Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Thursday, July 4, 2013

464 Untuk Nini Bab 12



“ JADI, kau dah terima dia secara official?” tanya Adda tidak percaya. Muka Auni yang sedang enak menikmati aiskrim itu direnung lama. Auni mengangguk. Sesudu aiskrim lagi masuk ke dalam mulutnya. Yummy!

          “ Aku dah fikir masak-masak, aku dah timbang mana yang lebih, mana yang kurang, aku dah solat isktikarah dan jawapannya… aku terima dia sebagai bakal suami aku,” kata Auni. Wafer yang disertakan sekali dengan aiskrim itu dipastikan dicerna dengan sebaik mungkin. Cip-cip coklat turut dikaut lantas dimasukkan ke dalam mulut.

          “ Kimi pula macam mana? Dia dah tak ganggu kau ke?” Soalan Adda berkisar pula kepada Hakimi. Riak Auni agak berubah.

          “ Dia? Aku dah pesan dia, tolong jangan ganggu aku lagi kalau dia harapkan yang lebih daripada aku,” balas Auni. Perhatiannya lebih kepada ais krim di tangan.

          “ Kau yakin dia tak akan ganggu kau lagi?”

          Auni terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Adda.

          “ Aku harap dia faham. Najwan pun dah tahu pasal Kimi. Aku dah beritahu dia semuanya,” jelas Auni.

          “ Tak apalah. Kahwin jugak bestfriend aku ni!” Adda menjerit kegembiraan cuba untuk meleraikan rasa sedih Auni. Auni kerut dahi. Mentang-mentanglah sekarang ni mereka berada di rumah Adda, boleh dia jerit bagai nak umum kat satu dunia? Auni menggelengkan kepala. Sesudu aiskrim masuk lagi ke dalam mulutnya.

          “ Kau pulak bila nak kahwin? Asyik tanya aku aje,” kata Auni. Senyum Adda mati tiba-tiba. Dahi Auni dijentik kuat. Berbekas merah di dahi itu. Auni kerutkan dahi.

          “ Apasal jentik dahi aku pulak?” tanyanya tidak puas hati. Adda mencebik.

          “ Kau sedar tak yang sungguh tidak bernas soalan kau tu?” kata Adda pula. Makin berkerut dahi Auni. Wajah Adda direnung lama seakan-akan cuba mencari jawapan kepada soalan Adda itu. Akhirnya dia menjongket bahu tanda tidak tahu.

          “ Apasal pulak tak bernas? Aku pun nak tengok kau kahwin juga,” kata Auni pelik. Dia kembali menyuap aiskrim lazat yang masih berbaki. Auni memang tidak dapat dipisahkan daripada aiskrim yang merupakan antara makanan ringan kegemarannya.

          Adda mengeluh. Wajahnya mula berubah suram.

          “ Kau sedar tak yang selama ni aku mana pernah keluar dengan mana-mana lelaki?” kata Adda lagi. Teragak-agak Auni mengangguk.

          “ Aku nak kahwin dengan siapa kalau sorang boyfriend pun aku tak ada,” rungut Adda. Auni gelak perlahan. Bahu Adda ditepuk berulang kali.

          “ Jangan bimbang, aku pasti Siwon oppa (abang) akan datang untuk kau,” usik Auni. Adda mencebik sekali lagi.

          “ Mentang-mentanglah aku minat gila kat Siwon tu. Takpe, takpe, dapat mamat macam dia pun tak apa walaupun tak boleh kahwin dengan Siwon yang real tu,” balas Adda. Memang angau gila dia dengan Siwon tu.

          Auni dan Adda gelak bersama. Riuh rumah Adda dengan tawa mereka. Apatah lagi ibu bapa dan adik beradik Adda yang lain tiada di rumah. Kesemuanya pulang ke kampung kerana ada urusan di sana. Malang bagi Adda kerana dia bekerja. Nasib baik ada Auni, ada juga teman untuk diajak sleepover. Dua-dua tidak sedar yang jam sudah menjangkau awal pagi.


AUNI sudah lama terkuap-kuap. Ini semua gara-gara berbual sakan dengan Adda sehingga lewat malam. Sempat lagi layan A Werewolf Boy yang sudah berkali-kali dikhatamnya yang ambil masa lebih daripada dua jam itu.

