
AUNI resah menanti kehadiran Hakimi di sebuah kafe yang terletak
berdekatan dengan tempat kerjanya. Najwan yang sedang duduk di sebelahnya hanya
mampu tersenyum tenang. Sesekali wajah cuak Auni mencuit hatinya. Rasa kelakar
pun ada apabila melihat tunangnya yang tidak habis-habis kelihatan tidak senang
duduk.
“
Nini, jangan takut. Dia ajak jumpa elok-elok aje kan? Takkanlah dia nak buat
masalah lagi,” Najwan memujuk lembut.
Auni
mengangguk perlahan, mengakui kebenaran kata-kata Najwan. Tetapi dia cukup risau.
Risau akan apa yang ingin Hakimi katakan selepas ini kepadanya.
Sebaik
sahaja mendapat mesej daripada Hakimi semalam, dia terus menelefon Najwan untuk
meminta pendapat lelaki itu. Sebagai tunangan Najwan, Auni perlu semakin
menjaga pergaulannya. Tidak lama lagi Najwan Faqqimi juga yang akan memegang
pangkat sebagai suaminya.
“
Thanks awak. Sudi temankan saya,”
ucap Auni terharu. Najwan tersenyum simpul.
“
No biggie. Anything for my lady,”
balas Najwan lembut.
Najwan
agak cemburu sebenarnya apabila Auni memberitahu mengenai mesej Hakimi yang
ingin berjumpa dengan Auni. Lelaki manalah yang tidak cemburu kalau tunangnya
ingin bertemu dengan lelaki lain yang pernah menyimpan perasaan terhadap
tunangnya? Namun Najwan merasionalkan pemikirannya. Lantas dia bersetuju agar
Auni bertemu dengan Hakimi tetapi dia akan turut serta bagi menemani tunangnya
itu.
Pintu
masuk kafe dibuka daripada luar. Hakimi melangkah masuk ke dalam. Matanya
melilau mencari Auni. Langkahnya pantas mendapatkan Auni yang sedang duduk di
sebuah meja bersebelahan dengan dinding kaca kafe tersebut.
“
Assalamualaikum,” ucap Hakimi. Tangannya dihulurkan kepada Najwan yang
menyambutnya dengan tenang. Kepada Auni diberikan satu anggukan hormat. Auni
tersenyum kelat. Najwan mempelawa Hakimi duduk bertentangan dengan mereka.
“
Congrats for your engagement,” kata
Hakimi. Namun nadanya kedengaran hambar. Auni hanya mendiamkan diri lantas
mengangguk sahaja. Najwan menyambut ucapan itu dengan ucapan terima kasih.
“
Saya nak minta maaf, Auni. Saya banyak menyusahkah awak selama ni.” Mata Hakimi
jatuh pada wajah muram Auni. Auni cuba mengukir senyum.
“
Tak apa.”
“
Saya ingatkan lepas Lili pergi, saya dah jatuh cinta pada awak. You’re really looked like her. Setiap
kali saya tengok awak, saya nampak Lili. Apa yang dia buat selama ni, saya
nampak dia,” sayu Hakimi berkata.
Terasa
panas matanya saat ini. Auni cuba menahan kesedihan yang kian melanda diri. Dia
mengeluarkan sesuatu daripada tas tangannya. Sepucuk sampul surat diserahkan
kepada Hakimi. Berkerut wajah Hakimi menerima surat itu.
“
This…”
“
From Kak Lili. She e-mailed me a day before she gone. Dah lama saya nak print dan serahkan pada awak. Tapi bila
saya tengok awak dah berubah sejak kematian Kak Lili, saya tak sampai hati.
Saya tak nak hati awak sakit lagi. Nampaknya, hari ni barulah saya boleh
serahkan surat ni pada awak,” potong Auni. Bergenang air matanya saat merenung
sampul surat yang kini berada dalam genggaman Hakimi.
“
Auni, saya…”
“
Kak Lili sayangkan awak. Dia bawa cintanya pada awak sehingga dia pergi tak
akan kembali lagi. But this is the time
for you to move on. Susah, tapi awak perlu move on. Saya tak rasa yang Kak Lili akan gembira kalau tengok awak
jadi macam ni.”
