
AUNI melihat sekitar ruang legar Mid
Valley. Muka Fossil menjadi tumpuannya. 11 pagi. Hampir 15 minit dia menunggu
Najwan namun bayang bakal tunangnya itu masih lagi belum kelihatan. Orang ramai
sudah berpusu-pusu memasuki kompleks beli belah terkemuka itu.
Auni sudah tiba di sini beberapa minit selepas pukul 10
pagi lagi. Ada sesuatu yang ingin dilakukannya sebelum ketibaan Najwan dan
E-jat.
“ Nini?”
Dahi Auni berkerut. Hanya seorang
sahaja yang memanggil dengan nama itu. Tidak lain tidak bukan…
“ Sorry,
lambat. E-jat baru nak mandi masa saya nak datang,” kata Najwan yang segak
berbaju T hitam berkolar dan denim biru. Ringkas sahaja. E-jat yang berada di
sebelahnya juga ringkas berbaju T dan berdenim paras lutut. Auni hanya
tersenyum.
“ Tak apa. E-jat baru bangun tidur
ke?” tanya Auni ramah. Matanya tertumpu pada E-jat. E-jat mengangguk.
“ E-jat tidur lewat semalam. Tengok
Monsters vs Aliens,” balas E-jat yang sama ramah dengan Auni. Auni tergelak
kecil. Dia duduk mencangkung separas dengan E-jat.
“ Dah breakfast? Kalau E-jat tak breakfast
lagi, kita pergi makan dulu,” kata Auni. Pantas E-jat mendongak merenung wajah
Najwan. Najwan hanya mengangguk.
“ Boleh juga. E-jat memang tak makan
lagi. Awak dah makan?” tanya Najwan. Auni mengangguk.
“ Sekarang dah hampir masuk waktu lunch. Kita pergi makan dulu lepas tu
pergi cari barang. Mummy dah bising
kat rumah tu. Suruh selesaikan hal ni ASAP,” kata Najwan sambil tersenyum.
“ Okey, tapi nak makan kat mana? Saya
on aje,” jawab Auni.
“ KFC?”
“ Okey.”
BAJU kurung putih gading dengan renda
Perancis yang dipamer di ruang pameran butik itu menarik perhatian Auni.
Berkenan pula dia dengan rekaan ringkas baju kurung tersebut.
“ Nini?”
Pantas Auni berpaling ke belakang.
Mahu sahaja dia terlanggar Najwan yang hanya berdiri selangkah sahaja
daripadanya. Najwan sedang merenung pada baju kurung moden yang menjadi
perhatiannya tadi. Kus semangat!
Auni tarik senyum. Dia merenung pada
E-jat yang sedang memegang erat tangan Najwan di sebelah. “ Kenapa?”
“ Awak berkenan ke dengan baju tu?
Asyik betul saya tengok awak dengan baju tu,” kata Najwan. Turun naik matanya
menilai baju kurung putih gading di hadapannya. Memang cantik! Agak-agak, apa
reaksi mummy kalau tengok baju ni?
Najwan tergelak kecil.
“ Err…
entah,” jawab Auni teragak-agak. Malu pula nak mengaku yang dia suka akan baju
itu. Tapi serius dia sukakan baju itu. Menarik betul pada matanya. Rekaannya
tidak kelihatan keterlaluan. Sesuai dengan Auni yang sukakan rekaan ringkas.
“ Nini?” Najwan panggil lagi. Auni menyahut sahaja. Dia menoleh ke
belakang. Keningnya diangkat sebelah.
“ Awak dah berkenan dengan baju tu ke? Kalau tak, saya dah nak bayar ni.
Bising pula mummy kalau balik lambat,
dia pesan suruh awak minum petang kat rumah saya dulu baru boleh balik rumah
awak,” kata Najwan. Dia mengerling pada jam di tangan. Hampir menunjukkan pukul
4 petang.
Lambat-lambat Auni mengangguk. Baju kurung itu memang menarik
perhatiannya untuk dimiliki. Dia tersenyum. “ Baiklah.”
Najwan membalas senyuman gadis itu. Dia terus ke kaunter bagi
menyelesaikan urusan yang seterusnya. E-jat pula sedang berbual-bual dengan
Auni. Mesra sungguh anak kecil itu dengan Auni walaupun mereka jarang bertemu.
