Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Thursday, June 27, 2013

464 Untuk Nini Bab 11



AUNI diam sahaja melihat bosnya membelek fail projek yang sedang dikendalikan olehnya. Tekun Adam menghadap fail hitam itu. Sesekali Auni akan mencuri pandang ke luar. Cuaca baik hari ini malah moodnya juga baik. Apatah lagi baru sahaja sebentar tadi Adam memuji hasil kerjanya.

          “ Okey, kita boleh proceed terus. I akan call kontraktor dan jelaskan semuanya, macam mana?” tanya Adam. Fail ditutup lantas diserahkan kepada Auni kembali. Auni tersenyum.

          “ Thanks, Encik Adam. Harap-harap projek kali ni akan menjadi juga,” balas Auni. Adam tersenyum. Pekerjanya yang seorang ini memang sentiasa ceria. Dia senang mempunyai seorang pekerja seperti Auni.

          “ Firas pun puji you sebab berjaya handle probs dengan Al-Azwar tu. You memang serba boleh. You dan Firas sama-sama boleh berjaya dalam bidang ni,” kata Adam lagi. Auni hanya tersenyum.

          “ Tak adalah besar sangat masalah dengan Al-Azwar tu, cuma salah faham sikit aje. Encik Adam, saya…”

          Perbualan mereka terganggu dengan bunyi interkom. Pantas Encik Adam menekan butang pada interkom di atas meja kerjanya itu. Kedengaran suara Cassy yang merupakan setiausaha kepada Encik Adam.

          “ Mr Adam, he’s here. Right in front of your door,” kata Cassy sebelum kedengaran gelak kecilnya. Adam mengangguk.

          “ Thanks, sayang. Suruh dia masuk,” balas Encik Adam berjenaka. Sememangnya dia begitu. Kepada Mak Cik Rubi si tea lady juga dipanggilnya ‘sayang’. Mujur sahaja tidak kena tetak dek parang oleh Puan Qistina apabila si suami kerap memanggil ‘sayang’ kepada perempuan lain.

          Cassy ketawa lagi. Kesemua pekerja perempuan di firma itu memang sudah masak dengan perangai ketua mereka. Puan Qistina juga amat memahami suaminya itu. Encik Adam memang kuat berjenaka. “ Okay.”

          Kedengaran pintu dibuka di belakang Auni. Serta merta Auni rasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang sebelum bulat matanya merenung susuk tinggi di belakangnya. Dia? Alamak! Mati aku kalau Encik Adam tahu pasal kami!

          “ Assalamualaikum, Dam,” sapa Najwan ceria. Matanya sempat melirik pada wajah Auni yang berubah terkejut melihatkan kemunculannya di pejabat Adam. Adam galak ketawa.

          “ Kau ni, janji nak datang pukul 11? Sekarang dah nak masuk lunch time dah,” kata Adam. Najwan tersengih.

          “ Aku ada meeting mengejut pagi tadi. Baba aku punya pasallah ni. Bukannya nak beritahu aku awal-awal,” kata Najwan. Adam ketawa lagi. Kepalanya digeleng perlahan.

          “ Tak kisahlah, boleh kita lunch sekali. Dah lama aku tak makan sekali dengan kau. Sibuk aje semedang,” balas Adam. Najwan mengangguk. Dia berdiri di sisi Auni yang masih kaku di atas kerusi. Sebelah tangannya ditongkatkan pada sandaran kerusi itu.

          “ Kau kenal dah kan? Auni, salah seorang best architect kami?” tanya Adam. Najwan mengangguk lagi. Dia toleh pada wajah Auni yang hanya senyum-hendak-senyum sahaja.

          “ Lebih daripada kenal,” kata Najwan dengan nada mengusik. Kening Adam bertaut. Dia merenung pada wajah sahabatnya itu. Sesekali matanya jatuh pada muka Auni yang kelihatan gelabah semacam.

          “ Maksud kau?” tanya Adam hairan. Najwan gelak perlahan. Matanya masih pada Auni. Auni ketap bibir. Seperti dapat menjangka apa yang akan keluar daripada mulut lelaki itu.

          “ Kau tak tahu ke? She’ll be my wife soon,” kata Najwan pantas. Muka Adam berubah riak. Duduk Auni makin tidak selesa. Mamat ni!!!

          “ Iya? Betul ke, Auni?” tanya Adam tidak percaya. Auni ketap bibir. Perlahan-lahan dia mengangguk. Najwan di sisinya ukir senyum.

          “ Wow! Tak sangka kawan aku yang sorang ni akan kahwin tak lama lagi. Aku sangka yang kau akan jadi bujang lapok, rupanya tak. Dengan staf aku sendiri pulak tu. Macam mana boleh kenal? Takkanlah sangkut sebab aku hantar dia jumpa kau hari tu kot?,” kata Adam sambil menggelengkan kepalanya. Najwan gelak.

          “ Dah jodoh, aku pun tak nak heboh-heboh,” kata Najwan ceria. Auni di sebelahnya terkedu. Hairan melihat keceriaan di wajah itu. Mahu sahaja Auni senyum sendirian mendengarkan tawa Najwan yang turut kedengaran ceria itu.

