
NAJWAN
leka dengan BlackBerry di tangan sebelum merasakan
matanya ditutup rapat oleh seseorang di belakang. Dia mengukir senyum.
BlackBerry diletakkan di atas meja. Kedua-dua tangannya pantas menarik
kedua-dua tangan yang menutupi matanya tadi. Dia menoleh ke belakang. E-jat
ketawa mengekeh.
“ Tak baik ganggu orang tahu tak?” kata Najwan dengan sengih di bibir.
E-jat melompat ke riba Najwan. Najwan ketawa. Pipi kanak-kanak itu dicium
berulang kali sehinggakan E-jat mengekeh ketawa di ribaannya.
Hari ini dia agak santai. Cuti hujung minggulah katakan. Cuma babanya
sahaja yang berada di pejabat. Ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.
“ Tuk mummy masak sedap hari
ni, papa. E-jat suka,” kata E-jat ceria. Najwan mengangguk. Dia menarik hidung
anak kecil itu.
“ Tuk mummy masak apa?” tanya
Najwan. Dia menggesel kepalanya pada E-jat. Terkekeh-kekeh kanak-kanak itu ketawa.
“ Papa! Janganlah! Geli!” jerit E-jat. Najwan buat bodoh. Pantas tangan
E-jat memukul dada Najwan. Najwan tersenyum lantas menggeleng.
“ Tak nak cakap. Papa jahat,” kata E-jat lagi. E-jat berdiri berpeluk
tubuh di hadapan Najwan. Najwan ketawa geli hati. Lucu melihat gaya E-jat.
“ Yalah, yalah. Malam ni, papa janji kita main bunga api lagi, kay?” Kedua-dua tangannya diangkat
seakan-akan bersumpah. E-jat mula tersenyum. Dia meluru ke arah Najwan lalu
memeluk lelaki itu.
“ Okey!”
Najwan membawa E-jat ke dukungannya. Mereka berdua ke kawasan luar.
Seluar panjang yang E-jat pakai Najwan lipat hingga paras lutut. Najwan yang
sememangnya sudah mengenakan seluar tiga suku melepasi lutut terus merendamkan
kaki ke dalam kolam renang. E-jat turut berbuat demikian.
“ Tuk mummy masak nasi tomato.
Lepas tu, ada puding ais krim. Sedapnya! Tak sabar E-jat nak bukak puasa,” cerita E-jat
bersungguh-sungguh. Siap dengan gaya lagi. Najwan tergelak perlahan. Sebelah
lengannya merangkul leher E-jat manakala satu lagi ditongkat pada lantai.
“ E-jat ingat apa yang papa janji kalau E-jat puasa penuh?” tanya Najwan.
Wajah polos anak kecil itu direnung lama. E-jat mengangguk pantas.
“ Papa nak bawak E-jat lawat
kubur mummy and daddy. E-jat tak
lupalah,” kata E-jat. Nadanya merendah. E-jat tunduk merenung air kolam renang
yang berkocak akibat gerakan kakinya dan Najwan.
“ Tentu mummy dan daddy happy kalau tahu E-jat baik macam ni,” kata Najwan sekadar mahu
menenangkan hati anak kecil itu. Dia memeluk E-jat yang mula membisu. E-jat
hanya mengangguk sahaja.
Najwan renung lama wajah muram itu. Dia senyum tawar. Ezzat Ridhuan
merupakan anak tunggal arwah Najwa Sofia dan Ahmad Fuad. Najwa merupakan adik
kembar tidak seirasnya. Ketika E-jat baru sahaja berusia tiga tahun, pasangan
itu meninggalkan mereka sekeluarga. Najwa dan Fuad mengalami kemalangan jalan
raya.
Kereta Fuad yang dalam perjalanan ke rumah mummy dan baba bertembung dengan kontena di arah yang bertentangan.
Ketika itu E-jat dijaga mummy, hanya
Najwa dan Fuad sahaja yang berada dalam kereta. Nasib E-jat agak baik, jika
tidak dia mungkin akan menemui nasib yang sama seperti yang menimpa kedua-dua
arwah ibu bapanya.