Rekaan untuk majlis resepsi sudah dipersetujui dan urusan yang
melibatkan kad undangan perkahwinan dan kelengkapan majlis sudah dibeli
sepenuhnya. Hanya tinggal beberapa barang yang ditempah untuk siap sahaja. Baba
pun sudah menelefon pihak pengurusan majlis untuk tambahan meja pada majlis
mereka di hotel bersama-sama pasangan Nawal-Syah kelak.
Sebenarnya Najwan mahu
mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan sahaja tetapi memandangkan baba
punya ramai kenalan dalam bidang korporat, terpaksalah baba menjemput mereka
semua sekaligus mengadakan majlis secara besar-besaran.
“ Selesai juga benda ni. Sejak hari tu lagi mummy bising suruh siapkan benda ni awal-awal, kalau tak kelam
kabut jadinya,” kata Najwan. Auni tergelak.
Penuh bonet Prius Najwan dengan
barangan yang dibeli oleh mereka. Auni menolong Najwan memasukkan kesemua
barangan itu ke dalam bonet. E-jat hanya jadi tukang pemerhati sahaja. Seronok
dia makan aiskrim yang Auni belanja.
“ So…” Najwan tenung muka
Auni. “… awak kena ikut saya balik rumah dulu. Mummy dah pesan dalam 20 kali pada saya suruh bawa awak balik lepas
shopping.”
“ Yalah,” sahut Auni. Dia melangkah ke Swift putihnya yang diparkir
selang beberapa buah kereta daripada Prius Najwan. Dia memandu mengekori kereta
Najwan dari belakang.
Lantaran tiada kesesakan jalan raya, pemanduan mereka lancar menuju ke
rumah Najwan. Mummy awal-awal lagi
sudah menunggu di halaman rumah. Terus sahaja mummy menerpa ke arah hadapan rumah sebaik sahaja kedua-dua kereta
memasuki halaman.
“ Assalamulaikum, Auntie
Sofi,” sapa Auni. Tangan wanita itu disalami perlahan.
“ Kenapa panggil macam tu? Mulai sekarang Auni kena panggil mummy, tak lama lagi kamu dah jadi menantu
mummy, kan?” sungut mummy. Najwan yang mendengar kata-kata mummynya tersengih.
“ Mummy ni, nampak gaya kalau
Naj ajak Nini nikah malam ni jugak, mummy yang sokong seratus peratus,” usik
Najwan. Dia mendukung E-jat yang hanya ketawa. Mummy mencebik.
“ Bukan malam ni, kalau boleh petang ni jugak! Kamu tu dah bujang terlajak, Naj oiii!!!” sindir mummy.
Auni terpinga-pinga. Akhirnya dia tersenyum malu.
Mummy masuk ke dalam rumah
disusuli Auni, Naj dan E-jat. Barangan yang dibeli mereka masih selamat dalam
bonet kereta Najwan. Mummy merenung
pada muka jam di dinding.
“ Sekarang ni dah Asar. Baiklah kalau kamu berdua solat dulu, lepas tu
turun ke laman, minum petang bersama, boleh?” kata mummy. Najwan dan Auni hanya mengangguk. Sesudah itu, mereka berdua
ditinggalkan mummy di ruang tamu.
E-jat dibawa bersama naik ke tingkat atas.
“ Mari, saya bawa awak ke bilik tetamu. Dalam tu ada kain sembahyang,
boleh awak guna. Mummy biasanya solat
dalam bilik dia. Nak ajak awak ke bilik solat, takut tak ada privasi untuk awak
pula kalau awak nak tanggalkan tudung,” ajak Najwan. Auni menurut sahaja.
Ternyata keluarga Najwan prihatin akan suruhan agama yang wajib itu.
Najwan dan Auni sama-sama menapak ke tingkat atas. Pintu sebuah bilik
dibuka. Auni menjenguk ke dalam. Memang sesuai untuk dijadikan sebagai bilik
tetamu, susunan perabot juga kemas. Memudahkan tetamu yang akan bermalam di
rumah ini.
