
BAU dari dapur menggamit perhatian Najwan dan Syah yang baru sahaja
pulang daripada berjoging dengan baba di sekitar kawasan rumah mereka. Masuk
sahaja ke dapur, kelihatan dua orang perempuan sedang sibuk memasak manakala
dua orang lagi sedang enak bersantai di kaunter dapur. E-jat turut serta
bersama keempat-empat mereka.
Auni
dan Nawal sedang memasak manakala mummy
sedang berbual-bual dengan Mak Bedah.
“
Amboi mummy! Mentang-mentanglah Nini
dah sah jadi isteri Naj, suka hati aje mummy
nak buli dia masak kat dapur,” kata Najwan sebaik sahaja dia memasuki dapur.
Syah mengekorinya dari belakang. Mummy
yang sedang berbual-bual dengan Mak Bedah mencebik mendengarkan kata-kata anak
sulungnya itu.
“
Nak aje mummy cabaikan mulut kamu tu.
Nini yang beria-ria nak buat breakfast
untuk hari ni, bukannya mummy yang
dera dia. Nanti kamu juga yang suka sebab dapat merasa masakan isteri kamu tu,”
balas mummy serta-merta. Tawa mereka
yang berada di dalam dapur itu serentak bergema lantaran lucu melihatkan Najwan
dan mummy.
“
Nini masak apa tu?” soal Najwan berminat. Dia mendekati isterinya yang sedang
menggoreng ayam. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memeluk isterinya itu.
Itu pun kalau dia nak merasa cubitan Auni.
“
Nasi lemak ayam berempah. Abang pergilah mandi dulu. Lepas ni Nini panggil,”
kata Auni apabila Najwan semakin mendekati dirinya. Sebenarnya dia segan dengan
ibu mentua dan orang lain yang turut berada di situ. Najwan kelihatan seperti
mahu bermanja dengannya. Auni berpura-pura membetulkan tudungnya.
Walaupun
Najwan dan baba sudah menjadi muhrimnya, namun Auni tetap perlu bertudung dan
berbaju lengan panjang sekiranya dia ingin keluar dari biliknya dan Najwan di
banglo ini. Ini kerana auratnya tetap haram dilihat oleh Syah yang merupakan
birasnya.
Janggal rasanya apabila
terpaksa bertudung di dalam rumah namun Auni lebih takutkan dosa yang bakal
ditanggung sekiranya dia memperagakan aurat kepada bukan muhrimnya. Najwan juga
selalu berpesan agar Auni berhati-hati dalam menjaga auratnya. Auni juga hanya
berseluar track sepanjang dia berada di banglo ini. Untuk berseluar legging
yang melekat terus ke kakinya itu tidak akan sesekali dipakainya. Itu bungkus
aurat! Bukan tutup aurat!
“
Tak nak abang tolong masak ke?” Najwan tersenyum nakal. Tangannya sudah gatal
untuk meraih pinggang Auni.
“
Tak apalah. Abang naik atas, mandi. Lepas ni Nini panggil turun breakfast.”
“
Abang boleh tolonglah. Nak …”
“
Najwan Faqqimi! Pergi naik atas, mandi! Tak malu ke nak manja-manja dengan
isteri depan kami ni? Malu Nini tu mummy tengok!”
Suara
mummy yang meninggi mengejutkan mereka berdua. Tajam mata mummy
merenung kepada anak lelaki sulungnya yang sudah tersengih-sengih. Auni pula
sudah merah mukanya. Dia meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan si suami.
“
Alah mummy ni. Naj baru nak manja-manja,” kata Najwan separuh merungut
namun mummy menggeleng dengan wajah yang serius.
“
Dah, dah. Kamu pergi naik mandi. Belengas aje mummy tengok kamu ni.
Syah, kamu pun sama. Pergi heret abang ipar kamu ni naik atas sebelum miang dia
menjadi-jadi,” kata mummy seraya menoleh ke arah Syah yang baru sahaja
selesai meneguk air kosong. Syah tergamam.
Apa
aku pun kena juga ni?
“
Dahlah tu bro. Jom naik atas, mandi. Kang mummy membebel lagi
dengan kau tu,” kata Syah. Dia menarik Najwan agar menjauhi Auni yang tidak
surut-surut warna merah pada wajahnya. Najwan buat muka terkejut.
“
Takkan kau nak mandi dengan aku pula?” Najwan buat muka tidak percaya. Sengaja
mahu mengusik adik iparnya. Syah menjegilkan matanya.