Sejak kematian Najwa dan
Fuad, Najwan berpindah daripada kondominiumnya ke rumah keluarga mereka kerana
memikirkan nasib anak saudaranya yang masih lagi kecil. Dan sejak kematian
Najwa dan Fuad jugalah, dia menjaga E-jat seperti anak sendiri sehinggakan
E-jat memanggilnya papa.
“ E-jat jaga diri, belajar baik-baik, ingat Allah. Insya-Allah, boleh
bahagiakan mummy dan daddy kat sana, ya?” pujuk Najwan. E-jat
hanya mengangguk. Najwan menggeleng. Kepala E-jat diusap perlahan.
AZAN Maghrib mula kedengaran daripada saluran Oasis. Najwan membaca doa
sebelum diaminkan oleh ahli keluarganya yang lain. Sebiji kurma dicapai sebelum
dia menjamah makanan lain. E-jat yang duduk di sebelahnya turut berbuat
demikian.
“ E-jat nak apa?” Najwan tenung wajah polos itu. Mata E-jat meliar
melihat makanan di atas meja. Barisan makanan hasil tangan tuk mummy memang berjaya menarik
perhatiannya. Sedap…
“ E-jat nak drumstick tu,”
kata E-jat. Tangan kecilnya menunjuk pada paha ayam yang diminta. Panjang
tangan Najwan mencapai pinggan berisi lauk ayam masak merah sebelum paha ayam
itu diletakkan di atas pinggan nasi E-jat. E-jat tersenyum.
“ Terima kasih, papa,” kata E-jat. Najwan
hanya tersenyum lantas mengangguk. Dia mengambil lauk untuk dirinya sendiri
pula.
“ E-jat nak apa lagi?” Najwan menyoal sekali lagi. E-jat tersengih
lebar. Tangannya menunjuk kepada telur dadar yang turut terhidang sama. Sekali
lagi permintaan itu dipenuhi. Berhati-hati hirisan telur dadar itu diletakkan
di atas pinggan E-jat.
“ Along Naj ni, dah boleh jadi bapak
budak dah. Bakat pun dah ada. Bila Along nak bagi Nawal kakak iparnya?” tanya
Nawal Fairuz, anak bongsu pasangan Sofiah-Luqman. Najwan sengih tawar.
“ Siapalah yang nakkan Along ni,” kata Najwan dengan nada sedih yang
dibuat-buat. Nawal mula ketawa.
“ Along kamu ni mengada-ngada. Mummy
suruh bawa balik mana-mana perempuan, bukannya nak buat macam yang mummy suruh. Mummy nak pasangkan dengan anak-anak kawan mummy, dia pulak yang tak
nak. Tu yang sampai sekarang kamu tak merasa nak dapat kak iparnya,” balas Puan
Sofiah serta merta.
Tuan Luqman yang duduk di hujung meja hanya mampu menggeleng. Mana
tidaknya, terus sahaja isterinya itu memberi ceramah percuma kepada anak sulung
mereka tanpa sebarang mukadimah.
“ Awak ni Sofi, sudah-sudahlah. Kita ni baru nak berbuka. Cuba bawa
bertenang dulu. Lepas terawih nanti, awak nak membebel pun membebellah. Tak ada
siapa yang nak halang. Depan rezeki pun nak membebel.” Kata-kata Tuan Luqman
disambut dengan tawa Nawal dan Najwan. Dilihat wajah mummy mula berubah.
“ Saya cakap benda yang betul, salah ke?” kata mummy tidak berpuas hati.
“ Memanglah betul. Saya pun nak tengok Najwan kahwin jugak, bukannya awak sorang. Dah, makan dulu. Lepas ni awak
sambunglah apa yang awak nak cakap tu,” kata baba. Suapan diteruskan tanpa
menghiraukan jelingan si isteri.
Najwan juga meneruskan suapannya. Malas mahu menyampuk perbualan ibu
bapanya. Sesekali dia mengesat mulut E-jat yang comot. Berselera E-jat makan
nasi tomato buatan tuk mummynya.
Terasa kakinya ditendang di bawah meja. Muka Nawal yang duduk bertentangan
dengannya direnung.
