Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Tuesday, April 30, 2013

464 Untuk Nini Bab 3




NAJWAN leka dengan BlackBerry di tangan sebelum merasakan matanya ditutup rapat oleh seseorang di belakang. Dia mengukir senyum. BlackBerry diletakkan di atas meja. Kedua-dua tangannya pantas menarik kedua-dua tangan yang menutupi matanya tadi. Dia menoleh ke belakang. E-jat ketawa mengekeh.

          “ Tak baik ganggu orang tahu tak?” kata Najwan dengan sengih di bibir. E-jat melompat ke riba Najwan. Najwan ketawa. Pipi kanak-kanak itu dicium berulang kali sehinggakan E-jat mengekeh ketawa di ribaannya.

          Hari ini dia agak santai. Cuti hujung minggulah katakan. Cuma babanya sahaja yang berada di pejabat. Ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.

           “ Tuk mummy masak sedap hari ni, papa. E-jat suka,” kata E-jat ceria. Najwan mengangguk. Dia menarik hidung anak kecil itu.

          “ Tuk mummy masak apa?” tanya Najwan. Dia menggesel kepalanya pada E-jat. Terkekeh-kekeh kanak-kanak itu ketawa.

          “ Papa! Janganlah! Geli!” jerit E-jat. Najwan buat bodoh. Pantas tangan E-jat memukul dada Najwan. Najwan tersenyum lantas menggeleng.

          “ Tak nak cakap. Papa jahat,” kata E-jat lagi. E-jat berdiri berpeluk tubuh di hadapan Najwan. Najwan ketawa geli hati. Lucu melihat gaya E-jat.

          “ Yalah, yalah. Malam ni, papa janji kita main bunga api lagi, kay?” Kedua-dua tangannya diangkat seakan-akan bersumpah. E-jat mula tersenyum. Dia meluru ke arah Najwan lalu memeluk lelaki itu.

          “ Okey!”

          Najwan membawa E-jat ke dukungannya. Mereka berdua ke kawasan luar. Seluar panjang yang E-jat pakai Najwan lipat hingga paras lutut. Najwan yang sememangnya sudah mengenakan seluar tiga suku melepasi lutut terus merendamkan kaki ke dalam kolam renang. E-jat turut berbuat demikian.

          “ Tuk mummy masak nasi tomato. Lepas tu, ada puding ais krim. Sedapnya! Tak sabar E-jat nak bukak puasa,” cerita E-jat bersungguh-sungguh. Siap dengan gaya lagi. Najwan tergelak perlahan. Sebelah lengannya merangkul leher E-jat manakala satu lagi ditongkat pada lantai.

          “ E-jat ingat apa yang papa janji kalau E-jat puasa penuh?” tanya Najwan. Wajah polos anak kecil itu direnung lama. E-jat mengangguk pantas.

          “ Papa nak bawak E-jat lawat kubur mummy and daddy. E-jat tak lupalah,” kata E-jat. Nadanya merendah. E-jat tunduk merenung air kolam renang yang berkocak akibat gerakan kakinya dan Najwan.

          “ Tentu mummy dan daddy happy kalau tahu E-jat baik macam ni,” kata Najwan sekadar mahu menenangkan hati anak kecil itu. Dia memeluk E-jat yang mula membisu. E-jat hanya mengangguk sahaja.

          Najwan renung lama wajah muram itu. Dia senyum tawar. Ezzat Ridhuan merupakan anak tunggal arwah Najwa Sofia dan Ahmad Fuad. Najwa merupakan adik kembar tidak seirasnya. Ketika E-jat baru sahaja berusia tiga tahun, pasangan itu meninggalkan mereka sekeluarga. Najwa dan Fuad mengalami kemalangan jalan raya.

          Kereta Fuad yang dalam perjalanan ke rumah mummy dan baba bertembung dengan kontena di arah yang bertentangan. Ketika itu E-jat dijaga mummy, hanya Najwa dan Fuad sahaja yang berada dalam kereta. Nasib E-jat agak baik, jika tidak dia mungkin akan menemui nasib yang sama seperti yang menimpa kedua-dua arwah ibu bapanya.

Sejak kematian Najwa dan Fuad, Najwan berpindah daripada kondominiumnya ke rumah keluarga mereka kerana memikirkan nasib anak saudaranya yang masih lagi kecil. Dan sejak kematian Najwa dan Fuad jugalah, dia menjaga E-jat seperti anak sendiri sehinggakan E-jat memanggilnya papa.

          “ E-jat jaga diri, belajar baik-baik, ingat Allah. Insya-Allah, boleh bahagiakan mummy dan daddy kat sana, ya?” pujuk Najwan. E-jat hanya mengangguk. Najwan menggeleng. Kepala E-jat diusap perlahan.


AZAN Maghrib mula kedengaran daripada saluran Oasis. Najwan membaca doa sebelum diaminkan oleh ahli keluarganya yang lain. Sebiji kurma dicapai sebelum dia menjamah makanan lain. E-jat yang duduk di sebelahnya turut berbuat demikian.

          “ E-jat nak apa?” Najwan tenung wajah polos itu. Mata E-jat meliar melihat makanan di atas meja. Barisan makanan hasil tangan tuk mummy memang berjaya menarik perhatiannya. Sedap…

          “ E-jat nak drumstick tu,” kata E-jat. Tangan kecilnya menunjuk pada paha ayam yang diminta. Panjang tangan Najwan mencapai pinggan berisi lauk ayam masak merah sebelum paha ayam itu diletakkan di atas pinggan nasi E-jat. E-jat tersenyum.

          “ Terima kasih, papa,” kata E-jat. Najwan hanya tersenyum lantas mengangguk. Dia mengambil lauk untuk dirinya sendiri pula.

          “ E-jat nak apa lagi?” Najwan menyoal sekali lagi. E-jat tersengih lebar. Tangannya menunjuk kepada telur dadar yang turut terhidang sama. Sekali lagi permintaan itu dipenuhi. Berhati-hati hirisan telur dadar itu diletakkan di atas pinggan E-jat.