“
Tak ingin aku mandi dengan kau! Mengarut aje kerja kau kan? Tak senonoh punya
abang ipar,” balas Syah serta merta. Najwan tergelak.
“
Habis kau fikir kau tu senonoh sangat?”
Pertikaman
lidah antara Najwan dan Syah berlarutan sehinggalah mereka berdua keluar dari
dapur. Mummy hanya mampu menggelengkan kepalanya. Wanita itu mengeluh
seraya melihat ke arah anak dan menantunya itu.
“
Mereka berdua tu boleh buat darah tinggi mummy naiklah,” kata mummy
perlahan. Serentak, tawa mereka semua bergabung. Mummy hanya tersengih.
E-jat pula terkebil-kebil melihat ke arah mereka semua.
Usai
menghidangkan makanan di atas meja makan, Auni naik ke tingkat atas untuk
memanggil suaminya. Perlahan dia menguak daun pintu. Auni hanya mampu
menggelengkan kepalanya tatkala dia melihat Najwan sedang tidur di atas sofa.
Dia mendekati suaminya selepas menutup pintu bilik.
“
Abang?” lembut Auni memanggil. Sekejap sahaja Najwan sudah membuka matanya.
Lelaki itu hanya tidur-tidur ayam sahaja.
“
Dah boleh makan?” Najwan tersengih. Auni mengangguk. Dia menarik tangan Najwan.
“
Jomlah. Semua orang dah tunggu kat bawah tu,” pujuk Auni melihatkan suaminya
masih lagi malas untuk bangkit.
“
Alah… Kejap aje lagi,” rengek Najwan. Auni ketawa perlahan.
“
Dah, dah. Nanti mummy bising pula,” Auni terus memujuk. Najwan tergelak
apabila mendengar nama mummy disebut. Cepat-cepat dia bangun.
“
Okey, okey. Jom turun. Abang dah tak sabar nak makan nasi lemak Nini ni,” kata
Najwan. Auni hanya tersenyum.
“
Nini ingat tak apa yang abang janjikan lepas majlis kita kat hotel tu?” tanya
Najwan seraya merangkul pinggang isterinya. Muka Auni berkerut kehairanan.
“
Yang mana ya?” Auni ingat-ingat lupa akan apa yang dijanjikan oleh Najwan
kepadanya.
“
Yang abang kata nak bawa Nini ke suatu tempat tu,” kata Najwan mengingatkan.
Auni pantas mengangguk. Ingat pun!
“
Lepas breakfast, kita pergi ya? Siap-siap teruslah lepas breakfast
nanti,” sambung Najwan.
“
Okey!” sahut Auni tidak sabar-sabar. Entah ke manalah suaminya itu ingin
membawa dia pergi.
“
Oi pengantin baru! Tak nak turun makan lagi ke? Along jangan nak
bermanja sangatlah dengan Kak Long tu! Kami dah lapar!”
Najwan
dan Auni dikejutkan dengan jeritan Nawal daripada balik pintu. Tawa Najwan dan
Auni bersatu. Ada-ada aje si Nawal ni. Macamlah dia tu bukan penganti baharu
juga.
AUNI diam tidak mampu berkata apa-apa. Bulat matanya melihat kepada
sebuah rumah yang terletak di hadapannya kini. Najwan membuka pintu Priusnya
sebelum dia bergegas membuka pintu di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.
Auni masih lagi tergamam dengan apa yang dilihatnya kini.
“ Err… rumah siapa ni, bang?”
tanya Auni tatkala dia dipimpin Najwan masuk ke halaman depan rumah itu.
Langsung tidak kelihatan walau sesiapa pun di kawasan rumah itu. Najwan membisu
sahaja. Pintu pagar dibuka.
Mata Auni masih melekat pada banglo itu. Banglo dua tingkat itu memang
cantik. Warna biru pastel melatari setiap dinding banglo itu. Ada juga
diselitkan dengan warna putih. Halaman rumah itu juga luas. Namun tidaklah
seluas halaman rumah mummy dan baba.
“ Masuk dulu,” kata Najwan tanpa membalas pertanyaan Auni. Dia membuka
pintu hadapan rumah. Dia menolak Auni masuk ke dalam. Sekali lagi Auni tergamam
dengan apa yang sedang dilihatnya kini.
