
AUNI meluru ke arah dapur sebaik sahaja
dia menjejakkan kaki ke dalam rumah. Ummi sedang berada di dapur. Angah pun
ada. Maklumlah hari minggu, cuma kelibat Aisar si Abang Sulung sahaja tidak
kelihatan memandangkan Aisar sudah punya rumah sendiri bersama-sama Syara.
“ Ummi!”
Ummi dan Angah sama-sama menoleh ke
pintu dapur. Dahi masing-masing berkerut melihatkan keadaan Auni yang muncul
seperti dikejar hantu. Ummi meletakkan pisau di atas kaunter dapur sebelum
berlalu ke sinki untuk membasuh tangan.
“ Kenapa dengan adik ni? Nak kata
kena kejar dengan hantu, sekarang ni bulan puasa. Kenapa?” tanya ummi yang
sudah ambil tempat di meja makan. Auni tarik nafas. Dia berdiri di hadapan
ummi.
“ Kenapa ummi tak cakap yang Najwan
kata pada ummi dan walid yang adik dah terima lamaran tu? Kenapa ummi tak cakap
yang Najwan ada kembar dulu dan kembarnya dah meninggal dan ada anak sorang yang sedang dia jaga sekarang?”
kata Auni pantas sekali nafas. Ummi dan Angah tergamam. Akhirnya mereka senyum.
“ Ummi lupa nak beritahu,” kata ummi
selamba. Auni buat muka.
“ Lupa?”
Ummi angguk. Angah tahan gelak.
Terbongkok-bongkok Alin dek menahan
gelak yang melampau-lampau.
Auni geleng kepala. Dia berdiri
bercekak pinggang.
“ Kiranya, memang adik kena nikah
dengan dialah?” tanya Auni. Ummi angguk lagi.
“ Adik nikah dulu sebelum Angah?”
Ummi angguk lagi. Yalah, majlisnya dalam dua bulan lagi. Angah kahwin pula
mungkin lewat tahun hadapan.
Alin dan
Reza memang sengaja melambat-lambatkan tarikh perkahwinan mereka. Mereka berdua
menetapkan masa bertunang mereka selama dua tahun. Lama memang tak lama. Sudah
puas Auni mengingatkan Angah agar jangan bertunang lama-lama tetapi Angah dan
Angah Reza tetap begitu.
“ Ummi tak kisah kami kahwin walau
adik baru aje kenal dia?” Ummi angguk lagi.
Auni mengeluh. Dia duduk di sisi
Angah di meja makan, setentang dengan ummi. Dia duduk menopang dagu. Muka ummi
direnung lama. Ummi senyum.
“ Adik susah hati ke?” tanya ummi lembut.
Auni diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Susahnya…
“ Kenapa ummi macam tak kisah aje
walau adik baru kenal dengan Najwan tu? Bukan ke soal kahwin ni bukan perkara
main-main?” tanya Auni perlahan.
Ummi senyum lagi. Ummi memang sentiasa
senyum walau berat masalah yang menimpa. Sama ketika Along kemalangan jalan
raya sewaktu Along baru habis PMR dahulu. Ummi tak menangis. Tapi ummi senyum.
Seakan-akan tidak ada perkara yang
boleh merisaukan ummi walaupun ketika itu Along patah kaki dan tangan kanannya.
Tapi Auni tahu, malam-malam mesti ummi menangis juga ketika tiada orang di
sekeliling ummi. Walid pun tidak tahu. Ummi lebih suka menyembunyikan
perasaannya. Ummi tak nak Along dan yang lain-lain susah hati.
“ Adik, adik kan tahu yang ummi
takkan main-main dalam perkara yang serius macam ni? Ummi tahu yang adik baru
kenal dengan Najwan tapi ummi dan walid percaya yang insya-Allah, Najwan akan
jadi suami yang baik untuk adik,” kata ummi lembut.
Auni renung dalam-dalam mata ummi.
Jelas di mata ummi yang ummi benar-benar berharap dia akan berkahwin dengan
Najwan dan Auni tidak akan pernah sampai hati untuk menolak lamaran itu.