          “ Along Naj ni, dah boleh jadi bapak budak dah. Bakat pun dah ada. Bila Along nak bagi Nawal kakak iparnya?” tanya Nawal Fairuz, anak bongsu pasangan Sofiah-Luqman. Najwan sengih tawar.

          “ Siapalah yang nakkan Along ni,” kata Najwan dengan nada sedih yang dibuat-buat. Nawal mula ketawa.

          “ Along kamu ni mengada-ngada. Mummy suruh bawa balik mana-mana perempuan, bukannya nak buat macam yang mummy suruh. Mummy nak pasangkan dengan anak-anak kawan mummy, dia pulak yang tak nak. Tu yang sampai sekarang kamu tak merasa nak dapat kak iparnya,” balas Puan Sofiah serta merta.

          Tuan Luqman yang duduk di hujung meja hanya mampu menggeleng. Mana tidaknya, terus sahaja isterinya itu memberi ceramah percuma kepada anak sulung mereka tanpa sebarang mukadimah.

          “ Awak ni Sofi, sudah-sudahlah. Kita ni baru nak berbuka. Cuba bawa bertenang dulu. Lepas terawih nanti, awak nak membebel pun membebellah. Tak ada siapa yang nak halang. Depan rezeki pun nak membebel.” Kata-kata Tuan Luqman disambut dengan tawa Nawal dan Najwan. Dilihat wajah mummy mula berubah.

          “ Saya cakap benda yang betul, salah ke?” kata mummy tidak berpuas hati.

          “ Memanglah betul. Saya pun nak tengok Najwan kahwin jugak, bukannya awak sorang. Dah, makan dulu. Lepas ni awak sambunglah apa yang awak nak cakap tu,” kata baba. Suapan diteruskan tanpa menghiraukan jelingan si isteri.

          Najwan juga meneruskan suapannya. Malas mahu menyampuk perbualan ibu bapanya. Sesekali dia mengesat mulut E-jat yang comot. Berselera E-jat makan nasi tomato buatan tuk mummynya. Terasa kakinya ditendang di bawah meja. Muka Nawal yang duduk bertentangan dengannya direnung.

          Apahal? Najwan bertanya tanpa suara. Hanya gerakan bibir sahaja. Tidak mahu mummy dan baba perasan. Mummy dan baba sedang leka menikmati rezeki mereka pada hari itu.

          Nawal sengih. Dia turut melakukan gerak bibir.

          Baba pun dah join pakatan mencari menantu perempuan mummy. Bila nak bawa balik bakal kakak ipar?

          Najwan menjulingkan mata. Tak payah nak mengarutlah.

          Betullah. Karang tak pasal-pasal merana kalau kena jodoh dengan anak kawan mummy.

          Ada Along kisah?

          Yalah tu. Nanti ada juga yang menangis tak berlagu depan tok kadi nanti.

          “ Ouch!

          Perhatian mummy dan baba beralih daripada pinggan nasi. Mata kedua-duanya tertumpu pada Nawal yang tiba-tiba sahaja mengaduh kesakitan tadi. Najwan yang duduk di hadapan Nawal pula sedang menghulurkan air kepada E-jat. Dia berlagak seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.

          “ Kenapa, Nawal?” tanya baba. Nawal sengih kelat.

          “ Nothing, baba,” balas Nawal perlahan. Matanya dilirik kepada wajah Alongnya yang kelihatan selamba. Sakit kaki aku kena tendang!

          Mummy dan baba kembali menyuap nasi. Nawal menjegilkan mata kepada Najwan yang sudah sengih jahat. Along!

          Serve you right.

          We’ll see, sapa yang padan muka nanti. Nawal sengih geram. Mahu sahaja dihempuk kepala Alongnya itu. Najwan hanya buat bodoh. Gelas yang berisi jus mangga dicapai sebelum diteguk perlahan. Sesekali dia mengangkat kening ke arah Nawal.

          Hati Nawal mendongkol geram. Takpe, takpe, kita tengok siapa yang padan muka nanti.


LINCAH tangan Auni melipat helaian kerta menjadi origami angsa. Sesekali dia tersenyum sendirian. Sudah berbelas-belas origami angsa dibuat olehnya sejak masuk waktu makan tengah hari tadi. Yalah, takkan nak turun kedai mamak pekena mi goreng tengah-tengah puasa macam ni? Kena cekup dek JAIS baru tau langit tu tinggi ke rendah! Selesai sahaja solat Zohor, terus sahaja dia membuat kerja yang dirasakan berfaedah olehnya iaitu membuat origami-origami angsa tersebut.

          “ Nilah kerja kau tiap-tiap hari. Aku yang jadi tukang tolong tengok ni pun dah naik jemu dah,” kata Adda yang muncul tiba-tiba bersama-sama Cassy. Auni angkat muka daripada origami angsa yang sudah siap di tangan. Dia tarik sengih.

          “ Korang yang jadi tukang tengok dah jemu tapi aku yang jadi tukang buat ni tak jemu-jemu lagi,” balas Auni mudah. Adda menggelengkan kepala. Sabar sajalah dengan jawapan anak bongsu Encik Zakaria depan mereka ni.

          “ Apahal korang cari aku? Ada probs ke?” tanya Auni. Kali ini dia mula menumpukan perhatian pada helaian kertas yang lain pula.

          Cassy sengih. “ Sorry dear. Encik Adam nak you uruskan pasal projek untuk Al-Azwar. Ada probs sikit and Firas yang uruskan pasal projek tu takde sekarang ni. Dia outstation seminggu kat Holland.”

          Auni terlopong. Boleh sahaja kelima-lima jari Cassy masuk ke dalam mulut itu. Mata Auni jatuh pada fail putih di tangan Cassy.

          “ Me? Sure?”

          Cassy mengangguk. Auni tepuk dahi.

          “ Malasnya. Kenapalah aku yang Encik Adam tarik jadi mangsa keadaan ni?” rungutnya perlahan. Origami-origami angsa yang bersepah di atas meja kerja mula dimasukkan ke dalam balang kaca berhias reben yang sudah sedia dipenuhi dengan origami-origami angsa yang lain.

