Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Thursday, June 17, 2010

Eternal 2

-->

TUMPUAN Ryuu beralih sebaik sahaja kedengaran suara meminta kebenaran masuk ke biliknya. Sepatah sahaja dia bersuara sebelum pintu dibuka. Seorang lelaki yang berusia kira-kira separuh abad memasuki bilik pejabatnya. Lelaki itu kelihatan segak dalam sut hitamnya.

         “ Ada apa, tuan?” ujar lelaki itu selepas memberi tunduk hormat. Ryuu mengangguk sekilas. Dia menyandar selesa pada kerusi empuk hitamnya. Matanya tajam merenung wajah lelaki tua itu.

         “ Macam mana dengan Yakuza Jiro? Pak cik dah uruskan?” tanya Ryuu. Lelaki tua itu mengangguk. Di wajahnya, segaris senyuman terukir.

         “ Pak cik dah uruskan. Kumpulan mafia Russia tu bersetuju untuk menyerahkan hak membawa masuk senjata kepada kita. Yakuza Jiro tidak boleh berkata apa-apa lagi,” terang lelaki itu. Nadanya kedengaran bangga sekali apabila tugasnya memperoleh kejayaan. Sekali lagi Ryuu mengangguk tanpa sebarang kata.

         Dia memusingkan kerusinya ke belakang. Jelas di ruang matanya, logo Yakuza Ryuu memenuhi permukaan dinding itu. Seekor naga besar berwarna merah melingkari sebilah pedang samurai. Pada pedang samurai itu jelas tertulis perkataan Ryuu yang membawa maksud naga. Tulisan itu dalam bentuk Kanji, bukannya tulisan Hiragana atau Katakana.

         “ Yakuza Ryuu akan terus menguasai. Saya tak akan benarkan kumpulan lain melebihi kita. Sudah bertahun kita berjaya mengatasi kumpulan lain dan saya tak nak pencapaian itu lenyap. Pak cik faham, kan?” tanya Ryuu yang masih membelakangi lelaki itu. Lelaki tua itu mengangguk.

         “ Pak cik faham, tuan. Sudah lebih 40 tahun pak cik berkhidmat dengan mendiang Tuan Besar Kamenashi. Kita akan teruskan legasi mendiang ayah tuan,” ujar lelaki tua itu. Lelaki itu hanya berdiri di hadapan Ryuu sambil mentautkan kedua-dua tangannya bawah paras perut. Kelihatan seperti seorang pesuruh yang setia dalam melaksanakan arahan ketuanya.

         “ Pak Cik Ueki, dia bukan ayah saya,” tegas Ryuu bersuara. Matanya jatuh pada lantai marmar pejabat itu. Lelaki tua itu segera mengangguk.

         “ Maafkan pak cik, tuan,” ujar Pak Cik Ukie seraya memberi tunduk hormat selepas  menyedari kesalahannya. Dia sudah tahu Ryuu tidak gemar dengan kata-kata yang mengaitkan dia dengan keluarga Kamenashi namun kadang-kala Pak Cik Ukie akan tersasul juga dalam berbicara jika melibatkan mendiang Tuan Kemenashi.

         Ryuu mengeluh. Dia kembali berhadapan dengan Pak Cik Ueki.

         “ Tuan, bagaimana dengan gadis yang tuan temui tempoh hari? Dia dah sedar?” tanya Pak Cik Ueki. Dia teringatkan bagaimana Ryuu meminta tolongnya dan isterinya menguruskan gadis itu. Walau bagaimanapun, Ryuulah yang berkeras mahu membalut luka gadis itu tanpa bantuan sesiapa. Kesemuanya dilakukan oleh Ryuu sendirian. Mereka suami isteri hanya membantu menguruskan perkara yang dianggap kecil sahaja.

         “ Saya tak tahu apa hubungan dia dengan keluarga Yamashita. Dia akan tinggal bersama saya. Saya tak akan lepaskan dia. Pak cik tahu kan, macam mana sukarnya kita nak melepaskan diri kalau sudah terjebak dengan dunia yakuza,” keras Ryuu bersuara. Ada maksud tersirat di sebalik kata-katanya. Pak Cik Ueki mengangguk perlahan.

         “ Pak cik faham, tuan.”

