SEDIKIT
demi sedikit E-jat atur langkah ke sekeliling
rumah. Mana papa ni? Bosannya!
Mata
E-jat meliar ke sekeliling ruang tamu mencari Najwan. Dia baru sahaja bangun
daripada tidur di dalam bilik Najwan tadi. Tadi E-jat dan Najwan sama-sama
tidur selepas selesai menunaikan solat Zohor. Sedar-sedar sahaja, papa
kesayangannya itu sudah tiada di sebelah.
Mana
papa ni? Che Su pun tak ada.
E-jat
berlari ke ruang rumah. Dia tersenyum gembira apabila menemui Najwan di kolam
renang.
E-jat dah berlari-lari mendapatkan Najwan yang sedang enak bersantai di
hadapan kolam renang. Leher Najwan dipeluk dari belakang. Najwan hanya gelak
sahaja sebelum memeluk E-jat.
“ Kenapa ganggu papa ni? Dah puas tidur?” tanya Najwan bergurau. E-jat
tarik sengih.
“ E-jat dah puas tidur. E-jat
cari papa, tak ada. Che Su pun tak ada. E-jat tak tahu nak buat apa ni ,” jelas
E-jat. Najwan tersenyum. Rambut E-jat digosok perlahan.
Che Su. Gelaran lain buat
Nawal selain daripada Mama Nawal oleh E-jat. Kadang-kadang E-jat akan memanggil
Nawal dengan panggilan Che Su, kadang-kadang pula gelaran Mama Nawal pula yang
digunakan.
“ Che Su pergi jumpa tunang dia. Kan lepas raya nanti Che Su dah nak
kahwin?” kata Najwan. E-jat hanya mengangguk.
Haru betul kau ni, Naj. Adik dah nak kahwin, kau pulak takde sorang pun anak dara yang sangkut? Takkan nak jadi bujang lapok kot? Mengingatkan Nawal yang akan
bergelar isteri orang tak lama lagi boleh membuatkan dia tidak sedap duduk.
Apatah lagi dengan mummy yang saban
hari berleter menyuruh dia kahwin cepat.
Takkan mummy nak Naj tangkap
muat aje calon isteri Naj?
“ Papa!”
Serta merta lamunan Najwan terhenti. Wajah E-jat direnung.
“ Kenapa?” tanyanya dengan senyum di bibir. Pipi comel E-jat
dicubit-cubit.
E-jat koyak sengih. “ Papa pulak
bila nak kahwin?”
Senyuman Najwan terus mati. Tiba-tiba sahaja E-jat mengeluarkan soalan
yang tidak mampu dijawabnya. Cuba difikir baik-baik namun tidak tahulah kenapa,
muka Auni juga yang terbayang diselangi dengan muka mummy ketika membebel kepadanya. Alahai…
“ Kenapa? E-jat nak papa kahwin ke?” tanya Najwan. Pantas E-jat
mengangguk. Tangan comelnya menarik kedua-dua belah pipi Najwan. Najwan hanya
tersenyum.
“ Kalau papa kahwin, E-jat akan ada mama. E-jat boleh main dengan mama,
boleh tidur dengan mama, ajak mama jalan-jalan, kan? Betul tak, papa?” tanya
E-jat ceria. Bersungguh benar E-jat bercerita mengenai mama barunya yang entah
bila akan dia peroleh. Najwan mengangguk sahaja. Tangan E-jat ditarik daripada
pipinya.
“ Lepas tu… bolehlah mama marah kalau
E-jat nakal-nakal!” E-jat ditarik lantas digeletek. Terkekeh-kekeh E-jat ketawa
mahu melepaskan diri. Najwan pula masih galak menggeletek E-jat.
“ Papa! Gelilah! Janganlah papa!” laung E-jat kuat. Najwan melepaskan
tawa. E-jat dilepaskan. Laju sahaja E-jat menjauhkan diri daripadanya. E-jat
berdiri bercekak pinggang. Najwan hanya ketawa melihat aksi itu.
“ E-jat nak mama yang baik! Tak nak yang jahat macam papa! Wekkk!!!”
E-jat menjelir
lidah sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Najwan menggelengkan kepala. Dia
berbaring pada lantai. Ini kali pertama E-jat meminta seorang ‘mama’
daripadanya. Najwan risau jika E-jat sakit rindu akan Wawa. Dia mengeluh berat.
Mungkin betul kata mummy selama ni,
dia perlu mencari seorang ‘mama’ untuk E-jat.
KEPINGAN-KEPINGAN
DVD di tangan Auni, Adda renung dengan mata yang
bulat. Kadang-kadang matanya akan beralih pula pada dua keping DVD di
tangannya. Muka Auni direnung tidak percaya. Auni buat selamba.
“ Nani (apa)?” tanyanya seakan-akan tidak ada
apa-apa yang berlaku. Adda sengih geram.
“ Rasanya, kau cakap kau nak beli drama King Two Hearts aje, kan? Kenapa
banyak sangat kat tangan kau tu?” tanya Adda. Auni renung DVD-DVD di tangan.
“ Memanglah banyak kalau aku asyik tangguh aje nak beli sume ni,” balas Auni selamba lantas ke
kaunter pembayaran. Adda tepuk dahi.
Selesai sahaja urusan mereka membeli DVD, Adda terus tarik Auni ke
ESPRIT. Memang butik kegemaran Adda. Kalau ke mana-mana dan nampak papan tanda
ESPRIT, sanggup dia bersusah payah menarik sesiapa sahaja yang berada
bersamanya untuk ke ESPRIT.