          “ Encik Adam kata you boleh charge sebagai OT. You kena ke Al-Azwar dan bentang balik pelan yang dah Firas buat. Encik Adam kata, you tak payah takutlah nak cakap apa-apa pun. Kawan dia jugak yang you akan jumpa nanti. Bantai je nak cakap apa,” kata Cassy lagi. Auni mengangguk malas. Balang kaca diletakkan di atas meja. Adda hanya tersengih melihat muka seposen sahabatnya itu. 


NAJWAN membelek fail di tangan. Sesekali dahinya berkerut. Kedengaran pintunya diketuk dari luar. Perhatiannya mula beralih.

          “ Masuk,” arahnya dari dalam. Sejenak kemudian Adli muncul di hadapan muka pintu.

          “ Kenapa?” tanya Najwan sepatah. Adli mengunjuk ke luar.

          “ Wakil Adam ada kat luar. You better go and see her,” kata Adli. Dia masuk ke dalam pejabat dan duduk di hadapan Najwan. Dahi Najwan berkerut. Muka selamba Adli direnung lama.

          “ Her? Bukan ke Encik Firas yang uruskan projek ni?” tanya Najwan hairan. Sejak bila pula Encik Firas tukar jantina? Adli menjongket bahu.

          “ Entah. Tapi, rasa-rasanya Adam ada kata yang Encik Firas outstation ke Holland. Kau jumpa ajelah dengan dia, dia pun salah sorang architect kat Adam’s firm.” Najwan hanya mengangguk. Malas nak memanjangkan perbualan. Fail di tangan ditutup. Kot yang tersangkut di kerusi dicapai.

          “ Dia kat mana?”

          “ Still kat lobi. Aku kata kau nak jumpa dia kat sana.”

          Adli tersengih lagi. “ Tentu kau suka. Muka dia sejibik dengan aktres Korea yang kau minat tu. Apa nama dia? Han… Han Hyo…”

          “ Han Hyo Joo,” pintas Najwan apabila melihat wajah Adli yang sudah kebingungan. Muka Najwan pula yang berkerut.

          “ Banyaklah kau punya muka dia sama dengan Han Hyo Joo. Kau juga yang kutuk aku bila aku tengok drama Korea,” perli Najwan. Adli hanya tersengih. Dia memang suka mengenakan Najwan yang mempunyai hobi yang kebanyakannya merupakan hobi kaum Hawa. Menonton drama Korea.

          “ Tapi yang ni Han Hyo Joo versi pakai tudung,” kata Adli lagi.

          Najwan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Kot disarung sebelum dia menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Sesekali dia menyapa sesiapa yang terserempak dengannya. Dia bukan sahaja perlu menjaga hubungan baik dengan staf-staf di syarikat itu tetapi juga hubungan sesama manusia. Hubungan sesama manusia yang paling perlu dijaga sekiranya ingin hidup harmoni. Itulah yang sering baba ingatkan padanya.

Sesampai sahaja di lobi, matanya melilau mencari wakil yang dihantar oleh Adam. Dari kejauhan, kelihatan seorang gadis bertudung biru langit sedang menunggu di ruang yang agak tersorok. Gadis itu kelihatannya seperti leka dengan sesuatu. Pantas kakinya mengatur langkah menuju ke arah gadis itu.

          Jejak sahaja di itu, Najwan tarik senyum. Dia seakan-akan pernah terserempak dengan gadis itu cuma dia tidak pasti di mana. Gadis itu sedang leka membuat origami angsa. Sudah ada dua origami angsa di atas meja dan gadis itu sedang membuat origami yang ketiga.

          “ Swan origami, right?” kata Najwan sekadar untuk menyapa.

          Pantas Auni mengangkat muka. Lekas-lekas dia bangun daripada duduknya. Kedengaran lelaki di hadapannya ketawa perlahan. Auni sengih malu.

          “ Najwan Faqqimi, salah seorang manager yang in-charge dengan projek tu. Cik..?”

          Muka Auni direnung. Masih kelihatan tompok merah di pipi gadis itu kerana tegurannya tadi. Auni hanya tersenyum.

          “ I’m Auni, architect sama dengan Encik Firas. Sekarang ni Encik Firas tiada, outstation, so saya yang akan uruskan pasal projek ni buat sementara waktu,” jelas Auni.

            “ Oh ya! You yang salah bagi info pada I masa nak jumpa Adam hari tu kan?” Najwan ketawa perlahan. Ingat sudah. Auni tergamam.

            Erk? Ni ke kawan Encik Adam yang hari tu?

          “ Duduklah. Maaf, tak boleh hidang air bulan-bulan puasa ni,” seloroh Najwan. Auni mengangguk sahaja. Dia kembali melabuhkan duduk di atas sofa bertentangan dengan Najwan. Auni dah lega. Nasib baik mamat depan aku ni tak hulur tangan nak salam. Kalau tak, mahu kena ceramah free aje dengan aku.

          Pelan yang dibawa bersama-sama tadi dibentangkan di atas meja. Mata mereka sama-sama tertumpu pada pelan yang dibawa Auni. Jemari gadis itu lincah bergerak di atas pelan itu. Lama gadis itu memberi penerangan. Najwan hanya mengangguk sahaja. Penerangan gadis itu didengar dengan teliti.

          “ … Ikut plan asal, Al-Azwar nak buat landscape untuk air terjun tu kat sini, kan? Tapi, saya rasa baik landscape tu buat kat sini…” jari Auni bergerak ke permukaan lain. “… kat sini lebih strategik. All of your customers yang menginap kat hotel boleh dengar dan tengok beautiful scenery kat situ. Kiranya, good impressions lah untuk your hotel. Lagipun, kita nak bina gazebo-gazebo tu pun dekat dengan kawasan sini.”

          Najwan mengangguk beberapa kali. Gadis di hadapannya direnung.

          “ Then? Apa lagi yang you rasa I boleh ubah for the whole project?”

