
NAMPAK sahaja Auni yang baru keluar dari
keretanya, terus sahaja Adda berlari mendapatkan sahabatnya itu. Kebetulan Adda
juga baru sampai daripada rumahnya. Mengenangkan peristiwa semalam, ada banyak
soalan yang ingin Adda tanyakan kepada Auni dan dia tidak boleh sabar lagi.
“ Apa kau ni? Tak reti nak bagi salam dulu ke?” ujar Auni
yang agak terkejut kerana tanpa semena-mena lengannya ditarik oleh Adda. Adda
sengih lebar lantas menggeleng laju.
“ Kau hutang aku banyak soalan sejak semalam, tahu tak? I can’t wait any longer,” balas Adda.
Pegangan pada lengan Auni dilepaskan.
Auni mengeluh. “ Soalan apa lagi ni?”
Ni tak lain nak tanya pasal Kimilah ni. Muak aku nak fikir
pasal lelaki tu.
“ Pasal apa yang jadi antara kau dengan Kimi semalamlah!
Takkan aku nak tanya pasal abang dan kakak ipar kau pula?” Adda menempelak.
Sudah gaharu cendana pula minah seorang ni, rungut Adda.
Bingo! Kan betul
apa yang aku fikir tu?
Auni tayang muka meluat namun Adda tidak terkesan dengan
lagak Auni. Tahu sangat yang Auni ingin mengelak daripada menjawab
soalan-soalan yang bakal ditanya olehnya. Belum buka lagi kaunter pertanyaan
wajib, dah nak mengelak?
“ Kau nak elak apa sangat ni Cik Auni? Semalam aku tanya,
kau tak nak jawab. Macam ni lah kawan kan, tak nak cerita masalah?” Adda
pura-pura merajuk. Laju sahaja dia berjalan meninggalkan Auni di belakang. Auni
tergamam.
Merajuk pula?
Cepat cepat Auni menyaingi langkah Adda. Bahu Adda dipeluk
erat. Cuba memujuk gadis itu.
“ Yalah, yalah. Aku cerita okey? Aku bukannya tak nak
cerita semalam, tapi aku dah bengang sangat dengan si Kimi tu,” lembut Auni
memujuk. Adda mengerling sekilas pada Auni. Auni ukir senyum manis buat sahabat
yang sedang merajuk.
Adda hanya merenung sahaja pada wajah Auni. Renungan
sahabatnya itu mengundang serba salah. Auni dah cuak.
“ Okey, kau cerita.” Adda dah ukir senyum.
Auni dah tarik nafas lega. Nasib baik kali ni Adda tak
tarik lama masa merajuk dia tu. Kalau tak, puas nak pujuk. He he.
“ Aku pura-pura merajuk aje tu. Saja nak buat kau cuak,”
balas Adda seakan-akan mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Auni. Pantas
Auni mencebik.
“ Okey, aku cerita. Tapi janganlah buat pura-pura merajuk
macam tu, okey?” pinta Auni. Adda diam seketika lantas menggeleng. Auni cuak
lagi sekali.
“ Kau tak habis cerita, aku buat merajuk lagi,” balas Adda
selamba.
Hampeh punya
kawan!
Sedikit punya sedikit kisah mengenai e-mel yang dihantar
oleh Hakimi diceritakan kepada Adda. Persoalan Adda mengenai ‘kenapa tak nak
terima Hakimi’ dan ‘perlu ke kau tipu Hakimi dengan berita pertunangan’ itu
dijawab sebaik mungkin. Namun Auni tetap berkeras meminta Adda tidak
membocorkan rahsia pembohongan mengenai pertunangannya. Tanpa banyak soal laju
sahaja Adda bersetuju.
“ Tapi kan, kenapa aku rasa Kimi takkan berhenti ganggu kau
even kau dah tipu dia macam tu?” Adda
meluahkan pendapatnya. Auni mengeluh berat. Janganlah…
Berkerut
dahi Auni tatkala melihat ada satu jambangan besar bunga ros merah di atas meja
kerjanya sebaik sahaja dia sampai di tingkat pejabatnya. Lama dia memerhatikan
jambangan bunga berkenaan. Orang silap hantar ke?
