Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, January 22, 2011

Endless Love 29

TANGAN Ji Hoon menyelak lagi. Halaman kedua memaparkan tarikh beberapa minggu sebelum ini. Di saat dia sedang resah memikirkan masalah yang dihadapinya. Matanya melirik pada setiap patah perkataan yang tercoret pada halaman diari itu.


... aku tak tahu. Sejak beberapa hari ini, aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku mula melakar tinta di diari ini. Semuanya hanya kerana dia. Lelaki pertama yang mencintaiku dan aku berharap dia juga merupakan lelaki yang terakhir.

         Dia mula berubah. Jika dahulu, usikannya sering aku terima namun kini... dia lebih suka mendiamkan diri. Aku tahu, dia bersikap demikian kerana masalahnya di pejabat tetapi aku tidak betah dengan kelakuannya itu. Sudah jarang usikan dan gurauan yang aku terima daripada dia.


         Ji Hoon membelek lagi. Sesekali dia menoleh ke pintu. Dia tidak mahu Eun Hee melihat dia membaca diari itu. Matanya melirik kembali pada permukaan diari itu. Hatinya terasa tersentap apabila membaca luahan hati Eun Hee pada diari pemberiannya.


... adakah masa tidak boleh berputar kepada dulu? Di saat pertama kali aku mendengar ikrar perkahwinan yang diucap oleh dia. Ikrarnya untuk menggembirakan aku dan menjaga aku sebaiknya...


         Perlahan-lahan dia menggeleng. Semakin lama, apa yang tercoret dalamnya semakin meruntun hati Ji Hoon. Dia menggeleng lagi. Diari itu dibelek lagi sehelai demi sehelai.


... kadang-kadang, aku merasakan dia sudah berubah. Lirikan matanya, caranya berbicara dan... aku tak tahu! Aku betul-betul tak tahu.

         Adakah dia dah berubah?


         Coretan itu pendek sahaja tetapi sudah mampu menyentap hati Ji Hoon. Air mata sudah bergenang di tubir matanya. Pantas dia mengesatnya. Ji Hoon membaca lagi.


... jikalau boleh, aku mahu dia tahu betapa sayangnya aku pada dia. Dia merupakan lelaki pertama yang aku kenali dan juga yang pertama berjaya membuka pintu hatiku. Aku menghargai keikhlasannya ketika dia mengatakan dia mencintaiku walau aku mempunyai kekurangan.

         Andai aku dapat memberitahu dia bahawa tiada lelaki lain di hati ini, sudah pasti aku akan melakukannya. Aku akan meluahkan setiap butir ayat yang dapat menyakinkan dia. Aku benar-benar berharap agar dia akan kembali seperti dulu.


         Aku dah...


... hari ke hari aku lihat dia semakin susut. Aku bimbang jika kesihatan dia akan melarat jika keadaannya berterusan seperti itu. Jika dia makan pun, masanya tidak menentu. Saban malam aku tidak lena tidur memikirkan keadaannya.

         Di hadapan dirinya, aku tunjuk wajah yang ceria sedangkan hatiku sebaliknya. Aku tidak mahu dia risau akan dirinya sedangkan sudah banyak perkara yang sedang fikirkan saat ini. Sekarang, apa yang penting buatku hanyalah dirinya.


         Setitik air mata Ji Hoon keluar. Diari itu kembali diletakkan di balik selimut sebelum dia berjalan ke beranda bilik. Kedua-dua tangannya melekap pada pagar beranda, Ji Hoon tunduk ke bawah.

         Aku dah susahkan dia...  aku pernah berjanji tak akan susahkan dia namun aku dah... Eun Hee banyak menderita ketika itu. Aku tak perasan, sungguh! Aku tak patut biarkan dia risau akan aku! Aku tak patut!

         Ji Hoon menggeleng perlahan. Dia harus melakukan sesuatu untuk menebus kesalahannya. Hanya ada seorang sahaja yang boleh menolongnya.


LAMUNAN Ji Hoon berkecai. Perlahan dia menggeleng. Tidak sangka lamunannya sudah terlalu jauh. Dia menoleh ke arah Eun Hee. Eun Hee sedang memandangnya. Wajah gadis itu kelihatan gusar. Sama seperti pada malam itu.

