
nota : Tajuk asal 464 + 143 = Naj + Nini. Panjang kan? He he. Tajuk terbaru 464 Untuk Nini :) Happy reading!
KOSONG.
Itu
yang dirasakan sekarang. Tiada kegembiraan atau kesedihan. Hanya suatu perasaan
kosong.
Mata
beralih daripada pintu gelongsor kondominium yang dimiliki kepada kaca
televisyen yang masih hitam. Ingin dibuka, dia tidak pasti rancangan yang
sedang ditayangkan kini akan berjaya menarik perhatiannya atau pun tidak.
Dia
duduk sahaja di sofa. Matanya merenung kosong pada kaca televisyen. Mengingati
kembali kesilapan yang dilakukan sepanjang berada di pejabat tadi. Satu demi
satu ‘kemalangan’ kecil terjadi.
Daripada
mug yang kosong daripada Nescafe
panas pecah dek terjatuh daripada meja kerjanya, terlanggar baldi yang berisi
air kotor sewaktu tukang cuci membersihkan lobi syarikat sehinggalah kepada
kehilangan thumb drive yang
mengandungi maklumat kerja penting selama hampir sejam.
Apa
yang tak kena dengan aku ni?
Kepalanya
digeleng laju. Tekak terasa dahaga pula. Tanpa berlengah dia terus bangun
daripada sofa lalu menuju ke dapur. Peti sejuk dihampiri.
Prang!
Dia
terkesima. Dulang plastik kecil yang terjatuh daripada kaunter dapur sewaktu
dia berjalan untuk ke peti sejuk direnung lama. Pantas dia menggelengkan
kepala. Wajahnya diraup pantas.
Masa
bila pula aku terlanggar benda ni? Apa yang tak kena ni? Ya Allah.
Dulang
plastik itu diambil lantas dimasukkan ke dalam sinki. Pintu peti sejuk dibuka.
Karton jus oren Peel Fresh dicapai lalu dituang ke dalam gelas kaca. Minuman
itu diteguk perlahan sambil kakinya dihayun ke ruang tamu.
Kenapa
rasa tak sedap hati aje ni?
Gelas
yang masih bersisa dengan jus oren itu diletakkan di atas meja kopi. Televisyen
dibuka namun tiada satu pun rancangan yang dapat menarik minatnya. Satu demi
satu rangkaian di televisyen ditukar namun masih tidak mampu menariknya untuk
menonton. Tidak seperti kebiasaan. Tangan dihulur untuk mendapatkan gelas
minuman. Resah masih lagi bermain dalam hatinya.
“
Argh…”
Lelehan
jus oren menuruni meja kopi tersebut. Tanpa disedari tangannya terkena pada
gelas itu lantas menyebabkan gelas itu menumpahkan sisa jus oren. Dia merungut.
Lepas satu, satu lagi masalah!
Cepat
cepat dia berlalu ke dapur untuk mengambil sedikit air untuk membersihkan
tumpahan jus oren yang masih mengotori lantai. Nasib baik tidak terkena karpet.
Jika tidak makin sukar untuk dia membersihkan kesan kotoran itu. Dia kembali
bersama satu bekas plastik yang berisi air paip dan sehelai tuala lama.
Berhati-hati
dia mengelap tumpahan itu. Namun kerjanya terhenti tatkala mendengar nada
dering daripada telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat dia mencapai telefon
bimbit berkenaan selepas semakin lama semakin kuat deringannya. Nama ‘Mummy’
tertera pada skrin.
“
Helo, assalamualaikum mummy. Kenapa call…”
Tangisan
yang kedengaran di hujung talian mengejutkannya. Lama mummy menangis sebelum wanita itu mampu berkata-kata walaupun agak
tersekat-sekat.
“
Naj… Wawa.. Naj… Wawa… dia…”
Dia
tersentak. Wawa? Kenapa dengan Wawa?
“
Wawa accident! Mummy… mummy kat hospital
ni.. baba dah…”
Telefon
bimbit melorot jatuh daripada pegangannya. Dia terkesima. Tanpa membuang masa
dia terus berlari mendapatkan kunci kereta. Tergopoh gapah dia meninggalkan
rumahnya.
Wawa!
SAYU dia merenung tanah yang sudah menimbus jasad Wawa. Tambah memilukan
hati apabila melihat wajah seorang anak kecil yang polos, yang turut sama
merenung pada kubur yang sudah ditimbus di hadapan mereka, yang turut sama
menzahirkan kesedihannya walaupun anak kecil itu tidak memahami situasi yang
sebenarnya.
Perlahan-lahan
dia melangkah mendapatkan anak kecil itu. Dia duduk bercangkung di sebelah anak
kecil itu lantas memeluknya. Anak kecil itu tersentak. Wajahnya dikalih kepada lelaki
yang memeluknya.
“
Daddy… mummy… gi ane?” Dengan pelat
anak kecil itu bertanya. Dia tergamam. Apa yang patut dijawab?
“
Gi ane? Na itut… leh?”
Dengan
perlahan dia menggeleng. Erat pelukannya pada tubuh kecil itu. Kepala halus itu
diusap lembut.
“ Ta leh? Nape…”
Kepalanya
digeleng lagi. Air matanya berlinangan. Betapa beratnya ingin menerangkan apa
yang terjadi kepada anak sekecil itu. Terasa bahunya disentuh dari belakang.
Wajahnya diangkat. Wajah mummy dan
baba kabur dalam pandangan.
“
Naj, jom balik. Orang dah ramai balik ni,” lembut mummy menutur kata. Mata wanita itu masih merah dengan kesan air
mata. Baba di sisi memeluk bahu mummy.
Dia senyap. Matanya kembali pada kubur di hadapan.
“
Wawa?”
Nama
itu keluar lagi. Mummy dan baba
tersenyum pahit. Tubuhnya dipeluk erat oleh mummy
dari belakang. Dia terpaku.
“
Wawa dah tak ada, Naj. Doakan yang terbaik untuk arwah, ya sayang? Mari kita
balik,” mummy memujuk perlahan.
Dengan perlahan dia mengangguk.
Lemah
dia bangun daripada duduknya. Wajah anak kecil yang polos itu direnung dengan
penuh simpati. Dia mendepangkan tangannya, mahu mendukung si kecil.
“
Mari balik. Biar mummy tidur lena ya
sayang?”
Tanpa
kerelaan ayat itu diungkapkan buat si kecil. Mohon agar si kecil itu mengerti.
“
Mummy… tidur?”
Kata-kata
si kecil diiyakan. Tubuh ringan itu didukung kemas.
Sebelum
melangkah pergi, sekali lagi matanya dihala ke arah kubur Wawa yang masih merah
tanahnya. Begitu juga dengan kubur yang bersebelahan dengan Wawa. Nafas dihela
berat.
Selamat
tinggal, Najwa Sofia. Along janji, Along akan jaga anak Wawa seperti anak Along
sendiri. Itu janji Along untuk adik Along. Terima kasih Wawa, selama ini, sudi
jadi adik Along. Selamat tinggal.
No comments: