najwan mengangguk lagi. Dia toleh pada wajah Auni yang hanya senyum-hendak-senyum sahaja.

          “ Lebih daripada kenal,” kata Najwan dengan nada mengusik. Kening Adam bertaut. Dia merenung pada wajah sahabatnya itu. Sesekali matanya jatuh pada muka Auni yang kelihatan gelabah semacam.

          “ Maksud kau?” tanya Adam hairan. Najwan gelak perlahan. Matanya masih pada Auni. Auni ketap bibir. Seperti dapat menjangka apa yang akan keluar daripada mulut lelaki itu.

          “ Kau tak tahu ke? She’ll be my wife soon,” kata Najwan pantas. Muka Adam berubah riak. Duduk Auni makin tidak selesa. Mamat ni!!!

          “ Iya? Betul ke, Auni?” tanya Adam tidak percaya. Auni ketap bibir. Perlahan-lahan dia mengangguk. Najwan di sisinya ukir senyum.

          “ Wow! Tak sangka kawan aku yang sorang ni akan kahwin tak lama lagi. Aku sangka yang kau akan jadi bujang lapok, rupanya tak. Dengan staf aku sendiri pulak tu. Macam mana boleh kenal? Takkanlah sangkut sebab aku hantar dia jumpa kau hari tu kot?,” kata Adam sambil menggelengkan kepalanya. Najwan gelak.

          “ Dah jodoh, aku pun tak nak heboh-heboh,” kata Najwan ceria. Auni di sebelahnya terkedu. Hairan melihat keceriaan di wajah itu. Mahu sahaja Auni senyum sendirian mendengarkan tawa Najwan yang turut kedengaran ceria itu.

          “ Auni?”

          Auni tersentak. Dia memandang pada Adam yang memanggilnya.

          “ Ya?”

          “ I dan Qimi nak keluar lunch, you nak join sekali? Wife I pun ada, boleh you jadi Qimi’s mate,” pelawa Adam. Auni terdiam. Qimi? Dia ni ke?

          Terasa lengannya dicuit dengan fail. Pantas dia mendongak. Lama mata Najwan merenungnya dan Auni seakan faham maksud di sebalik renungan itu.

          “ Ba… baik,” kata Auni perlahan. Senyuman Najwan terukir lagi. Kali ini lebih ceria. Adam bangun daripada kerusinya, begitu juga dengan Auni. Telefon bimbit dan kot dicapai.

          “ Qina tengah tunggu aku kat bawah. Jumpa kat Italia ya, aku dah book tempat kat sana,” kata Adam lantas keluar dari pejabatnya meninggalkan Najwan dan Auni. Auni kerut kening.

          “ Boleh kita pergi?” tanya Najwan tiba-tiba. Auni hanya mengangguk. Langkah lelaki itu diekori sahaja. Dia langsung tidak tahu apa yang patut untuk dikatakan. Pintu bilik Adam ditutup.

Auni buat tidak peduli sahaja akan renungan rakan-rakan sepejabatnya yang masih tidak turun makan tengah hari. Tahu sahaja mereka ingin mengusik. Langkah Najwan yang berhenti secara tiba-tiba memaksa Auni untuk turut sama menghentikan langkah.

          “ Kenapa?” tanya Auni perlahan. Mata Najwan singgah pada wajah Auni. Dahi Auni berkerut.

          “ Kenapa?” tanya Auni sekali lagi. Najwan senyum nipis.

          “ Boleh saya minta sesuatu?” tanya Najwan perlahan. Dahi Auni berkerut.

          “ Minta apa?” tanya Auni yang kian hairan. Najwan senyum lagi.

          “ Boleh saya minta awak betul-betul terima saya sebagai bakal suami awak?” tanya Najwan lagi. Auni terkedu, terkejut dengan permintaan itu. Tidak menyangka bahawa Najwan akan mengemukakan permintaan sedemikian.

          Walaupun mereka tetap akan berkahwin tidak lama lagi, namun Najwan tetap mahukan kepastian daripada gadis itu. Dia tidak mahu ikatan perkahwinan mereka hanya terjalin semata-mata di atas kertas sahaja. Dia mahu gadis itu menerimanya dengan hati yang ikhlas.

          “ Awak tak akan give up ke?” tanya Auni dengan tawa. Najwan terpaku sejenak di situ.

