Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Tuesday, June 8, 2010

Eternal (Prolog)





DIA melangkah perlahan-lahan mendekati lelaki yang sedang menikmati pemandangan malam di balkoni itu. Baru sahaja kakinya menjejak lantai beranda unit kondominium itu sebelum kedengaran suara lelaki itu menyeru namanya. Dia tersentak.

         “ Kenapa tak tidur lagi?” tanpa nada suara itu bertanya. Lelaki itu masih belum berdiri berhadapan dengannya. Mata lelaki itu masih lekat di langit malam, merenung kerdipan bintang di langit.

         Dia menelan liur. Kaki semakin mendekati susuk tubuh tinggi lampai itu. Dia berhenti di belakang lelaki itu. Dia mahu bersuara namun seperti ada sesuatu yang telah menghalang dirinya daripada berbicara.

         “ Pergilah rehat. Tentu kau penat lepas peristiwa tadi. Itu kali pertama kau berhadapan dengan situasi demikian,” kata lelaki itu lagi. Dia menelan liur. Mahu tidak mahu dia harus menyatakan juga apa yang ingin dikatakan sejak tadi lagi. Dia menghela nafas perlahan. Cuba mencari kekuatan dalam berkata-kata.

         “ Terima kasih.”

         Refleks lelaki itu menoleh ke arahnya. Jelas kelihatan kerutan di dahi lelaki itu, menandakan kehairanan yang bertandang di hati. Dia hanya tunduk merenung lantai. Tidak berani untuk melihat wajah itu.

         “ Kenapa?” tanya lelaki itu. Seperti biasa, hanya suara tanpa nada yang dituturkan. Dingin melebihi air di lautan dalam.

         “ Terima kasih sebab... sebab awak dah selamatkan saya. Dan, saya nak ucapkan maaf jugak sebab saya dah susahkan awak. Awak nyaris-nyaris terbunuh tadi. Kalau...” kata-katanya mati di situ. Dia tidak dapat meneruskan ayatnya lagi. Dengusan halus menyapa telinga.

         “ Aku dah beritahu kau, kau tak akan selamat kalau keluar seorang diri dari kawasan ni. Aku tak boleh jamin keselamatan kau. Bila-bila masa je kau boleh mati kalau kau keluar dari kawasan ni,” ucap lelaki itu.

         Suasana sepi seketika. Masing-masing tidak tahu apa yang harus dibicarakan lagi.

         “ Kita kahwin.”

         Keningnya terangkat secara tiba-tiba. Wajah mendongak untuk melihat pada raut lelaki yang sedang menuturkan ayat itu secara tiba-tiba. Wajah itu masih tiada sebarang riak.

         “ Kita kahwin dan aku akan jaga kau. Kau dah tak ada sesiapa lagi dan aku juga bukannya seorang lelaki yang mengejar cinta wanita. Kau fikirlah, kalau kau nak lari daripada aku, aku tak boleh jangka berapa lama nyawa kau akan bertahan lama.”

         Dia menelan liur. Wajah lelaki itu lebih serius daripada kebiasaannya namun pandangan itu lembut, berbeza dengan wajah lelaki itu yang kini serius. Redup renungan lelaki itu pada wajahnya. 


p/s: sorry sebab prolog terlampau pendek :) enjoy ya? 


하나

6 comments:

Anonymous said...

hana!!
asal pendek sgt??
smngt nk bce nie!!
huhuhu..^^
-kyra-

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Hana :)
Best!!
Hehe..diorg kahwin ke nnti?
Suka perwatakan Ryuu :D

Unknown said...

Kyra> gomen, gomen :) hehe, mmg prolog Eternal Hana nak wat camni. xpe2, bab2 len Hana wat pnjang, cuma yg ni je pendek ;)

Moon> samalah! Hana pon suka pwatakan Ryuu even dingin, cool je. sbb tu Hana amik Yamapi, Hana suka pic ntuk watak Ryuu kat sidebar tu :D

Ara Ali Fath said...

alamak...
semangat jea nk bca alih2 pendek jea???
sambung2...hehe
but shinee jgn lpe yea... :)

Unknown said...

hehe, pendek sgt ;)
xpe2, shine ttap smbung

S w e e t said...

wahh~ cepat la sambung~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...