
“
JADI, kau dah terima dia secara official?” tanya Adda tidak percaya.
Muka Auni yang sedang enak menikmati aiskrim itu direnung lama. Auni
mengangguk. Sesudu aiskrim lagi masuk ke dalam mulutnya. Yummy!
“ Aku dah fikir masak-masak, aku dah
timbang mana yang lebih, mana yang kurang, aku dah solat isktikarah dan
jawapannya… aku terima dia sebagai bakal suami aku,” kata Auni. Wafer yang
disertakan sekali dengan aiskrim itu dipastikan dicerna dengan sebaik mungkin.
Cip-cip coklat turut dikaut lantas dimasukkan ke dalam mulut.
“ Kimi pula macam mana? Dia dah tak ganggu kau ke?” Soalan
Adda berkisar pula kepada Hakimi. Riak Auni agak berubah.
“ Dia? Aku dah pesan dia, tolong jangan ganggu aku lagi
kalau dia harapkan yang lebih daripada aku,” balas Auni. Perhatiannya lebih
kepada ais krim di tangan.
“ Kau yakin dia tak akan ganggu kau lagi?”
Auni terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan
Adda.
“ Aku harap dia faham. Najwan pun dah tahu pasal Kimi. Aku
dah beritahu dia semuanya,” jelas Auni.
“ Tak apalah. Kahwin jugak bestfriend aku ni!” Adda menjerit kegembiraan cuba untuk meleraikan
rasa sedih Auni. Auni kerut dahi. Mentang-mentanglah sekarang ni mereka berada
di rumah Adda, boleh dia jerit bagai nak umum kat satu dunia? Auni
menggelengkan kepala. Sesudu aiskrim masuk lagi ke dalam mulutnya.
“ Kau pulak bila nak kahwin? Asyik tanya aku aje,” kata Auni. Senyum Adda
mati tiba-tiba. Dahi Auni dijentik kuat. Berbekas merah di dahi itu. Auni
kerutkan dahi.
“ Apasal jentik dahi aku pulak?” tanyanya tidak puas hati. Adda
mencebik.
“ Kau sedar tak yang sungguh tidak
bernas soalan kau tu?” kata Adda pula. Makin berkerut dahi Auni. Wajah Adda
direnung lama seakan-akan cuba mencari jawapan kepada soalan Adda itu. Akhirnya
dia menjongket bahu tanda tidak tahu.
“ Apasal pulak tak bernas? Aku pun nak tengok kau kahwin juga,” kata Auni
pelik. Dia kembali menyuap aiskrim lazat yang masih berbaki. Auni memang tidak
dapat dipisahkan daripada aiskrim yang merupakan antara makanan ringan kegemarannya.
Adda mengeluh. Wajahnya mula berubah
suram.
“ Kau sedar tak yang selama ni aku
mana pernah keluar dengan mana-mana lelaki?” kata Adda lagi. Teragak-agak Auni
mengangguk.
“ Aku nak kahwin dengan siapa kalau sorang boyfriend pun aku tak ada,”
rungut Adda. Auni gelak perlahan. Bahu Adda ditepuk berulang kali.
“ Jangan bimbang, aku pasti Siwon oppa (abang) akan datang untuk kau,”
usik Auni. Adda mencebik sekali lagi.
“ Mentang-mentanglah aku minat gila
kat Siwon tu. Takpe, takpe, dapat mamat macam dia pun tak apa walaupun tak
boleh kahwin dengan Siwon yang real
tu,” balas Adda. Memang angau gila dia dengan Siwon tu.
Auni dan Adda gelak bersama. Riuh
rumah Adda dengan tawa mereka. Apatah lagi ibu bapa dan adik beradik Adda yang
lain tiada di rumah. Kesemuanya pulang ke kampung kerana ada urusan di sana.
Malang bagi Adda kerana dia bekerja. Nasib baik ada Auni, ada juga teman untuk
diajak sleepover. Dua-dua tidak sedar
yang jam sudah menjangkau awal pagi.
AUNI sudah lama terkuap-kuap. Ini semua
gara-gara berbual sakan dengan Adda sehingga lewat malam. Sempat lagi layan A
Werewolf Boy yang sudah berkali-kali dikhatamnya yang ambil masa lebih daripada
dua jam itu.