“ Wah Auni! Siapa yang bagi tu?” Adda yang muncul daripada
belakang terus menyoal. Auni menoleh ke belakang. Dia terus menggeleng.
“ Tak tahu,” jawab Auni pendek.
Besarnya jambangan ni. Tentu mahal kan? Pekerja silap
hantar ke apa ni?
“ Auni.”
Auni dan Adda sama-sama menoleh kepada Cassy yang baru
sahaja muncul berdekatan dengan mereka. Cassy tersenyum lebar tatkala melihat
jambangan besar bunga yang masih terletak di atas meja Auni itu.
“ You’re very lucky,
Auni. Pagi-pagi dah ada orang hantar bouquet
besar macam tu. Mahal tu,” kata Cassy yang masih tersenyum lebar. Dahi Auni
makin berkerut.
“ You tahu ke
siapa yang hantar?” Auni mula curiga.
Cassy menggeleng pantas. “ Pekerja florist aje yang datang hantar. Try
check kat bouquet tu, tentu ada
kad yang terselit sekali kan?” ucap Cassy sebelum berlalu dari situ. Ingin ke
pantri mungkin.
Auni dan Adda saling berpandangan. Auni mencari pada jambangan
bunga yang besar itu. Sekeping kad kecil berwarna putih ditemui. Kad itu dibuka
lantas dibaca bersama-sama Adda. Auni terjerit kecil.
Accept
my love? Please?
-Kimi-
Tanpa
disedari kad itu sudah melayang jatuh ke atas lantai pejabat mereka. Auni dan
Adda sama-sama tergamam. Jambangan bunga itu diserahkan kepada Adda secara
paksa. Auni terus duduk di tempatnya untuk menenangkan hati.
“
Err… Auni?” Adda renung pada
jambangan bunga ros yang sudah berada dalam tangannya.
“
Kau ambillah bunga tu. Aku tak nak. Buat menyemak aje kat meja aku ni,” ucap
Auni tanpa memandang langsung pada wajah Adda. Keluhan Adda dilepaskan.
“
Kau tak sayang ke? Bunga ni mahal kot! Entah berapalah si Kimi habiskan untuk
beli bouquet besar macam ni,” balas
Adda. Jambangan bunga itu dicium. Wangi! Auni tak rasa rugi ke tolak jambangan
besar macam ni?
“
Tak nak. Kalau kau tak nak juga, kau bahagi-bahagikan bunga tu kat semua staf
perempuan. Tak pun letak aje dalam bakul sampah tu. Okey?” kata Auni agak
emosional. Adda tersengih.
Auni,
Auni, masalah apa lagi ni?
Emosi
Auni sudah tidak tenang. Macam mana Kimi tahu kat mana aku kerja? Arghhh!
“ NAJ,” mummy dah panggil dari dapur. Najwan
yang hanya setapak dari dapur terus masuk sebaik sahaja mendengar panggilan mummy. Mummy tengah memasak, E-jat pula sedang duduk-duduk di atas kaunter
dapur dengan beberapa buah kereta mainan mini yang sudah bersepah di atas
kaunter, Mak Bedah pembantu rumah pula sedang memotong sayur.
“ Yes,
mummy,” sahut Najwan. Dia terus ambil tempat di atas kaunter dapur di tepi
E-jat. Walaupun sudah ada kerusi yang tersedia di situ, tetapi Najwan lebih
suka duduk di atas kaunter besar itu.
“ Mummy
ada hal nak cakap dengan Naj,” mummy
cakap tanpa menoleh ke muka Najwan. Najwan hanya mengangguk. Dia bermain-main
dengan salah sebuah kereta mainan kecil E-jat.
“ Yes, mummy.”
“ Mummy
harap Naj setuju dengan apa yang mummy
nak cakap ni,” kata mummy lagi.
“ Yes, mummy.” Najwan tenung lama kereta mainan di tangan. Dah berjaman aku tak main benda alah ni. He he…
“ Mummy
tak kisah kalau kamu tak setuju tapi mummy
harap sangat Naj setuju dengan plan mummy
ni.”