“ Apa semua ni, bang? Ni rumah…”
Najwan mengangguk. “ Ini rumah kita.”
Wajah suaminya direnung tidak percaya. Najwan mengangguk sekali lagi.
Dia tersenyum melihat wajah isterinya yang kelihatan bingung.
“ Abang beli rumah ni masa Nini dah setuju nak kahwin dengan abang,
sebelum Aidilfitri lagi. Abang juga yang uruskan soal perabot dan halaman rumah
ni. Ummi kata Nini suka gaya klasik Perancis. Jadi, inilah dia,” jelas Najwan.
Teragak-agak Auni mengangguk. Matanya melihat pada suasana sekeliling.
Sama seperti luar banglo itu, warna biru pastel menghiasi seluruh ruang
banglo itu. Langsir putih pula menambahkan seri banglo tersebut. Auni
tersenyum.
“ Macam mana kalau Nini tak jadi bertunang dengan abang lepas
persetujuan tu? Abang nak buat apa dengan rumah ni?” tanya Auni. Wajah suaminya
direnung lagi. Najwan tertawa.
“ Abang akan bakar rumah ni,” balas Najwan mudah. Auni turut tertawa.
Najwan mengajak Auni naik ke tingkat atas. Satu per satu ruang dalam
banglo itu diterjahnya. Boleh dikatakan semua isi rumah itu sudah dilengkapi
dengan perabot. Tidak perlu Auni menyusahkan dirinya sendiri untuk memikirkan
soal hiasan dalaman rumah. Rumah itu sudah dihias cantik.
“ Yang ni pula…” Najwan membuka pintu sebuah bilik di tingkat atas. Dia
menguntum senyum kepada isteri tercinta. “ … bilik kita berdua.”
Daun pintu dikuak seluas mungkin. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah
bilik yang dicat dengan warna ungu pastel dan merah jambu. Auni menoleh ke arah
suaminya.
“ Kenapa warna bilik ni lain?” soal Auni sambil tersenyum.
“ Ummi kata Nini suka warna ungu pastel dan pink untuk bilik,”
jawab Najwan. Dia mengenyit mata sekaligus mengundang tawa Auni.
“ Memang abang selidik pasal Nini sampai macam ni ke?” tanya Auni tidak
percaya. Najwan turut meledakkan tawanya. Dia mengangguk.
“ Mestilah. Nama lagi Nini bakal isteri abang,” kata Najwan. Auni
mencebik. Tentu dah lama berkomplot dengan ummi pasal aku ni. Ada ke patut? Ish!
Mereka mengatur langkah ke balkoni. Auni berdiri sambil menyandar pada
pagar balkoni. Najwan tersenyum apabila melihat Auni menggeliat.
“ Emmm… kenapa abang sampai
beli rumah ni? Bukan ke mummy nak
kita tinggal sekali dengan dia?” tanya Auni.
Pandangannya dilemparkan
pada kawasan sekitar banglo itu. Banglo itu bukannya jauh sangat daripada rumah
mummy dan baba, malah berada dalam
kawasan perumahan yang sama. Cuma banglo ini terletak lebih ke dalam sedikit
daripada kawasan rumah mummy dan
baba.
“ Abang dah fikir masak-masak. Abang nak hidup macam pasangan lain, ada
rumah sendiri, ada kehidupan sendiri. Abang tak nak bergantung dengan mummy atau baba. Tanggungjawab abang
untuk jaga Nini, cuma abang aje yang kena pikul. Lagipun, kesian pula abang
tengok Nini kalau kita tinggal sekali dengan mummy dan baba,” jelas Najwan. Berkerut dahi Auni mendengar
kata-kata itu.
“ Kenapa abang cakap macam tu?”
Najwan mengukir senyuman. “ Nawal dan Syah kan tinggal dengan mummy dan baba untuk sementara waktu, before Syah fly ke Jerman atas urusan kerja? Nawal akan ikut dia sekali lepas
ni. For the time being, Ninilah yang
kesian, sebab kalau nak keluar bilik kena pakai tudung sebab Syah ada.
Maksudnya, I’m being your knightlah
ni.”
Auni tersenyum puas hati. Ternyata Najwan perasan akan ketidakselesaan
dia berada di rumah mummy dan baba.
Jika Syah tiada, barulah dia boleh menanggalkan tudungnya kerana Najwan dan
baba sudah menjadi muhrimnya. Nasib baik sahaja Najwan tidak punya adik lelaki
yang lain. Jika tidak, makin parah pula jadinya.