         Ryuu merupakan pewaris tunggal kepada kumpulan yakuza yang paling digeruni di Jepun. Walau usianya baru sahaja mencecah 27 tahun, namun dia sudah mahir dalam selok belok dunia gelap itu. Kesemua perniagaannya tidak sah di sisi undang-undang, kecuali satu sahaja iaitu kompleks beli belah Eastern Star yang gah terletak di tengah-tengah Ginza. Eastern Star merupakan satu-satunya perniagaan milik Yakuza Ryuu yang sah di sisi undang-undang negara itu. Walau pun begitu, identiti mereka disamarkan bagi mengelakkan maklumat kumpulan mereka bocor pada pihak berkuasa. Pusat beli-belah itu juga merupakan lambang kemegahan Yakuza Ryuu. Eastern Star merupakan antara pusat beli-belah yang mampu menarik ramai pengunjung.

         Malah, nama Kamenashi Ryuu diberikan sempena nama kumpulan yakuza itu. Apa yang pernah diberitahu oleh mendiang bapanya, lelaki itu mahu melihat dia membesar dengan semangat naga yang dirasakan merupakan semangat yang paling berani.

         “ Pak cik,” perlahan sahaja Ryuu bersuara. Matanya merenung ke luar tingkap pejabatnya. Pak Cik Ukie setia menunggu di hadapannya.

         “ Tolong saya awasi Sakura. Saya bimbang kalau dia melarikan diri,” ujar Ryuu perlahan. Mindanya menerawang jauh, kembali ke unit kondominium miliknya. Pasti gadis itu sedang resah saat ini. Mana tidaknya, gadis itu ditinggalkan begitu sahaja tadi.

         Pak Cik Ukie mengangguk. Kesetiaannya hanya pada ketuanya walau Ryuu jauh lebih muda daripadanya. “ Baiklah.”


WAJAH lelaki di hadapannya dipandang dengan senyuman sinis. Santai sahaja Ryuu bersandar pada keretanya yang diparkir di taman. Lelaki yang berdiri di hadapannya jelas menunjukkan rasa benci yang teramat kepadanya. Ryuu ketawa sinis.

         “ Kenapa kau ke sini? Kau nak tuntut hak pemilikan membawa masuk senjata tu balik?” sinis Ryuu bertanya. Sengaja memarakkan api kemarahan Takuji yang sudah sekian lama marak terhadapnya. Wajah Takuji berubah riak malah semakin merah. Kedua-dua buku limanya dikepal erat.

         “ Kau memang tak guna. Hak pemilikan tu milik Jiro, bukannya milik Ryuu!” marah Takuji. Ryuu ketawa sinis sekali lagi. Dia melihat ke sekitar taman. Takuji yang sedang menahan amarah tidak dipedulikan. Dia tidak gemar melayan lelaki itu tetapi kali ini senang sahaja kata-kata sinis meluncur keluar daripada bibirnya.

         “ Aku nak ingatkan kau, dalam dunia yazuka tak ada istilah hak milik kekal. Kalau kau pandai, kau akan dapat kekalkan hak pemilikan tu tapi nampaknya, ilmu kau masih belum cukup lagi. Patutlah Tuan Sakate masih belum wariskan takhtanya kepada kau,” kata Ryuu penuh dengan sindiran. Sengaja mencabar perasaan lelaki itu.

         “ Kau jangan nak pertikaikan kebolehan aku!” Amarah Takuji semakin memuncak namun Ryuu tetap kelihatan tenang. Pintu keretanya kembali dibuka. Dia tiada masa untuk melayan lelaki itu lagi.

         “ Kalau kau boleh, kau cubalah dapatkan hak pemilikan tu balik daripada Mathias. Kalau perlu, aku cadangkan kau berlutut depan dia. Manalah tahu, dia baik hati nak serahkan balik hak pemilikan tu pada kau,” kata Ryuu sarkastik. Dia masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan Takuji yang masih merenungnya.

         Ngauman kereta tatkala bergerak laju meninggalkan kawasan taman itu terasa membingit pada telinga. Bulat mata Takuji merenung belakang kereta yang semakin menghilang daripada pandangan itu. Dendam Takuji semakin tidak dapat dibendung. Dia melihat dengan penuh kebencian pada Ryuu yang berada di dalam kereta itu.

         “ Tak guna kau! Aku akan pastikan Ryuu hancur!”

