Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Wednesday, April 24, 2013

Endless Love 47




SUAPAN Eun Hee terhenti tiba-tiba. Wajahnya kelihatan seperti tidak keruan. Pak Cik Dam Shik yang leka melayan Ryu Min berbual-bual mula mengalihkan perhatian pada Eun Hee yang berkelakuan aneh. Suapannya turut terhenti.

          “ Kenapa, Eun Hee? Tiba-tiba nampak cemas saja,” tanya Pak Cik Dam Shik. Eun Hee terdiam. Dia merenung lama pada wajah Pak Cik Dam Shik sebelum teragak-agak menggeleng. Pak Cik Dam Shik tersenyum sebelum meneruskan suapannya.

          Eun Hee merasa tidak sedap hati. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup pantas seakan-akan memberi alamat buruk. Tergesa-gesa dia menghabiskan nasinya sebelum ke sinki. Sejurus itu dia terus ke biliknya.

          Lampu bilik dipasang. Eun Hee menarik laci meja soleknya. Sebuah kotak berbentuk hati berwarna merah dibawa keluar. Penutup kotak itu dibuka. Dia tersenyum lega apabila mendapati cincin perkahwinannya masih ada di situ. Dia membawa cincin itu ke dadanya. Dia tersenyum sambil menggengam kemas cincin itu.

          “ Eun Hee?” Suara Pak Cik Dam Shik kedengaran di muka pintu. Pantas Eun Hee menoleh. Pak Cik Dam Shik sedang tersenyum ke arahnya.

          “ Boleh kita cakap sekejap?” tanya Pak Cik Dam Shik. Eun Hee terdiam. Teragak-agak dia mengangguk. Dia mengikut langkah Pak Cik Dam Shik ke kaki lima rumah itu. Dia duduk di sisi Pak Cik Dam Shik.

          “ Kamu rindukan Ji Hoon?” tanya Pak Cik Dam Shik. Eun Hee tersentak. Pantas dia menunduk. Jemarinya bermain dengan cincin di telapak tangannya.

          “ Kenapa kamu tak kembali pada dia kalau kamu rindukan dia? Kamu tak kasihankan Ji Hoon ke?” tanya Pak Cik Dam Shik lagi. Eun Hee terus menunduk. Dia tidak dapat menafikan kata-kata Pak Cik Dam Shik bahawa dia rindukan Ji Hoon. Jujurnya dia amat merindui suaminya itu.

          Keluhan Pak Cik Dam Shik menarik perhatian Eun Hee. Teragak-agak Eun Hee mengangkat muka lalu memandang wajah penuh kasih sayang itu.

          “ Mungkin kamu dah bosan sebab pak cik dah sentuh pasal hal ni dulu. Pak cik dah anggap kamu macam anak pak cik. Pak cik nak kamu bahagia, bahagia dengan pilihan kamu. Tapi pak cik rasa tak ada salahnya pada Ji Hoon. Mungkin dia dah lakukan sesuatu yang menyakitkan hati kamu, tapi pak cik percaya yang dia tidak seburuk yang kamu sangkakan. Dia ikhlas cintakan kamu, Eun Hee,” ucap Pak Cik Dam Shik. Senyuman terukir di wajah itu. Eun Hee menunduk kembali.

          “ Maafkanlah dia. Jika dia hanya nak main-main dengan kamu, dia dah lama ceraikan kamu. Ryu Min beritahu pak cik yang Ji Hoon pernah ke sini beberapa kali. Dia tak akan bersusah payah datang ke sini semata-mata untuk pujuk kamu. Kamu kena fikir itu semua,” kata Pak Cik Dam Shik lagi. Eun Hee mengangguk sedikit. Wajahnya berubah muram.

          “ Kamu fikirlah apa yang terbaik buat kamu. Tapi, pak cik tak nak kamu tersilap pilih. Pak cik tak nak kamu menyesal nanti dengan kehilangan orang yang tulus menyayangi dan mencintai kamu.”

          Bahu gadis itu ditepuk perlahan. Pak Cik Dam Shik bangun lalu masuk ke dalam rumah. Eun Hee bungkam dengan kata-kata terakhir Pak Cik Dam Shik. Dia menggeleng perlahan. Jantungnya kembali berdegup kencang. Dia terfikirkan Ji Hoon. Eun Hee mendongak merenung ke langit malam. Semoga tiada perkara buruk yang berlaku.