          “ Auni?”

          Auni tersentak. Dia memandang pada Adam yang memanggilnya.

          “ Ya?”

          “ I dan Qimi nak keluar lunch, you nak join sekali? Wife I pun ada, boleh you jadi Qimi’s mate,” pelawa Adam. Auni terdiam. Qimi? Dia ni ke?

          Terasa lengannya dicuit dengan fail. Pantas dia mendongak. Lama mata Najwan merenungnya dan Auni seakan faham maksud di sebalik renungan itu.

          “ Ba… baik,” kata Auni perlahan. Senyuman Najwan terukir lagi. Kali ini lebih ceria. Adam bangun daripada kerusinya, begitu juga dengan Auni. Telefon bimbit dan kot dicapai.

          “ Qina tengah tunggu aku kat bawah. Jumpa kat Italia ya, aku dah book tempat kat sana,” kata Adam lantas keluar dari pejabatnya meninggalkan Najwan dan Auni. Auni kerut kening.

          “ Boleh kita pergi?” tanya Najwan tiba-tiba. Auni hanya mengangguk. Langkah lelaki itu diekori sahaja. Dia langsung tidak tahu apa yang patut untuk dikatakan. Pintu bilik Adam ditutup.

Auni buat tidak peduli sahaja akan renungan rakan-rakan sepejabatnya yang masih tidak turun makan tengah hari. Tahu sahaja mereka ingin mengusik. Langkah Najwan yang berhenti secara tiba-tiba memaksa Auni untuk turut sama menghentikan langkah.

          “ Kenapa?” tanya Auni perlahan. Mata Najwan singgah pada wajah Auni. Dahi Auni berkerut.

          “ Kenapa?” tanya Auni sekali lagi. Najwan senyum nipis.

          “ Boleh saya minta sesuatu?” tanya Najwan perlahan. Dahi Auni berkerut.

          “ Minta apa?” tanya Auni yang kian hairan. Najwan senyum lagi.

          “ Boleh saya minta awak betul-betul terima saya sebagai bakal suami awak?” tanya Najwan lagi. Auni terkedu, terkejut dengan permintaan itu. Tidak menyangka bahawa Najwan akan mengemukakan permintaan sedemikian.

          Walaupun mereka tetap akan berkahwin tidak lama lagi, namun Najwan tetap mahukan kepastian daripada gadis itu. Dia tidak mahu ikatan perkahwinan mereka hanya terjalin semata-mata di atas kertas sahaja. Dia mahu gadis itu menerimanya dengan hati yang ikhlas.

          “ Awak tak akan give up ke?” tanya Auni dengan tawa. Najwan terpaku sejenak di situ.

          “ Yes. Saya nak awak jadi isteri saya sebab saya yakin, Dia dah tentukan jodoh kita di Loh Mahfuz. Saya juga yakin yang awak boleh jadi seorang isteri yang solehah untuk seorang suami. Saya mahu diri saya yang menjadi lelaki yang bertuah itu, memiliki seorang isteri yang solehah. Jadi, saya mahu hati awak terima saya sebab saya tak nak perkahwinan kita nanti tak memberi sebarang makna kepada awak,” balas Najwan agak tegas. Berlainan daripada kebiasaannya yang suka mengusik Auni.

          Sepi mula bersama-sama mereka. Auni mahu pun Najwan sama-sama tidak mengeluarkan bicara selepas Najwan selesai berkata-kata tadi. Najwan mula rasa tidak sedap hati. Dia bimbang sekiranya Auni menolak permintaannya walapun dia sedar yang dia perlu menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

          “ Auni?”

          Auni mengukir senyum. Perlahan-lahan dia mengangguk. Dia sudah fikir masak-masak, dan dia sudah tahu apa jalan yang dia akan pilih. Sejak pertemuan mereka pada Aidilfitri lalu, hati Auni sudah terbuka untuk Najwan. Auni merenung lama wajah Najwan. Dia ketawa kecil.

          “ You’ll be my husband soon. No matter what happens, I’ll accept you,” kata Auni dengan tompok merah di pipi. Najwan agak terperanjat mendengarkan kata-kata Auni itu namun lama-lama dia mengukir senyum juga. Gembira dengan kata-kata Auni.

          “ Thanks,” ucap Najwan perlahan.

          Auni senyum lagi. Mungkin ini yang terbaik. Tambah-tambah lagi ummi dan walid memang berkenan sangat nak jadikan Najwan sebagai menantu bongsu mereka. Tak payah susah-susah nak dapatkan restu sebab sejak awal-awal lagi ummi dan walid beri restu kepada mereka berdua. Auni percaya bahawa restu ibu bapa mampu membarakahkan lagi perkahwinan mereka berdua.

          “ Tadah tangan awak,” pinta Najwan tiba-tiba. Dia baru sahaja mengambil sesuatu daripada dompetnya. Auni kerutkan dahi sekali lagi tetapi dia menurut sahaja. Telapak tangan kanannya ditadahkan di hadapan Najwan. Sesuatu jatuh betul-betul dalam telapak tangannya.