         “ Abang tak apa-apa. Nah, makan.”

         Seulas epal disuap ke dalam mulut Eun Hee. Eun Hee tergamam. Bukan kerana dia malu tetapi kerana sudah lama Ji Hoon tidak melakukan perkara sedemikian kepadanya. Eun Hee tersenyum kecil.

         “ Ryu Min beritahu abang dia nak ajak Eun Hee keluar pagi esok, Eun Hee temankan dia, boleh? Abang tak boleh ikut sama, ada kerja sikit kat rumah.”

         Eun Hee mengangguk walau dia tidak tahu akan perancangan Ryu Min itu. Mungkin Ryu Min terlupa, Eun Hee membuat andaian.

         Ji Hoon tersenyum. Tiba-tiba sahaja dia menghadiahkan kucupan di dahi Eun Hee. Gadis itu makin tergamam. Kedengaran tawa halus Ji Hoon. Lelaki itu bangun daripada duduknya lantas berjalan masuk ke dalam rumah.

         Eun Hee mengetap bibir. Mungkin Ji Hoon sudah berubah sedikit demi sedikit? Berubah kepada perangainya yang asal? Eun Hee berharap telahannya tidak salah.


BERKERUT-KERUT dahi Hyun Min apabila melihat senyuman pada wajah Chae Rin yang tidak putus-putus daripada tadi. Entah apalah yang sedang menggembirakan hati gadis itu.

         “ Kenapa dengan kau ni? Dari tadi lagi kau tengok aku?” tanya Chae Rin. Sudah lama dia perasan Hyun Min memerhatikannya. Asalnya dia mahu buat tidak peduli, tetapi apabila merasakan sudah terlalu lama, lebih baik dia bertanyakan sebabnya.

         Hyun Min menggeleng-gelengkan kepalanya. Perhatian dia kembali pada akhbar di tangan. Pembacaannya yang sudah lama terhenti itu disambung kembali. Chae Rin mendengus tidak puas hati. Hyun Min tidak mengendahkan soalannya tadi.

         “ Hyun Min!”

         Akhbar di tangan Hyun Min diambil secara mengejut sebelum dibawa ke sisinya. Berubah riak Hyun Min. Dia kembali merenung pada Chae Rin. Gadis itu sedang tersengih-sengih.

         “ Kenapa kau tengok aku macam nak telan saja tadi?” tanya Chae Rin. Hyun Min ketawa. Dia duduk menongkat dagu. Chae Rin buat muka. Sebiji bantal yang pada asalnya digunakan untuk menghias sofa, dilempar ke arah Hyun Min. Berderai tawa Hyun Min.

         “ Jawablah!”

         Hyun Min mengambil bantal kecil itu sebelum dilempar kembali kepada Chae Rin. Dia bangun daripada sofa dan berjalan ke meja kerjanya. Chae Rin menoleh ke belakang. Dia mendengus. Geram kerana Hyun Min tidak menjawab soalannya.

         “ Tak nak jawab sudah. Dahlah, aku dah nak balik ni. Dah lama aku duduk kat sini, kesian kat pejabat aku kat restoran tu,” rajuk Chae Rin. Tas tangan diambil sebelum dia keluar dari pejabat Hyun Min. Hyun Min ketawa perlahan.

         Bukannya dia tidak mahu menyoal. Tetapi, mungkin hatinya akan luka kembali. Pasti senyuman Chae Rin tadi ada kaitan dengan Ji Hoon. Daripada dia menambah luka di hatinya, lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

         Hyun Min sering kali bertanya kepada dirinya sendiri, adakah buat selamanya Chae Rin tidak akan kembali kepadanya? Sesungguhnya, dia merindui saat-saat ketika mereka masih bergelar sepasang kekasih.


BUNYI keletang-keletung-ktang-keletang yang datang daripada dapur banglo putih milik Ji Hoon itu mencemarkan suasana yang pada asalnya sunyi. Ji Hoon menggaru kepalanya. Alamak... macam mana ni?

         Dia melihat sekitar dapur rumahnya. Ada kesan kotoran kerana tertumpahkan sos cili di tepi sinki, kesan kicap pula ada melekat pada lantai dapur, pinggan mangkuk yang bertimbun tidak berbasuh. Ji Hoon mengetap bibir. Dia mengambil sebekas air lantas mencuci kesan kotoran yang ada.

