Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Friday, January 27, 2012

Stop! Stop! Nak tanya?

Assalamualaikum,


Untuk korang yang dah pernah baca Bab 1 Topi Putih, Apron Putih tu, Hana ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sekarang ni, Hana nak buat satu private blog untuk e-novel terbaru Hana. Sebab selain daripada TPAP tu, ada satu lagi projek baru Hana. Kiranya Hana akan pilih antara dua e-novel nilah. Tapi, nampak gayanya projek kedua tu lebih menarik hati sebab dah siap hingga Bab 6 dah, TPAP still tersangkut kat Bab 2 lagi.

Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak join private blog tu, sila tinggalkan e-mel anda dan Hana akan jemput. Itu pun kalau korang berminat. Hana tak paksa :)

Terima kasih.

Sunday, January 15, 2012

Endless Love 34

“ KAU apa cerita?”

          Ji Hoon hanya tersengih. Dia menggoyangkan bahunya. Pantas bantal kecil yang menjadi sandaran di belakang Da Wei dilemparkan kepada Ji Hoon. Cepat Ji Hoon mengelak. Dia ketawa mengekeh.

          “ Aku mungkin tak akan cedera teruk kalau kau berhenti lempar bantal pada aku,” kata Ji Hoon bersahaja. Da Wei mencebik. Satu lagi bantal dilemparkan kepada Ji Hoon. Kali ini bantal itu jatuh ke riba Ji Hoon pula.

          “ Aku rasa kata-kata kau tu sesuai kalau berat bantal-bantal ni sama berat dengan bongkah batu hiasan kat luar tu.”


          Ji Hoon ketawa lagi. Dia menggelengkan kepalanya lucu. Da Wei datang mengejut ke rumahnya. Kata Da Wei, dia mahu menjenguk Ji Hoon setelah sekian lama tidak bertemu. Pada asalnya Da Wei terkejut apabila melihat balutan di kepala Ji Hoon, setelah Ji Hoon menerangkan apa yang telah terjadi kepadanya, barulah dia mengerti. Kepada Da Wei, Ji Hoon khabarkan dia kemalangan ketika dalam perjalanan ke bandar. Langsung tidak diberitahu akan cubaan membunuhnya seperti mana yang dia dan Zachary fikirkan. Dia tidak mahu Da Wei cemas sekaligus melibatkan ahli keluarganya di Seoul.

          “ Bila kau boleh buka balutan tu?” tanya Da Wei.

          “ Dua tiga hari lagi. Doktor kata aku bernasib baik sebab kepala aku cedera ringan. Kalau tak, lama lagilah benda alah ni melekat kat kepala aku,” ujar Ji Hoon cuba berseloroh. Da Wei hanya menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja sepupunya ini.

          “ Jadi, macam mana dengan resort? Semua berjalan dengan lancar?” Ji Hoon mula menyoal sekaligus menamatkan gurauan mereka. Da Wei mengangguk sekilas. Dia menyandar pada sofa. Sejenak, Eun Hee muncul dengan dulang di tangan dari arah dapur. Mata Ji Hoon beralih pada isterinya.

          Eun Hee mengangguk sedikit, memahami isyarat mata suaminya itu. Minuman dan sepiring kek disajikan di hadapan Ji Hoon dan Da Wei sebelum dia melabuhkan duduk di sisi suaminya. Dulang diletakkan di atas meja kopi.

          “ Kau ni, sejak ada isteri tak boleh berenggang langsung!” cemuh Da Wei. Ji Hoon ketawa lagi.

          “ Cakaplah yang kau dengki. Mak ayah suruh kahwin awal tak nak! Lepas tu mulalah dengki dengan aku,” ejek Ji Hoon.

          “ Siapalah yang nakkan aku ni?” Da Wei buat muka sedih. Tergelak Ji Hoon melihatkan wajah monyok sepupunya itu. Bantal yang dilempar Da Wei tadi kepadanya dilempar kembali kepada sepupunya. Lemparannya mengenai tepat di muka Da Wei sebelum jatuh ke riba.

          “ Kalaulah betul tak ada orang nakkan kau, kau mintalah Mak Cik Hye Ja carikan satu untuk kau. Senang cerita.” Ji Hoon menekup mulut, menahan tawanya. Da Wei tersengih sebelum mencebik kembali.

          “ Kalau kau nak tengok aku kahwin dengan orang yang entah apa-apa, kau beritahulah mak aku,” balas Da Wei geram.

          “ Yalah, yalah. Salah kau juga, mak kau dah lama bising suruh kau kahwin tapi kamu buat tak tahu. Sekarang siapa susah? Kau juga.” Dalam keadaan kepalanya yang masih berbalut, sempat lagi Ji Hoon membebel. Eun Hee hanya tersenyum sahaja mendengarkan bebelan suaminya itu. Sekali lagi Da Wei menarik muka.