          “ Ini kan…”

          Auni renung pada benda berwarna merah yang Najwan jatuhkan ke telapak tangannya itu. Najwan gelak perlahan.

          “ Saya tak pandai origami macam awak. Saya cuma pandai buat ni aje. Saya akan hadiahkan heart-shaped paper clip ni setiap kali saya jumpa awak dan saya akan hadiahkan paper clip macam ni setiap hari lepas kita kahwin,” kata Najwan. Kali ini tawa Auni pula yang kedengaran.

          “ Saya akan ingat janji awak tu,” balas Auni. Najwan mengangguk.

          Auni renung pada klip kertas berbentuk hati itu. Hatinya berbunga serta merta. Dia tarik senyum nipis.

          “ Tunggu sekejap,” kata Auni pantas sebelum dia melangkah ke meja yang disediakan untuknya. Tanpa mengendahkan kata-kata Auni, Najwan terus mengekori langkah gadis itu. Kelihatannya Auni sedang membuka penutup balang kaca yang sudah berhias cantik.

Najwan menarik senyum apabila menyedari balang kaca itu merupakan balang kaca pemberian dia pertengahan bulan Ramadan lalu. Klip kertas itu dimasukkan ke dalam balang itu. Auni senyum puas hati.

          “ Saya akan pastikan balang ni penuh dengan paper clip yang awak bagi,” kata Auni. Najwan mengangguk.

          “ You can take my word, Nini,” kata Najwan dengan senyuman di bibir. Senyum Auni mati serta merta.

          What did he call me? Nini?

          Najwan senyum sahaja walaupun muka Auni sudah berkerut-kerut. 

Thursday, June 20, 2013

464 Untuk Nini Bab 10



AUNI tersenyum simpul. Buka mata-tutup mata-buka mata-tutup mata, sekarang dah masuk penghujung Ramadan. Dia sekeluarga dah selamat sampai ke rumah opah dan atuk. Beraya kat rumah opah dan atuk belah walid memang masuk dalam kategori wajib untuk Aidilfitri setiap tahun, yalah, balik kampung kan? Lagipun, tok wan dan tok ayah belah ummi dah lama meninggal dunia. Kat rumah opah dan atuklah destinasi tujuan setiap kali raya atau cuti.

          Auni masuk ke dapur. Opah dan ummi sedang leka menganyam ketupat. Walid dan Along pula join atuk kacau dodol dan bakar lemang kat halaman rumah. Kak Syara tak dibenarkan buat apa-apa, jadi mandur aje sebab dia dah sarat benar.

Auni dan Angah baru sahaja selesai pasang langsir dan tukar sarung kusyen kat ruang tamu. Tahun ni giliran Kak Syara raya dengan keluarga belah Along, tahun depan giliran Along raya dengan keluarga belah Kak Syara pula. Sepakat suami isterilah katakan. Along memang bertuah sebab ibu bapa mentuanya pun sporting.

          “ Dah selesai kat atas tu?” tanya ummi. Auni angguk sahaja. Fon telinga comel berbentuk kepala beruang berwarna putih terlekat di telinga. TVXQ – Hug berlagu di telinga. Corby dikeluarkan daripada poket seluar.

          Main game syok jugak ni…

          Opah dan ummi kat bawah tu tengah sedap bercakap pasal Auni. Auni memang dah tak dengar sebab dah asyik dengan dua benda - MP3 dan game MagicSushi kat Corby.

          “ Anak sulung Sofi? Macam mana boleh kenal?” tanya opah. Ketupat yang sudah siap dianyam dimasukkan ke dalam besen merah kat sebelah. Sudah banyak ketupat yang berjaya dianyam oleh opah dan ummi. Lepas ni boleh rebus siap-siap dah.

          “ Jumpa kat rumah Kak Sofi dan Abang Man. Tak sangka adik dah kenal si Najwan tu kat tempat kerja,” balas ummi.

          “ Adik terima tak?”

          Ummi mengangguk. Dia menoleh sejenak ke arah Auni yang sedang leka dengan Corby dan MP3 di tangga dapur. Kelihatannya memang Auni tidak mendengar walau sepatah pun isi perbualan mereka berdua.

          “ Budak tu memang baik. Masa kami solat Maghrib kat rumah Sofi, dialah yang jadi imamnya. Kalau mak kenal, tentu mak pun berkenan nak buat menantu,” kata ummi. Tersengih-sengih ummi tatkala bercerita mengenai bakal menantunya itu.

          “ Tak salah mak, Sofi ada anak kembar, kan? Yang perempuan tu dah kahwin ke?” tanya opah lagi. Mula berminat dengan cerita ummi.

          “ Yang perempuan tu dah meninggal dalam kemalangan. Suami dia pun terlibat sama. Anak mereka sekarang dalam jagaan Kak Sofi. Si Najwan tulah yang sibuk jaga anak arwah Najwa dengan Fuad tu. Sebab sibuk dengan budak tulah dia tak kahwin sampai sekarang ni. Kata Kak Sofi, Najwan utamakan budak tu dulu. Dia tak kisah kalau tak kahwin asalkan anak arwah Najwa tu terjaga,” jelas ummi. Opah mengangguk. Ketupat yang sudah siap dianyam dikira jumlahnya.