MATANYA tidak beralih daripada muncung pistol yang dihalakan kepadanya. Ji Hoon cuba menenangkan dirinya. Da Wei pula tidak melepaskan pandangannya daripada Ji Hoon. Pistol diangkat selaras dengan dahi Ji Hoon. Mencerlang merah mata Da Wei merenung tajam ke wajah sepupunya.

          “ Kenapa kau tergamak? Aku sepupu kau!” Ji Hoon memuntahkan amarahnya. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Da Wei merupakan dalang di sebalik semuanya. Daripada kes penggelapan wang syarikat yang memburukkan namanya sehinggalah dua kes langgar lari yang hampir mencabut nyawanya.

          Da Wei ketawa mengilai. Wajahnya kelihatan seperti dia telah memperoleh kemenangan yang diidam-idamkannya selama ini. Ji Hoon semakin cemas dengan keadaan Da Wei yang kelihatan tidak stabil itu namun dia tidak mampu untuk bergerak. Peluru itu akan menembusi otaknya jika dia tersilap langkah.

          “ Kenapa kau tergamak? Aku sepupu kau!” Da Wei ketawa mengejek sambil mengajuk kata-kata Ji Hoon tadi. Dia bergerak mendekati Ji Hoon yang sudah mula bergerak sedikit daripada kedudukan asal.

          “ Sepanjang aku hidup, aku selalu dibayangi kau! Kat sekolah, kat syarikat, semuanya kau! Kenapa asyik kau yang diberi perhatian? Kenapa bukan aku? Kenapa?” tanya Da Wei lantang. Ji Hoon bungkam. Ternyata Da Wei mendendaminya hanya kerana cemburu kepadanya. Cemburu yang telah lama terbakar dalam diri Da Wei.

          “ Tapi... ni semua bukan salah aku. Semuanya...” Kata-kata Ji Hoon terhenti di situ. Dia segera melompat ke kirinya apabila menyedari Da Wei sudah memuntahkan pelurunya keluar. Dia mengerling ke belakang. Peluru itu terbang menembusi sebuah almari kaca. Deraian kaca jatuh ke lantai.

          “ Kenapa asyik kau yang mendahului aku? Kenapa? Aku tak kurang hebat daripada kau! Kau sedar tak?” bentak Da Wei. Terketar-ketar tangannya memegang pistol di tangan.

          “ Kau dah gila! Hanya sebab tu kau nak bunuh aku?” Ji Hoon bengang. Kata-katanya hanya disambut dengan hilai tawa menggila Da Wei. Da Wei menyeringai.

          “ Kau ingat ni semua dah cukup? Bila mendiang datuk serahkan jawatan tertinggi syarikat dan serahkan hampir kesemua hartanya kepada kau barulah aku tahu yang aku harus hapuskan kau! Aku sakit hati! Kau tahu tak sakit hati?! Kenapa dalam ramai-ramai cucunya dia pilih kau? Masih ada aku! Masih ada sepupu kita yang lain! Kenapa kau? Kenapa kau yang sudah ada banyak kelebihan? Kenapa?!”

          Ji Hoon senyap. Kelu lidahnya merenung wajah Da Wei yang jelas kemerahan. Dia langsung tidak terfikirkan pasal harta yang pernah diberikan mendiang datuknya kepada dia sesudah lelaki tua itu meninggal dunia. Dia langsung tidak teringatkan harta itu.

          “ Aku tak pernah sentuh duit tu! Semuanya aku berikan pada yayasan keluarga kita!” jelas Ji Hoon tergesa-gesa. Da Wei menggeleng pantas. Jarinya diletakkan kembali pada laras pistol.

          “ Kau fikir aku bodoh? Aku tak percaya kau serahkan wang berbilion US tu pada yayasan kita! Dah tentu duit tu ada dengan kau!”

          “ Betul! Aku...”

          Peluru yang meluncur laju daripada muncung pistol hampir tertanam dalam bahu Ji Hoon. Dia bernasib baik kerana peluru itu hanya sipi sahaja mengenai bahu kirinya yang sudah sedia tercedera. Namun peritnya tetap terasa.   