Apahal? Najwan bertanya tanpa suara. Hanya gerakan bibir sahaja. Tidak
mahu mummy dan baba perasan. Mummy dan baba sedang leka menikmati
rezeki mereka pada hari itu.
Nawal sengih. Dia turut melakukan gerak bibir.
Baba pun dah join pakatan
mencari menantu perempuan mummy. Bila
nak bawa balik bakal kakak ipar?
Najwan menjulingkan mata. Tak payah nak mengarutlah.
Betullah. Karang tak
pasal-pasal merana kalau kena jodoh dengan anak kawan mummy.
Ada Along kisah?
Yalah tu. Nanti ada juga yang menangis tak berlagu depan tok kadi nanti.
“ Ouch!”
Perhatian mummy dan baba
beralih daripada pinggan nasi. Mata kedua-duanya tertumpu pada Nawal yang
tiba-tiba sahaja mengaduh kesakitan tadi. Najwan yang duduk di hadapan Nawal
pula sedang menghulurkan air kepada E-jat. Dia berlagak seakan-akan tiada
apa-apa yang berlaku.
“ Kenapa, Nawal?” tanya baba. Nawal sengih kelat.
“ Nothing, baba,” balas Nawal
perlahan. Matanya dilirik kepada wajah Alongnya yang kelihatan selamba. Sakit
kaki aku kena tendang!
Mummy dan baba kembali menyuap
nasi. Nawal menjegilkan mata kepada Najwan yang sudah sengih jahat. Along!
Serve you right.
We’ll see, sapa yang padan muka
nanti. Nawal sengih geram. Mahu sahaja dihempuk kepala Alongnya itu. Najwan
hanya buat bodoh. Gelas yang berisi jus mangga dicapai sebelum diteguk
perlahan. Sesekali dia mengangkat kening ke arah Nawal.
Hati Nawal mendongkol geram. Takpe,
takpe, kita tengok siapa yang padan muka nanti.
LINCAH
tangan Auni melipat helaian kerta menjadi origami
angsa. Sesekali dia tersenyum sendirian. Sudah berbelas-belas origami angsa
dibuat olehnya sejak masuk waktu makan tengah hari tadi. Yalah, takkan nak
turun kedai mamak pekena mi goreng
tengah-tengah puasa macam ni? Kena cekup dek
JAIS baru tau langit tu tinggi ke rendah! Selesai sahaja solat Zohor, terus
sahaja dia membuat kerja yang dirasakan berfaedah olehnya iaitu membuat
origami-origami angsa tersebut.
“ Nilah kerja kau tiap-tiap hari. Aku yang jadi tukang tolong tengok ni
pun dah naik jemu dah,” kata Adda yang muncul tiba-tiba bersama-sama Cassy.
Auni angkat muka daripada origami angsa yang sudah siap di tangan. Dia tarik
sengih.
“ Korang yang jadi tukang
tengok dah jemu tapi aku yang jadi tukang buat ni tak jemu-jemu lagi,” balas
Auni mudah. Adda menggelengkan kepala. Sabar sajalah dengan jawapan anak bongsu
Encik Zakaria depan mereka ni.
“ Apahal korang cari aku? Ada probs ke?” tanya Auni. Kali ini dia mula
menumpukan perhatian pada helaian kertas yang lain pula.
Cassy sengih. “ Sorry dear.
Encik Adam nak you uruskan pasal
projek untuk Al-Azwar. Ada probs
sikit and Firas yang uruskan pasal projek
tu takde sekarang ni. Dia outstation seminggu kat Holland.”
Auni terlopong. Boleh sahaja kelima-lima jari Cassy masuk ke dalam mulut
itu. Mata Auni jatuh pada fail putih di tangan Cassy.
“ Me? Sure?”
Cassy mengangguk. Auni tepuk dahi.
“ Malasnya. Kenapalah aku yang Encik Adam tarik jadi mangsa keadaan ni?”
rungutnya perlahan. Origami-origami angsa yang bersepah di atas meja kerja mula
dimasukkan ke dalam balang kaca berhias reben yang sudah sedia dipenuhi dengan
origami-origami angsa yang lain.
“ Encik Adam kata you boleh charge sebagai OT. You kena ke Al-Azwar dan bentang balik pelan yang dah Firas buat.