Nasib baik juga dia sudah terbiasa berjaga malam, Auni tidaklah semengantuk Adda yang sudah melenakan diri sebaik sahaja waktu makan tengah hari tiba. Adda lagi rela tidak makan semata-mata untuk menyambung tidurnya.

          What’s wrong with her?” tanya Cassy yang kebetulan lalu di situ. Agak pelik melihatkan Adda yang biasanya aktif tidak kira tempat terkulai layu di meja kerjanya. Auni gelak perlahan.

          “ Mengantuk sangatlah tu. Mana taknya, semalam berborak sampai tak ingat esok nak kerja,” kata Auni. Cassy tergelak.

          “ Ada-ada ajelah, pity her,” kata Cassy lagi. Auni turut ketawa. Kasihan betul melihatkan Adda yang biasanya aktif mengusik orang sebagai rutin hariannya, tidur sahaja seperti tiada apa untuk dibuat.

          “ Biar ajelah. Letih sangat tu,” kata Auni perlahan. Cassy tersenyum lantas mengangguk. Auni kembali ke meja kerja. Nampaknya terpaksalah dia turun makan seorang. Rakan-rakan yang lain sudah turun ke bawah.

          Baru sahaja dia mula set sleep mode Acer kesayangannya, Corby mula memainkan Everyday I Love You. Auni renung sekilas. Nama Najwan tertera pada skrin. Dia?

          “ Assalamualaikum,” sapa Auni perlahan. Sebelah tangan lincah memasukkan barangan peribadi ke dalam tas tangan.

          “ Waalaikumussalam, Nini?” Suara serak-serak basah Najwan kedengaran di hujung talian

          “ Yes, kenapa awak call saya?” tanya Auni.

          “ Saya nak ajak awak lunch, boleh tak?” tanya Najwan. Auni renung Fossil di tangan. Hampir 15 minit berlalu dari masa yang sepatutnya untuk dia pergi makan tengah hari.

          “ Tapi… sempat ke kalau awak nak drive dari office awak? Sekarang ni pun dah pukul berapa,” kata Auni. Dia bukannya mahu menolak pelawaan itu. Namun apabila memikirkan masa yang kian berlalu membuatkan dia gusar. Najwan gelak lagi.

          “ Cuba awak tengok kat bawah, dekat dengan kafe di seberang jalan,” pinta Najwan.

Auni mengerutkan dahinya. Cepat-cepat dia ke arah tingkap yang bertentangan dengan kafe yang dimaksudkan oleh Najwan itu. Terkejut dia melihatkan Najwan sedang berdiri di sebelah pintu masuk kafe itu sambil melambai ke arahnya yang kini berada di tingkat dua bangunan yang menempatkan tempat kerjanya. Sebelah tangan lelaki itu masih memegang telefon bimbit.

          “ Turunlah, saya tunggu kat bawah. Kita lunch kat kafe ni,” kata Najwan lagi. Matanya tidak lepas daripada melihat Auni yang masih berdiri di tingkap.

          Auni tarik senyum. Dia mengangguk perlahan.

          “ Okey,” balasnya.

          “ Saya tunggu,” kata Najwan lagi. Auni mengangguk lagi. Corby dimasukkan ke dalam tas tangan. Segera dia menuju ke lif. Beberapa minit kemudian dia sudah berada di hadapan jalan. Baru sahaja dia ingin melintas jalan, Auni lihat Najwan pula yang sedang menyeberangi jalan untuk ke arahnya. Langkahnya dimatikan.

          “ Kenapa awak ke sini pulak? Bukan ke kita nak lunch kat kafe tu?” tanya Auni hairan sebaik sahaja Najwan sudah berdiri di sebelahnya. Najwan senyum seperti kebiasaannya.

          “ Awak tak perasan ke yang jalan tengah sibuk tu? Even awak lintas zebra crossing kat lampu isyarat tu pun belum tentu awak selamat. Saya tak boleh pegang tangan awak, tapi saya boleh teman awak seberang jalan ni,” jelas Najwan. Auni terkedu mendengarkan kata-kata Najwan.

          Kenapalah mamat ni sama sweet macam hero-hero drama Korea yang aku minat tu? Tak sangka aku yang dia ni boleh masuk kategori romantik jugak.