          “ Aku tengah sakit kepala ni boleh kau nak membebel pula? Harap saja sepupu, minta tolong pun tak boleh?” balas Da Wei lagi. Bibirnya diketapkan.

          Ji Hoon tersengih lagi. Lucu melihat muka Da Wei yang sudah merah padam itu.

          “ Nanti aku pertimbangkan nak tolong kau atau tak,” balas Ji Hoon selamba.

          Da Wei hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia terus menukar topik perbualan kerana tidak mahu terus menerus dikenakan oleh Ji Hoon. Mereka kembali berbual hal syarikat. Hampir setengah jam berlalu sehinggalah Da Wei mula merenung jam tangannya.

          “ Dah lama aku kat sini. Aku balik dululah,” ujar Da Wei seraya bangun. Ji Hoon dan Eun Hee turut bangun daripada duduknya.

          “ Yalah, hati-hati memandu tu,” pesan Ji Hoon. Mereka bertiga menapak ke halaman luar rumah. Da Wei tersengih. Pintu Subaru Impreza hitam metaliknya dibuka.

          “ Yalah,” sahut Da Wei malas.

          Baru sahaja Da Wei masuk ke dalam perut keretanya sebelum dia diterpa oleh Ji Hoon. Berkerut wajahnya melihatkan muka Ji Hoon yang sudah berkerut-kerut memandangnya.

          “ Kenapa dengan kau?” tanyanya hairan.

          “ Kau ada beritahu mak aku tak pasal aku cedera ni?” tanya Ji Hoon cemas tanpa menghiraukan soalan Da Wei.

          Teragak-agak Da Wei mengangguk. “ Aku hantar mesej pada Mak Cik Da Hae masa kau ke dapur tadi. Tapi, dia tak balas apa-apa lagi. Kenapa?”

          Pantas Ji Hoon menepuk dahi sebelum sesaat kemudian dia mula menggosok kepalanya yang mula terasa sakit. Dia mula mengaduh kesakitan. Dah tahu kecederaan kat kepala belum sembuh, main tepuk dahi pula? Muka Da Wei masih berkerut-kerut.

          “ Kenapa kau beritahu mak aku? Aduh...” rungut Ji Hoon yang masih menggosok kepalanya. Kening Da Wei bercantum tiba-tiba.

          “ Apasal?” Da Wei menyoal kembali.

          “ Aku memang sengaja tak nak beritahu mak aku! Kecoh dia lepas ni! Aku...”

          Ji Hoon terkaku di situ. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, terus ke dalam rumah. Jelas kedengaran di telinganya bunyi deringan telefon bimbitnya. Muka dia berubah pucat. Da Wei masih terkebil-kebil tidak mengerti. Eun Hee mula tersenyum cemas. Geli hati dan rasa kasihan pada suaminya bercampur baur. Dia faham benar apa yang sedang bermain di fikiran suaminya saat ini.

          “ Alamak...”

          Deringan telefon bimbit masih kedengaran lagi di telinganya. Perlahan-lahan Ji Hoon menelan liur. Bersedia untuk mendengar ceramah percuma daripada ibunya sebentar sahaja lagi. Da Wei mula senyum mengerti. Muka Ji Hoon berubah kelat.


HABIS berkeronyok akhbar Hanse Daily di tangan Presiden Park lantaran menahan geram terhadap anak tunggalnya itu. Pak Cik Nam Gil yang berdiri tidak berjauhan daripada Presiden Park pula kelihatan cemas. Kedengaran Presiden Park merengus lagi. Wanita berkaliber itu menoleh merenung tajam kepada Pak Cik Nam Gil.

          “ Pak cik tahu kan yang Ji Hoon dilanggar kereta?” tanya Presiden Park. Nadanya agak keras berbanding kebiasaannya. Menunduk Pak Cik Nam Gil mendengarkan pertanyaan itu. Sudah jelas bahawa berita Ji Hoon dilanggar lari ketika di Pulau Jeju sudah sampai ke telinga Presiden Park, yang merupakan orang terakhir dan paling dielakkan untuk menyampaikan berita itu.

          “ Pak cik?”

          Teragak-agak Pak Cik Nam Gil mengangguk. Kedua-dua tangannya yang ditautkan bersama yang diletakkan bawah paras perut mula berpeluh. Presiden Park menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh berat.

          “ Kenapa pak cik tak beritahu saya? Saya ibunya. Macam mana kalau ada apa-apa yang lebih buruk terjadi pada Ji Hoon? Hanya Ji Hoon satu-satunya waris yang saya ada, anak tunggal saya,” Presiden Park bersuara keras. Pak Cik Nam Gil kian menunduk.