          “ Maaf, Encik Najwan. Encik Firas yang terlibat dengan projek ni dan saya tak ada hak nak ubah mana-mana ikut suka hati saya. Saya datang cuma nak betulkan apa yang perlu saya betulkan. Kalau encik nak perubahan untuk mana-mana bahagian bangunan, encik perlu discuss dengan Encik Firas. Paling lewat, dia akan pulang next Sunday,” jelas Auni.

          “ Baik. I akan tunggu. By the way, thanks for coming. Sorry ganggu masa you,” kata Najwan. Auni hanya tersenyum. Dia mengangguk kecil.

          Pelan yang asalnya terbentang di atas meja mula digulung balik. Ketika Auni bangun untuk memberi tunduk hormat, tangan Najwan mencapai ketiga-tiga origami angsa yang masih berada di atas meja lantas diberikan kepada Auni. Auni tersenyum. Dia baru sahaja nak mengambil angsa-angsa itu sebelum Najwan bertindak terlebih dahulu.

          “ Asyik betul you time buat origami ni tadi,” kata Najwan dengan sengih di bibir. Auni gelak kecil.

         “ Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Auni. Najwan sekadar membalasnya perlahan sebelum melihat gadis itu mula beredar pergi. Dia tersenyum seketika.


“ AUNI!”

            Langkah Auni yang pada asalnya seiringan dengan Adda terhenti. Suara itu seakan-akan pernah tersimpan dalam kotak memorinya. Teragak-agak dia menoleh. Namun dia dikejutkan pula oleh jeritan Adda yang kedengaran teruja.

            “ Rayyan!”

            Auni pantas menoleh. Seorang lelaki berkaca mata dengan rambut lurus yang agak panjang mencecah ke bahu keluar daripada kelompok orang ramai yang sedang lalu lalang menuju ke arah mereka. Lelaki itu kelihatan segak dengan sut pejabat yang tersarung pada tubuhnya.

            “ Weyh, lama tak jumpa korang. Tak sangka boleh terserempak kat sini. Korang apa khabar?” Lelaki yang dipanggil Rayyan itu terus menyoal. Namun Adda dah tarik muka masam.

            “ Nama Auni juga yang kau panggil ya? Sampai hati kau tak panggil nama aku sekali,” Adda mencebik. Rayyan ketawa.

            “ Sorrylah Adda. Aku tak berapa cam sebenarnya tadi. Nak tegur Auni pun aku takut silap orang,” jawab Rayyan. Adda tarik muka lagi.

            “ Kau memang! Tu aje alasan kau,” balas Adda. Rayyan sengih serba salah.

            “ Bila kau balik dari UK?” Auni pula menyoal. Senyuman dilontarkan kepada Rayyan.

            Auni sedang menahan debaran di dada. Saat namanya diseru tadi, dia risau sekiranya namanya itu diseru oleh seseorang. Lelaki yang dia tidak mahu bertemu wajah lagi dengannya. Hakimi Adnan yang konon-kononnya tidak dapat melupakan dirinya lagi walaupun sudah bertahun-tahun berlalu walhal tidak pernah ada apa-apa ikatan istimewa antara mereka berdua.

            “ Aku baru balik bulan lepas. Alhamdulillah, balik for my own good. Dah lama sangat kat UK. Naik jemu dah aku tengok minah-minah mata biru tu semua. Teringin nak cari gadis Melayu pingitan ni,” kata Rayyan selamba. Auni dan Adda tergelak perlahan.

            Rayyan, Rayyan. Perangai tak ubah-ubah.

            Rayyan dan Hakimi tua tiga tahun daripada mereka. Namun tidak pernah sekalipun mereka memanggil kedua-dua lelaki itu dengan panggilan ‘abang’ pada pangkal nama mereka. Bak kata Rayyan, kedengaran pelik pula kalau mereka berdua memanggil Rayyan dan Hakimi seperti itu.

            “ Kau dah ada someone ke?” tanya Adda tanpa berkias. Senyuman Rayyan menjadi jawapan kepada soalannya.

            “ Bagi aku kad korang. Nanti aku boleh pos kad jemputan kahwin aku.”

            Auni dan Adda sama-sama terlopong. Kahwin?

            “ Siapalah gadis malang yang kena kahwin dengan Mat Romeo macam kau ni?” soal Auni. Rayyan tergelak.

            Mat Romeo merupakan gelaran kepada Rayyan. Gara-gara hobi dia suka mengayat mana-mana gadis yang ada di depan mata, gelaran itu diberikan kepadanya. Tetapi, dalam Romeonya pun, Rayyan tidak pernah ada sesiapa dalam hidupnya. Katanya, dia malas nak mencari. Entah betul entah tidak Rayyan ni.

            “ Mak aku yang pilih. Aku tak kisah pun. I know, my mom knows the best for his son,” jawab Rayyan selamba. Auni dan Adda sama-sama berpandangan.

            “ Alah, mak aku tak pilih lagilah. Aku saja aje tipu korang. Tapi memang mak aku dalam proses nak cari menantu ni,” balas Rayyan. Adda menjegilkan mata.

            “ Suka hati kau kan nak tipu kitorang? Kesian bakal isteri kau dapat lelaki camni,” kata Adda geram. Rayyan tergelak.

            “ Dah dahlah borak camtu. Kita nak tercegat macam tiang gol kat sini sampai bila? Bak aku business card korang, nanti apa-apa aku call,” sambung Rayyan.

            Tergesa-gesa Auni dan Adda menyelongkar tas tangan masing-masing. Rayyan tu, sekali dia membebel, boleh kalah ummi kat rumah.

            “ Nah.”

            Dua keping kad dihulurkan kepada lelaki itu. Rayyan menyambutnya dengan senang hati. Kad-kad itu disimpan ke dalam dompetnya.

            “ By the way, kau buat apa kat sini? Tiba-tiba aje boleh muncul depan aku dengan Auni ni?” tiba-tiba Adda menyoal. Rayyan tersengih.