          “ Jadi, si Najwan tu dah terima juga ke? Mak tak nak cucu mak kahwin paksa-paksa ni,” kata opah. Ummi tersenyum.

          “ Memang perkara ni sebenarnya keluarga yang aturkan, tapi Najwan memang dah setuju. Dia kata, mungkin dah tiba masanya untuk dia kahwin. Agak-agaklah mak, jodoh Najwan dengan adik kot? Sebab tulah sekarang ni baru terbuka hati nak kahwin,” kata ummi membuat andaian. Opah tersengih.

          “ Aturan Dia tiada siapa yang tahu,” balas opah. Ummi mengangguk lagi. Mereka kembali leka dengan anyaman ketupat masing-masing. Auni pula masih leka dengan dunianya.

          Ketukan di pintu mengejutkan opah dan ummi. Aisar muncul di pintu dapur. Matanya melilau mencari kelibat seseorang sebelum matanya tertumpu pada Auni di tangga dapur.

          “ Adik!!!”

          Hampir terjatuh Corby daripada tangan Auni. Pekikan Along jelas kedengaran walau dia sedang mendengar MP3. Kelam kabut dia menanggalkan fon telinga. Wajahnya mencuka melihat muka Along yang sudah tersengih-sengih.

          “ Apahal?” tanya Auni masam. Kacau daun betullah Along ni…

          “ Mintak tolong,” kata Aisar terus kepada Auni tanpa mempedulikan opah dan ummi yang sedang menganyam ketupat daun palas. Auni pula kerutkan muka.

          “ Apa?” tanya Auni sepatah.

          “ Tangkap ayam sama-sama, nak? Atuk mintak tolong, atuk nak sembelih terus,” kata Aisar sambil mengenyit mata. Menanti reaksi Auni akan ajakannya. Auni yang masih di tangga dapur tersenyum riang tiba-tiba. Cepat-cepat dia melompat dari tangga paling atas ke lantai dapur sebelum berlari ke pintu dapur.

          “ Nak join!!!”

          Cepat-cepat tudungnya yang tersangkut di kepala kerusi dicapai. Along sudah sengih lebar. Tahu benar Auni memang satu kepala dengan dia kalau sampai bab tangkap ayam dekat nak raya ni.

          “ Jom cepat!”

          Opah dan ummi hanya menggelengkan kepala melihat seorang bakal bapa dan seorang lagi yang dah nak jadi tunang orang dengan perangai mengalahkan budak tiga tahun yang riang ria sebab dapat tangkap ayam.


SEEKOR ayam jantan menjadi sasaran mata Auni. Dah dua ekor ditangkapnya manakala Along dah selamat masukkan tiga ekor ke dalam sangkar. Tinggal seekor lagi yang masih belum ditangkap. Memang opah dan atuk nak buat kenduri rendang ayam besar-besaran tahun ni.

          Siaplah kau, ha ha ha, Auni gelak jahat di dalam hati. Ayam jantan itu langsung tidak menyedari akan kehadirannya. Perlahan-lahan Auni menapak mendekati ayam itu. Sedaya upaya cuba dikawal bunyi tapak kakinya daripada kedengaran. Badannya ditundukkan sedikit.

          Sikit lagi… sikit lagi… sikit lagi… sikit aje lagi… da…

          Krekk!

          Ops!

          Auni renung pada kaki kanannya yang sudah selamat mematahkan ranting kayu di tanah. Ternyata bunyi ranting itu sudah cukup untuk mengalih perhatian ayam tersebut. Jelas di matanya bagaimana ayam itu melihat ke arahnya dan…

          “ Jangan lari!!!”

          Cepat-cepat Auni buka langkah apabila melihat ayam itu semakin jauh meninggalkannya. Auni ketap bibir. Laju jugak ayam ni lari? Tak nak masuk Olimpik ke? Adoi!!!

          Tudung yang sudah senget tidak dipedulikan lagi asalkan ayam itu berjaya ditangkap. Larian Auni bertambah laju, begitu juga dengan objek sasarannya itu. Ayam itu masuk ke jalan raya kampung itu. Nasib baik sahaja tiada orang ramai waktu itu. Kalau tidak malu aje melihatkan lagak Auni yang sedang mengejar ayam itu.

          “ Da… pat!!!”

          Pegangan Auni pada ayam itu dikemaskan sebaik mungkin. Meronta-ronta ayam mahu melepaskan diri daripada menjadi mangsa sembelihan untuk redang ayam sempena raya esok. Auni pula hanya sengih jahat. Kalau kau lari, menyusahkan aku nak kejar kau pulak!

          “ Mama?”

          Auni angkat muka daripada ayam itu. Tudung yang senget dibetulkan. Bulat matanya melihatkan wajah-wajah di hadapannya itu.

          “ Apa mama buat kat sini?”