“ Thanks, my knight in shining
armour,” balas Auni. Matanya dilirikkan manja kepada Najwan. Najwan ketawa
lantas menggelengkan kepalanya.
“ Nini ni suka betul tengok abang macam tu sejak kita kahwin ni. Boleh
tergugat iman, tahu tak?” kata Najwan. Auni senyum sahaja. Dia berlari keluar
dari bilik itu selepas menyedari dia akan dikejar Najwan selepas ini.
“ Nini!!!”
Auni ketawa. Memang benarlah tekaan dia. Najwan sudah angkat kaki untuk
mengejarnya. Riuh ruang dalaman banglo itu dengan jeritan Auni tatkala Najwan
mengejarnya. Najwan galak menghamburkan tawanya saat dia berjaya mendapatkan
Auni.
KOPI yang dihidangkan dihirup perlahan. Mata baba melirik pada Najwan
yang sedang khusyuk membaca Top Gear di tangan. Memang Najwan hantu kereta!
Nasib baik sahaja dia bukannya jenis yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk
keretanya atau membeli kereta yang sentiasa berkenan di hati. Kata Najwan,
Prius itu sudah baik untuknya walau dia turut meminati Subaru, Audi dan sportcars yang lain.
“ Nini mana?” tanya baba. Najwan angkat muka daripada majalah. Dia
menoleh sekilas pada baba yang duduk di seberang meja bulat kecil itu.
“ Tengah layan mummy berborak
kat atas,” balas Najwan. Dia meletakkan majalah itu di atas meja. Sekeping
biskut oat dicapai daripada piring.
“ Mujurlah Nini tu jenis yang baik dengan orang tua. Kalau tak,
merungutlah sebab kena layan mummy
kamu tu,” kata baba yang sudah tertawa. Najwan tersengih. Kata-kata baba ada
benarnya. Sudahlah Auni tu memang menantu kesayangan, tentu mummy makin suka mengajak Auni untuk
bersama-samanya jika ada apa-apa.
“ Happy betul mummy sebab hajat nak bermenantukan Nini
tu tercapai,” kata Najwan. Biskut oat itu dikunyah perlahan.
Baba mengangguk. “ Jadi, macam mana dengan rumah kamu? Bila nak pindah?”
“ Baba ni gaya macam nak halau Naj keluar dari rumah ni aje,” seloroh
Najwan. Baba ketawa. Dia menggelengkan kepala.
“ Insya-Allah, next week.
Lagipun, Naj nak slow talk dengan
E-jat dulu. Naj nak bawa E-jat sekali, tapi Naj takut Nini tak selesa. Lagipun,
mummy pun tak kasi Naj bawa E-jat
tinggal sekali. Naj pun fikir macam tu, sebab lepas ni Naj dan Nini akan
sama-sama sibuk dengan kerja, siapa nak pedulikan pasal E-jat kalau kami outstation or ada meeting? Kesian
pula E-jat tu,” balas Najwan.
Baba tersenyum. Kopi pekat itu dihirup lagi sebelum dia kembali
berbicara.
“ Baba fikir, tak ada masalah. Baba pernah tanya E-jat sebelum Naj
kahwin dulu, macam mana kalau Naj dah tak boleh jaga dia macam sekarang? E-jat
kata okey. Biar pun dia tu kecil lagi, tapi kadang-kadang fikiran dia macam orang
dewasa. Naj boleh bawa dia tinggal dengan Naj bila Naj tak sibuk, kan?”
Najwan mengangguk sahaja. Dia membiarkan baba menyambung bicara.
“ Jadi, Naj dah ada solutionnya.
Baik Naj pergi cakap dengan E-jat sekarang, biar dia biasakan diri dulu sebelum
Naj pindah, okey?” Baba senyum. Najwan mengangguk sekali lagi. Majalah di atas
meja diambil. Dia bangun daripada kerusi. Sebelum sempat dia pergi, baba
menahannya.
“ Kenapa, baba?” tanya Najwan. Baba ketawa.
“ Kamu nak bawa Nini pergi honeymoon
bila? Baba boleh luluskan cuti kamu kalau kamu nak bawa dia pergi honeymoon lepas ni. Kamu dan Nini pun
cuma ambil cuti seminggu aje untuk kahwin ni. Mana sempat nak pergi honeymoon kalau cuti sekejap macam ni.”