“ Awak solatlah dulu, saya nak ke bilik saya,” kata Najwan.
“ Okey.”
Sesudah Najwan melangkah pergi, terus Auni mengunci pintu bilik itu.
Bahaya kalau sesiapa masuk masa dia menanggalkan tudung di kepala. Hujung
seluar jean yang dipakainya dilipat hingga paras betis. Auni masuk ke dalam
bilik air. Pili air dibuka.
“ Bismillah…”
AUNI tarik pintu bilik tetamu itu perlahan. Dia menjenguk ke luar.
Matanya tertumpu pada ruang menonton di luar bilik. Satu set sofa tersedia di
situ berserta dengan sebuah TV plasma dan pemain DVD. Dia melangkah keluar.
“ Awak tentu Kak Long, kan?”
Huh?
Pantas Auni menoleh ke belakang. Seorang gadis yang kelihatan sebaya
dengan dia sedang tersenyum kepadanya. Auni tarik senyum teragak-agak.
“ Ops! Maaf, saya Nawal, adik
Najwan,” ucap gadis itu.
La… adik Naj rupanya…
Nawal mendekati Auni yang masih tercegat di situ. Tangan gadis itu disalami.
“ Patutlah Along angau, cantik betul Kak Long,” kata Nawal. Ternyata
gadis itu mudah ramah dengan orang yang baru dikenalinya. Auni tersengih.
“ Errr… Nawal baru balik ke?”
tanya Auni. Tudung masih melekat pada kepala gadis itu. Nawal mengangguk.
Senyuman tidak lekang daripada bibirnya.
“ Baru balik jumpa tunang,” jawab Nawal ramah.
“ Oh…”
Auni memerhati ke sekeliling. Matanya tertumpu pada deretan kotak-kotak
DVD. Dahinya berkerut apabila tajuk-tajuk DVD itu seperti pernah dilihatnya.
Dia melihat Nawal kembali.
“ Nawal minat drama Korea juga ke? Banyak DVD drama Korea Kak Long
tengok kat sana. Kak Long pun minat dengan drama Korea ni,” tanya Auni. Agak
kekok apabila membahasakan dirinya sebagai Kak Long kepada gadis di hadapannya
itu. Nawal hanya menggeleng.
“ Bukan Nawal punya. Nawal tumpang pinjam dan tengok aje,” jawab Nawal
sambil tersengih. Dahi Auni makin berkerut.
“ Bukan? Habis tu milik siapa?” Naj ada adik perempuan lain ke? Ke mummy yang tengok semua ni?
“ Semua tu Along punya.”
Erk?
AUNI membuka pintu Swift putihnya sebelum perhatian dia terarah pada
Najwan yang turut membuka pintu keretanya. Keningnya bercantum. Dia ni nak ke
mana pula tu?
“ Awak nak ke mana?” tegur Auni. Najwan yang baru sahaja masuk ke dalam
keretanya, keluar kembali. Lelaki itu mengukir senyuman.
“ Escort awak baliklah, apa
lagi? Saya nak hantar awak balik dengan kereta saya, takkan nak tinggal macam
tu aje kereta kesayangan awak tu? Saya cuma boleh pandu belakang kereta awak
ajelah,” jawab Najwan. Auni menggeleng.
“ Tak payahlah, bukannya saya
tak biasa pandu sorang-sorang macam
ni,” bantah Auni. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu namun Najwan hanya
tersenyum.
“ Awak dengar apa yang saya kata, kan? Dah, naik kereta. Karang lambat
sampai pulak,” kata Najwan. Tanpa mempedulikan Auni yang masih mahu membantah,
dia terus masuk ke dalam keretanya. Auni mencebik. Tanpa sebarang pilihan, dia
masuk sahaja ke dalam Swiftnya.
Swift dipandu keluar dari halaman rumah Najwan. Prius Najwan mengekori
dari belakang. Sesekali mata Auni melirik pada cermin sisi keretanya, melihat
pada Prius di belakang.
Auni menghela nafas. Kenapalah si Najwan tu rajin sangat nak escort aku sampai ke rumah?
Nada dering Pelengkap Hidupku yang sudah bertukar daripada Everyday I
Love You kedengaran daripada Corbynya. Auni mengerling sekilas pada skrin
Corby. Najwan. Segera dia menjawab panggilan menggunakan handsfree.