          Auni telan liur. Mata E-jat terus kepadanya manakala Najwan merenung pelik pada wajah Auni dan ayam jantan di tangannya.

          A.La.Mak!


“ APA? Auntie Sofi dan Uncle Man asal kampung ni?”

          Ummi mengangguk membenarkan kata-kata anaknya itu. Baju kurung Auni yang berwarna putih berbunga merah disangkut ke dalam almari. Mulut Auni terlopong mendengarkan kata-kata ummi.

          “ Memang Auntie Sofi dan Uncle Man asal kampung ni. Tapi, ayah Uncle Man ada beli tanah yang jadi tapak rumah mereka kat Selangor sekarang. Asalnya mereka tingal sama-sama, lepas tu mak ayah Uncle Man nak tinggal di kampung aje. Keluarga Auntie Sofi pun kat sini. Itu pun cuma ibu Auntie Sofi sahaja yang masih tinggal,” jelas ummi. Auni terangguk-angguk.

          “ Adik lari lepas terserempak dengan Najwan?” tanya ummi pula. Teragak-agak Auni mengangguk. Merah mukanya mengenangkan kejadian petang tadi.

          Belum sempat Najwan menyoal apa-apa, cepat-cepat Auni melarikan diri dengan ayam di tangan. Sebaik sahaja sampai ke halaman, atuk sudah siap menyembelihkan dua ekor ayam. Pertanyaan Along mengenai apa yang terjadi sehinggakan dia berlari seperti ternampak hantu juga tidak dipedulikan. Auni pecut sahaja masuk ke dalam rumah selepas menyerahkan ayam yang sudah ditangkap kepada Along.

          “ Ummi lupa nak cakap. Mak ayah Najwan memang orang kampung ni. Rumah diorang dekat dengan jalan besar tu,” cerita ummi. Auni duduk memeluk bantal di atas katil. Angah masih di luar. Tengah tonton telemovie istimewa sempena Aidilfitri dengan Kak Syara. Along pula tengah membantu atuk dan walid mengemas tempat mengacau dodol petang tadi.

          “ Malulah… dahlah dia tengok adik tengah tangkap ayam. Kalau dengan orang yang tak kenal takpe jugak, ni tak, bila-bila masa aje boleh jumpa dengan dia,” kata Auni perlahan. Ummi senyum. Kepala Auni digosok.

          “ Tak ada apa-apalah. Nanti dia jugak yang akan jadi suami adik,” balas ummi tenang. Auni rasa nak nangis sahaja mendengar kata-kata ummi. Malu!!!

          Ummi, sebab nak jadi suamilah adik tak nak jadi camni! Dahlah ni first time aku jumpa dia sejak buka puasa sama-sama hari tu!

          Ummi keluar dari bilik meninggalkan Auni sendirian. Masjid kampung itu masih melaungkan takbir raya. Esok, kanak-kanak sekitar kawasan kampung akan datang beraya, tentu meriah rumah opah dan atuk dengan gelagat mereka. Awal pagi esok, opah akan sediakan nasi Bukahri ala opah.

          Auni mengeluh. Dia merenung siling di atasnya. Macam mana kalau esok dia datang beraya? Arghhh!!!


“ NAPE pakai macam tu?” Najwan kerutkan dahi sambil melutut di hadapan E-jat yang sudah lengkap dengan baju Melayu cekak musang warna merah hati. Sedondon dengan baju Melayu cekak musang Najwan.

          Songkok di kepala E-jat dibetulkan. E-jat tersengih sahaja melihatkan papanya yang segak dengan baju Melayu sama warna dengannya dan bersamping. Teruja betul dia kerana tahun ini tuk mummy dan tuk baba dah janji nak beri duit raya banyak-banyak sebab E-jat dah berpuasa penuh pada tahun ini. E-jat dah bercadang mahu mengajak papanya pergi membeli permainan video selepas balik ke Selangor nanti.

          “ Mana samping E-jat?” tanya Najwan sambil mendukung E-jat.

          “ Tuk mummy kata dalam bilik Mama Nawal,” balas E-jat. Najwan mengatur langkah ke bilik Nawal. Adik bongsunya itu masih sibuk bersolek barangkali. Pintu bilik diketuk.

          “ Apa?” Nawal muncul dengan selendang hitam berbunga merah. Dahi Nawal dijentik sahaja sebelum Najwan meloloskan diri masuk ke dalam bilik Nawal. Nawal renung geram pada abangnya itu. Dia berdiri bercekak pinggang.

          “ Apa masuk bilik Nawal ni? Nawal tak siap lagilah!” kata Nawal geram. Najwan hanya buat bodoh. Samping E-jat yang terletak elok di atas katil Nawal diambil sebelum dipakaikan pada E-jat.

          “ Dah cukuplah make up tu. Takkan nak make up mengalahkan pelakon opera China baru nak stop? Nanti tak pasal-pasal Syah lari sebab bakal isteri dia dah macam pelakon opera Cina,” perli Najwan tanpa memandang wajah Nawal yang sudah masam mencuka.

          “ Along!!! Outta my place now!”