“ Atau adik dah ada someone?”
Auni tersentak. Pantas dia
menggeleng.
“ Tak
ada. Serius tak ada.”
“ Jadi?”
Perlahan-lahan
Auni mengangguk tanpa sebab. Dia bangun daripada kerusi. Ummi kerut dahi.
Begitu juga dengan Angah yang sedari tadi tidak mencelah perbualan mereka.
“ Adik akan teruskan juga perkahwinan ni. Adik akan happy kalau ini akan makes ummi and walid happy with me yet bless
my marriage and my life,” kata Auni. Dia hadiahkan senyuman buat ummi.
Sejurus kemudian, dia terus keluar ke dapur. Ummi terus tersenyum mendengarkan
jawapan anak bongsunya itu.
Auni buat semua ini untuk walid dan umminya. Bukan kerana
Hakimi. Auni yakin akan itu. Pasti!
NAJWAN membetulkan bantal E-jat yang
sudah lena tidur. Seharian bermain membuatkan anak kecil itu keletihan. Selepas
Asar tadi Najwan membawa E-jat ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah
mereka. Najwan hanya menurut sahaja apa yang E-jat mahu main. Akhirnya, E-jat
yang terlebih dahulu lena kerana terlampu letih. Najwan senyum bila melihatkan
E-jat yang memeluk erat patung Nemonya.
“ Naj?”
Najwan melihat pada pintu bilik
E-jat. Baba yang masih dengan baju Melayu dan kain pelikatnya sedang berdiri di
muka pintu. Mummy pula barangkali
masih di dapur bersama-sama Mak Bedah. Najwan ukir senyum pada baba.
“ Baba, masuklah,” kata Najwan
perlahan. Baba masuk lantas duduk di atas katil E-jat. Najwan renung lama muka
baba.
“ Pasal pagi tadi, mummy dah cerita kat baba,” kata baba
untuk memulakan perbualan. Najwan mengangguk sahaja. Selimut E-jat dibetulkan.
Sesekali dia mengusap kepala anak kecil itu.
“ Mummy
citer apa?” tanya Najwan. Kepala
E-jat digosok perlahan. Manalah tahu mummy
tokok tambah cerita ke. He he…
Tambah-tambah lagi mummy tengah excited nak dapat menantu untuk anak
tunggal lelakinya ini. Bukan boleh dibuat main mummy itu.
Baba ketawa. Tahu benar kenapa Najwan
bertanyakan soal itu.
“ Mummy
cakap kamu nak bertunang dengan Auni seminggu sebelum Nawal nikah and nak akad nikah serentak dengan akad
nikah Nawal dan Syah, betul ke?” tanya baba.
Najwan mengangguk. Dia senyum. Lucu
apabila mengingatkan reaksi muka Auni apabila dia memberitahu perancangannya
sebelum berkahwin tadi. Bertunang seminggu sebelum kahwin, lepas tu pulak nikah serentak dengan adik? Macam
manalah gadis itu tidak terkejut. Sudahlah mereka berdua kahwin pun atas dasar
keluarga.
“ Naj rasa lagi cepat lagi bagus. Takdelah mummy bising tiap-tiap hari,” kata Najwan sambil ketawa. Baba
senyum.
“ Macamlah kamu tak tahu mummy kamu tu macam mana. Selagi kamu
belum kahwin, manalah dia tahu duduk diam,” baba gelak lagi. Najwan masih
dengan sisa tawanya. Sempat lagi baba mengata mummy.
“ Naj rasa… mungkin dah sampai
masanya Naj kahwin. Lagipun betul juga kata mummy.
Sampai bila Naj nak macam ni? Naj tahu yang mummy
nak sangat Naj kahwin, tambah-tambah lagi Nawal pun dah nak kahwin dah,” jelas
Najwan perlahan. Wajah E-jat yang sedang lena tidur direnung lama. Baba tarik
nafas perlahan. Bahu anak lelaki tunggalnya diusap perlahan.