            “ Lupa nak beritahu, aku teman Kimi shopping sebenarnya. Korang tak tahu lagi ke yang dia dah balik dari UK? Lewat sikit dari aku. Hari ni aku half day, saja teman dia shopping beli baju baru untuk office dia nanti. Entah manalah mamat tu pergi tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.”

            Riak wajah Auni berubah. Dia dah balik?

Monday, April 29, 2013

464 Untuk Nini Bab 2



“ ALONG!!!”

          Bergema ruang banglo dua tingkat milik Puan Mariam dan Encik Zakaria dengan jeritan ‘merdu’ Auni. Puan Mariam yang baru sahaja masuk ke ruang tamu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kelihatan Auni sedang bercekak pinggang dengan Hamtaro sebesar budak dua tahun dikepit di lengan kanan manakala Aisar pula sedang duduk di belakang sofa dengan remote controller ditayang di hadapan Auni. Syara yang turut berada di situ hanya menjongket bahu apabila Puan Mariam memuncungkan mulut ke arah kedua beradik itu.

          “ Bak balik remote controller tu! Adik nak sambung tengok Save Your Last Dance ni!” bentak Auni. Sebelah kakinya dihentak berulang kali ke lantai. Boleh retaklah gamaknya lantai itu konon-kononnya.

          Aisar buat bodoh. Saluran Cartoon Network dibuka. Save Your Last Dance For Me Episode 4 belum habis lagi ditonton. DVD masih lagi dalam DVD Player. Khusyuk Aisar menonton Tom yang sedang bermain aci kejar dengan Jerry. Sesekali kedengaran tawanya bergema. Langsung tidak merasai bahang panas gunung berapi yang bakal meletup.

          “ Along!!!”

            Lagak Jerry dan Tom di kaca televisyen masih menjadi santapan mata Aisar. Seakan-akan tidak terkesan langsung dengan jeritan si adik.

            Along ni memang nak kena! Siaplah dia!

            “ Along!”

          “ Adoi!”

          “ Bagi balik!” bentak Auni.

          Pantas dia melompat ke bahu Alongnya. Tubuh Auni yang agak kecil memudahkan tindakannya itu. Hampir sahaja Aisar terjatuh kerana hilang keseimbangan. Terjerit-jerit Aisar apabila Auni dengan senang-lenangnya menarik pipinya sebelum dicubit berkali-kali. Remote controller pantas disorok ke dalam saku jean.

          “ Nak bagi ke tak?” tanya Auni lantang. Langsung tidak menghiraukan kehadiran ummi dan Kak Long yang sedang asyik memerhatikan aksi mereka berdua. Puan Mariam dan Syara hanya mampu menggeleng dan mendiamkan diri. Sekali lagi pipi Aisar dicubit.

          “ Adik dah review citer tu lebih dari 88 kali, tahu tak? Udah-udahlah tu!” kata Aisar lantang. Cuba memenangi Perang Dunia Ketiga antara dia dengan adik bongsunya itu.

          Pap!

          Kedua-dua pipinya ditepuk oleh Auni serentak sebelum gadis cilik itu melompat turun. Remote controller yang tersembul daripada saku jean Aisar dicapai sebelum dia melompat ke balik sana sofa.  Aisar pula dah jatuh terbongkang di atas karpet yang baru sahaja ummi beli sempena raya yang lambat lagi nak tiba.

          “ Urusai (bising)! Adik tak kira! 88 kali pun 88 kalilah. Along nak tengok TV, balik tengok kat rumah sendirilah!” kata Auni. Lidahnya dijelirkan lagak budak kecil.

          “ Berani halau Along, ya? Tak bagi duit raya karang baru tahu,” ugut Aisar. Matanya dijegilkan. Auni mencebik.

          “ Tak kisah pun,” balas Auni. Aisar sengih geram. Adei

          “ Adik ni ganaih sangatlah. Budak lelaki manalah yang nakkan adik ni. Ganas mengalahkan Laila Ali,” kutuk Aisar lantas berlalu ke dapur. Syara dan ummi ditinggalkan di ruang tamu bersama-sama dengan Auni.

          Auni hanya buat bodoh. Layan tengok drama Korea lagi best daripada layan Along yang tiga suku ni. Boleh padamkan mood yang sedia ada.

          Dia kembali duduk bersila di atas sofa dengan memeluk Hamtaro. Matanya kembali tertumpu pada Ji Sung dan Eugene Kim yang melakonkan watak utama dalam drama itu. Tanpa Auni sedari, ada sepasang tangan yang bergerak perlahan-lahan mendekati rambutnya yang ditocang dua sebelum…

          “ Along!!!”

          Tanpa buang masa, Aisar terus pecut ke tingkat atas mengalahkan enjin Concorde sebelum Auni bertukar kepada Hulk Hogan. Dan ummi dan Syara kembali menggelengkan kepala. Mereka berdua sudah tidak tahu nak kata apa dengan dua beradik itu. Laju sahaja  Auni berlari naik ke atas untuk mengejar Aisar.

            Tidak lama kemudian, Auni kembali melompat turun ke tingkat bawah. Terpancar kepuasan pada wajahnya. Ummi dan Syara saling berpandangan. Entah apalah yang Auni sudah lakukan pada abang sulung kesayangannya itu.

            “ Adik?” Ummi panggil perlahan. Pantas Auni menoleh.

            “ Along kamu mana?”

            Auni senyum buat muka comel.

            “ Along dah terbongkang atas katil. Kena karate dengan adik tadi,” jawab Auni agak serba salah. Ummi dah beristigfar panjang. Syara pula kelihatan serba salah. Sama ada nak ketawa kerana tingkah Auni yang baginya agak lucu atau kasihan mengenangkan nasib suaminya di tingkat dua.

            “ Kamu berdua ni, susah betul nak berdamai,” rungut ummi. Auni tergelak.

            “ Raya nanti adik minta maaflah dengan Along tu,” balas Auni. Ummi dan Syara tergelak.