         Takuji mendengus kasar. Spontan tangannya menghentak pada kereta. Terketar-ketar tangannya lantaran menahan amarah yang semakin lama semakin bercambah dalam hatinya membentuk suatu barah. Barah dendam. Peluh berjejeran di dahi walaupun saat itu dia berada dalam penghujung musim sejuk. Musim bunga akan menjengah tidak lama lagi. Takuji masuk ke dalam keretanya. Masih dia ingat betapa sakit hatinya apabila dimaklumkan oleh pembantunya bahawa Yakuza Ryuu sudah berjaya merebut hak pemilikan membawa masuk senjata api itu daripada Yakuza Jiro. Apatah lagi apabila Tuan Sakate, bapanya sendiri mempertikaikan kebolehannya. Maruahnya seakan-akan dipandang lekeh oleh bapanya sendiri.

         “ Kau tunggulah nasib kau, Ryuu!”


RYUU mengeluh kepenatan. Letih sungguh dia hari ini. Dia menggosok-gosok bahagian pangkal tengkuknya. Pintu kondominiumnya dibuka perlahan. Keadaan di dalam gelap gelita. Dahi Ryuu berkerut. Takkanlah Sakura tidak membuka lampu? Tidak sangka gadis itu berani tinggal berseorangan dalam suasana yang gelap.

         Ryuu membuka lampu di sepanjang laluan masuk ke ruang tamu. Walaupun sinaran lampu itu malap, namun itu sudah cukup buatnya. Selama ini pun, dia hanya membuka lampu itu sahaja. Sinaran malap itu dengan bantuan cahaya bangunan-bangunan lain di luar bangunan kondominium itu, itu sudah baik baginya. Dia jarang membuka keseluruhan lampu yang terdapat dalam unit kondominium itu. Lampu di ruang tamu juga jarang dibuka. Dia lebih senang bergelap.

         Ryuu mengatur langkah ke ruang tamu. Langkahnya perlahan, langsung tidak meninggalkan bunyi walau dalam suasana yang sepi itu. Baru sahaja dia ingin melabuhkan duduknya di atas sofa tunggal, matanya tertumpu pada sofa panjang. Kelihatan Sakura sedang tidur di atas sofa berangkai tiga itu. Gadis itu kelihatan sedang  meringkuk kesejukan. Keluhan keluar daripada rengkung. Matanya melihat pada wajah gadis itu.

         Dia teringatkan kata-kata Sakura pagi tadi. Gadis itu berkeras mahu dia dilepaskan namun itu mustahil. Dunia yakuza bukannya satu dunia di mana kita boleh keluar masuk dengan sesuka hati. Itu pun gadis itu sudah bernasib baik, tiada orang lain daripada kumpulan lain mengetahui kewujudannya. Tetapi, lambat laun mereka akan mengetahuinya juga.

         Ryuu membongkok sedikit untuk mencempung tubuh itu. Kasihan juga apabila melihat gadis itu meringkuk dalam kesejukan malam. Perlahan-lahan dia mencempung tubuh Sakura sebelum dibawa masuk ke dalam bilik yang sudah disediakan untuk gadis itu. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Agak sukar kerana kedua-dua tangannya sedang memcempung tubuh gadis itu.

         Sakura dibaringkan di atas katil lalu diselimutkan. Dia merenung pada wajah yang hanya dilimpahi dengan sinaran malap itu. Lena sungguh gadis itu tidur. Ada kesan air mata di pipi gadis itu. Barangkali gadis itu menangis ketika dia keluar tadi.

         Masih tiada maklumat mengenai diri Haruno Sakura. Sudah ramai anak buahnya dikerahkan untuk mencari maklumat mengenai Sakura namun sehingga sekarang baru sedikit sahaja maklumat yang diperoleh. Mungkin beberapa hari lagi dia akan mendapat maklumat baru mengenai gadis itu.

         Pintu ditutup perlahan bagi mengelakkan lena gadis itu tidak terganggu. Ryuu membuka kot hitam serta menanggalkan kemeja putih yang dipakainya. Dia mendengus perlahan. Matanya melihat ke sekitar bilik.

         Langsung tiada gambar atau potret yang tergantung dalam bilik itu. Gambar bersama ahli keluarganya juga tiada. Hanyalah perhiasan dan perabot yang biasa terdapat bagi melengkapi sebuah bilik. Ryuu berjalan ke arah katil sebelum merebahkan tubuhnya. Matanya dipejam buat seketika.