“ Yes, mummy.” Najwan masih buat donno
dengan kata-kata mummy. Leka dia bermain
dengan kereta mainan E-jat itu. Sesekali dia bermain lumba kereta mainan dengan
E-jat melalui gerakan tangan mereka.
“ Mummy,
baba dan parents Auni dah bincang. Mummy dan ummi dia nak jodohkan kamu
berdua, boleh?” kata mummy sambil
mengacau sup ayam.
“ Yes, mummy… what?”
Cepat-cepat Najwan angkat muka
daripada kereta mainan di tangan. Mummy
yang terkejut dengan suara Najwan yang meninggi tiba-tiba terus menoleh ke
belakang. Terangkat senduk di tangan kanan mummy.
“
You said… what?” tanya Najwan lagi. Muka Najwan blur.
“ Mummy
cakap, mummy, baba and parents Auni dah setuju nak jodohkan
kamu berdua. Macam mana? Kamu setuju?”
Bulat mata Najwan merenung muka mummy. Seperti ada magis yang ajaib
seperti dalam Harry Potter, kepalanya hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.
Dan, secara tiba-tiba juga dia teringatkan apa yang telah dia lakukan kepada
Auni ketika dia mengunjungi firma Adam beberapa hari yang lalu.
SOLUSI
dibelek perlahan. Kadang-kadang bacaan Auni akan
terhenti seperti ada sesuatu yang menganggunya. Sudah banyak kali dia
mengingati perbualan Adda dengannya. Gara-gara Najwan yang singgah di
pejabatnya sewaktu mahu berjumpa dengan Encik Adam beberapa hari yang lalu.
Sebuah balang besar kosong yang berikat dengan
reben merah-putih diletakkan di hadapannya. Kepala Auni yang asyik tunduk
sahaja sewaktu menghadap fail di hadapan terangkat. Terkejut dia dengan
kehadiran Najwan di hadapannya.
“ You? Why are you here?” tanya Auni
pantas. Dia dapat lihat senyuman Najwan mula terukir.
“ Seeing your big boss. Nah, I bagi
balang ni untuk you,” kata Najwan. Mata Auni jatuh pula pada balang yang sudah
berhias dengan reben itu.
“ For me?” tanya Auni blur. Najwan mengangguk.
“ You isilah swan dalam tu
banyak-banyak. I nak jumpa your boss, pergi dulu.”
Habis sahaja berkata-kata, terus
sahaja Najwan pergi. Auni ditinggalkan termangu-mangu di situ. Tidak cukup
dengan itu, dia dikejutkan pula dengan jerkahan Adda.
“ Kenapa dengan kau ni?” rungut Auni
marah. Adda cuma gelak.
“ Siapa tu? Boleh tahan,” bisik Adda
sambil merenung Najwan yang baru sahaja memasuki bilik Encik Adam. Auni tarik
muka.
“ Encik Adam’s friend. Dah, pergi
main jauh-jauh. Aku nak buat kerja pun tak senang,” kata Auni pantas. Adda
mencebik. Balang kaca itu diambil.
“ Takkan kawan Encik Adam je kot.
Kalau tak, takdenya dia bagi kau benda alah ni,” kata Adda.
Auni mengeluh. “ He’s my parents’
friends’ son. Dah faham?”
Adda mengangguk lagak budak kecil.
Balang kaca itu diletakkan kembali di atas meja Auni. Wajah Auni direnung
nakal.
“ Mamat Mukai tu ke? Dia syok kat kau
yek?”
“ Adda!” Bulat mata Auni merenung
Adda. Adda gelak lagi.
“ There’s someone falling in love
dengan mamat kat dalam bilik bos tu,” kata Adda lagi.
“ Adda!!!”
Solusi diletakkan di atas meja. Auni duduk memeluk lutut. Sejak mereka
pulang daripada berbuka puasa di rumah Auntie
Sofi, walid dan ummi asyik puji Najwan sahaja. Najwan pandai baca Al-Quranlah,
Najwan pandai jadi imamlah, Najwan bijaklah, Najwan kacaklah, semuanya Najwan!