Encik Adam kata, you tak payah
takutlah nak cakap apa-apa pun. Kawan dia jugak
yang you akan jumpa nanti. Bantai je nak cakap apa,” kata Cassy
lagi. Auni mengangguk malas. Balang kaca diletakkan di atas meja. Adda hanya
tersengih melihat muka seposen
sahabatnya itu.
NAJWAN membelek fail di tangan. Sesekali dahinya berkerut. Kedengaran
pintunya diketuk dari luar. Perhatiannya mula beralih.
“ Masuk,” arahnya dari dalam. Sejenak kemudian Adli muncul di hadapan
muka pintu.
“ Kenapa?” tanya Najwan sepatah. Adli mengunjuk ke luar.
“ Wakil Adam ada kat luar. You
better go and see her,” kata Adli. Dia masuk ke dalam pejabat dan duduk di
hadapan Najwan. Dahi Najwan berkerut. Muka selamba Adli direnung lama.
“ Her? Bukan ke Encik Firas
yang uruskan projek ni?” tanya Najwan hairan. Sejak bila pula Encik Firas tukar
jantina? Adli menjongket bahu.
“ Entah. Tapi, rasa-rasanya Adam ada kata yang Encik Firas outstation ke Holland. Kau jumpa ajelah
dengan dia, dia pun salah sorang
architect kat Adam’s firm.”
Najwan hanya mengangguk. Malas nak memanjangkan perbualan. Fail di tangan
ditutup. Kot yang tersangkut di kerusi dicapai.
“ Dia kat mana?”
“ Still kat lobi. Aku kata kau
nak jumpa dia kat sana.”
Adli tersengih lagi. “ Tentu kau suka. Muka dia sejibik dengan aktres Korea yang kau minat tu. Apa nama dia? Han…
Han Hyo…”
“ Han Hyo Joo,” pintas Najwan apabila melihat wajah Adli yang sudah
kebingungan. Muka Najwan pula yang berkerut.
“ Banyaklah kau punya muka dia sama dengan Han Hyo Joo. Kau juga yang
kutuk aku bila aku tengok drama Korea,” perli Najwan. Adli hanya tersengih. Dia
memang suka mengenakan Najwan yang mempunyai hobi yang kebanyakannya merupakan
hobi kaum Hawa. Menonton drama Korea.
“ Tapi yang ni Han Hyo Joo versi pakai tudung,” kata Adli lagi.
Najwan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Kot disarung sebelum dia
menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Sesekali dia menyapa sesiapa yang
terserempak dengannya. Dia bukan sahaja perlu menjaga hubungan baik dengan
staf-staf di syarikat itu tetapi juga hubungan sesama manusia. Hubungan sesama
manusia yang paling perlu dijaga sekiranya ingin hidup harmoni. Itulah yang
sering baba ingatkan padanya.
Sesampai sahaja di lobi,
matanya melilau mencari wakil yang dihantar oleh Adam. Dari kejauhan, kelihatan
seorang gadis bertudung biru langit sedang menunggu di ruang yang agak
tersorok. Gadis itu kelihatannya seperti leka dengan sesuatu. Pantas kakinya
mengatur langkah menuju ke arah gadis itu.
Jejak sahaja di itu, Najwan tarik senyum. Dia seakan-akan pernah
terserempak dengan gadis itu cuma dia tidak pasti di mana. Gadis itu sedang
leka membuat origami angsa. Sudah ada dua origami angsa di atas meja dan gadis
itu sedang membuat origami yang ketiga.
“ Swan origami, right?” kata
Najwan sekadar untuk menyapa.
Pantas Auni mengangkat muka. Lekas-lekas dia bangun daripada duduknya.
Kedengaran lelaki di hadapannya ketawa perlahan. Auni sengih malu.
“ Najwan Faqqimi, salah seorang manager
yang in-charge dengan projek tu.
Cik..?”
Muka Auni direnung. Masih kelihatan tompok merah di pipi gadis itu
kerana tegurannya tadi. Auni hanya tersenyum.
“ I’m Auni, architect sama dengan Encik Firas.