         Tergesa-gesa dia mengelap kesan kotoran. Sesekali dia memasang telinga, manalah tahu Eun Hee dah pulang bersama-sama Ryu Min. Selesai sahaja mengelap, kain lap itu dilempar di atas meja. Namun begitu, masih ada kotoran yang lain di dapur itu.

         Ji Hoon membuka peti pintu ais. Jus oren asli yang disejukkan dibawa keluar. Dia membawa jag itu ke ruang makan. Sudah ada beberapa hidangan yang tersedia. Namun, sampai sekarang sayur goreng yang mudah digoreng masih belum dihidangkan. Semuanya kerana Ji Hoon sudah mula gelabah!

         Alamak!

         Pantas larian Ji Hoon menuju ke dapur. Dia menjenguk kuali di atas dapur. Kuat dia menepuk dahinya.

         Ada kesan hangus pada sayur goreng yang masih berada dalam kuali itu.

         “ Hangus? Macam mana ni?” tanya Ji Hoon sendirian. Bunyi pintu dibuka menarik perhatiannya. Ji Hoon tergamam. Kedengaran suara di ruang tamu, semakin lama semakin menghampiri, semakin menghampiri dan...

         Ji Hoon tersengih.

         Jelas kelihatan di wajah Eun Hee betapa terkejutnya gadis itu. Ryu Min yang berada di belakang Ji Hoon turut terlopong. Masing-masing terkejut dengan keadaan dapur yang sentiasa bersih berubah menjadi kotor secara tiba-tiba!

         “ Err… abang…”

         Ji Hoon betul-betul tidak tahu apa yang patut dikatakan. Ryu Min meluru ke hadapan. Dia berdiri bercekak pinggang betul-betul di hadapan Ji Hoon. Wajah gadis kecil itu masam.

         “ Abang, abang kata abang pandai masak? Tengok! Dah hangus makanan tu, dapur pun kotor! Rosaklah rancangan macam ni!” marah Ryu Min. Ji Hoon masih tersengih-sengih. Dia melihat pada Eun Hee yang masih kaku di tempatnya.

         “ Err… Eun Hee, selamat hari lahir,” ucap Ji Hoon. Rasanya itu sahaja yang mampu dikatakan sekarang ini.

         Eun Hee tergamam. Hari lahir... aku?

         Ryu Min kembali ke sisi Eun Hee. Lengan gadis itu dipegang. Ryu Min masih menunjukkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Ji Hoon. Ji Hoon masih berdiri di tempatnya.

         Ryu Min menarik Eun Hee mendekatinya. Perlahan sahaja suara Ryu Min ketika berbisik kepada Eun Hee. Tidak lama kemudian, Eun Hee mula tersenyum simpul.

         “ Dahlah, jom kita makan. Kalau nak tunggu Abang Ji Hoon masak lagi, boleh mati kebuluran Ryu Min. Jom, kak!” ajak Ryu Min. Eun Hee ditarik menuju ke ruang makan. Ji Hoon ditinggalkan termangu-mangu.

         Ji Hoon ketawa perlahan. Dia menanggalkan apron sebelum menyertai Eun Hee dan Ryu Min di dapur. Sebiji kek dibawa keluar. Kek itu dibeli di kafe Zachary. Pada mulanya dia mengajak Zachary untuk hadir sama namun lelaki itu menolak. Alasannya, dia tidak mahu menganggu Ji Hoon dan Eun Hee.

         “ Abang Ji Hoon, cepatlah!”

         “ Yalah, puan besar!” sahut Ji Hoon sambil galak ketawa. Ryu Min menjelirkan lidahnya manakala Eun Hee hanya menarik senyum nipis.



PINTU bilik dibuka. Ji Hoon tersenyum kecil. Isterinya masih belum tidur. Eun Hee sedang berdiri di beranda bilik membelakanginya. Dengan langkah perlahan dia mendekati Eun Hee.

         Eun Hee tersentak apabila merasakan dia dipeluk dari belakang. Ji Hoon sedang mengukir senyuman kepadanya. Senyuman itu dibalas. Lelaki itu merehatkan dagunya di atas kepala Eun Hee.