Ingat aku tak tahu yang walid dan ummi cadang nak kenenkan aku dengan dia?
Auni termenung sebentar. Dia melangut
memandang siling. Kalaulah betul ummi dan walid nak jodohkan mereka berdua,
sekurang-kurangnya dapatlah dia melarikan diri daripada Hakimi.
Sejak
hari dia mendapat kiriman ros merah hari itu, boleh dikatakan tiap tiap hari
dia mendapat kiriman ros merah yang sama. Sehinggakan Encik Adam memerlinya,
bertanyakan bilakah mereka akan mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan
Auni. Auni pula sudah bosan menerangkan kepada Encik Adam dan rakan-rakan
sepejabatnya bahawa bunga itu tidak memberi makna apa-apa kepadanya.
Pujian
ummi dan walid kepada Najwan kembali berlegar dalam kepalanya. Bukan senang tau
ummi dan walid nak memuji sampai berbakul-bakul seperti itu jikalau mereka
tidak betul-betul berkenan.
Kahwin dengan Encik
Najwan? Tapi, nak ke Encik Najwan tu dekat aku? Dahlah baru kenal. Auni senyap.
Cuba memikirkan kebenaran kata-kata walid dan ummi.
Betul jugak apa yang walid dan ummi puji dia tu. Time dia baca Al-Quran, aku sendiri terpegun. Bukan ke bagi aku ‘ A Muslim Guy Looks Gorgeous
When He Leads A Pray and Read Al-Quran’ macam page
kat Facebook tu ke? Kiranya Najwan tu dah pass
aku punya guide line nak cari suami
dah tu. Masalahnya, aku suka dia ke tak?
Sehelai A4 kosong dan sebatang pen
biru dicapai daripada atas meja. Auni mengetuk meja dengan pen itu sebelum pen
mula menari di atas A4. Dia senyum segaris. Sesekali dia ketawa sendirian
apabila membaca balik tulisan yang tertera di atas kertas itu.
Auni’s
Guide Line When Looking For A Husband ;)
- Boleh jadi imam solat and pandai baca Al-Quran
- Hormat orang tua (tak nak ada masalah dengan
mentua pula nanti)
- Kena ada kerja tetap, tak kisahlah kerja apa asal
halal
- Sopan dan ramah dengan orang lain, tak kisahlah
dengan siapa pun
- Kenalah romantik. PENTING! (sebab ketagih tengok
drama Korea yang romantiklah ni…)
- Minat drama Korea macam aku (senang ke nak cari?)
- Suka dengan budak-budak
- Aku boleh buli dia time aku nak J
Mata Auni menari pada setiap patah
perkataan yang sudah siap ditulis. Malah, berulang-ulang kali juga dia
membacanya tanpa jemu. Keningnya berkerut tiba-tiba. Rasa macam mustahil pun
ada.
Susahnya nak cari jejaka Malaya aku
kalau macam ni. Ingat senang ke? Auni, Auni... Kalau macam nilah kau punya guide line, memang tak berlaki kau
sampai ke tua. Nak lari daripada Kimi pun tak boleh ni, tak ada yang sanggup
ikut guide line aku. Kepalanya
digelengkan berulang kali. Adush!
E-JAT yang duduk di atas riba Najwan
sedang leka bermain dengan patung Toy Story Buzz Lightyear. Najwan renung lama
muka mummy dan baba. Nawal di sisi
juga hanya membisu, tidak seperti kebiasaannya yang suka mencelah tatkala ibu
bapa dan abangnya bercakap.
“ Mummy
dan baba memang serius ke?” tanya Najwan. Nadanya tegas tidak seperti
kebiasaan.