“ Assalamualaikum,” sapanya perlahan. Auni mengerling sekilas pada Prius
di belakang sebelum melihat kembali pada cermin sisi keretanya. Jelas pada
cermin sisi keretanya Najwan sedang tersenyum meleret walaupun kedudukan mereka
agak jauh.
Salamnya berbalas. “ Awak baik-baik aje, kan?”
“ Kenapa awak tanya macam tu?” Auni tersengih. Kadang-kadang dia tidak
dapat menduga tindakan Najwan. Dalam perlakuan biasa lelaki itu, terselit
sesuatu yang boleh mengejutkan Auni.
Tawa Najwan menyapa pendengarannya. “ Bukan senang saya nak jadi
pengiring terhormat, tahu tak? Awak patut rasa bangga sebab ada seorang lelaki
yang kacak sedang escort awak pulang
ni.”
Auni turut tergelak. “ Perasan!”
Najwan masih lagi tertawa. Terhibur hatinya dengan kata-kata Auni. Dia
senyum sendirian. Matanya masih tertumpu pada Swift putih yang meluncur laju di
hadapannya.
“ Nini…” seru Najwan. Dia senyum lagi.
“ Ya?” jawab Auni mendayu-dayu. Sengaja dia berbuat demikian. Dia
tertawa kecil. Kepalanya digeleng perlahan.
“ Matikan radio awak tu. Saya nak nyanyikan lagu untuk awak, boleh?”
pinta Najwan mengharap. Auni tersenyum manis. Dia mengangguk perlahan.
“ Yalah,” balasnya. Radio dimatikan. Agak-agak, suara Naj best macam suara Jae Joong ke? He he…
Najwan menarik nafas. Suaranya dilontar keluar.
Uhn jeh yuht duhn guhn jee gee uhk nah jeen ah nah
Jah kkoon nae muh ree gah nuh roh uh jee ruhp duhn shee jahk
Hahn doo buhn ssheek dduh oh reu duhn saeng gahk
Jah kkoo neul uh gah suh joh geum dang hwang seu ruh oon ee mah eum
Jah kkoon nae muh ree gah nuh roh uh jee ruhp duhn shee jahk
Hahn doo buhn ssheek dduh oh reu duhn saeng gahk
Jah kkoo neul uh gah suh joh geum dang hwang seu ruh oon ee mah eum
Byuhl eel ee ah neel soo eet dah goh
Sah soh hahn mah eum ee rah goh
Nae gah neh geh jah koo (neh geh jah koo)
Mahl eul hah neun geh uh saek hahn guhl
Sah soh hahn mah eum ee rah goh
Nae gah neh geh jah koo (neh geh jah koo)
Mahl eul hah neun geh uh saek hahn guhl
(I don't know when it all started)
(When my head became dizzy with thoughts of you)
(These thoughts would often pop up in my mind)
(I feel anxious as my heart expands towards you)
(It's nothing.. it's just a little thing)
(Your words are awkward to me)
(When my head became dizzy with thoughts of you)
(These thoughts would often pop up in my mind)
(I feel anxious as my heart expands towards you)
(It's nothing.. it's just a little thing)
(Your words are awkward to me)
Auni tergelak perlahan. Dia cam benar akan lagu yang sedang dinyanyikan
oleh Najwan itu. Memang sah Najwan hantu drama Korea! Kalau tidak, macam mana
lelaki itu boleh hafal lagu yang sedang dinyanyikannya itu. Howl featuring J, Perharps Love. Lagu drama
Princess Hours, hatinya berbisik.
Najwan masih lagi menyanyi. Dia langsung tidak menghiraukan Auni yang
sedang ketawa.
Sarang een gah yo geu dae nah wah gaht dah myuhn shee jahk een gah yo
Mahm ee jah koo geu dael sarang hahn dae yo
Ohn seh sang ee deud doh rohk soh ree chee neh yo
Wae ee jeh yah deul lee jyoh~ OOH~
Suh rohl mahn nah gee wee hae ee jeh yah sarang chah jaht dah goh
(Is it love? If you feel the same way, is it a beginning?)