“ Insya-Allah, semuanya akan baik dan
kamu akan bahagia dengan Auni, ya?” kata baba. Najwan mengangguk. Dia menoleh
pada baba di sisi. Senyumannya terukir.
“ Insya-Allah, baba. Insya-Allah…”
“ Bila Naj dah pegang title suami, tanggungjawab Naj makin
besar. Mana nak didik isteri, mana nak didik anak-anak, nafkah mereka lagi.
Jangan sesekali abaikan mereka walau sesibuk mana pun Naj nanti,” baba
berpesan.
“ Insya-Allah baba. Naj akan ingat pesanan tu. Naj harap
sangat, dapat didik anak-anak Naj the same
you did to us,” ucap Najwan.
Baba mengangguk. Bahu anak lelakinya itu ditepuk berulang
kali.
“ Ingat Naj, walau setinggi mana pun darjat kita dalam
masyarakat, kita masih tidak tahu di manakah tempat kita di akhirat kelak.”
Pesanan baba akan sentiasa tersemat dalam fikiran.
PETANG yang menenangkan hati. Tetapi
tidak bagi Auni. Baru sahaja dia keluar daripada pintu firma arkitek milik
Adam, dia melihat Hakimi sedang berdiri tidak jauh daripada keretanya.
Auni sudah cuak tetapi dia cuma buat sambil lewa sahaja.
Saat dia ingin melepasi Hakimi untuk mendapatkan keretanya, lengannya ditarik
oleh Hakimi. Auni tergamam. Cepat-cepat dia merentap lengannya.
“ I’m not your muhrim
okay? You can’t touch me!”
Auni mula berang. Pantang benar dia jika ada mana-mana
lelaki ajnabi ingin menyentuhnya. Sesuka hati aje dia nak sentuh aku. Ingat aku
ni apa?
“ Sorry, sorry. I’m
so sorry okay? Tapi saya nak sangat cakap dengan awak. Please Auni?” Hakimi merayu. Auni merengus perlahan.
“ Talk to me before I
change my mind,” kata Auni tegas.
Baru sahaja dirasakan harinya tenang selepas berjumpa
dengan Najwan tempoh hari, tiba-tiba sahaja Hakimi datang memberi masalah
kepadanya.
“ Dah lama saya nak jumpa awak sejak kita jumpa kat Mid
hari tu. Tapi susah sangat saya nak jumpa awak. Saya hantar bunga, tapi awak
langsung tak contact saya balik. I want to know the truth, Auni
Ammaleeyna. Betul ke awak dah nak bertunang? Awak bohong aje kan?”
Perlahan-lahan Auni mengangguk.
“ Awak tipu saya, kan? Awak tak pernah ada sesiapa pun
selama ni. Takkan tiba-tiba aje awak nak bertunang?”
Hakimi tetap berkeras. Dia yakin apa yang dikatakan oleh
Auni kepadanya tempoh hari hanyalah suatu pembohongan. Pembohongan untuk
melarikan diri daripadanya.
“ Buang masa ajelah kalau saya tipu awak. I’m not lying, okay? I’m getting engaged
soon.”
Dia ni memang tak faham bahasa ya?
“ Awak cuma nak lari daripada saya kan?”
Memanglah nak lari daripada kau! Takkan nak lari daripada
gajah pula!
“ Please Kimi.
Saya minta sangat-sangat awak berhenti ganggu saya selepas ni. I can accept you as a friend only, not more
than that, okay?”
Hampir bosan Auni melayan kerenah Hakimi. Nasib baik
kebanyakan rakan sepejabatnya sudah pulang. Kawasan di hadapan firma itu juga
lengang daripada orang ramai. Tidak perlulah dia menanggung malu kerana sedang
berdrama swasta dengan Hakimi saat ini.
“ Kenapa awak susah sangat nak terima saya?” Hakimi makin
mendesak. Sekali lagi dia cuba mencapai tangan Auni namun dengan pantas Auni
mengelak. Dia makin hilang sabar.