Mummy
mengangguk. “ Mummy dan baba memang
serius. Kami dan parents Auni memang
betul-betul nak jodohkan Naj dengan Auni. Mummy
tahu mummy dan baba tak berhak sepenuhnya
nak tentukan jodoh kamu, tapi mummy
harap sangat kamu kahwin dengan Auni. Mummy
risau tengok kamu seorang macam ni,
Naj. Tambah lagi, E-jat perlukan kasih sayang seorang ibu. Kamu dah macam papa
E-jat, mummy nak kamu cari mama pula
untuk E-jat,” kata mummy panjang
lebar.
Najwan mengeluh. Kepala E-jat diusap
perlahan.
“ Tapi mummy,
kami baru kenal. Naj tak nak main-mainkan masa depan Auni,” balas Najwan sopan.
Perkahwinan bukan suatu yang dapat dicuba. Bagi Najwan,
sekali dia berkahwin, dia mahukan perkahwinan itu berkekalan hingga akhir
hayatnya. Dibuatnya Auni sudah ada seseorang yang istimewa dalam hatinya, tak
ke haru?
“ Parents Auni
dah pastikan dengan Auni sendiri. Dia memang tak ada siapa-siapa. Naj setuju
ya? Mummy dah berkenan sangat dengan
Auni tu.”
Suara mummy jelas
menunjukkan harapan seorang ibu yang mahu melihat anaknya bahagia kelak dan
Najwan memang tidak akan sampai hati untuk memberi alasan lagi. Sudah cukuplah
dengan segala alasan yang diberikan olehnya sebelum ini gara-gara tidak mahu
berkahwin lagi.
Najwan alih pandangan pada E-jat yang masih leka dengan
mainan di tangannya. Wajah polos E-jat mengusik hatinya.
Demi E-jat? Demi aku juga? Demi kami berdua?
“ Naj… tak tahu nak kata apa. Cuma,
Naj mintak mummy dan baba beri Naj
masa. Naj tak nak Auni terpaksa terima Naj. Kalau boleh, biarlah dia suka Naj
dulu sebelum kami kahwin,” kata Najwan perlahan. Muka mummy dah berubah gembira.
“ Kiranya, kamu terimalah cadangan
kami?” tanya baba pula setelah sekian lama membiarkan perbincangan itu
didominasi oleh isterinya. Najwan mengangguk. Dia bangun dengan E-jat di
dukungan.
“ Naj dan E-jat naik dulu.
Assalamulaikum,” kata Najwan. Nawal mengerutkan muka. Dilihat sahaja Alongnya
naik ke tingkat atas. Muka mummy dan
baba direnung.
“ Mummy
dan baba tak rasa pelik ke?” tanya Nawal.
“ Pelik apa?” tanya baba hairan.
Nawal bangun. Dia duduk di sisi mummy.
“ Yalah, bukan ke selama ni Along
liat benar soal kahwin, macam mana pulak
boleh setuju aje dengan cadangan mummy
dan baba nak jodohkan Along dengan anak kawan mummy? Langsung tak bantah apa-apa padahal ni kira macam kahwin
paksa-tak paksalah ni,” kata Nawal. Mummy
dan baba saling berpandangan. Kata-kata Nawal cuba dicerna sebaik mungkin.
“ Betul juga,” kata mummy. Nawal angguk pantas.
Punyalah selama ini liat benar anak
teruna Sofiah-Luqman bila diaju soal nikah, alih-alih, setuju macam tu saja?
Pelik… pelik…
“ Nawal bajet yang Along memang
sukalah anak kawan mummy tu. Lagipun,
Along sendiri yang kata nak tunggu Kak Auni suka dia dulu, nampak gaya cam betul je,” kata Nawal lagi. Dia sengih bila tengok muka mummy dan baba berkerut. Mummy dan baba saling berpandangan.
Lama.
“ Call
Yam cepat!” gesa mummy tiba-tiba.
Cepat-cepat baba mengambil telefon bimbit di atas meja. Mummy dan baba sudah berebut telefon. Nyaris telefon itu jatuh ke
lantai dek kelakuan mummy dan baba
yang sudah kalut semacam. Nawal gelak besar melihatkan aksi mummy dan baba. Kalut benar pasal
menantu untuk anak sulung mereka. Nawal gelak lagi.
“ HA???”