            “ Dah nak puasa dah kan? Lepas tu raya pula. Ummi ternanti-nanti, ada something special tak yang akan berlaku sepanjang Ramadhan tahun ni,” kata ummi penuh berharap. Langit cerah di luar rumah menjadi santapan mata wanita kesayangan Auni itu.

            Auni mendekati ummi lantas memeluk tubuh ummi. Kepalanya dilentokkan atas bahu ummi. Ummi tergelak lagi. Kepala Auni diusap lembut.

            “ Ummi nak apa yang jadi for this Ramadhan?” soal Auni ingin mengetahui. Bukan selalu ummi keluarkan ayat yang penuh bermakna seperti itu.

            “ Adik jumpa jodoh?”

            Erk?

            Auni mula tarik muncung. Rapat dia memeluk ummi. Kepalanya digeleng perlahan.

            “ Tak naklah bincang soal tu,” kata Auni perlahan. Gelak ummi kembali kedengaran. Syara yang hanya memerhati sedari tadi pula hanya tersenyum.

            “ Doa seorang ibu makbul tahu?” Hidung Auni ditarik. Auni merengek.

            “ Yalah, ummi. Doakan adik aje,” balas Auni. Ummi tersenyum. Tubuh anak bongsunya itu dipeluk erat. Terasa kehangatan tubuh ummi padanya. Auni tersenyum sayu. Tidak senang hati apabila memikirkan e-mel yang diterimanya beberapa hari yang lalu.

            Tapi adik tak nak Kimi yang ummi maksudkan tu, boleh tak?

            “ Tak apalah ummi. Tu, Kak Long dan Along kan nak bagi hadiah special untuk ummi dan walid dah tu.” Auni merujuk pada kandungan Syara. Syara tergelak. Ada ada aje Auni ni. Ummi tersenyum. Kepala Auni diusap lembut lagi.


NADA dering Everyday I Love You nyanyian Boyzone kedengaran daripada Corby comel milik Auni. Kelam kabut dia mencari telefon bimbitnya di bawah timbunan kertas-kertas A4 yang berselerak di atas meja. Jumpa! Segera dia meneliti pada skrin Corby. Nama umminya timbul di skrin. Auni tersenyum lega.

          “ Ummi!” jeritnya riang mengalahkan kanak-kanak. Puan Mariam yang berada di hujung talian mula menggelengkan kepala. 

          “ Assalamualaikum wahai anak ummi yang tersayang,” ucap ummi dengan nada menyindir. Auni sengih kelat. Kan dah kena!

          “ Waalaikumussalam,” balas Auni perlahan. Ditenung muka Cassy yang sedang menghendap-hendap ke arahnya. Kepada Cassy dia hadiahkan satu genggaman penumbuk yang ditayang tinggi. Gadis Cina itu hanya tersenyum sebelum menyambung kerjanya.

          “ Apahal ummi call adik ni? Rindu adik eh?” Auni bersuara ala-ala kucing betina miang. Sekali lagi Puan Mariam menggelengkan kepala. Manja betul anak bongsunya itu. Tidak padan dengan umur.

          “ Adik, teman ummi ke Bazar Ramadhan petang ni.”

          Auni kerutkan muka. Terkeluar juga bahasa Jepun yang dipelajari daripada guru bahasa Inggerisnya sewaktu zaman sekolah menengah dahulu. “ Nani (apa)? Ummi malas masak ke petang ni?”

          “ Ke situ pulak. Bukanlah.”

          “ Habis tu?” Auni tayang muka pelik. Sejak bila pulaklah ummi aku sorang ni kenal Bazar Ramadhan? Mana tidaknya, selama ini ummi suka memasak sendiri aje kerjanya. Jarang mahu membeli makanan di luar.

          “ Along kamu mengidam nak makan ayam golek. Dia telefon ummi merengek nak makan ayam golek. Manalah ummi sempat nak buat masa-masa macam ni. Along kata dia nak datang berbuka dengan kita semua petang ni,” cerita ummi. Auni mula ketawa. Terbayang-bayang wajah Along yang buat gaya manja nak habis! Kalah aku yang bongsu!

          “ Mengada-ngada. Sepatutnya Kak Long yang tengah mengidam sekarang ni, bukannya dia,” balas Auni. Seronok dia mengutuk abang sulungnya itu. Mana tidaknya, masa Along ada mana boleh sesuka hati nak mengutuk seperti itu.

          Isteri yang tengah sarat mengandung, dia pulak yang sibuk mintak itu ini! Hish! Apalah Along ni, kutuk Auni dalam hati. Mahu sahaja kena luku kepala kalau Alongnya itu dengar. Along dan dia boleh dikatakan ibarat anjing dan kucing. Pantang jumpa mesti bergaduh.

Ummi tersengih mendengar bebelan anak bongsunya itu.

          “ Adik balik pukul berapa?”

          Fossil di pergelangan tangan direnung. Lagi setengah jam pukul 4.15 petang. Pintu bilik bosnya direnung. Encik Adam awal-awal lagi dah cabut alang-alang dia perlu melawat tapak di Klang. Auni senyum meleret.

          “ Ummi siap-siaplah. Adik sampai, kita terus pergi. Kalau tak, alamaknya jam teruklah nanti.”

          “ Baiklah. Hati-hati tau masa drive tu,” pesan Puan Mariam. Auni mengangguk. Barang-barang di atas meja mula disusun rapi. Beg laptop disandang ke bahu manakala tote bag Maid Maiden dicapai daripada kerusi.

          “ I’m on my way.”

          Selepas salam dihulur, Auni mula atur langkah ke pintu keluar pejabat. Tatkala dia melalui meja Cassy, gadis bermata sepet itu memanggilnya. Auni mematikan langkah.

          “ Curi-curi pulang awal ya?” usik Cassy. Auni sengih.

          “ You tolonglah cover I, kay?” kata Auni perlahan seakan-akan mengajak Cassy berkonspirasi besar dengannya. Cassy tergelak.

          “ Alah, bos besar dah lama balik. You pun dah buat banyak kerja tadi. Better pulang awal daripada stay je dalam ofis yang boring ni. I pun nak balik lepas siap kerja ni,” balas Cassy dengan sisa gelaknya. Auni mengangguk.