          “ Aku terpaksa tamatkan kau malam ni juga. Lepas kau mati baru aku boleh hidup tanpa dibelenggu oleh kau,” ucap Da Wei lagi. Ji Hoon tergamam. Hilaian tawa Da Wei makin mencemaskan dirinya. Lelaki itu benar-benar sudah gila!

          “ Selamat tinggal,” ucap Da Wei mendayu. Dia mengucup muncung pistolnya lalu dihala kembali ke arah Ji Hoon. Laras pistol ditarik. Dia tersenyum kemenangan sebelum mengacah untuk melepaskan laras pistol tersebut. Ji Hoon kaget.

          Dum!

          “ Letakkan pistol kau tu!”

          Ji Hoon dan Da Wei sama-sama mengalih pandang ke arah pintu. Ji Hoon terperanjat apabila mendapati Zachary yang menerpa masuk ke dalam berserta sepucuk pistol di tangan yang dihala ke arah Da Wei. Hyun Min turut muncul di situ.

          “ Jangan kau cuba nak apa-apakan dia kalau kau tak nak meringkuk dalam penjara!” tegas Zachary. Dia mengangguk ke arah Hyun Min yang turut mengangguk sekilas. Hyun Min bergegas mendapatkan Ji Hoon yang sudah terduduk menahan sakit di tepi sofa.

          “ Kau tak apa-apa?” tanya Hyun Min perlahan. Dia membantu Ji Hoon bangun. Tangan kanan Ji Hoon dibawa melingkari lehernya lalu dia memapah lelaki itu. Ji Hoon hanya mengangguk.

          “ Letakkan pistol kau tu ke lantai! Kalau tak...” Zachary menarik laras pistol. Dia mengancam untuk melepaskan tembakan. Da Wei yang ternyata panik dengan kedatangan mengejut Zachary dan Hyun Min itu mula menggelabah. Pistolnya terlepas daripada pegangannya sebelum dia berlari ke pintu gelongsor yang tertutup. Dia merempuh pintu kaca itu sebelum terburu-buru melarikan diri.

          “ Jangan pedulikan dia! Ji Hoon dah cedera parah ni!” laung Hyun Min apabila Zachary berlari untuk mengejar Da Wei. Zachary terhenti. Dia menumbuk angin. Dia menoleh ke belakang. Ji Hoon kelihatan sedang menanggung seksa yang teramat.

          Zachary segera mendapatkan Ji Hoon yang dibaringkan di atas sofa oleh Hyun Min. Cemas dia memeriksa keadaan sahabatnya itu. Muka Ji Hoon berkerut menahan sakit.

          “ Ma... macam mana kau berdua...”

          “ Senyap dulu. Kami akan bawa ke hospital dulu. Lepas tu baru kita bercakap, luka kau dah parah tu,” potong Zachary pantas. Ji Hoon hanya mengangguk. Zachary dan Hyun Min membantu Ji Hoon ke kereta Zachary. Dia dibaringkan di tempat duduk belakang.

          “ Aku beritahu Eun Hee, okey?” kata Zachary. Pantas Ji Hoon menggeleng. Bersusah payah dia bangun daripada pembaringannya.

          “ Jangan... jangan beritahu dia...” bantah Ji Hoon lemah. Dia menekan lengan kirinya yang berdarah kembali. Zachary mengeluh kecewa.

          “ Kita beritahu Eun Hee, okey? Tentu dia nak tahu...”

          “ Jangan! Jangan sesekali beritahu dia! Aku tak nak susahkan dia,” bantah Ji Hoon lagi. Kali ini lebih keras. Zachary menggelengkan kepalanya. Dia hanya mengangguk. Hyun Min di sebelahnya juga tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ji Hoon sudah muktamad dengan keputusannya.

          “ Baiklah... kalau itu yang kau nak.”

          Tanpa berlengah lagi Zachary memandu Ford Ecsapenya merentasi kegelapan malam. Pacuan empat rodanya dihala ke hospital. Sesekali dia mengerling cemas pada Ji Hoon yang sedang mengerang kesakitan di belakang. Kelajuan keretanya dipertingkatkan.