          Sedaya upaya Nawal menolak Alongnya keluar bilik. Najwan sudah galak ketawa. E-jat hanya tersenyum hanya melihatkan situasi itu. Mummy dan baba sudah menunggu di ruang tamu. Masing-masing berpakaian warna merah hati.

          “ Kita nak raya kat mana dulu?” tanya Najwan. Dia mengerling jam di dinding. Baru pukul 10.30 lebih. Siti masih belum muncul. Barangkali masih bersiap di dalam bilik. Siti hanya tinggal seorang diri lepas datuk meninggal.

          “ Kita ke rumah tuk ma dan tuk abah dulu. Lepas tu, mummy nak singgah rumah Mak Wan pulak,” kata mummy. Berkerut muka Najwan mendengarkan kata-kata mummy. Tidak mengenali insan bernama Mak Wan yang dikatakan oleh mummy sebentar tadi.

          “ Mak Wan? Siapa tu?” tanya Najwan pelik.

          “ Mak kepada Auntie Yam, mak Auni. Bakal nenek kamu jugaklah tu,” balas baba. Najwan sengih sahaja. Rumah nenek Auni rupa-rupanya. Teringat dia akan peristiwa semasa dia membawa E-jat berjalan-jalan di kampung semalam.

          Comel jugak dia dengan tudung senget muka comot macam tu. Ha ha

          “ Apa borak lagi ni? Mehla cepat. Takkan raya-raya camni nak duduk rumah?”

          Najwan menoleh ke belakang. Siti dan Nawal berjalan ke arah mereka. Najwan tersenyum. Walau umur Siti sudah menjangkau 80-an, tapi Siti tetap kuat macam dulu.

          “ Lepas ke rumah tuk ma kamu, mak dah nak balik. Mana tahu ada budak-budak nak datang beraya. Kamu semua teruslah beraya,” kata Siti sambil menuruni tangga. Baba hanya mengangguk. Mereka keluar ke jalan besar. Kanak-kanak dan orang dewasa kelihatan di jalan besar kampung itu. Masing-masing dengan pakaian baharu.

          Baba memang sengaja tidak memandu. Waktu-waktu macam Aidilfitri inilah baba suka berjalan sahaja. Apatah lagi rumah tuk ma Najwan dan rumah nenek Auni tidaklah jauh sangat. Matahari pun tidak seterik mana. Apatah lagi dengan kehadiran pokok-pokok di sekitar jalan.  
 
          Siti pun masih kuat untuk berjalan jauh. Nenek belah mummy itu dipanggil Siti, kononnya panggilan untuk nenek dalam Bahasa Arab. Betul atau tidak katanya tidak dapat dipastikan. Bukannya Najwan belajar Bahasa Arab pun. Kadang-kadang Najwan hanya ketawa sahaja. Mana tidaknya, pada mukanya langsung tiada iras tuk Syeikh, panggilan untuk nenek pula dalam Bahasa Arab. Clash habis muka iras Cina-Jepun dengan panggilan untuk nenek dalam Bahasa Arab itu. Muka mummy pun tak ada iras tuk Syeikh. Lebih kepada Cina sebab kata Siti, moyang Najwan dulu kahwin dengan mualaf Cina.

          Najwan pegang kemas tangan E-jat. E-jat pula seronok sahaja dapat melihat suasana kampung yang jarang dilihatnya itu.

          “ Along, lepas ni raya kat rumah bakal Kak Long yek?” tanya Nawal yang berjalan di belakang Najwan. Najwan hanya tersengih.


KANAK-KANAK dan jiran-jiran opah dan atuk berpusu-pusu berkunjung ke rumah. Seronok Auni melihatkan telatah mereka ketika mahu menerima duit raya. Auni pula seronok mengusik mereka semua.

          “ Adik, pergi ambil rendang lagi kat bawah,” pinta opah. Auni hanya menurut sahaja. Dia turun ke dapur. Along, Kak Syara dan Angah juga sedang leka melayan tetamu yang hadir.

          Tudung saji dibuka. Masih banyak lagi rendang ayam yang berbaki. Mana tidak banyaknya, enam ekor ayam atuk sembelih untuk dibuat rendang. Auni mula tidak sedap hati tatkala melihatkan rendang ayam itu. Kejadian memalukan itu kembali mengetuk minda. Pantas dia menggelengkan kepala. Sedaya upaya cuba dilupuskan daripada ingatan.

          Rendang ayam diisi dalam mangkuk opah yang ummi beli ketika melawat Singapura dulu. Berhati-hati dia menapak, bimbang tersadung tangga. Auni masuk ke dalam laluan yang menghala ke ruang tamu. Kelihatan walid sedang bercakap-cakap dengan seorang pemuda yang berbaju merah. Auni mula tidak sedap hati kembali.

          “ Ha, itu pun Auni. Adik, ke sini,” panggil walid tiba-tiba.

          Auni tergamam. Barulah dia perasan bahawa lelaki itu ialah Najwan. E-jat pula sedang berdiri di sebelah Najwan. Najwan merenung pada muka Auni yang kelihatan kelat. Dia gelak perlahan. Mahu tidak mahu terpaksalah Auni mendekati walid yang berdiri berhadapan dengan Najwan.