Sekali
lagi Auni memotong apa yang ingin dibicarakan oleh Hakimi. Hakimi terkedu.
Surat itu ditatap lama.
“
Awak cuma tak dapat terima kehilangan dia. Awak nampak saya mungkin sebab saya
rapat dengan Kak Lili. Tapi itu tak bermakna saya sama dengan Kak Lili. Takkan
ada yang dapat menggantikan arwah dalam hati awak, Kimi.” Ayat yang dituturkan
oleh Auni semakin berbaur esakan. Kuatkanlah hatiku Ya Allah.
Hakimi
tertunduk. Terasa hatinya seakan-akan sudah hilang daripada tempat yang
sepatutnya. Perlahan-lahan dia bangun daripada kerusinya. Lama matanya merenung
Auni. Matanya kelihatan merah.
“
I have to go right now. Apa yang saya
nak katakan, saya tak akan ganggu awak lagi Auni. I realise that my love is still for her. Thanks sebab sentiasa ada untuk Lili. Lili selalu puji awak. Once she gone, I thought that my love for her is
gone too. But, it’s not. Saya cuma keliru. Saya tak dapat terima kehilangan
dia,” kata Hakimi sayu.
Auni
senyap. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Sakitnya hati tatkala kehilangan insan
yang sudah bertapak kukuh dalam hati kita.
“
Mr. Auni, jaga dia baik-baik. She’ll be a good wife and a good mommy to
you and your children. I don’t give any doubt on that. Awak bertuah sebab
dia pilih awak,” ucap Hakimi. Dia bertentangan mata dengan Najwan. Najwan
tersenyum.
“
Me too, don’t give any doubt on that.
Thanks,” balas Najwan berhemah.
Salam
perpisahan disambut baik oleh Najwan. Auni hanya mampu merenung Hakimi yang
sudah berlalu pergi daripada kafe itu. Mungkin lelaki itu sudah tidak mampu
untuk mengatakan apa-apa. Harap-harap apa yang ingin disampaikan oleh Auni
melalui e-mel arwah Kak Lili itu akan dapat diterima dengan baik oleh Hakimi.
“
Nini?”
Najwan
merenung pada wajah si tunang yang masih lagi sembap dengan air mata. Dia tersenyum
nipis. Sehelai tisu dihulurkan kepada Auni.
“
Kalaulah ikatan kita ni dah sah dan halal, dah lama saya peluk awak tau sebab
nak pujuk awak. Tapi tak boleh lagilah sekarang. Ke awak nak saya ajak jumpa
tok kadi sekarang juga?”
Tawa
Auni terhambur juga. Sempat lagi Najwan buat lawak yang tidak berasas seperti
itu. Tisu di tangan Najwan bertukar tangan.
“
Thanks.”
“
Sebab beri tisu atau?”
Auni
tersenyum. Ada-ada aje soalannya.
“
For this tissue and accompany me, okay?”
Najwan
mengangguk. Senyuman buat si tunang tidak lekang langsung daripada wajahnya.
“
Tak lama lagi, awak akan jadi isteri saya dan saya akan jadi suami awak. Walau
apa masalah pun yang menimpa, jangan sesekali membelakangi saya sebagai suami
awak. Apa guna saya jadi suami awak kalau saya tak boleh nak tolong
selesaikannya bersama-sama?” Najwan menitip pesan namun wajah Auni kelihatan
tidak berpuas hati.
“
Mana boleh macam tu,” balas Auni geram. Najwan hairan.
“
Aii… memanglah. Isteri kan kena
dengar apa yang suami dia cakapkan selagi saya tak suruh awak langgar syariat?”
Najwan membalas kehairanan. Takkanlah Auni langsung tidak tahu mengenai
tanggungjawab seorang isteri menurut Islam. Kursus perkahwinan pun sudah mereka
hadiri.
Pantas
Auni menggeleng. Najwan sudah salah faham akan maksudnya.
