
LAMA Najwan merenung wajah sembap gadis kecil molek di hadapannya kini.
Niatnya untuk bertanya mengenai apa yang terjadi kepada Auni tadi terbantut
saat melihat air mata Auni masih lagi belum berhenti mengalir.
Najwan membawa Auni ke
sebuah restoran untuk berbuka puasa bersama-sama. Niatnya hanya untuk menemani
Auni pulang ke rumah. Tetapi tidak sanggup pula dia melihat keadaan Auni yang
kelihatannya sedang bersedih. Tambahan lagi kehadiran lelaki yang ditemuinya
tadi bersama-sama Auni mengundang curiga dalam hatinya. Namun Najwan cuba untuk
berlagak tenang. Penjelasan yang baik diperlukan untuk menyelesaikan masalah
yang mengundang.
Najwan memilih tempat
yang agak tersorok untuk mereka berbual-bual. Yang pasti, Najwan tidak mahu mereka
menjadi tumpuan ramai dalam restoran tersebut.
“
Auni, could you please stop crying?
Saya tak reti nak pujuk orang,” kata Najwan perlahan. Matanya masih melekat
pada wajah Auni.
Auni
hampir tergelak. Boleh Najwan bagi alasan macam tu?
“ Auni? Kenapa ni? Boleh
beritahu saya?” berhati-hati Najwan bertanya.
Kalau E-jat, bolehlah aku
pujuk dengan mainan, geletek dia ke. Ni aku nak pujuk dengan apa? Mainan juga
ke? Nak geletek macam aku geletek E-jat, tak sah lagi. Adoi…
“ Auni?” Lembut nada itu
memanggil.
Auni mengangkat wajah.
Air matanya dilap. Malu pula menangis depan Najwan. Sabar Najwan menunggu Auni
membuka bicara.
“ Awak… jangan marah ya?” Perlahan Auni menuturkan ayat. Bimbang
sekiranya apa yang bakal diceritakan kepada Najwan kelak akan mengundang salah
faham lelaki itu.
Najwan tersenyum tenang padahal dalam hati, hanya Tuhan
yang tahu betapa gelisahnya hati. “ Pasal lelaki tadi tu ke? Was he your boyfriend? Or is he your
boyfriend?”
Janganlah dia kata lelaki tadi tu boyfriend dia. Menangis tak berlagulah aku. Pengantin tak jadi
nanti.
“ He is and was not
my boyfriend. Dia senior saya dulu,” jawab Auni perlahan. Masih lagi takut
untuk memulakan bicara.
“ Then, dia suka
awak?” Air muka Najwan masih lagi menampakkan ketenangan.
“ Awak, saya nak beritahulah ni. Tapi… tolong jangan marah
ya? Saya tak nak ada salah faham antara kita,” balas Auni. Najwan tersenyum
lantas mengangguk.
Antara kita? Great!
Dia dah terima aku betul betul ke ni? He
he.
“ Awak jangan marah ya?” Belum apa-apa lagi Auni dah cuak.
“ Awak tak cerita lagi, macam mana nak tau saya marah ke
tak?”
Auni tergelak perlahan. Najwan senyum lagi. Boleh pun
gelak.
“ Just tell me,
saya akan dengar from A to Z barulah
saya menyampuk, okey? Saya tak marah, ya?”
Auni kerutkan dahi. Takkan marah? Najwan ketawa perlahan
melihatkan perubahan pada wajah Auni.
“ Tak percaya? Okey. Dengan ini saya berjanji dengan Cik
Auni, Encik Najwan tidak akan memarahi Cik Auni. Deal?”
Najwan mengangkat tangan kanannya. Auni tergelak lagi.
Macam macam la mamat seorang ni.