Najwan turut ketawa. Dia mengangkat bahu.
“ Kena tanya Nini dulu.”
Baba ketawa lagi. Dia melihat sahaja langkah Najwan masuk ke dalam
rumah.
PERLAHAN-LAHAN Najwan mengetuk pintu bilik E-jat. Pintu itu dibuka perlahan. E-jat
sedang meniarap di atas katil bereka bentuk kereta sambil membaca buku cerita
Disney di tangan. Najwan masuk lalu duduk di birai katil.
“ Papa!” seru E-jat gembira. Buku yang pada asalnya sedang dibaca
diletak ke tepi. Najwan ketawa. Kepala E-jat diusap perlahan.
“ Macam mana? E-jat baik-baik aje tidur sorang-sorang, kan?” tanya Najwan. Laju E-jat mengangguk.
“ Papa dah lupa? I’m a boy, right?
Jadi, E-jat mana boleh takut-takut ni,” jawab E-jat bersemangat. Najwan ketawa
lagi.
“ That’s the reason why you’re my
favourite boy,” kata Najwan. E-jat tersengih.
“ Emmm… E-jat dah tahu kan
yang papa kena pindah rumah dengan mama lepas ni?” tanya Najwan. Teragak-agak
dia bersuara. Bimbang E-jat akan berkecil hati dengan khabar itu. Tetapi reaksi
daripada E-jat kelihatan berlainan daripada apa yang dia fikirkan.
Pantas E-jat mengangguk dengan wajah yang ceria. Najwan mula tersenyum
lega. Syukur.
“ Tahu. Tuk mummy yang beritahu.”
“ Jadi… E-jat tak kisah kalau papa pindah?” tanya Najwan lagi. Laju
E-jat menggeleng.
“ Tak kisahlah papa. Bukannya papa tak kasi E-jat pergi jenguk papa pun,
kan?” kata E-jat petah. Najwan mengangguk. Dahi E-jat dikucup.
“ Papa bimbang E-jat tak biasa,” kata Najwan. E-jat ketawa mengekeh.
“ No! I’m okay. Tapi papa kena
janji yang papa kena belanja E-jat aiskrim nanti,” kata E-jat. Najwan hanya
ketawa. Kepala E-jat diusap lagi.
“ Papa janji.”
E-jat senyum. Dia merangkul leher Najwan.
“ E-jat sayang papa,” katanya perlahan di telinga Najwan. Najwan
mengangguk. Dia membalas pelukan E-jat.
“ Papa pun sayang E-jat.”
“ MASUK
office aje, terus jumpa Adam ya?”
pesan Najwan saat Auni membuka pintu kereta untuk keluar daripada perut Prius.
Spontan Auni menoleh kepada suaminya. Kenapa pula kena jumpa dengan Encik Adam?
“ Kenapa perlu jumpa dia?” tanya Auni pelik. Najwan sengih sahaja.
Auni keluar dari Prius dengan wajah yang penuh dengan kerutan. Najwan
tidak mahu memberitahunya sebaliknya Auni perlu bertemu dengan Adam jika ingin
mengetahui sebabnya.
“ Berkerut aje muka kau ni? Takkan gaduh dengan hubby kot?” tanya Adda sebaik sahaja melihat Auni memasuki pejabat.
Segera Auni menggeleng.
“ Mengarutlah kau ni. Tak adalah,” balas Auni. Adda tersengih.
Selepas meletakkan begnya di atas meja, dia terus mengatur langkah ke
pejabat Encik Adam. Walau lelaki itu merupakan sahabat baik suaminya, namun
Auni tetap menghormati lelaki itu sebagai majikannya.
“ Morning,Cassy. Encik Adam
ada kat office?” tanya Auni pada
Cassy yang sedang membaca berita di laman sesawang. Cassy mengangguk.
“ Dia baru aje masuk,” balas Cassy.
“ Thanks.”
Pintu pejabat Encik Adam diketuk perlahan. Setelah mendengar suara
lelaki itu membenarkan dia masuk, barulah dia membuka pintu. Encik Adam sedang
duduk meneliti fail di meja kerjanya. Auni memberi salam.
“ Ni mesti Qimi yang suruh jumpa I
awal pagi macam ni, kan?” teka Adam sambil tersengih. Auni mengangguk pantas.
Tahu tahu aje ya Encik Adam ni?
“ Dia suruh I beritahu you, mulai minggu depan you cuti selama seminggu,” kata Adam.