Sekarang ni Encik Firas tiada, outstation,
so saya yang akan uruskan pasal projek ni buat sementara waktu,” jelas
Auni.
“
Oh ya! You yang salah bagi info pada I masa nak jumpa Adam hari tu kan?”
Najwan ketawa perlahan. Ingat sudah. Auni tergamam.
Erk? Ni ke kawan Encik Adam yang hari
tu?
“ Duduklah. Maaf, tak boleh hidang air bulan-bulan puasa ni,” seloroh
Najwan. Auni mengangguk sahaja. Dia kembali melabuhkan duduk di atas sofa
bertentangan dengan Najwan. Auni dah lega. Nasib baik mamat depan aku ni tak hulur tangan nak salam. Kalau tak, mahu kena
ceramah free aje dengan aku.
Pelan yang dibawa bersama-sama tadi dibentangkan di atas meja. Mata
mereka sama-sama tertumpu pada pelan yang dibawa Auni. Jemari gadis itu lincah
bergerak di atas pelan itu. Lama gadis itu memberi penerangan. Najwan hanya
mengangguk sahaja. Penerangan gadis itu didengar dengan teliti.
“ … Ikut plan asal, Al-Azwar
nak buat landscape untuk air terjun
tu kat sini, kan? Tapi, saya rasa baik landscape
tu buat kat sini…” jari Auni bergerak ke permukaan lain. “… kat sini lebih
strategik. All of your customers yang
menginap kat hotel boleh dengar dan tengok beautiful
scenery kat situ. Kiranya, good
impressions lah untuk your hotel.
Lagipun, kita nak bina gazebo-gazebo tu pun dekat dengan kawasan sini.”
Najwan mengangguk beberapa kali. Gadis di hadapannya direnung.
“ Then? Apa lagi yang you rasa I boleh ubah for the whole
project?”
“ Maaf, Encik Najwan. Encik Firas yang terlibat dengan projek ni dan
saya tak ada hak nak ubah mana-mana ikut suka hati saya. Saya datang cuma nak
betulkan apa yang perlu saya betulkan. Kalau encik nak perubahan untuk
mana-mana bahagian bangunan, encik perlu discuss
dengan Encik Firas. Paling lewat, dia akan pulang next Sunday,” jelas Auni.
“ Baik. I akan tunggu. By the way, thanks for coming. Sorry ganggu masa you,” kata Najwan. Auni hanya tersenyum. Dia mengangguk kecil.
Pelan yang asalnya terbentang di atas meja mula digulung balik. Ketika
Auni bangun untuk memberi tunduk hormat, tangan Najwan mencapai ketiga-tiga
origami angsa yang masih berada di atas meja lantas diberikan kepada Auni. Auni
tersenyum. Dia baru sahaja nak mengambil angsa-angsa itu sebelum Najwan
bertindak terlebih dahulu.
“ Asyik betul you time buat
origami ni tadi,” kata Najwan dengan sengih di bibir. Auni gelak kecil.
“ Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Auni. Najwan sekadar
membalasnya perlahan sebelum melihat gadis itu mula beredar pergi. Dia
tersenyum seketika.
“
AUNI!”
Langkah
Auni yang pada asalnya seiringan dengan Adda terhenti. Suara itu seakan-akan
pernah tersimpan dalam kotak memorinya. Teragak-agak dia menoleh. Namun dia
dikejutkan pula oleh jeritan Adda yang kedengaran teruja.
“
Rayyan!”
Auni
pantas menoleh. Seorang lelaki berkaca mata dengan rambut lurus yang agak
panjang mencecah ke bahu keluar daripada kelompok orang ramai yang sedang lalu
lalang menuju ke arah mereka. Lelaki itu kelihatan segak dengan sut pejabat
yang tersarung pada tubuhnya.
“
Weyh, lama tak jumpa korang. Tak
sangka boleh terserempak kat sini. Korang apa khabar?” Lelaki yang dipanggil
Rayyan itu terus menyoal. Namun Adda dah tarik muka masam.
“
Nama Auni juga yang kau panggil ya? Sampai hati kau tak panggil nama aku
sekali,” Adda mencebik. Rayyan ketawa.