Auni tengok pelik muka walid dan ummi
tapi reaksi kat muka walid dan ummi biasa-biasa sahaja. Macam tak ada perkara
pelik pun yang berlaku. Auni menghela nafas perlahan. Mukanya mula
berkerut.
“ Walid dan ummi cakap nak jodohkan
adik dengan… dengan… anak Auntie
Sofi?” tanya Auni. Selamba sahaja walid dan ummi mengangguk.
“ Tapi… kenapa?” tanya Auni pelik.
Aku dengan… Encik Najwan?
Baru aje aku fikir soal ni. Alih-alih ummi dan walid dah
kata nak jodohkan aku dengan dia? Aku mimpi ke apa ni?
“ Najwan yang kata nak masuk meminang
adik. Dia kata dia berkenan dengan adik. Adik macam mana, nak tak? Walid suka
dengan Najwan tu,” kata walid berterus terang. Ummi di sisi walid hanya
tersengih. Nampak gaya macam suaminya yang bersungguh-sungguh berbanding
dirinya pun ada.
“ Walid jangan nak tipu, takkan
tiba-tiba aje Encik Najwan nak masuk meminang adik? Kami bukannya kenal baik
pun,” kata Auni lagi. Hamtaro dipeluk. Walid ketawa. Wajah ummi direnung.
“ Betullah, takkanlah walid dan ummi
nak tipu pulak,” kata ummi yang sudah
tersenyum-senyum. Cuba menolong suaminya dalam situasi itu setakat yang dia
mampu.
“ Ha?”
Betul ke tak ummi dan walid ni?
Dibuatnya mereka saja-saja nak kenenkan
aku dengan Encik Najwan lagi, naya aku. Ish…
takleh jadi ni… Tapi kan, kalau betul
apa salahnya kan? Bolehlah say good bye
to Kimi. Ha ha! Jahatlah pula aku ni.
“ Kalau adik nak sahkan perkara ni,
baik adik sendiri ke rumah Auntie
Sofi, bincang elok-elok dengan Najwan tu. Lagipun, esok weekend, kan? Bolehlah adik jumpa dia. Tapi, walid dan ummi harap
adik terimalah. Bukan senang nak cari lelaki macam Najwan tu sekarang,” kata
ummi. Auni mula mengetap bibir.
“ Ummi dan walid memang nak adik kahwin cepat-cepat ya?”
tanya Auni.
Senyuman ummi dan walid yang kian melebar menguatkan
andaian Auni.
“ Ibu bapa mana yang tak nak tengok anak mereka bahagia,
adik? Tambah-tambah lagi bila jodoh yang baik untuk anak-anak mereka dah
sampai. Takkan kami nak menghalang?” penuh teratur walid berbicara. Auni
terkedu.
Ingat aku tak laku ke? Kalau tak laku
tak adanya si Kimi tu kejar aku sampai sekarang. Erk? Apasal fikir pasal dia? Hailoh…
hailoh…
“ Yalah, yalah. Tengoklah dulu, kalau
adik rajin, adik pergi jumpa dia. Adik naik atas dulu. Nantilah adik fikir,”
kata Auni lalu bangun daripada sofa. Tangan ummi dan walid disalami sebelum dia
bergegas naik ke tingkat atas.
Melihatkan Auni sudah tiada, segera
ummi mencuit lengan walid. Walid menoleh ke sisi. Keningnya diangkat.
“ Kenapa?”
“ Betul ke cara kita cakap Najwan
yang nak masuk meminang dia?” bisik ummi. Walid sengih.
“ Alah… Kak Sofi dan Abang Man sendiri
yang suruh kita cakap macam tu. Jangan risaulah, pandai-pandailah Najwan nak
kelentong macam mana. Yang penting, abang betul-betul harap yang dua orang tu
ada jodoh,” kata walid. Ummi sengih.
“ Yalah, yalah. Tahulah saya,” balas
ummi. Walid gelak perlahan.
Mata mereka kembali ke siaran
televisyen. Langsung tidak memikirkan perihal Auni di dalam biliknya. Di dalam
bilik…
“ Adda!!!”