         Sudah hampir 22 tahun dia bergelumang dengan dunia yakuza, seawal berusia lima tahun. Ketika kecil, dia diajar ilmu mempertahankan diri oleh guru-guru yang profesional. Kendo, judo, tae kwan do, aikido apatah lagi ilmu ninja, semuanya sudah dipelajari dengan mahir. Bapanya yang berkeras mahu dia mempelajari kesemuanya dengan alasan hanya Ryuu sahaja pewaris kumpulan yakuza mereka. Bukan itu sahaja, Ryuu diajar taktik yang boleh digunapakai dalam menghadapi masalah. Semuanya sudah melekat dalam mindanya.

         Ryuu bingkas bangun daripada pembaringannya. Dia sudah terlupa sesuatu. Rasa-rasanya dia ada melihat beg plastik yang berisi pakaian buat Sakura di ruang tamu tadi. Pantas dia berjalan ke ruang tamu kondominium itu.

         “ Hmm...”

         Beg-beg plastik itu dibuka. Lebih kurang lima helai skirt paras lutut dan beberapa helai kemeja T dan blaus diletakkan ke dalam beg-beg plastik itu. Kesemuanya Ryuu dapatkan di Eastern Star. Sudah tiada cara lain. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap tidak akan lepaskan Sakura.

         Kali ini langkahnya menuju ke bilik gadis itu pula. Pintu dibuka perlahan sebelum dia menjenguk ke dalam. Gadis itu masih lena tidur. Ryuu masuk dengan derapan langkah yang perlahan. Beg-beg plastik itu diletak di sisi katil. Pandangannya jatuh pada wajah yang lena itu.

         “ Maaf...”

         Habis sahaja kata-kata itu diucapkan, Ryuu berpaling ke belakang. Dia mengeluh seketika sebelum keluar semula dari bilik itu. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya saat ini.


SAKURA terjaga apabila limpahan cahaya matahari menimpa wajahnya. Perlahan-lahan dia bangun daripada pembaringan. Pandangannya ditebar ke seluruh bilik. Masih seperti semalam. Tiada apa-apa yang berubah. Bulat matanya secara tiba-tiba. Dia mula menyedari sesuatu.

         Mmm... alamak!

         Pantas dia menekup mulut. Rasa-rasanya aku tertidur kat atas sofa tapi ni kan bilik... arghh!!! Ryuu!

         Sakura bangun daripada katilnya dan berjalan menuju ke pintu. Terhincut-hincut langkahnya namun tetap diteruskan. Daun pintu dibuka lalu dia segera ke ruang tamu. Tiada. Ryuu tiada di ruang tamu.

         Dia mencari lagi. Ke dapur, balkoni malahan ke bilik tidur lelaki itu turut dijelajahi namun sehingga kini bayang Ryuu tidak kelihatan. Mungkin lelaki itu sudah keluar apatah lagi matahari sudah lama meninggi. Sakura mengeluh. Dia kembali ke ruang tamu. Di situ dia melabuhkan duduk di sofanya.

         Sakura mengguman sendirian. Kalaulah dia boleh keluar dari tempat ini, sudah pasti dia akan melakukannya. Tapi, persoalannya sekarang adakah dia boleh melarikan diri dengan selamat? Tersilap percaturan langkah, nyawanya boleh melayang pada bila-bila masa sahaja.

         Pandangan Sakura tertumpu pada balkoni kondominium Ryuu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah balkoni itu. Dia melihat ke bawah. Kereta-kereta yang sedang bergerak di bawah kelihatan seperti semut-semut kecil yang sedang bergerak dalam aturannya. Dia menelan liur. Tingginya.

         Batang paip yang menyusur ke bawah diperhatikan. Ada pemegang pada setiap batang paip yang disambung menjadi satu itu. Minda Sakura mula mencerna sesuatu.

p/s: coming up next, Don't Forget 1 :) (virus menyerang untuk SHINE, so sorry) 

하나

4 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Woo..
Sakura nak lari ke?
Hana, best! ;D

Unknown said...

wah! awk ni imaginasi kuat jgk yer? cte2 semua ni mcm btol plak? syabas! :)

Anonymous said...

lorh...nk bkak cter bru lak??
satu2 la cik hana oi!
nnti xsmpt lak..
yg pntg smbung shine dulu..xsbar nk tau psl itsuki tu!!
-kyra-

Unknown said...

moon> nak tau? tggu next entry ye? ;)

nick irfan> iye, hehe :D

kyra> pasal itsuki jugaklah yg dia nak tahu ;) huhu
bkn apa, hana tgah kring idea ntuk SHINE ni, tkut kalu paksa2 plak jln citer x best. sori eh. DH tu hana post kalu entry SHINE xde, bleh x?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...