“ Okeylah, saya cerita. Sebenarnya dia…”
Apa sahaja yang berkaitan dengan Hakimi diceritakan kepada
Najwan. Auni tidak faham akan dirinya. Kalau boleh dia mahu merahsiakan
mengenai Hakimi daripada Najwan. Tetapi nasihat Adda tempoh hari telah
membuatkan dia berfikir lama. Sebelum sesuatu yang tidak baik terjadi pada masa
hadapan, lebih baik dia bersikap jujur dengan Najwan.
Lama dia bercerita sehinggalah waktu berbuka puasa sudah
masuk. Wajah tenang Najwan sepanjang tempoh dia bercerita mengundang damai di
hati Auni. Dia bersyukur kerana Najwan tidak cepat melatah dengan apa yang
terjadi. Tenang sahaja lelaki itu mendengar cerita dan penjelasan Auni. Najwan
hanya membuka mulut selepas dia selesai mendengar cerita Auni.
“ Sorry, sebab
dah ambil masa awak,” ucap Auni. Najwan senyum lagi.
Mereka berdua sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah
Auni. Swift sudah selamat diparkir di dalam halaman rumah. Prius Najwan masih
berada di luar rumah Auni. Hanya Alin sahaja yang berada di rumah. Ummi dan
walid sudah ke masjid untuk solat terawikh berjemaah bersama-sama jiran-jiran
yang lain.
Awal-awal lagi Najwan sudah menelefon walid Auni. Memohon
kebenaran untuk berbuka puasa bersama-sama Auni. Nasib baik walid tidak banyak
soal. Terus sahaja bersetuju asalkan Auni pulang dengan selamat. Selesai sahaja
berbuka puasa, Najwan mengajak Auni singgah untuk solat Maghrib di sebuah
masjid dahulu sebelum menghantar Auni pulang.
“ It’s okay. Awak
masuk ni, lepas mandi, solat, rehatkan badan tau. Tak payah fikir sangat.
Okey?” lembut Najwan menutur kata.
Auni senyum malu. Baik juga eyh bakal suami aku ni? Ha ha.
“ Okeylah Encik Najwan,” balas Auni. Najwan senyum lagi.
“ Kalau ada apa-apa lagi pasal Hakimi tu, just tell me. Saya tak marah, okey?
Lagipun bukannya awak nak pergi kahwin lari dengan Hakimi tu,” kata Najwan
selamba. Auni tarik muka. Kahwin lari? Dengan Hakimi pula tu. Tak nak!
“ Okey. Awak baliklah dulu. Thanks again. Assalamualaikum, night,”
ucap Auni. Najwan mengangguk.
“ Waalaikumussalam. Night
my lady.”
Senyum Najwan tidak lekang daripada wajahnya. Auni
mengangguk perlahan. Dia terus berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Najwan
masih lagi setia menunggu di luar pintu pagar rumah keluarga Auni. Ingin diajak
masuk, tidak sopan pula dipandang orang. Apatah lagi hanya Auni dan Alin sahaja
yang berada di dalam rumah.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Auni mengintai Najwan daripada
balik langsir. Najwan masih lagi di luar rumah. Memastikan Auni masuk ke dalam
rumahnya dengan selamat sebelum pulang.
Ya Allah, aku bersyukur sangat. Ternyata dia seorang yang
sabar. Adakah ini yang terbaik?
Saat dia terkejut kerana menyedari kehadiran Najwan tadi
sewaktu Hakimi datang memulakan sengketa, Najwan tidak terus bertanya soalan
kepadanya. Dengan lembut lelaki itu mengatakan niat untuk membawa Auni pulang
bersama-samanya. Dengan sabar, Najwan menunggu Auni memulakan bicaranya.
Adakah dia memang sesabar ini?
Auni terkejut dengan bunyi mesej masuk daripada Corby.
Nombor yang tidak dikenali muncul pada skrin. Cepat-cepat dia membuka mesej
itu. Auni menarik senyum. Daripada Najwan rupanya.
Got
your number from ummi. Take care, my lady.
Night
and salam. - Najwan
2 comments:
BEST....
best2