          “ Love you, Cassy,” kata Auni sambil membuat flying kiss. Cassy menggelengkan kepalanya melihat aksi gadis bertubuh kecil itu.


TOYOTA PRIUS hitam metalik miliknya diparkir berdekatan dengan Bazaar Ramadhan Jalan Masjid India. Najwan Faqqimi menoleh ke arah mummynya yang sedang memeriksa tas tangan. Dia tersenyum melihat mummy yang sedang leka mengira not-not merah di tangan.

          “ Mummy ni gaya macam Naj tak boleh nak bayar aje kalau mummy tak cukup duit,” seloroh Najwan. Tali pinggang kereta dibawa ke tepi. Puan Sofiah mencebik.

          “ Kamu ni, Naj. Mummy tahulah yang kamu tu banyak duit. Manager besarlah katakan,” balas Puan Sofiah. Najwan tergelak.

          “ Manager besar pun kat company baba jugak. Kalau bukan kat company sendiri, tak merasalah post tu,” kata Najwan.

          Sekali lagi Puan Sofiah mencebik. Najwan hanya gelak memanjang. Ada-ada aje buah Najwan nak mengenakan ibu kesayangannya itu.

          Langkah diatur ke Bazaar Ramadhan yang sudah kelihatan sesak dengan orang ramai. Maklumlah masing-masing mula mencari juadah untuk berbuka. Hari ini sudah masuk 3 Ramadhan.

          “ Mummy nak cari apa sebenarnya? Macamlah kat rumah kita tu tak ada juadah untuk berbuka,” tanya Najwan hairan. Baru sahaja menjejakkan kaki ke lantai rumah, terus mummy mengajaknya ke sini. Bukannya nak suruh Pak Bidin the best driver ever bawa dia ke sini.

Selepas solat Asar, dia dan mummy terus ke sini. Tak sempat mandi pun. Mujur juga pakaian kerjanya sudah ditukar. Kalau tak, gamaknya ke bazar dengan slack dan kemejalah jawabnya. Tee hitam dan seluar pendek lepas lutut dah tersarung di tubuhnya.

          “ E-jat teringin nak makan murtabak. Tak tergamak mummy nak tolak permintaan dia. Kesian E-jat tu, belum masuk bulan puasa lagi dia merengek nakkan murtabak ayam. Baru lima tahun, dah rajin nak puasa,” cerita Puan Sofiah akan cucu tunggalnya itu. Najwan hanya tersengih.

          “ Yalah, mummy,” balas Najwan.

          Gerai menjual murtabak dituju. Baru sahaja Puan Sofiah ingin membuat pesanan, lengannya dicuit Najwan. Puan Sofiah menoleh ke belakang. Kelihatan anak sulungnya sudah tersengih-sengih.

          “ Apahal?”

          “ Naj nak beli bunga api, boleh? Nak ajak E-jat main lepas terawih malam ni. Sejak mula-mula puasa lagi dia nak main,” kata Najwan. Puan Sofiah renung lama-lama wajah anaknya itu. Najwan tergelak melihat reaksi mummynya itu.

          “ Alah, takkan masuk hospital punyalah di E-jat tu,” kata Najwan lagi. Lambat-lambat Puan Sofiah mengangguk. Najwan sengih lega. Susah betul kalau dah sayang melampau-lampau kat cucu sorang tu. Nak buat apa-apa mesti kena masuk penapisan pihak tertinggi dulu. Haish!

          Najwan mengalih ke sebelah kiri. Ditinggalkan mummy di gerai murtabak. Puan Sofiah kembali pada wajah anak muda yang sedang setia menjual murtabak itu.

          “ Murtabak ayam dua.”

          Lincah tangan anak muda itu melakukan kerjanya selepas mendapat permintaan daripada pelanggannya. Terasa bahunya disentuh. Puan Sofiah pantas menoleh. Pasti Najwan.

          “ Apa lagi…”

          Kata-kata Puan Sofiah putus di situ. Dia terkedu seketika. Wajah seorang perempuan yang agak sebaya dengannya direnung lama sebelum dia tersedar daripada lamunannya.

          “ Mariam?”

          Puan Mariam mengangguk. Dia mengukir senyum. Puan Sofiah juga tersenyum sebelum memeluk wanita itu.

          “ Ya Allah, lamanya akak tak jumpa kau,” kata Puan Sofiah teruja.

          “ Dah lebih 20 tahun. Sejak saya pindah Selangor dan akak ke UK, kan?” kata Puan Mariam. Puan Sofiah mengangguk pantas.

          “ Mula-mula tu saya ragu-ragu jugak, nak tegur tapi takut salah orang. Yalah, tua-tua tak pakai cermin mata pulak tu. Tak sangka boleh cam lagi,” seloroh Puan Mariam. Puan Sofiah ketawa. Matanya singgah pada gadis bertubuh kecil ayu berbaju kurung di sebelah Puan Mariam.

          “ Alin ke ni?” tanya Puan Sofiah. Puan Mariam menggeleng.

          “ Ni Auni. Si bongsu. Aisar dah kahwin, dah nak dapat anak dah pun. Alin pulak dah bertunang. Tinggal yang bongsu aje yang tak ada apa-apa. Masa kami pindah tu dia baru nak masuk dua tahun,” kata Puan Mariam sambil melihat wajah Auni. Auni tersenyum malu.

          “ Apa khabar, auntie?” Tangan Puan Sofiah disalami perlahan. Kepalanya tunduk menyentuh tangan wanita itu. Puan Sofiah mengangguk.

          “ Tentu Auni tak ingat mak cik. Panggil aje Auntie Sofi,” kata Puan Sofiah ramah. Auni hanya tersenyum. Benar kata wanita yang menggelarkan dirinya Auntie Sofi itu. Umur tengah baru nak mula main kejar-kejar, manalah boleh ingat?

          “ Eh, jemputlah ke rumah,” kata Puan Sofiah tiba-tiba.