“
Bukan, bukan tu maksud saya. Maksud saya, mana adil kalau saya seorang aje yang
kena kongsi masalah dengan awak. Awak pun kenalah kongsi dengan saya kalau awak
ada masalah juga. Janganlah simpan seorang diri,” jawab Auni.
Najwan
merenung lama pada wajah Auni. Redup pandangannya jatuh pada wajah gadis yang
sudah mendapat tempat dalam hatinya itu. Dia tersenyum, ikhlas buat tunang
tersayang.
“
If it’s just a small problem, so yes, I
might share it with you. But, if it’s a big problem, it’s forever no. I don’t
want you to be burdened with my problem. I’ll be the man in the house and
you’ll be the lady of my heart. I don’t want to see my lady’s face becomes
gloomy because of me or my problems.”
Auni
terdiam. Kata-kata Najwan menusuk jauh ke dalam hatinya. Auni sudah tidak mampu
untuk mengatakan sesuatu untuk membantah kata-kata Najwan. Dia agak malu
apabila Najwan mengatakan sedemikian rupa.
Mamat ni… pandai aje nak cairkan hati
aku. Ishh…
Najwan
tersenyum lagi saat melihat Auni masih lagi kelihatan tidak berpuas hati
dengannya. Ada rona merah yang terbit pada pipi mulus gadis itu.
MUMMY sedang mengira jumlah cenderahati yang akan diberi kepada tetamu
yang akan datang di majlis persandingan Nawal-Syah dan Najwan-Auni bersama-sama
Auntie Lia di ruang tamu. Walau masih
ramai yang pakar dalam khidmat ini yang boleh menguruskan soal itu, mummy tetap mahu menggunakan khidmat
Auntie Lia dalam perkara ini.
Auntie Lia merupakan jiran
sebelah rumah mereka yang memang pakar dengan perkara-perkara yang berkaitan
dengan kraf tangan. Sering kali juga wanita itu menerima tempahan sempena
majlis seperti ini. Anak bongsu Auntie
Lia, Nadira turut berada di situ. Sambil menolong, dia berbual-bual dengan
Nawal. Nadira dan Nawal agak rapat kerana faktor umur yang sama.
Najwan dan E-jat sama-sama masuk ke
ruang tamu. E-jat diturunkan di atas sofa. Najwan duduk di sebelah mummy. Dia tersengih melihat jumlah
tanda mata yang sedang dikira oleh mummy
itu. Memang banyak.
“ Berapa semua ni, mummy?” tanya Najwan.
“ Dalam 4000 lebih, kenapa?” balas mummy. Auntie Lia pula sedang
membelek-belek hasil tangannya itu, melihat jika ada cela pada tanda-tanda mata
berkenaan.
Najwan menggelengkan kepala. Dia
memerhati ke sekeliling. Matanya singgah sebentar pada Nadira yang sedang
berbual-bual dengan Nawal. Nama Nadira disapa perlahan.
“ Angah mana Nad? Along tak nampak
pun, kata nak datang,” tanya Najwan. Nadira mengalih pandangan daripada Nawal.
Dia menjongket bahu.
“ Entah. Keluar jumpa kawan-kawan dia
kot,” balas Nadira. Dia kembali meneruskan perbualannya dengan Nawal. Najwan
mengeluh. Dia membawa E-jat keluar ke halaman rumah.
“ Manalah si Ashraf ni? Kata nak
jumpa aku,” rungut Najwan. Dia menggosok-gosok belakang lehernya. E-jat pula
sedang leka bermain bola. Sesekali anak kecil itu akan bersorak keriangan
apabila bola itu berjaya memasuki gol kecil yang dibina oleh Najwan di hujung
padang.
Baru sahaja Najwan mahu duduk di
bangku taman, seorang lelaki masuk ke dalam kawasan rumahnya. Najwan tarik
sengih apabila menyedari siapakah lelaki itu. Dia melambai-lambai, menarik
lelaki itu berjalan ke arahnya.