         “ Maaf, sambutan hari lahir yang tak sempurna tadi,” perlahan Ji Hoon bersuara. Eun Hee tersenyum kecil. Dia kembali merenung ke depan.

         Semuanya sudah dirancang. Ji Hoon yang meminta bantuan Ryu Min agar mengajak Eun Hee keluar sementara dia menyiapkan makanan. Pada asalnya Ji Hoon mahu memberi kejutan lain, namun apabila diberitahu oleh Ryu Min bahawa hari lahir Eun Hee makin dekat, dia mengubah rancangannya. Sesungguhnya Ji Hoon sudah terlupa akan hari lahir isterinya semenjak memikirkan masalahnya.

         “ Abang ada hadiah untuk Eun Hee. Tunggu sebentar,” ucap Ji Hoon. Pelukannya dilepaskan lalu dia memasuki bilik. Eun Hee hanya menurut sahaja. Sebentar kemudian, Ji Hoon kembali dengan sebuah kotak di tangan. Kotak baldu itu diserahkan kepada Eun Hee.

         “ Hadiah untuk Eun Hee,” ujarnya perlahan.

         Penutup kotak itu dibuka. Eun Hee terkedu. Dia merenung wajah suaminya. Ji Hoon mengangguk perlahan. Gelang yang berukir nama JiEun itu diambil sebelum dipakaikan ke pergelangan tangan kanan Eun Hee. JiEun, gabungan namanya dengan Ji Hoon. Mungkin kedengaran agak pelik tetapi Eun Hee gembira melihat ukiran nama itu.

         “ Abang harap kita akan kekal selamanya walau apa yang menduga. Abang benar-benar maksudkan kata-kata abang, Eun Hee,” ucap Ji Hoon. Walaupun lembut sahaja dia bersuara, namun masih kedengaran tegas. Eun Hee menelan liur. Dia melihat pada gelang platinum itu. Cantiknya...

         Ji Hoon mengeluh perlahan. Dia mengusap rambut isterinya yang panjang mengurai. Dahi isterinya dikucup lembut. Wajah naif itu ditatap sebelum dia mula bersuara.

         “ Abang tahu sejak kebelakangan ni abang dah abaikan Eun Hee. Abang benar-benar minta maaf. Sejak kes tu, makin lama Eun Hee makin terabai. Mungkin pada Eun Hee, Eun Hee tak kisah sebab Eun Hee tahu apa sebabnya tapi pada abang, ianya penting. Abang dah janji yang abang tak akan buat Eun Hee sedih lagi dan abang akan pastikan yang abang akan kotakan janji tu.”

         Eun Hee tergamam. Kata-kata itu...

         “ Maafkan abang. Abang sedar, dalam beberapa bulan kebelakangan ni, Eun Hee dah mula rasa terabai,” kata Ji Hoon lagi. Sudah banyak kali kata-kata itu diungkapkan namun dia masih tidak mampu menghalau rasa serba salah yang masih kuat bergayut di hatinya.

         Dia melihat Eun Hee menggeleng perlahan. Ji Hoon mula kebingungan.

         “ Eun Hee, abang…”

         Kata-katanya mati di situ apabila kedua-dua tangan Eun Hee pantas merangkul lehernya. Tangisan Eun Hee pecah di situ juga tanpa dapat ditahan lagi. Ji Hoon tersentak. Dia turut merangkul tubuh kecil itu. Esakan Eun Hee tambah meruntun hatinya.

         “ Maaf… Eun Hee…”



p/s: falling for JiEun couple's love~ so sweet^^

5 comments:

OkiE a.k.a WitcH said...

O.M.G!!
Hana, sy dah jatuh cinta dgn Ji Hoon!!! walaupun sy mmg dh lama jatuh cinta dgn JinKi...hehe...
Nice n3!

Bulan @ Moon said...

Alahai...romantiknya ;)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Alahai..sangat romantik ;)

Sorry, salah account tadi.Haha..

Izzy Zircon said...

Wahhhhh....
Sweetnye Ji Hoon...
Cair sy d buatnye...
Pndai la Hana wat cter romantik...
Jealous plak kt Eun Hee...
;)

Ayumiyoshida said...

sedihhhhh~~~

sweettttt jugakkk~

*wipe tears*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...