           “ Ada apa, walid?” tanya Auni perlahan. Wajahnya dilarikan daripada melihat Najwan. Dia masih lagi malu apabila teringat peristiwa Najwan melihat dia menangkap ayam petang semalam. Malu juga apabila teringat peristiwa dia menangis di hadapan Najwan tempoh hari.

          “ Bawa Najwan ke meja makan. Walid ke bawah sekejap, Tok Su datang,” kata walid.

          Erk?

          “ Baiklah. Awak, mari,” pelawa Auni perlahan. Nak tak nak, terpaksa juga dia mengikut kata-kata walid. Najwan hanya mengekori sahaja daripada belakang.

          “ Tu ke rendang ayam hasil tangkapan awak semalam?” tanya Najwan. Matanya tepat merenung Auni. Muka Auni merah padam. Najwan mula ketawa. Lucu melihatkan reaksi Auni yang menggelabah tiba-tiba.

          “ Gurau ajelah,” kata Najwan lagi. Auni tersenyum malu.

          Hanya tinggal beberapa orang kanak-kanak sahaja lagi. Di meja makan pula, hanya ada dia, Najwan dan E-jat sahaja. E-jat duduk di sebelah Najwan. Pinggan berisi nasi himpit dan sate diletakkan di hadapan E-jat.

          “ Mana family awak?” tanya Auni. Hairan melihatkan kehadiran Najwan sahaja di situ tanpa ibu bapanya.

          “ Mereka terpaksa balik. Anak angkat Siti datang melawat, asalnya mereka pun nak datang ke sini,” jelas Najwan.

          “ Siti?”

          “ Nenek saya.”

          Auni mengangguk sahaja. Jus oren dituang ke dalam dua gelas berasingan. Najwan sedang leka melayan E-jat makan. Comot pipi E-jat dengan kuah kacang nasi himpit.

          “ E-jat nak tambah lagi?” tanya Najwan. E-jat mengangguk. Permintaan E-jat dituruti sahaja. Auni tersenyum melihatkan cara Najwan melayan E-jat. Nampak benar gaya seorang bapa mithali.
  
          Mungkin aku patut bagi dia peluang. Mana tahu, memang dia jodoh aku…

          Auni senyum lagi. Harap-harap pilihan dia tidak salah. Hatinya sudah tekad benar untuk menerima Najwan sebagai suaminya yang sebenar-benarnya. Bukan setakat panggilan suami di atas sijil perkahwinan.

Thursday, June 13, 2013

464 Untuk Nini Bab 9



LAMA Najwan merenung wajah sembap gadis kecil molek di hadapannya kini. Niatnya untuk bertanya mengenai apa yang terjadi kepada Auni tadi terbantut saat melihat air mata Auni masih lagi belum berhenti mengalir.

Najwan membawa Auni ke sebuah restoran untuk berbuka puasa bersama-sama. Niatnya hanya untuk menemani Auni pulang ke rumah. Tetapi tidak sanggup pula dia melihat keadaan Auni yang kelihatannya sedang bersedih. Tambahan lagi kehadiran lelaki yang ditemuinya tadi bersama-sama Auni mengundang curiga dalam hatinya. Namun Najwan cuba untuk berlagak tenang. Penjelasan yang baik diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang mengundang.

Najwan memilih tempat yang agak tersorok untuk mereka berbual-bual. Yang pasti, Najwan tidak mahu mereka menjadi tumpuan ramai dalam restoran tersebut.

            “ Auni, could you please stop crying? Saya tak reti nak pujuk orang,” kata Najwan perlahan. Matanya masih melekat pada wajah Auni.

            Auni hampir tergelak. Boleh Najwan bagi alasan macam tu?

“ Auni? Kenapa ni? Boleh beritahu saya?” berhati-hati Najwan bertanya.

Kalau E-jat, bolehlah aku pujuk dengan mainan, geletek dia ke. Ni aku nak pujuk dengan apa? Mainan juga ke? Nak geletek macam aku geletek E-jat, tak sah lagi. Adoi

“ Auni?” Lembut nada itu memanggil.

Auni mengangkat wajah. Air matanya dilap. Malu pula menangis depan Najwan. Sabar Najwan menunggu Auni membuka bicara.

          “ Awak… jangan marah ya?” Perlahan Auni menuturkan ayat. Bimbang sekiranya apa yang bakal diceritakan kepada Najwan kelak akan mengundang salah faham lelaki itu.

          Najwan tersenyum tenang padahal dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa gelisahnya hati. “ Pasal lelaki tadi tu ke? Was he your boyfriend? Or is he your boyfriend?”

          Janganlah dia kata lelaki tadi tu boyfriend dia. Menangis tak berlagulah aku. Pengantin tak jadi nanti.

          “ He is and was not my boyfriend. Dia senior saya dulu,” jawab Auni perlahan. Masih lagi takut untuk memulakan bicara.

          “ Then, dia suka awak?” Air muka Najwan masih lagi menampakkan ketenangan.