“ Kimi, please know
your limit,” nada Auni bergetar. Wajah Hakimi dipandang seakan mahu sahaja
ditelan hidup-hidup.
“ But Auni…”
“ For your
information, I will be engaged and married in less than two months. Don’t
disturb me anymore. Please, Hakimi Adnan. I wil be someone’s wife sooner. Find
someone else. I was not and am not in love with you. Please, don’t be confused
with your feelings. You are in love with someone else, not me. You just see her
image in me, right?”
Hakimi terkedu. Apa maksud Auni?
Auni tergamam. Apa yang ingin dirahsiakan terlepas juga.
Cuak Auni melihat wajah penuh tanda tanya Hakimi.
“ Apa maksud awak Auni? Awak maksud awak yang saya cintakan
orang lain?” Hakimi mula mendesak.
Auni menarik nafas dalam. Sudah tiba masanya untuk Hakimi
mengetahui kebenarannya.
“ Saya tahu, Kimi. Awak cintakan arwah Kak Lili. Lepas Kak
Lili dah tak ada, awak nampak bayangan Kak Lili dalam diri saya. Be honest to yourself. Saya tak akan
sesekali terima seseorang yang melihat saya sebagai orang yang mereka sayang.
Itu tidak ikhlas namanya.”
Lili?
“ Jangan cari saya lagi. Dah lama saya nak cakap pasal tu
pada awak tapi saya pendam, saya tak nak awak sakit hati. Awak dah cukup
terluka lepas arwah Kak Lili meninggal. Saya tak nak tambah luka awak. Tapi,
memandangkan awak tak habis-habis kacau saya, saya terpaksa and I’m sorry. Please, don’t disturb me
anymore.”
Terlerai sudah kisah silam yang sudah sekian lama dipendam
oleh Auni. Dia menarik nafas lega. Selama ini tiada sesiapa pun yang tahu
mengenai hubungan cinta antara Hakimi dan Lili. Mereka merahsiakan hubungan itu
daripada pengetahuan rakan-rakan yang lain. Hanya beberapa rakan terdekat
sahaja yang mengetahuinya.
Pada saat Auni menerima berita kematian Lili kerana insiden
langgar lari, terasa lumpuh seketika hidupnya. Lili merupakan salah seorang
senior yang teramat baik dengannya. Hampir segala rahsia mereka kongsi bersama.
Begitu juga dengan rahsia percintaan Hakimi dan Lili.
“ Berhenti ganggu saya, Kimi. Walau saya terima awak sekalipun, awak
tak akan pernah bahagia. Cinta awak pada Kak Lili dah dibawa pergi oleh arwah.
Arwah pergi dengan cintanya untuk awak. Sebelum arwah accident, arwah called
saya. Beritahu saya dia dah jumpa hadiah farewell
sebelum awak pergi UK. Malangnya, arwah tak sempat beri hadiah itu pada awak.”
“ Tapi…”
“ Stop disturb me.
Just stop.. “
Auni tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia bimbang
sekiranya air matanya akan mengalir juga. Menyingkap kisah yang sedih, Auni
tidak yakin dia dapat bertahan lama.
Auni melangkah membelakangi Hakimi yang masih lagi
kelihatan bingung dengan kata-kata Auni. Auni menunduk sahaja. Matanya dapat
menangkap sepasang kaki yang sedang berdiri di hadapannya. Perlahan-lahan Auni
mengangkat wajah.
“ Auni?”
Auni tergamam. Najwan betul-betul berdiri di hadapannya.
Pandangan Najwan jatuh kepada wajah sedih Auni dan wajah bingung seorang lelaki
yang tidak dikenalinya di belakang Auni.
“ Saya temankan awak balik?”
Lembut suara Najwan menyentap hati Auni. Perlahan-lahan
Auni mengangguk. Tanpa menoleh kepada Hakimi yang masih berada di belakangnya,
Auni berjalan mendapatkan Najwan.
Pergilah Kimi. Dapatkan kembali cinta yang telah Kak Lili
bawa pergi. Pergilah.
3 comments:
best....
smbng lagi♥
Dah habis baca :)