Matanya kembali melilau pada isi fail di hadapannya.
“ Cuti? Tapi kenapa?” tanya Auni pelik? Bukan ke cuti kahwin aku dah
lepas? Aku minta cuti seminggu aje sebab nak kahwin hari tu.
Adam ketawa. “ Dia kata nak bawa you
pergi honeymoon.”
Ha?
“ Better you yang tanya dia sendiri,” kata Adam lagi apabila melihat kerutan
di dahi Auni kian bertambah. Adam cukup pasti Najwan merahsiakan mengenai percutian
bulan madu mereka daripada pengetahuan Auni sendiri.
“ Aaa… okey.” Auni mengangguk.
Selepas dia memberi tunduk hormat, dia terus keluar dari pejabat majikannya.
Adam tergelak. Kepalanya digeleng perlahan.
“ Nasiblah aku kerja dengan bini kau. Pandai betul kau pujuk aku
luluskan cuti yang kau minta tu. Qimi, Qimi.”
Adam ketawa lagi. Teringatkan perbualan dia dengan Najwan semalam.
NAJWAN
ketawa kecil apabila nada dering Sideway Figure
Eight berkumandang dalam pejabatnya. Matanya beralih kepada BlackBerry di atas
meja. Telefon bimbitnya dicapai.
“ Assalamulaikum, sayang. Kenapa?” tanya Najwan. Sekadar mahu
berpura-pura dengan Auni. Semestinya Auni sedang mencebik sekarang. Tekaannya
betul apabila mendengar isterinya merengus.
“ Abang ni, buat malu Nini aje pergi minta cuti dengan Encik Adam,” kata
Auni sebal. Najwan ketawa perlahan.
“ Alah, takkan Nini tak nak pergi honeymoon?
Papa pun dah luluskan cuti abang ni,” kata Najwan. Dia melihat pada bingkai
gambar yang diletakkan gambarnya bersama-sama Auni ketika majlis persandingan
mereka di hotel minggu lepas. Dia tersenyum sendirian.
“
Bukan macam tu maksud Nini,” sambung Auni. Najwan ketawa.
“
Then? Bunyi macam tak nak aje tu,” usik Najwan.
“ Siapa kata tak nak? Abang nak ajak Nini pergi mana ni?” tanya Auni.
Mata bulatnya bersinar. Tertarik dengan percutian yang dikatakan oleh suaminya.
Najwan beralih ke tingkap. Matanya melihat ke sekitar kawasan bangunan
syarikatnya.
“ Nini nak ke overseas ke?”
tanya Najwan. Auni mengeluh perlahan. Dia menggeleng pantas.
“ Kalau honeymoon, mesti overseas. Kalau honeymoon, mesti overseas.
Tak naklah. Kita pergi tempat lain ajelah dulu. Tempat yang jarang orang pergi
kalau honeymoon, okey tak? Overseas tu lain kali pun boleh pergi.
Kat dalam Malaysia ajelah abang,” kata Auni. Sejurus, dia mengetuk kepalanya.
Kenapalah aku ni demand sangat? Mujur
Abang Naj nak bawa aku pergi honeymoon
aje.
Najwan diam seketika. Mindanya mencongak kata-kata Auni. Akhirnya dia
mengangguk.
“ Abang rasa abang tau kita nak honeymoon
kat mana. Nini mesti suka kalau abang bawa Nini ke sana,” kata Najwan.
Terangkat kening Auni mendengarkan kata-kata itu. Dahinya berkerut kembali.
“ Abang nak bawa Nini ke mana?” tanya Auni. Najwan tersenyum. Dia diam
sahaja. Mungkin dia harus merahsiakan destinasi bulan madu yang difikirkannya
sebentar tadi. Tetapi Najwan cukup yakin, Auni akan gembira dengan pilihannya
ini.
“
Abang? Cakaplah, abang nak bawa Nini ke mana? Onegai (tolonglah),” Auni menyoal sekali lagi tetapi Najwan tidak
memberi sebarang respon.
“
Kalau abang tak nak cakap, tak apalah. Just
make sure yang Nini akan suka tempat tu,” kata Auni berbaur sedikit ugutan.
Tawa Najwan kembali menyapa telinganya.
“
Nini akan suka, trust me.”
Auni
mencebik. Entah ke manalah Najwan mahu membawa dia pergi.
1 comment:
smbng lagiiii... ♥