          “ Jom, lampu tengah merah tu,” ajak Najwan. Teragak-agak Auni mengangguk. Dia mengekori sahaja langkah Najwan menyeberang jalan.

          “ Why do you call me Nini?” tanya Auni ketika mereka sedang menunggu pesanan. Najwan yang mendengarkan pertanyaan itu ketawa perlahan. Lama Najwan renung muka itu sebelum soalan itu dijawab.

          “ I wanna be the first person call you Nini,” jawab Najwan mudah. Auni kerutkan dahi.

          “ Tapi kenapa? Selama ni people just called me Auni or adik,” kata Auni lagi, tidak berpuas hati dengan jawapan Najwan.

          “ I don’t want to call you adik because your family has used that name, I don’t want to call you Auni because the name came from your friends. I chose Nini because I want to be the first person call you Nini, and be the only one call you Nini,” balas Najwan. Auni mendiamkan diri. Jawapan Najwan itu telah menyebabkan pipinya mula bertukar menjadi merah.

          “ Kalau awak panggil saya Nini, saya nak panggil awak apa?” tanya Auni pula.

          Najwan senyum. “ Nama saya Najwan Faqqimi bin Luqman Hakim dan panggilan saya biasanya Naj di kalangan orang yang rapat dengan saya dan Qimi untuk kawan-kawan saya,” kata Najwan formal seperti sedang ditemuduga sahaja. Auni mula mencongak dalam fikiran.

          “ Saya panggil awak Naj, boleh?” putus Auni. Najwan senyum lagi.

          “ May I know the reason?”

          “ Sebab awak kata orang yang rapat dengan awak panggil awak Naj, so… that’s the reason,” jawab Auni tenang. Najwan mengangguk.

          “ Saya gembira sebab awak tak kisah dengan aturan family kita,” kata Najwan. Auni mengangguk perlahan.

          “ Asalkan awak jaga saya dengan baik dah okey,” balas Auni selamba. Najwan ketawa lagi. Senang dengan perwatakan Auni yang easy going.

          “ Insya-Allah.”

          Auni mengangguk lagi. Harap-harap Najwan dapat mengotakan kata-katanya. Amin.


“ PAPA!!!”

          Najwan ketawa riang apabila melihat E-jat sedang berlari laju bagi mendapatkannya. Briefcase dicampak ke atas sofa. Dia terus tunduk lantas membawa E-jat ke dukungan.

          “ E-jat tak nakal-nakal hari ni?” tanya Najwan sambil mengusap kuat kepala E-jat. Sengaja mahu mengusutkan rambut E-jat yang rapi disikat oleh mummy.

          “ E-jat baik-baik je. Kan papa dah cakap, kalau E-jat tak nakal-nakal, papa akan belikan E-jat biskut. Papa beli tak biskut yang E-jat nak tu?” tanya E-jat. Najwan hanya mengangguk. E-jat diturunkan ke bawah.

          “ Nah, makan baik-baik? Ajak tuk mummy makan sekali,” kata Najwan. Sekotak Famous Amos di tangan dihulurkan kepada E-jat. E-jat mengangguk gembira.

Kerana sudah terlalu lama tidak makan biskut kegemarannya itu, dia meminta Najwan membelikannya biskut itu. Tersengih lebar E-jat kerana permintaannya dipenuhi. Najwan membawa E-jat ke dapur, tanah jajahan mummy di banglo itu. Kelihatan mummy sedang leka memasak.

          “ Assalamulaikum, mummy,” sapa Najwan perlahan seraya mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan dengan kaunter.

          Salam Najwan dijawab perlahan. Mummy menoleh ke belakang. Dahi mummy berkerut tiba-tiba. Seakan-akan ada yang membuatkan mummy hairan. Najwan pandang pelik pada muka mummy yang berubah secara tiba-tiba.

          “ What’s wrong, mummy? Muka Naj pelik ke hari ni?” tanya Najwan hairan. Mummy mengangguk perlahan. E-jat pula sudah leka dengan Famous Amos di tangan.

          “ Apa yang peliknya?” tanya Najwan lagi. Kenapalah dengan mummy hari ni? Tengok aku semacam aje…

          “ Happy pelik aje mummy tengok kamu hari ni,” kata mummy.