Nasib
baik juga dia sudah terbiasa berjaga malam, Auni tidaklah semengantuk Adda yang
sudah melenakan diri sebaik sahaja waktu makan tengah hari tiba. Adda lagi rela
tidak makan semata-mata untuk menyambung tidurnya.
“
What’s wrong with her?” tanya Cassy
yang kebetulan lalu di situ. Agak pelik melihatkan Adda yang biasanya aktif
tidak kira tempat terkulai layu di meja kerjanya. Auni gelak perlahan.
“ Mengantuk sangatlah tu. Mana
taknya, semalam berborak sampai tak ingat esok nak kerja,” kata Auni. Cassy
tergelak.
“ Ada-ada ajelah, pity her,” kata Cassy lagi. Auni turut
ketawa. Kasihan betul melihatkan Adda yang biasanya aktif mengusik orang
sebagai rutin hariannya, tidur sahaja seperti tiada apa untuk dibuat.
“ Biar ajelah. Letih sangat tu,” kata
Auni perlahan. Cassy tersenyum lantas mengangguk. Auni kembali ke meja kerja.
Nampaknya terpaksalah dia turun makan seorang. Rakan-rakan yang lain sudah
turun ke bawah.
Baru sahaja dia mula set sleep mode Acer kesayangannya, Corby
mula memainkan Everyday I Love You. Auni renung sekilas. Nama Najwan tertera
pada skrin. Dia?
“ Assalamualaikum,” sapa Auni perlahan.
Sebelah tangan lincah memasukkan barangan peribadi ke dalam tas tangan.
“ Waalaikumussalam, Nini?” Suara
serak-serak basah Najwan kedengaran di hujung talian
“ Yes,
kenapa awak call saya?” tanya Auni.
“ Saya nak ajak awak lunch, boleh tak?” tanya Najwan. Auni
renung Fossil di tangan. Hampir 15 minit berlalu dari masa yang sepatutnya
untuk dia pergi makan tengah hari.
“ Tapi… sempat ke kalau awak nak drive dari office awak? Sekarang ni pun dah pukul berapa,” kata Auni. Dia
bukannya mahu menolak pelawaan itu. Namun apabila memikirkan masa yang kian
berlalu membuatkan dia gusar. Najwan gelak lagi.
“ Cuba awak tengok kat bawah, dekat
dengan kafe di seberang jalan,” pinta Najwan.
Auni
mengerutkan dahinya. Cepat-cepat dia ke arah tingkap yang bertentangan dengan
kafe yang dimaksudkan oleh Najwan itu. Terkejut dia melihatkan Najwan sedang
berdiri di sebelah pintu masuk kafe itu sambil melambai ke arahnya yang kini
berada di tingkat dua bangunan yang menempatkan tempat kerjanya. Sebelah tangan
lelaki itu masih memegang telefon bimbit.
“ Turunlah, saya tunggu kat bawah.
Kita lunch kat kafe ni,” kata Najwan
lagi. Matanya tidak lepas daripada melihat Auni yang masih berdiri di tingkap.
Auni tarik senyum. Dia mengangguk
perlahan.
“ Okey,” balasnya.
“ Saya tunggu,” kata Najwan lagi.
Auni mengangguk lagi. Corby dimasukkan ke dalam tas tangan. Segera dia menuju
ke lif. Beberapa minit kemudian dia sudah berada di hadapan jalan. Baru sahaja
dia ingin melintas jalan, Auni lihat Najwan pula yang sedang menyeberangi jalan
untuk ke arahnya. Langkahnya dimatikan.
“ Kenapa awak ke sini pulak? Bukan ke kita nak lunch kat kafe tu?” tanya Auni hairan
sebaik sahaja Najwan sudah berdiri di sebelahnya. Najwan senyum seperti
kebiasaannya.
“ Awak tak perasan ke yang jalan
tengah sibuk tu? Even awak lintas zebra crossing kat lampu isyarat tu pun belum tentu awak selamat. Saya
tak boleh pegang tangan awak, tapi saya boleh teman awak seberang jalan ni,”
jelas Najwan. Auni terkedu mendengarkan kata-kata Najwan.
Kenapalah mamat ni sama sweet macam
hero-hero drama Korea yang aku minat tu? Tak sangka aku yang dia ni boleh masuk
kategori romantik jugak.