          “ Awak, saya nak beritahulah ni. Tapi… tolong jangan marah ya? Saya tak nak ada salah faham antara kita,” balas Auni. Najwan tersenyum lantas mengangguk.

          Antara kita? Great! Dia dah terima aku betul betul ke ni? He he.

          “ Awak jangan marah ya?” Belum apa-apa lagi Auni dah cuak.

          “ Awak tak cerita lagi, macam mana nak tau saya marah ke tak?”

          Auni tergelak perlahan. Najwan senyum lagi. Boleh pun gelak.

          “ Just tell me, saya akan dengar from A to Z barulah saya menyampuk, okey? Saya tak marah, ya?”

          Auni kerutkan dahi. Takkan marah? Najwan ketawa perlahan melihatkan perubahan pada wajah Auni.

          “ Tak percaya? Okey. Dengan ini saya berjanji dengan Cik Auni, Encik Najwan tidak akan memarahi Cik Auni. Deal?”

          Najwan mengangkat tangan kanannya. Auni tergelak lagi. Macam macam la mamat seorang ni.

          “ Okeylah, saya cerita. Sebenarnya dia…”

          Apa sahaja yang berkaitan dengan Hakimi diceritakan kepada Najwan. Auni tidak faham akan dirinya. Kalau boleh dia mahu merahsiakan mengenai Hakimi daripada Najwan. Tetapi nasihat Adda tempoh hari telah membuatkan dia berfikir lama. Sebelum sesuatu yang tidak baik terjadi pada masa hadapan, lebih baik dia bersikap jujur dengan Najwan.

          Lama dia bercerita sehinggalah waktu berbuka puasa sudah masuk. Wajah tenang Najwan sepanjang tempoh dia bercerita mengundang damai di hati Auni. Dia bersyukur kerana Najwan tidak cepat melatah dengan apa yang terjadi. Tenang sahaja lelaki itu mendengar cerita dan penjelasan Auni. Najwan hanya membuka mulut selepas dia selesai mendengar cerita Auni.

          “ Sorry, sebab dah ambil masa awak,” ucap Auni. Najwan senyum lagi.

          Mereka berdua sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah Auni. Swift sudah selamat diparkir di dalam halaman rumah. Prius Najwan masih berada di luar rumah Auni. Hanya Alin sahaja yang berada di rumah. Ummi dan walid sudah ke masjid untuk solat terawikh berjemaah bersama-sama jiran-jiran yang lain.

          Awal-awal lagi Najwan sudah menelefon walid Auni. Memohon kebenaran untuk berbuka puasa bersama-sama Auni. Nasib baik walid tidak banyak soal. Terus sahaja bersetuju asalkan Auni pulang dengan selamat. Selesai sahaja berbuka puasa, Najwan mengajak Auni singgah untuk solat Maghrib di sebuah masjid dahulu sebelum menghantar Auni pulang.

          “ It’s okay. Awak masuk ni, lepas mandi, solat, rehatkan badan tau. Tak payah fikir sangat. Okey?” lembut Najwan menutur kata.

          Auni senyum malu. Baik juga eyh bakal suami aku ni? Ha ha.

          “ Okeylah Encik Najwan,” balas Auni. Najwan senyum lagi.

          “ Kalau ada apa-apa lagi pasal Hakimi tu, just tell me. Saya tak marah, okey? Lagipun bukannya awak nak pergi kahwin lari dengan Hakimi tu,” kata Najwan selamba. Auni tarik muka. Kahwin lari? Dengan Hakimi pula tu. Tak nak!

          “ Okey. Awak baliklah dulu. Thanks again. Assalamualaikum, night,” ucap Auni. Najwan mengangguk.

          “ Waalaikumussalam. Night my lady.”

          Senyum Najwan tidak lekang daripada wajahnya. Auni mengangguk perlahan. Dia terus berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Najwan masih lagi setia menunggu di luar pintu pagar rumah keluarga Auni. Ingin diajak masuk, tidak sopan pula dipandang orang. Apatah lagi hanya Auni dan Alin sahaja yang berada di dalam rumah.

          Masuk sahaja ke dalam rumah, Auni mengintai Najwan daripada balik langsir. Najwan masih lagi di luar rumah. Memastikan Auni masuk ke dalam rumahnya dengan selamat sebelum pulang.

          Ya Allah, aku bersyukur sangat. Ternyata dia seorang yang sabar. Adakah ini yang terbaik?

          Saat dia terkejut kerana menyedari kehadiran Najwan tadi sewaktu Hakimi datang memulakan sengketa, Najwan tidak terus bertanya soalan kepadanya. Dengan lembut lelaki itu mengatakan niat untuk membawa Auni pulang bersama-samanya. Dengan sabar, Najwan menunggu Auni memulakan bicaranya.

          Adakah dia memang sesabar ini?

          Auni terkejut dengan bunyi mesej masuk daripada Corby. Nombor yang tidak dikenali muncul pada skrin. Cepat-cepat dia membuka mesej itu. Auni menarik senyum. Daripada Najwan rupanya.

Got your number from ummi. Take care, my lady.
Night and salam. - Najwan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...