          “ Maaf, puan. Tapi, tuan muda yang larang saya beritahu puan akan hal ni,” jelas Pak Cik Nam Gil tenang walau dia sudah kecut perut. Dia mencuba sedaya upaya agar nada suaranya kedengaran biasa sahaja. Namun suaranya masih kedengaran getir tatkala bersuara.

          “ Saya patut dah syak ada yang tak kena. Dah berhari-hari dia tak telefon saya. Kalau Da Wei tak beritahu yang Ji Hoon kemalangan, rasanya sampai tahun depan pun saya tak tahu pasal hal ni,” bebel Presiden Park. Pak Cik Nam Gil mengangguk perlahan. Aduh...

          “ Kalau ada apa-apa jadi pada Ji Hoon, saya yang kena bertanggungjawab! Sudahlah sekarang ni kecoh padal dia menggelapkan wang syarikat, sekarang ni dia kemalangan pula! Macam mana kalau ahli lembaga pengarah fikir Ji Hoon kemalangan disebabkan ada orang berdendam dengan dia? Saya tak sanggup nak fikir apa yang patut saya beritahu mereka nanti!”

          Pak Cik Nam Gil hanya membatukan diri. Tidak berniat untuk menyampuk apatah lagi untuk memberi nasihat seperti kebiasaannya. Pak Cik Nam Gil memutuskan bahawa lebih baik jika dia tidak menyuarakan pendapatnya. Apatah lagi dalam keadaan Presiden Park yang sedang membersut marah kepada anak tunggalnya itu. Gara-gara tidak memaklumkan kepadanya mengenai kemalangan yang menimpa Ji Hoon, wanita itu hampir sahaja mahu terbang ke Pulau Jeju bagi mendapatkan Ji Hoon. Nasib baik sahaja Pak Cik Nam Gil dapat menghalang tindakan wanita itu. Jika tidak, terpaksalah Ji Hoon menadah telinga mendengar bebelan ibunya sebaik sahaja wanita itu tiba di Pulau Jeju kelak.

          Presiden Park mengetap bibir. Geram apabila teringatkan perbualan antara dia dengan Ji Hoon tadi. Terkejut dia apabila membaca mesej yang dihantar oleh Da Wei semasa dia bermesyuarat tadi. Dia perasan akan kehadiran mesej itu tetapi dia tidak menghiraukannya lantaran dia sedang bermesyuarat. Mesej itu hanya dibuka selepas dia selesai bermesyuarat. Terus sahaja dia menelefon Ji Hoon bagi mendapatkan kepastian berita yang dihantar Da Wei itu. Di situ juga Presiden Park menghamburkan kemarahannya.

          Pada mulanya Ji Hoon menceritakan bahawa dia kemalangan tatkala mahu ke bandar, cerita yang sama yang dia ceritakan kepada Da Wei. Namun ibunya dapat menghidu bahawa apa yang disampaikan olehnya bohong belaka. Akhirnya, setelah didesak berkali-kali, barulah dia menceritakan hal yang sebenarnya.

             Tetapi bukan itu yang paling Presiden Park marahkan. Apa yang dia ingin marahkan hanyalah sikap Ji Hoon yang menganggap seperti tiada apa yang serius berlaku. Anaknya sekadar beranggapan seperti dia hanyalah dilanggar oleh sebuah kereta mainan kanak-kanak. Apa yang dibualkan bersama Ji Hoon tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya.


          “ Kamu tak tahu apa yang kamu cakapkan ni! Perkara ni bahaya, tahu tak? Melibatkan nyawa kamu!” deram Presiden Park apabila mendengar jawapan anaknya. Tidak senang hati dengan sikap ambil mudah Ji Hoon akan perkara ini.

          “ Mak...” jawab Ji Hoon penuh sabar. “... kan saya dah cakap, tak ada apa-apalah. Saya cedera ringan, bukannya sampai tahap koma.”

          “ Itulah kamu! Bila mak cakap sikit, mulalah kamu nak bantah! Macam mana kalau kamu cedera teruk? Mak juga yang risau! Bila mak suruh kamu balik ke Seoul, macam-macam alasan kamu beri sebab nak mengelak,” gerutu Presiden Park. Dijeling tajam potret yang memaparkan gambarnya bersama-sama mendiang suaminya dengan Ji Hoon di dinding pejabat. Kalaulah Ji Hoon ada di hadapannya kini, mahu sahaja dicubit-cubit anak lelakinya itu. Yalah, ibu mana tak risau kalau anak cedera sebab kemalangan?

          “ Eun Hee ada, dia boleh jaga saya. Lagipun, saya bukan budak kecil lagilah mak. Jangan risau, tahulah saya jaga diri,” jawab Ji Hoon perlahan. Boleh sabar lagi dia melayan kerenah ibunya yang tersayang.