          “ Pindah mana?”

          “ Emerald Heights. Abang Man yang beria-ria nak tinggal kat tanah arwah bapak dia. Ni alamatnya,” kata Puan Sofiah. Dia mengambil sesuatu daripada tas tangan. Auni gelak dalam hati. Ingatkan kad nama. Rupa-rupanya kad kahwin. Alamat dekat kad kahwin itu jugalah yang dirujuk. Kad bertukar tangan.

          “ Makin maju bisnes resort dan hotel Abang Man, ya? Insya-Allah, kalau ada masa kami datang,” kata Puan Mariam. Nama di kad kahwin itu diteliti.

          “ Najwa? Bila dia kahwin?” tanya Puan Mariam. Teringatkan anak perempuan Puan Sofiah. Sudah agak lama mereka tidak bersua. Kali terakhir, sewaktu gadis itu masih lagi merupakan anak kecil.

          “ Oh, dah lama. Dah hampir enam tahun. Saya simpan aje kad tu,” balas Puan Sofiah. Nadanya merendah sedikit. Auni perasan kawan ibunya muram sedikit selepas umminya menyebut nama Najwa. Kenapa?

          “ Baiklah.” Kad disimpan dalam tas tangan. Puan Sofiah tersenyum kembali.

          “ Datang ya, minggu depan hari Ahad. Datang buka puasa sama-sama. Boleh borak-borak. Kalau tak ada hal, kita terawih sama-sama. Beritahu Zakaria tu. Cakap kat dia, wajib datang rumah akak,” kata Puan Sofiah. Puan Mariam tergelak. Dia mengangguk.

          “ Insya-Allah.”

          “ Nombor telefon dah ada kat kad tu. Telefon ya?”

          Sekali lagi Puan Mariam mengangguk. Baru sahaja Puan Mariam dan Auni beredar, Najwan kembali dengan sebuah beg plastik yang berisi pelbagai jenis bunga api. Bulat mata Puan Sofiah melihat kandungan beg plastik itu. Tajam matanya menikam muka Najwan.

          “ E-jat yang nak main ke atau kamu yang beria-ria nak main?” tanya Puan Sofiah. Dia menyeringai melihat muka selamba Najwan. Najwan tayang muka tak berdosa. Puan Sofiah menggelengkan kepala.

          “ Umur dah 30 tahun, dah boleh jadi bapak budak dah kamu ni. Tapi, perangai mengalahkan budak umur lima tahun,” bebel Puan Sofiah.

Najwan sengih tawar. Mummy ni punlah. Bab bapak budak jugaklah yang dia nak ungkit petang-petang macam ni. Ni tak lain tak bukan nak kasi hint suruh aku nikah cepat-cepatlah tu. Macamlah aku tak tahu.

          “ Dah, jom balik. Mummy nak prepare makanan kat meja.” Awal-awal lagi Puan Sofiah atur langkah meninggalkan anaknya di belakang. Najwan tersengih.

          “ Ai ai, madam.”


RIUH perkarangan banglo besar dua tingkat Tuan Luqman Hakim. Mendapat gelaran Datuk, namun lebih suka menggunakan panggilan yang biasa. Tuan Luqman lebih suka merendah diri. Di halaman rumah, Najwan sedang leka bermain bunga api dengan E-jat, si kecil lima tahun. Puan Sofiah dan Tuan Luqman hanya memerhati sahaja daripada kerusi taman.

          “ Jadi ke mereka nak datang minggu depan?” tanya Tuan Luqman usai menyisip sedikit minuman. Nescafe panas diletak di atas meja. Puan Sofiah mengangguk.

          “ Sofi paksa mereka datang. Lagipun, bolehlah kenalkan Naj dengan si Auni tu. Berkenan saya tengok budak tu.” Awal-awal lagi Puan Sofiah sudah memasang angan-angan. Tuan Luqman mula tersengih.

          “ Awak ni, macam mana kalau Auni tu dah kahwin ke? Tunang orang ke? Mana kita tahu?” balas Tuan Luqman. Puan Sofiah pantas menggeleng.

          “ Taklah. Aisar dah kahwin, Alin dah bertunang. Yam sendiri yang beritahu saya yang Auni tu tak ada apa-apa,” kata Puan Sofiah.

          “ Kalau dia ada teman lelaki, macam mana?” tanya Tuan Luqman sekali lagi.

          “ Baru teman lelaki, bukannya suami pun,” balas Puan Sofiah selamba. Tuan Luqman ketawa lucu mendengarkan kata-kata isterinya itu. Kelihatannya beria-ria benar isterinya mahu menjodohkan Najwan dengan anak sahabat mereka itu.

          “ Saya bukannya apa, bang. Naj tu dah masuk 30. Kahwin tak lagi. Teman wanita pun takde. Risau saya. Asyik dok jaga E-jat memanjang.” Puan Sofiah menzahirkan kerisauannya. Yang pasti itu merupakan kerisauan yang sentiasa bermain dalam mindanya.

Apabila memikirkan mengenai anak sulungnya itu, dia seakan-akan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Najwan seakan-akan tidak pernah memikirkan mengenai kehidupan berumahtangga. Dia lebih suka menyendiri dan menjalankan tanggungjawabnya menjaga E-jat. Malah tidak pernah walau sekali pun Najwan membawa pulang seorang perempuan untuk dikenalkan kepada Puan Sofiah dan Tuan Luqman.

          Tuan Luqman mengeluh. Dia menepuk mesra bahu isteri kesayangannya itu, cuba meredakan gundah di hati wanita itu. “ Awak ingat awak sorang aje yang risau. Naj tu anak saya jugak. Kita biarkanlah dulu. Tahulah dia nak uruskan diri.”

          “  Eh, awak ni. Saya cakap betul-betul, boleh pulak awak cakap macam tu?” kata Puan Sofiah sedikit marah. Tuan Luqman hanya menjongket bahu. Mereka memerhati sahaja E-jat yang sedang ketawa riang apabila digeletek oleh Najwan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...