“ Jom, lampu tengah merah tu,” ajak
Najwan. Teragak-agak Auni mengangguk. Dia mengekori sahaja langkah Najwan
menyeberang jalan.
“ Why do you call me
Nini?” tanya Auni ketika mereka sedang menunggu
pesanan. Najwan yang mendengarkan pertanyaan itu ketawa perlahan. Lama Najwan
renung muka itu sebelum soalan itu dijawab.
“
I wanna be the first person call you Nini,” jawab Najwan mudah. Auni
kerutkan dahi.
“ Tapi kenapa? Selama ni people just called me Auni or adik,”
kata Auni lagi, tidak berpuas hati dengan jawapan Najwan.
“ I don’t want to call you adik because your family has used that name, I
don’t want to call you Auni because the name came from your friends. I chose
Nini because I want to be the first person call you Nini, and be the only one
call you Nini,” balas Najwan. Auni mendiamkan diri. Jawapan Najwan itu
telah menyebabkan pipinya mula bertukar menjadi merah.
“ Kalau awak panggil saya Nini, saya nak
panggil awak apa?” tanya Auni pula.
Najwan senyum. “ Nama saya Najwan
Faqqimi bin Luqman Hakim dan panggilan saya biasanya Naj di kalangan orang yang
rapat dengan saya dan Qimi untuk kawan-kawan saya,” kata Najwan formal seperti
sedang ditemuduga sahaja. Auni mula mencongak dalam fikiran.
“ Saya panggil awak Naj, boleh?”
putus Auni. Najwan senyum lagi.
“
May I know the reason?”
“ Sebab awak kata orang yang rapat
dengan awak panggil awak Naj, so… that’s
the reason,” jawab Auni tenang. Najwan mengangguk.
“ Saya gembira sebab awak tak kisah
dengan aturan family kita,” kata
Najwan. Auni mengangguk perlahan.
“ Asalkan awak jaga saya dengan baik dah
okey,” balas Auni selamba. Najwan ketawa lagi. Senang dengan perwatakan Auni
yang easy going.
“ Insya-Allah.”
Auni mengangguk lagi. Harap-harap
Najwan dapat mengotakan kata-katanya. Amin.
“ PAPA!!!”
Najwan ketawa riang apabila melihat
E-jat sedang berlari laju bagi mendapatkannya. Briefcase dicampak ke atas sofa. Dia terus tunduk lantas membawa
E-jat ke dukungan.
“ E-jat tak nakal-nakal hari ni?”
tanya Najwan sambil mengusap kuat kepala E-jat. Sengaja mahu mengusutkan rambut
E-jat yang rapi disikat oleh mummy.
“ E-jat baik-baik je. Kan papa dah
cakap, kalau E-jat tak nakal-nakal, papa akan belikan E-jat biskut. Papa beli
tak biskut yang E-jat nak tu?” tanya E-jat. Najwan hanya mengangguk. E-jat
diturunkan ke bawah.
“ Nah, makan baik-baik? Ajak tuk mummy makan sekali,” kata Najwan.
Sekotak Famous Amos di tangan dihulurkan kepada E-jat. E-jat mengangguk
gembira.
Kerana
sudah terlalu lama tidak makan biskut kegemarannya itu, dia meminta Najwan
membelikannya biskut itu. Tersengih lebar E-jat kerana permintaannya dipenuhi.
Najwan membawa E-jat ke dapur, tanah jajahan mummy di banglo itu. Kelihatan mummy
sedang leka memasak.
“ Assalamulaikum, mummy,” sapa Najwan perlahan seraya
mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan dengan kaunter.
Salam Najwan dijawab perlahan. Mummy menoleh ke belakang. Dahi mummy berkerut tiba-tiba. Seakan-akan
ada yang membuatkan mummy hairan.
Najwan pandang pelik pada muka mummy
yang berubah secara tiba-tiba.
“ What’s
wrong, mummy? Muka Naj pelik ke hari ni?” tanya Najwan hairan. Mummy mengangguk perlahan. E-jat pula
sudah leka dengan Famous Amos di tangan.
“ Apa yang peliknya?” tanya Najwan
lagi. Kenapalah dengan mummy hari ni?
Tengok aku semacam aje…
“ Happy
pelik aje mummy tengok kamu hari ni,”
kata mummy.