          “ Err… happy pelik? Maksud mummy?” tanya Najwan lagi.

          Mata mummy masih tidak lepas daripada wajah anak teruna tunggalnya itu.

          “ Biasanya kalau kamu balik kerja, muka nampak letih tapi hari ni nampak segar betul. Siap bersinar-sinar lagi muka tu. Apa yang dah jadi hari ni?” jelas mummy tanpa berdolak-dalih. Najwan telan liur. Nampak sangat ke yang aku happy hari ni?

          “ Err… tak ada apa-apalah, mummy. Biasa aje, mana ada apa-apa,” nafi Najwan.

          Mummy kerutkan lagi muka. Tidak percaya dengan kata-kata Najwan. Najwan sudah tarik sengih.

          “ Kamu jumpa dengan Auni ke tadi? Kalau tak, takkanlah happy sampai macam ni,” kata mummy.

          Dush! Mummy pun pandailah teka-teka ni. Adoyai…

          “ Betul tak cakap mummy? Kamu jumpa dengan Auni kan?” tanya mummy lagi. Mummy menyeringai. Najwan sengih lagi. Perlahan-lahan dia mengangguk.

          “ Ya, Naj dengan dia… kita orang lunch sekali tadi,” kata Najwan gugup.

          Suasana sepi seketika. Mummy senyap. Najwan mendiamkan diri. Hanya kedengaran bunyi mulut E-jat sedang mengunyah sahaja sebelum…

          “ Apa? Kamu lunch dengan Auni?” tanya mummy tidak percaya. Terkejut Najwan mendengarkan suara mummy yang naik tiba-tiba. Hampir-hampir sahaja dia terjatuh daripada kerusi.

          “ Mummy pun… takkanlah nak marah Naj pergi lunch dengan Auni? Dia pun dah nampak gaya ada chance nak jadi menantu favourite mummy, tahu tak?” kata Najwan agak perlahan. Sepantas itu juga kepalanya dihentak dengan sudip yang masih tidak digunakan.

          “ Kenapa mummy ni?” tanya Najwan tidak puas hati. Digosok berulang kali kepala yang sakit dihentak dengan sudip.

          “ Mummy terkejut aje. Yalah, kalau tengok gaya nampak macam si Auni tu tak nakkan kamu. Alih-alih, hari ni pergi lunch sekali pulak,” kata mummy. Najwan sengih lagi.

          “ Naj kan Jejaka Idaman Seantero Dunia? Tentulah dia boleh terima Naj,” kata Najwan dengan sengih di bibir. Sekali lagi kepalanya menjadi mangsa sudip mummy.

          “ Mummy! Sakitlah!”

          Mummy buat bodoh. Matanya dijegilkan kepada Najwan. Mummy berdiri bercekak pinggang.

          “ Bila kamu nak beli persiapan pertunangan, barang-barang hantaran kahwin semua tu? Takkan kamu nak mummy pula yang tolong uruskan untuk kamu?” tanya mummy tanpa mengendahkan pertanyaan Najwan.

          “ Errmummy yang uruskan, boleh?”

          Sekali lagi kepalanya menjadi mangsa sudip mummy. Najwan mengaduh kesakitan. Adoi

          “ Kamu yang nak kahwin atau mummy yang nak kahwin? Sudah, hujung minggu ni mummy nak kamu bawa Auni shopping hantaran tunang dan kahwin. Nanti mummy bagi list barang apa yang kamu patut beli? Faham?” kata mummy sambil menjegilkan mata. Mummy berdiri bercekak pinggang. Najwan hanya mengangguk.

          “ Yalah, yalah. Nanti Naj call Auni cakap pasal tu,” kata Najwan. Kepalanya digosok lagi. Sakitnya…

          “ Tak ada nanti-nanti! Pergi call dia sekarang! Cepat!”

          “ Yalah, yalah. Naj pergilah ni,” balas Najwan. Cepat-cepat dia beredar dari dapur sebelum kepalanya menjadi mangsa sudip mummy lagi. Mummy senyum puas hati. Tidak sabar rasanya untuk mendapat menantu baharu. He he


1 comment:

Ruunna Qizbal said...

bestnyaaaaaaa... smbng lagiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...