DA WEI berlari keluar daripada lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Dia menuju ke bilik hotel yang dihuni Tae Hwan. Tergesa-gesa dia mengetuk pintu bilik hotel itu. Berulang kali dia menoleh ke belakang, bimbang ada orang yang mengejarnya dari belakang. Dia terus meluru masuk ke dalam sebaik sahaja Tae Hwan membuka pintu.

          Tae Hwan tidak bertanya apa-apa sebaliknya terus masuk ke bilik air. Da Wei mengelilingi bilik itu cemas. Dia berhenti di hadapan meja solek yang terdapat di dalam bilik itu. Sekeping pasport diletakkan di atas meja solek itu. Dia membaca nama yang tertera. Nama keluarga lelaki itu ialah Kim. Dia mengangkat kening cemas. Ternyata Seo Tae Hwan bukannya nama lelaki itu yang sebenar. Dia duduk di birai katil.  

          “ Kenapa dengan kau ni?” tanya Tae Hwan kehairanan sebaik sahaja dia keluar dari bilik air. Dia mendapatkan Da Wei yang duduk di birai katil. Muka Da Wei terlalu pucat. Jika ditoreh pun pasti tidak akan mengeluarkan darah.

          “ Aku... tak guna! Dia tak mati!”

          Da Wei menumbuk meja yang terletak berdekatan dengan katil. Kening Tae Hwan terangkat sebelah. Dia tersenyum sinis. Kedua-dua belah tangannya disilangkan. Matanya seakan merenung mengejek pada Da Wei yang kelihatan gugup.

          “ Maksud kau... kau tak mampu bunuh dia?”

          Da Wei mengangguk pantas. Dia bangun secara tiba-tiba. Wajahnya cemas melihat Tae Hwan.

          “ Macam mana ni? Dia dah tahu identiti aku! Macam mana kalau dia laporkan perkara ni pada polis? Aku tak nak kena tangkap! Aku tak nak masuk penjara!” Cemas Da Wei mundar mandir di sekeliling bilik Tae Hwan. Tae Hwan pula hanya kelihatan tenang sahaja.

          “ Kau kena tolong aku! Kau kena bunuh dia untuk aku! Aku akan beri upah lebih daripada yang kau boleh bayangkan!” gesa Da Wei. Dia menggoncangkan kolar bahu Tae Hwan. Tae Hwan tidak mengangguk atau menggeleng sebaliknya lelaki itu hanya ketawa.

          “ Kau fikir aku akan pertaruhkan hidup aku untuk kau? Jika pihak polis tahu yang dalangnya adalah kau, lambat laun aku akan terlibat sama. Aku lebih sayangkan hidup aku daripada wang yang bakal kau berikan.”

          Terlepas pegangan Da Wei pada kolar baju Tae Hwan. Kecil anak matanya merenung wajah itu tidak percaya. Da Wei menggeleng pantas. Dia berundur daripada Tae Hwan. Kepalanya dipegang kuat.

          “ Tak! Tak! Kau... kau kena tolong aku! Kalau tak... nahaslah aku!” kata Da Wei lantang. Tae Hwan ketawa sinis.

          “ Aku tak akan korbankan hidup aku untuk orang kaya bodoh macam kau. Tapi, aku ada penyelesaiannya kalau kau nak selamat,” ucap Tae Hwan perlahan. Pantas Da Wei mengangguk. Dia terdesak perlukan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya. Dia segera mendapatkan Tae Hwan yang mengambil sesuatu daripada laci meja solek.

          “ Ya! Ya! Aku tahu yang aku boleh harapkan kau! Apa yang...”

          Da Wei tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi. Dia muntah darah. Kedua-dua tangannya dibawa ke sebilah pisau yang ditusuk ke perut. Bulat matanya melihat pada Tae Hwan yang sedang menggosok kedua-dua tapak tangannya pada jaket yang dipakai.

          “ Kau...”

          Tae Hwan tersenyum sinis. “ Kau akan selamat daripada pihak polis kalau kau dah mati. Selamat tinggal.”

          Da Wei terlentang di lantai. Dadanya turun naik tidak sekata sebelum dadanya secara perlahan-lahan tidak bergerak lagi. Kedua-dua matanya terbeliak seakan-akan melihat sesuatu yang mengerikan. Tae Hwan mencabut pisau yang tertanam di perut Da Wei. Dia ketawa menggila. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...