Adda yang berada di sebelah sana
talian dah menjarakkan dirinya jauh daripada telefon bimbit. Semuanya gara-gara
jeritan Auni yang boleh memekakkan telinganya.
“ Woi!
Kau ni kenapa? Call aku malam-malam camni lepas tu jerit pulak. Cair taik telinga aku,” rungut Adda. Auni sengih. Alamak…
“ Kau kena tolong aku! You MUST help me and I stressed it with big
capital letters!!!” jerit Auni lagi. Adda sengih geram.
“ Sekali lagi kau jerit macam tu,
memanglah aku off telefon aku right on the spot,” kata Adda lagi. Auni
terdiam. Alamak, marahlah pulak…
“ Yalah! Yalah!” kata Auni.
“ Kenapa dengan kau ni? Ada orang nak
masuk meminang kau ke sampai jadi macam ni? Yalah, kau kan nak sangat lari
daripada Kimi tu,” tanya Adda merujuk kepada peristiwa beberapa hari lepas.
Sebiji epal merah dikunyah. Lazatnya…
“ Shoot.”
“
You… what?” Adda dah mahu tercekik epal yang sedang dikunyahnya. Bersusah
payah dia menelan butir epal itu. Matanya buntang.
“ Aku tak main-mainlah. Betullah apa
yang kau teka tu,” kata Auni bosan. Dia bersila di atas katil. Muka Hamtaro
direnung lama. Lama dia menunggu jawapan Adda sehinggalah…
“ Arghhhhhh!!!!!!!!!!!!!
Betul ke?” jerit Adda kuat. Kali ini giliran Auni pula menjauhkan telefonnya.
Berkerut-kerut mukanya melihat Corby di tangan.
“ What the…”
“ Betul ke? Betul ke? Betul ke?
Auni!!!” jerit Adda lagi. Auni ketap bibir.
“ Tadi kau yang…”
“ Arghhhh!!!!!”
Sekali lagi Auni menjauhkan telefon
bimbitnya.
“ Kau nak aku citer kat kau atau kau nak aku yang off telefon right on the spot?”
ugut Auni geram. Adda gelak.
“ Yalah, yalah. Aku tak menjerit dah,
citerlah. Macam mana pulak kau yang single and available tu ada orang nak masuk meminang?” kata Adda.
Auni menggelengkan kepala walau dah tahu Adda takkan dapat tengok punyalah
gelengan dia tu.
“ Aku pun tak tahu…” jawab Auni
malas.
Adda gelak lagi. “ Eh, sapa yang pinang hang tu? Tak nak habaq mai ka?”
Auni diam. Mukanya berkerut. Nak
cakap ke tidak? Nak cakap ke tidak? Karang
menjerit pulak minah ni…
“
Auni, are you still there? Cepatlah beritahu aku,” kata Adda teruja setelah
sekian lama Auni mendiamkan diri. Auni mengeluh.
“ Kau ingat tak Mukai Osamu Malaya
tu?” kata Auni teragak-agak. Dia mengetap bibir.
“ Dia???”
“ Hai
(ya)… aku…”
“ Arghhh!!!
Kau…”
“ Adda….” Auni memberi amaran.
“ Waaaa!!!”
Tut!
Corby dicampak ke atas katil.
Memanglah betul kalau kau jerit sekali lagi aku off handset aku tu. Padan muka!
Tidak lama kemudian, Corby kembali
berdering. Auni mencebik. Dengan malas dia menyambut panggilan itu. Adda.
“ Wae
(kenapa)?Kenapa kau off telefon kau?”
marah Adda. Auni ketap bibir geram.
“ Dah kau menjerit, padan muka,” balas
Auni.
Adda gelak. “ Yalah, aku tak jerit
dah. So, apa cerita? Memang betul ke
Mukai Osamu Malaya tu nak meminang kau?”
“ Walid aku cakap camtu. Masalahnya, aku bukannya kenal
sangat dengan dia. Takkan tiba-tiba dia nak datang pinang aku pulak,” kata Auni. Adda mengangguk.