(My heart keeps saying it loves you)
(It screams out for the whole world to hear)
(Why has it taken so long for me to hear it~?)
(We've finally met.. finally found love)
(My heart keeps saying it loves you)
(It screams out for the whole world to hear)
(Why has it taken so long for me to hear it~?)
(We've finally met.. finally found love)
Najwan menghabiskan lagu itu dengan bersenandung. Auni ketawa lagi.
“ Kenapa nyanyi sekerat aje? Sambunglah lagi,” ucap Auni tidak puas
hati. Najwan hanya menyanyikan lagu itu tidak sampai separuh pun! Apatah lagi
lagu itu merupakan antara lagu kegemarannya. Dia sukakan terjemahan lagu itu,
begitu menyentuh hatinya.
Najwan ketawa. Dia menggeleng lagi. “ Tak bolehlah, sayang. Dah lupa.
Ingat setakat tu aje. Kena tengok balik Princess Hours tu baru ingat.”
Pipi Auni mula terasa panas. Panggilan ‘sayang’ yang diungkapkan oleh
Najwan tadi membuatkan dia tersipu-sipu.
“ Awak memang hantu drama Korea, ya? Saya tengok banyak betul DVD drama
dan filem Korea awak. Saya sangkakan semua tu Nawal punya, tak sangka awak
punya sebenarnya,” ucap Auni, cuba menghalau rasa malunya.
“ Saya memang minat semua tu. Kenapa? Awak minat jugak?” tanya Najwan. Prius membelok ke kanan, mengekori Swift di
hadapan. Mereka sudah memasuki jalan untuk ke rumah Auni.
Auni mengangguk gembira. “ Ya. Suka sangat dengan drama dan filem tu.”
Najwan tersengih. Tidak sangka gadis itu mempunyai minat yang sama
dengannya. Menemui perempuan yang meminati drama atau filem dari negara itu
memang mudah, namun menemui lelaki yang meminati perkara seumpama itu memang
sukar. Dan kadang kala Najwan akan ketawa sendirian apabila mengingatkan
dirinya merupakan antara spesies lelaki yang sukar untuk ditemui itu.
Swift Auni dipandu memasuki perkarangan rumahnya manakala Najwan hanya
memarkirkan keretanya di luar pagar rumah. Najwan tidak berniat untuk singgah
lama-lama di rumah Auni memandangkan hari sudah lewat petang. Dia keluar
daripada keretanya, mengatur langkah mendapatkan Auni yang baru sahaja keluar
daripada keretanya.
“ Ummi dan walid awak tak ada ke?” tanya Najwan apabila melihat ruang
hadapan kereta itu kosong tanpa sebarang kenderaan. Auni menjongket bahu.
“ Entah. Tapi pintu pagar terbuka. Rasanya walid tak balik lagi dari office dia, ummi mungkin ke rumah
jiran,” jawab Auni. Najwan mengangguk sahaja. Tangannya diseluk ke dalam poket.
Dompetnya dikeluarkan. Sesuatu diambil dari dalam dompet itu.
“ Nah.”
Auni kebingungan namun dia tetap menadah tangannya. Apa pula ni?
“ Kan saya dah janji saya akan beri setiap kali saya jumpa awak?” kata
Najwan sambil mengenyit mata. Auni mengangguk. Matanya melekat pada klip kertas
yang sudah diubah menjadi bentuk hati berwarna putih. Dia tertawa kecil.
“ Terima kasih,” ucapnya perlahan. Najwan sengih sahaja.
“ Tak apalah, saya balik dulu. Awak pun dah selamat sampai ke rumah
awak,” ucap Najwan. Matanya singgah pada wajah gadis yang manis bertudung itu.
Auni tersenyum. Namun cepat benar riak wajahnya berubah.
“
Kejap, Naj. Sekejap, hampir lupa pula saya,” ucap Auni. Tergesa-gesa dia masuk
kembali ke dalam Swift putihnya. Dia mengeluarkan sesuatu daripada tempat
simpanan di bahagian hadapan kereta.
“
Untuk awak,” kata Auni perlahan, agak malu-malu.