          “ Yes. Saya nak awak jadi isteri saya sebab saya yakin, Dia dah tentukan jodoh kita di Loh Mahfuz. Saya juga yakin yang awak boleh jadi seorang isteri yang solehah untuk seorang suami. Saya mahu diri saya yang menjadi lelaki yang bertuah itu, memiliki seorang isteri yang solehah. Jadi, saya mahu hati awak terima saya sebab saya tak nak perkahwinan kita nanti tak memberi sebarang makna kepada awak,” balas Najwan agak tegas. Berlainan daripada kebiasaannya yang suka mengusik Auni.

          Sepi mula bersama-sama mereka. Auni mahu pun Najwan sama-sama tidak mengeluarkan bicara selepas Najwan selesai berkata-kata tadi. Najwan mula rasa tidak sedap hati. Dia bimbang sekiranya Auni menolak permintaannya walapun dia sedar yang dia perlu menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

          “ Auni?”

          Auni mengukir senyum. Perlahan-lahan dia mengangguk. Dia sudah fikir masak-masak, dan dia sudah tahu apa jalan yang dia akan pilih. Sejak pertemuan mereka pada Aidilfitri lalu, hati Auni sudah terbuka untuk Najwan. Auni merenung lama wajah Najwan. Dia ketawa kecil.

          “ You’ll be my husband soon. No matter what happens, I’ll accept you,” kata Auni dengan tompok merah di pipi. Najwan agak terperanjat mendengarkan kata-kata Auni itu namun lama-lama dia mengukir senyum juga. Gembira dengan kata-kata Auni.

          “ Thanks,” ucap Najwan perlahan.

          Auni senyum lagi. Mungkin ini yang terbaik. Tambah-tambah lagi ummi dan walid memang berkenan sangat nak jadikan Najwan sebagai menantu bongsu mereka. Tak payah susah-susah nak dapatkan restu sebab sejak awal-awal lagi ummi dan walid beri restu kepada mereka berdua. Auni percaya bahawa restu ibu bapa mampu membarakahkan lagi perkahwinan mereka berdua.

          “ Tadah tangan awak,” pinta Najwan tiba-tiba. Dia baru sahaja mengambil sesuatu daripada dompetnya. Auni kerutkan dahi sekali lagi tetapi dia menurut sahaja. Telapak tangan kanannya ditadahkan di hadapan Najwan. Sesuatu jatuh betul-betul dalam telapak tangannya.

          “ Ini kan…”

          Auni renung pada benda berwarna merah yang Najwan jatuhkan ke telapak tangannya itu. Najwan gelak perlahan.

          “ Saya tak pandai origami macam awak. Saya cuma pandai buat ni aje. Saya akan hadiahkan heart-shaped paper clip ni setiap kali saya jumpa awak dan saya akan hadiahkan paper clip macam ni setiap hari lepas kita kahwin,” kata Najwan. Kali ini tawa Auni pula yang kedengaran.

          “ Saya akan ingat janji awak tu,” balas Auni. Najwan mengangguk.

          Auni renung pada klip kertas berbentuk hati itu. Hatinya berbunga serta merta. Dia tarik senyum nipis.

          “ Tunggu sekejap,” kata Auni pantas sebelum dia melangkah ke meja yang disediakan untuknya. Tanpa mengendahkan kata-kata Auni, Najwan terus mengekori langkah gadis itu. Kelihatannya Auni sedang membuka penutup balang kaca yang sudah berhias cantik.

Najwan menarik senyum apabila menyedari balang kaca itu merupakan balang kaca pemberian dia pertengahan bulan Ramadan lalu. Klip kertas itu dimasukkan ke dalam balang itu. Auni senyum puas hati.

          “ Saya akan pastikan balang ni penuh dengan paper clip yang awak bagi,” kata Auni. Najwan mengangguk.

          “ You can take my word, Nini,” kata Najwan dengan senyuman di bibir. Senyum Auni mati serta merta.

          What did he call me? Nini?

          Najwan senyum sahaja walaupun muka Auni sudah berkerut-kerut. 

1 comment:

Ruunna Qizbal said...

sweetnya.. cita ni lain dripada lain, hero and heroin snggup trima perkahwinan ini.. best2, bagi mreka kahwin cpt sikit.. haha, sweet gilooo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...