Betul jugak…
“ Tapi, kalau betul dia nak pinang
kau, kau pulak macam mana? Nak terima
ke?” tanya Adda lagi. Auni diam. Dia menumbuk-numbuk Hamtaro di atas riba.
“ Aku… entahlah. Sebab perkara ni
jadi secara tiba-tiba. Aku tak bersedia pun. Aku tahulah aku harap sangat ada
orang masuk meminang aku dalam masa terdekat ni, tapi aku tak sangka cepat
betul doa aku makbul,” kata Auni perlahan. Adda tepuk dahi.
“ Kalau kau tak sure, kau nak buat apa? Kau tak nak jumpa dia ke? Cakap baik-baik
dengan dia. Sebab, bagi aku kalau dia tak serius dengan kau dia takkan pinang
kau. Macam Kimi hari tu lah, kalau dia tak serius dia takkan keluar idea nak
pinang kau tau tak?” kata Adda lagi. Auni gigit bibir. Betul jugak…
“ Boleh tak kita berhenti cakap pasal Kimi? Sekarang kita
tengah cakap pasal Mukai Osamu Malaya tu tahu tak?” Tak habis-habis Adda nak
ungkit kisah beberapa hari lepas tu.
“ Okey, okey. Aku tahu kau memang tak suka cakap pasal lelaki
tu. So, macam mana? Apa yang kau rasa
dalam hati kau tu? Sama atau berbeza dengan apa yang kau rasa masa Kimi nak
pinang kau?”
Auni diam. Dia bingung tetapi sekurang-kurangnya dia merasa
ada sedikit damai di hati. Mungkin kerana ummi dan walid benar-benar mahu dia
menerima lamaran Najwan? Berbeza dengan Hakimi, ummi dan walid tidak begitu
mengenali lelaki itu walaupun sudah lama mereka berkawan.
“ Aku…”
“ Auni, ni hidup kau. Walaupun parents kau nak kahwinkan kau dengan si Mukai Osamu Malaya tu, kau still ada hak untuk menolak kalau kau
rasa kau tak boleh sehidup semati dengan dia. Think, okay? This is your life. Aku tak nak BFF aku ni merana lepas kahwin sebab
main setuju aje,” pesan Adda berhati-hati.
Adda tidak sanggup untuk mendengar kisah sedih Auni
sekiranya dia dan si Mukai Osamu Malaya itu tidak serasi. Nanti tidak pasal-pasal
boleh buka pejabat luahan masalah pasangan yang sudah berkahwin. Adda gelak
dalam hati.
“ Aku tahu, tapi…”
“ So,
conclusionnya aku nak kau jumpa dia esok and then terus inform kat
aku, okey? Aku nak sambung tengok SHINee’s Hello Baby ni, my Key tengah menunggu daku sekarang ni, bye bye.”
Tut!
Auni pandang geram pada Corby di
tangan. Hampeh! Adda memang! Sehari
tak tengok Key boleh meroyan gamaknya. Macam manalah bila dah kahwin nanti?
Auni baring di atas katil. Hamtaro
kembali dipeluk erat. Wajah Najwan terbayang di minda. Dia mengerutkan dahi.
Aku ni dah kena sampuk dengan dia ke? Gara-gara terkejut dengan kata-kata walid
dan ummilah ni.
Cepat-cepat Auni bangun daripada
katil dan berlari menuruni tangga. Walid dan ummi baru sahaja mahu masuk ke
dapur sebelum teriakan Auni menghentikan langkah mereka. Walid dan ummi pandang
pelik muka Auni yang nampak berkerut-kerut..
“ Esok, adik nak pergi jumpa Encik
Najwan,” kata Auni laju. Sesudah itu dia terus berlari naik ke atas. Walid dan
ummi berpandangan.
“ Macam mana?” tanya ummi. Walid
sengih.
“ Biarkan dia pergi. Saya nak pergi
telefon Abang Man,” kata walid. Ummi hanya mengangguk. Tiba-tiba telefon rumah
mereka berdering.
2 comments:
Dah habis baca. Best ! :)
best...