          Berkerut-kerut dahi Presiden Park mendengarkan jawapan anaknya.

          “ Pada kamu, kamu memang bukan budak kecil lagi! Tapi pada mak, kamu tetap Ji Hoon yang berumur lima tahun, yang baru kenal dunia!”

          Kedengaran Ji Hoon mengeluh perlahan. Itu sahajalah modal yang diberikan oleh ibunya. Haru betul.

          “ Yalah, mak. Saya selamanya Ji Hoon kecil pada mak, kan?”

          “ Tahu pun. Kamu dengar sini, kalau apa-apa jadi pada kamu, mak tak akan teragak-agak untuk ke sana dan paksa kamu balik, faham? Kecuali kamu dapat yakinkan mak yang semuanya baik-baik saja,” tegas Presiden Park memberi amaran.

          “ Yalah, mak...” jawab Ji Hoon dengan suara yang mendayu-dayu. Langsung kedengaran tidak risau akan amaran keras ibunya.


          Itulah yang digeramkan oleh Presiden Park. Ji Hoon menganggap semuanya tiada apa-apa. Anaknya hanya mengibaratkan kemalangan yang dilaluinya itu seperti dilanggar kereta mainan kanak-kanak lima tahun sahaja.

          Pak Cik Nam Gil yang memerhati Presiden Park yang sudah mematahkan pensil di tangannya hanya mampu mengeluh perlahan. Lelaki tua itu menggelengkan lagi kepalanya.


JI HOON merebahkan diri di atas katil empuk di dalam biliknya. Telefon bimbitnya yang tergeletak di atas meja kecil di sebelah katil dipandang sepi. Baru setengah jam sahaja berlalu selepas perbualan antara dia dengan ibunya berlangsung.

          Ji Hoon tahu ibunya bimbang akan dirinya, itu perkara biasa yang akan dirasai oleh semua wanita yang bergelar ibu jika anak mereka ditimpa kesusahan, dan juga sebagai tanda ibunya menyayangi dia. Tetapi jika perkara ini merisaukan ibunya sehingga tahap seperti ini, dia lebih rela dilanggar lari sekali lagi tanpa pengetahuan orang tuanya itu.

          Dia mengeluh berat. Dua perkara yang benar-benar merisaukan dan menjadi tumpuannya buat masa sekarang. Adakah dia akan menjadi sasaran pembunuh dalam yang masa yang berdekatan dan keselamatan Eun Hee.

          Ji Hoon masih tidak dapat melupakan bagaimana raut wajah Eun Hee selepas pulang dari pasar beberapa hari yang lalu, hari sebelum dia ditimpa kemalangan. Dia yakin, daripada ekpresi wajah itu yang tergesa-gesa masuk ke dalam rumah, ditambah pula dengan peristiwa di mana Eun Hee ternampak kelibat lelaki yang mencurigakan yang berpakaian serba hitam di halaman belakang rumah Pak Cik Dam Shik beberapa bulan yang lalu, Ji Hoon berani mengatakan bahawa bahawa ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu perkara yang melibatkan nyawa Eun Hee.

          Terasa seperti ditampar dengan tangan halimunan, mata Ji Hoon terbeliak secara tiba-tiba. Bulat matanya merenung siling sebelum pantas dia menggeleng kembali. Dia berharap dia tidak harus memikirkan sejauh itu. Eun Hee tidak akan apa-apa, isterinya akan baik-baik sahaja. Bengang kerana membiarkan dirinya memikirkan sejauh itu, Ji Hoon bingkas bangun dan menapak ke arah balkoni biliknya.

          Dia menunduk ke bawah, tepat di saat Eun Hee bangun daripada meneliti pokok bonsai yang ditanam di halamannya. Tajam renungannya pada gadis itu sebelum perlahan-lahan bertukar menjadi lembut. Tangan Ji Hoon kuat mencengkam pagar balkoni. Dia mengetap bibir geram.

          Tak! Eun Hee tidak akan apa-apa! Gadis itu akan selamat, selamat selagi dia ada. Dan, jika ada ada bahaya yang bakal menimpa isterinya, Ji Hoon tidak akan teragak-agak untuk menjadi perisai besi isterinya, berhadapan dengan sesiapa sahaja yang ingin mencederakan Eun Hee. Mungkin... sehingga mempertaruhkan nyawanya?

          Wajah Eun Hee yang sedang tersenyum lembut di bawah ketika gadis itu meneliti kembali bonsai itu direnung lagi. Menggigil tangan Ji Hoon yang memegang dengan terlampau kuat pada pagar balkoni. Bibirnya diketap lagi.      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...