“ Err…
happy pelik? Maksud mummy?” tanya
Najwan lagi.
Mata mummy masih tidak lepas daripada wajah anak teruna tunggalnya itu.
“ Biasanya kalau kamu balik kerja,
muka nampak letih tapi hari ni nampak segar betul. Siap bersinar-sinar lagi
muka tu. Apa yang dah jadi hari ni?” jelas mummy
tanpa berdolak-dalih. Najwan telan liur. Nampak sangat ke yang aku happy hari ni?
“ Err…
tak ada apa-apalah, mummy. Biasa aje,
mana ada apa-apa,” nafi Najwan.
Mummy
kerutkan lagi muka. Tidak percaya dengan kata-kata Najwan. Najwan sudah tarik
sengih.
“ Kamu jumpa dengan Auni ke tadi?
Kalau tak, takkanlah happy sampai
macam ni,” kata mummy.
Dush!
Mummy pun pandailah teka-teka ni. Adoyai…
“ Betul tak cakap mummy? Kamu jumpa dengan Auni kan?”
tanya mummy lagi. Mummy menyeringai. Najwan sengih lagi.
Perlahan-lahan dia mengangguk.
“ Ya, Naj dengan dia… kita orang lunch sekali tadi,” kata Najwan gugup.
Suasana sepi seketika. Mummy senyap. Najwan mendiamkan diri.
Hanya kedengaran bunyi mulut E-jat sedang mengunyah sahaja sebelum…
“ Apa? Kamu lunch dengan Auni?” tanya mummy
tidak percaya. Terkejut Najwan mendengarkan suara mummy yang naik tiba-tiba. Hampir-hampir sahaja dia terjatuh
daripada kerusi.
“ Mummy
pun… takkanlah nak marah Naj pergi lunch
dengan Auni? Dia pun dah nampak gaya ada chance
nak jadi menantu favourite mummy,
tahu tak?” kata Najwan agak perlahan. Sepantas itu juga kepalanya dihentak
dengan sudip yang masih tidak digunakan.
“ Kenapa mummy ni?” tanya Najwan tidak puas hati. Digosok berulang kali
kepala yang sakit dihentak dengan sudip.
“ Mummy
terkejut aje. Yalah, kalau tengok gaya nampak macam si Auni tu tak nakkan kamu.
Alih-alih, hari ni pergi lunch sekali
pulak,” kata mummy. Najwan sengih lagi.
“ Naj kan Jejaka Idaman Seantero
Dunia? Tentulah dia boleh terima Naj,” kata Najwan dengan sengih di bibir.
Sekali lagi kepalanya menjadi mangsa sudip mummy.
“ Mummy!
Sakitlah!”
Mummy
buat bodoh. Matanya dijegilkan kepada Najwan. Mummy berdiri bercekak pinggang.
“ Bila kamu nak beli persiapan
pertunangan, barang-barang hantaran kahwin semua tu? Takkan kamu nak mummy pula yang tolong uruskan untuk
kamu?” tanya mummy tanpa mengendahkan
pertanyaan Najwan.
“ Err…
mummy yang uruskan, boleh?”
Sekali lagi kepalanya menjadi mangsa
sudip mummy. Najwan mengaduh
kesakitan. Adoi…
“ Kamu yang nak kahwin atau mummy yang nak kahwin? Sudah, hujung
minggu ni mummy nak kamu bawa Auni shopping hantaran tunang dan kahwin.
Nanti mummy bagi list barang apa yang kamu patut beli? Faham?” kata mummy sambil menjegilkan mata. Mummy berdiri bercekak pinggang. Najwan
hanya mengangguk.
“ Yalah, yalah. Nanti Naj call Auni cakap pasal tu,” kata Najwan.
Kepalanya digosok lagi. Sakitnya…
“ Tak ada nanti-nanti! Pergi call dia sekarang! Cepat!”
“ Yalah, yalah. Naj pergilah ni,”
balas Najwan. Cepat-cepat dia beredar dari dapur sebelum kepalanya menjadi
mangsa sudip mummy lagi. Mummy senyum puas hati. Tidak sabar
rasanya untuk mendapat menantu baharu. He
he…
1 comment:
bestnyaaaaaaa... smbng lagiii