“ Kau ni, tahu-tahu aje aku baru nak
kutuk kau sebab tak datang-datang. Muncul terus kat sini,” kata Najwan
berseloroh. Ashraf ketawa.
“ So
sorry, aku ada hal tadi,” balas Ashraf. Dia melabuhkan duduk di sebelah
Najwan dan turut sama memerhatikan E-jat yang sedang bermain bola.
“ Kau ni pun satu, baru aje jejak
Tanah Melayu ni dah sibuk? Kau tu bukannya kerja lagi dengan bapak kau,” bebel Najwan. Ashraf sengih
lagi.
Ahmad Ashraf Hakim bin Ahmad Fauzi,
anak jiran sebelah rumahnya yang mula dikenali selepas mengikut baba dan mummy berpindah di sini. Mereka
berkenalan sekejap dan sama-sama melanjutkan pelajaran ke Jepun walau Ashraf
lewat sedikit daripada Najwan.
Tetapi,
Ashraf baru sahaja kembali dua tahun lepas memandangkan dia ingin mencari
pengalaman bekerja di syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Jerman selama
hampir tiga tahun. Kata Ashraf, dia mahu berdikari daripada terus mendapatkan
peluang pekerjaan di syarikat bapanya. Dia tidak mahu mendapatkan sebarang
layanan istimewa daripada bapanya. Ashraf mahu bermula daripada bawah seperti
mana jurutera-jurutera yang lain.
“ Auntie tak bising ke dengan kau?” tanya Najwan tiba-tiba. Ashraf
pandang pelik pada Najwan di sebelah. Tidak memahami maksud kata-kata
sahabatnya itu.
“ Bising pasal apa?”
Najwan gelak perlahan. “ Pasal kahwinlah.
Kita dah sama-sama 30, mummy aku
bising betul sebab aku tak kahwin-kahwin sampai sekarang, nasib baiklah aku dah
nak kahwin. Takkanlah auntie tak
bising langsung dengan kau?”
Kata-kata Najwan disambut dengan hilaian tawa Ashraf.
Najwan turut ketawa, seakan-akan memahami maksud di sebalik tawa Ashraf.
“ Mahunya tak bising? Sejak aku balik
ni, asyik tadah telinga aje dengar mama aku membebel. Si Nad tu tak apalah, dia
dengan Kashah dah steady. Bertunang
pun dah, tunggu masa aje nak kahwin. Nad pun sama kepala aje dengan mama aku,
paksa aku kahwin cepat-cepat sebab dia kata tak nak langkah bendul kalau dia
kahwin dulu,” cerita Ashraf.
“ Kau ni memang tak ada calon ke?”
tanya Najwan dengan tawa yang masih bersisa. Pantas Ashraf menggeleng.
“ Dulu, aku pernahlah minat sorang girl ni masa kat uni. Tapi, lepas tengok her true
colour, terus tak jadi,” cerita Ashraf lagi. Najwan tersengih. Pasti gadis
itu sudah menakutkan Ashraf sehingga dia tidak lagi meminati gadis itu.
“ So, kau nak
cari jenis yang macam mana?”
“ Aku fikir, aku nak cari gadis jenis yang
hormat ibu bapalah, sejuk mata mama aku memandang. Susah ke nak cari gadis
macam tu? Kau macam mana, Qimi?” tanya Ashraf. Najwan menggeleng.
“ Senang aje aku jumpa,” balas Najwan
yang serta merta teringatkan Auni. Ashraf merengus perlahan. Dia duduk
menengadah ke langit.
“ Bilalah bidadari kayangan aku nak
muncul ni? Hei…” keluh Ashraf. Najwan gelak lagi. Dia menjongket bahu. Perlahan
dia menepuk bahu Ashraf.
“ Aku doakan kebahagiaan kau. Insya-Allah kau akan jumpa
juga soulmate kau tu,” kata Najwan
ikhlas. Ashraf mengangguk sahaja. Matanya terus merenung ke langit. Dia tidak
tahu wajah gadis mana yang ingin dibayangkan saat ini.
1 comment:
smbng lagiiiii