Sebuah
beg plastik berwarna hitam diserahkan kepada Najwan. Najwan menyambut huluran
itu dengan senyuman. Matanya merenung pada wajah kemerahan Auni.
“
Untuk saya? Thanks.” Najwan senyum
ikhlas.
Sehelai
kemeja T berwarna hijau gelap dikeluarkan daripada beg plastik itu. Tampak
segak dan ringkas dengan kolar yang berwarna hijau terang dengan sedikit rekaan
pada lengan di bahagian kanan.
“
Balik rumah nanti saya cuba tau. Thanks
Nini,” ucap Najwan berulang kali. Hatinya melonjak gembira.
Pertama
kali mendapat hadiah daripada bakal tunang, siapa yang tidak gembira kan?
“ Err… okey. Saya tak tahu
padan tak dengan awak. So… errr… thanks sebab sudi hantarkan saya pulang
sampai sini,” ucap Auni. Kemeja T itulah yang dibelinya sebaik sahaja dia tiba
di Mid Valley Megamall pagi tadi.
“ Anything for you, my lady.
Thanks again. Assalamualaikum,” kata Najwan. Matanya melirik seketika pada
Auni sebelum dia melangkah ke Prius yang tersadai di luar pagar. Auni mengekori
lelaki itu dari belakang.
“ Kirim salam pada ummi dan walid, ya?” pesan Najwan. Dia masuk ke dalam
keretanya. Auni mencebik.
“ Sejak bila mereka jadi ummi dan walid awak?” tanya Auni. Najwan
tergelak.
“ Sejak awak ditakdirkan jadi isteri saya,” jawab Najwan selamba. Auni
ketawa.
Dia memerhati sahaja Prius hitam itu menghilang daripada pandangannya.
Sebaik sahaja bayang kereta itu tiada, dia terus masuk ke dalam rumah. Auni
berlari naik ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam biliknya, dia terus menerpa
pada laci meja kerjanya. Diari putih miliknya dibawa keluar. Tergesa-gesa dia
membuka lipatan sehelai A4 yang disimpan di dalam diari. Matanya turun naik
melihat pada kandungan kertas itu.
Auni’s Guide Line When Looking For
A Husband ;)
- Boleh jadi imam solat and pandai baca Al-Quran
- Hormat orang tua (tak nak ada masalah dengan
mentua pula nanti)
- Kena ada kerja tetap, tak kisahlah kerja apa asal
halal
- Sopan dan ramah dengan orang lain, tak kisahlah
dengan siapa pun
- Kenalah romantik. PENTING! (sebab ketagih tengok
drama Korea yang romantiklah ni…)
- Minat drama Korea macam aku (senang ke nak cari?)
- Suka dengan budak-budak
- Aku boleh buli dia time aku nak J
Kenapa aku rasa dari first point sampailah point akhir ada pada Naj???
Auni garu kepala yang tidak gatal.
Dia bergolek di atas katil. Bila difikir-fikirkan kembali, semua ciri yang dia
mahukan dalam mencari suami ada pada Najwan. Semua ni kebetulan ke atau memang
takdir untuk dia?
Pada mulanya dia merasakan bahawa ini semua hanyalah
kebetulan tetapi selepas meneliti satu persatu sikap Najwan, dia merasakan ini
bukannya kebetulan. Najwan memang mempunyai kesemua ciri lelaki idaman Auni.
Auni cukup bersyukur dengan apa yang dia temui dalam diri Najwan. Dia langsung tidak
menyangka semua ciri lelaki idamannya ada pada Najwan.
Auni bingkas melompat daripada
katilnya. Dia berdiri bercekak pinggang di hadapan meja solek. Matanya
tertancap pada pantulan imejnya pada permukaan cermin.
“ Betul ke semua ni, atau kebetulan
aje?” Auni merungut perlahan. Dirinya masih lagi memikirkan perkara itu
walaupun dia punya keyakinan bahawa ini semua bukannya kebetulan. Dia
merebahkan badannya kembali di atas katil. Apa yang dicoretkan pada kertas itu
dibaca berulang kali. Akhirnya dia tersenyum juga.
2 comments:
sambng lagiiii... Best
Kak Hana ! Dah habis baca sampai sini. Malam ni malas giler nak study. hehe. baca novel ni je. hehehe