“
Sorrylah Adda. Aku tak berapa cam
sebenarnya tadi. Nak tegur Auni pun aku takut silap orang,” jawab Rayyan. Adda
tarik muka lagi.
“
Kau memang! Tu aje alasan kau,” balas Adda. Rayyan sengih serba salah.
“
Bila kau balik dari UK?” Auni pula menyoal. Senyuman dilontarkan kepada Rayyan.
Auni
sedang menahan debaran di dada. Saat namanya diseru tadi, dia risau sekiranya
namanya itu diseru oleh seseorang. Lelaki yang dia tidak mahu bertemu wajah
lagi dengannya. Hakimi Adnan yang konon-kononnya tidak dapat melupakan dirinya
lagi walaupun sudah bertahun-tahun berlalu walhal tidak pernah ada apa-apa
ikatan istimewa antara mereka berdua.
“
Aku baru balik bulan lepas. Alhamdulillah, balik for my own good. Dah lama sangat kat UK. Naik jemu dah aku tengok
minah-minah mata biru tu semua. Teringin nak cari gadis Melayu pingitan ni,”
kata Rayyan selamba. Auni dan Adda tergelak perlahan.
Rayyan,
Rayyan. Perangai tak ubah-ubah.
Rayyan
dan Hakimi tua tiga tahun daripada mereka. Namun tidak pernah sekalipun mereka
memanggil kedua-dua lelaki itu dengan panggilan ‘abang’ pada pangkal nama
mereka. Bak kata Rayyan, kedengaran pelik pula kalau mereka berdua memanggil
Rayyan dan Hakimi seperti itu.
“
Kau dah ada someone ke?” tanya Adda
tanpa berkias. Senyuman Rayyan menjadi jawapan kepada soalannya.
“
Bagi aku kad korang. Nanti aku boleh pos kad jemputan kahwin aku.”
Auni
dan Adda sama-sama terlopong. Kahwin?
“
Siapalah gadis malang yang kena kahwin dengan Mat Romeo macam kau ni?” soal
Auni. Rayyan tergelak.
Mat
Romeo merupakan gelaran kepada Rayyan. Gara-gara hobi dia suka mengayat
mana-mana gadis yang ada di depan mata, gelaran itu diberikan kepadanya.
Tetapi, dalam Romeonya pun, Rayyan tidak pernah ada sesiapa dalam hidupnya.
Katanya, dia malas nak mencari. Entah betul entah tidak Rayyan ni.
“
Mak aku yang pilih. Aku tak kisah pun. I
know, my mom knows the best for his son,” jawab Rayyan selamba. Auni dan
Adda sama-sama berpandangan.
“
Alah, mak aku tak pilih lagilah. Aku saja aje tipu korang. Tapi memang mak aku
dalam proses nak cari menantu ni,” balas Rayyan. Adda menjegilkan mata.
“
Suka hati kau kan nak tipu kitorang? Kesian bakal isteri kau dapat lelaki
camni,” kata Adda geram. Rayyan tergelak.
“
Dah dahlah borak camtu. Kita nak tercegat macam tiang gol kat sini sampai bila?
Bak aku business card korang, nanti
apa-apa aku call,” sambung Rayyan.
Tergesa-gesa
Auni dan Adda menyelongkar tas tangan masing-masing. Rayyan tu, sekali dia
membebel, boleh kalah ummi kat rumah.
“
Nah.”
Dua
keping kad dihulurkan kepada lelaki itu. Rayyan menyambutnya dengan senang
hati. Kad-kad itu disimpan ke dalam dompetnya.
“
By the way, kau buat apa kat sini?
Tiba-tiba aje boleh muncul depan aku dengan Auni ni?” tiba-tiba Adda menyoal.
Rayyan tersengih.
“
Lupa nak beritahu, aku teman Kimi shopping
sebenarnya. Korang tak tahu lagi ke yang dia dah balik dari UK? Lewat sikit
dari aku. Hari ni aku half day, saja
teman dia shopping beli baju baru
untuk office dia nanti. Entah manalah
mamat tu pergi tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.”
Riak
wajah Auni berubah. Dia dah balik?
2 comments:
best....
Dah habis baca bab 3 sambil breakfast. Hihi :)