“ Kau nak cari apa? Raya lambat
lagilah,” rungut Auni. Adda laju menggeleng.
“ Banyaklah kau punya raya lambat lagi. Lagi tiga minggu, tahu tak? Dah,
jom ikut aku,” bantah Adda. Auni mengeluh. Matanya dijulingkan.
Adda dah tertumpu pada deretan skirt denim di hadapannya. Auni hanya
memerhati sahaja. Bukannya dia tidak berminat, tetapi dia tiada mood untuk membeli belah. Sekiranya dia
mahu membeli belah, dia pasti akan menarik ummi bersama-samanya.
“ Wei, citerlah pasal kau ke rumah kawan parents kau tu,” tanya Adda tanpa mengalih perhatian daripada skirt
di tangannya. Kening Auni dah berkerut.
“ Buat apa nak cerita kat kau?” tanya Auni selamba.
“ Mana tahu ada apa-apa yang menarik ke. Citerlah!” gesa Adda. Auni termenung seketika. Lambat-lambat dia
mengangguk.
“ Rupa-rupanya klien yang aku jumpa kat Al-Azwar tu anak kawan parents aku. Al-Azwar tu syarikat bapak dia. Ummi dan walid sibuk dok puji bisnes bapak dia,” kata Auni.
“ Iya? Handsome tak anak
dia?” tanya Adda teruja.
“ Bolehlah. Aku tengok dia macam Mukai Osamu. Dia…” Kata-kata Auni mati
di situ. Terkejut dia apabila Adda memaut kuat bahunya.
“ Giler punya handsome! Kau tak berkenan ke?” tanya Adda
kuat. Mahu sahaja Auni menampar mulut itu. Tak sedar kita kat mana ke? Kuat
tangan Auni menolak Adda jauh daripadanya.
“ Kau ni, padan-padanlah! Tak sedar ke kita kat mana ni Cik Adda oi?” rungut Auni. Mujur sahaja tika itu
tidak ramai pelanggan di dalam ESPRIT. Jika tidak, tentu sahaja mereka menjadi
tumpuan ramai. Adda sengih.
“ He he, sorry…”
Auni tepuk dahi. Apalah kawan aku sorang
ni…
“ Citerlah lagi. Aku tak sabar
ni,” kata Adda lagi. Auni mengeluh.
“ Malaslah. Baik kau cepat sebelum aku tinggal kau,” ugut Auni. Adda
mencebik.
“ Yalah, yalah. Tunggu jap,
aku nak pergi bayar skirt ni,” kata Adda. Sebelum Adda siap membayar, awal-awal
lagi Auni ke luar butik. Duduk seorang diri di luar, dia teringatkan malam dia
berbuka puasa di rumah Najwan. Teringat masa Najwan menjadi imam. Macam
terngiang-ngiang sahaja suara Najwan tatkala menjadi imam.
Ish! Aku ni kena sawan ke apa?
Mentang-mentanglah dia tu iras Mukai, aku boleh jadi weng camni? Bahaya, bahaya. Cepat-cepat dia menepuk dahi.
“ Auni?”
Auni toleh ke belakang. Adda sudah siap dengan urusannya.
“ Pelik semacam aje aku tengok kau ni. Dah, jom. Jangan risaulah, aku
takkan tarik kau ke mana-mana lagi,” kata Adda. Auni senyum lega.
“ Yalah…”
Auni
terpaku di pintu masuk butik ESPRIT. Hakimi sedang berdiri betul-betul di
hadapannya. Nafasnya terasa sesak. Redup lelaki itu merenung ke arahnya.
“
Boleh kita bercakap?”
NAJWAN
merenung sayu pada pusara di hadapannya. Batu nisan
diusap perlahan. Dia mengukir senyum pahit. Lama dia merenung pusara itu. Al
Fatihah disedekahkan buat arwah Wawa dan Fuad.
“ Wawa, Along datang nak jenguk Wawa,” tutur Najwan sayu. Bagaikan
terbayang sahaja wajah Najwa di hadapannya.
“ Along tunaikan janji Along, I’m
taking good care of E-jat. He’s a nice boy, a really nice boy, bertuah Wawa
dan Fuad dapat anak macam E-jat,” sambung Najwan lagi.
Dengan kemeja dengan slack
masih bersarung di tubuh, Najwan terus ke kawasan perkuburan di mana arwah
Najwa dan Fuad disemadikan. Sudah lama dia tidak menjenguk kubur adik
kembarnya. Semuanya gara-gara E-jat semalam.
“ Mummy! Daddy!”
Kelam kabut Najwan meluru ke arah
E-jat yang sudah mengigau sakan di atas katil. Buku yang dibacanya tadi
dibiarkan sahaja terbuka di atas meja bacaan Tubuh kecil E-jat digoncang kuat.
Najwan mula cemas.
“ E-jat, bangun sayang. E-jat?” Cemas
suara Najwan mengejutkan E-jat bangun. E-jat masih lagi mengigau. Tubuh kecil
itu mula berpeluh walau dalam bilik berhawa dingin.
“ Mummy! Daddy! E-jat nak ikut! E-jat
nak ikut!!!” E-jat melalak lagi. Najwan sudah tidak tahu nak buat apa. Nasib
baik mummy dan baba ikut masuk ke dalam bilik dek raungan E-jat yang kuat.
“ Naj, kenapa ni?” Mummy pula yang
cemas. Najwan hanya membisu. Direnung E-jat yang sudah dipeluk oleh mummy. Mata
E-jat mula celik perlahan-lahan. Ada air mata yang mengalir di pipi mulus itu.
“ Tuk mummy… E-jat nak ikut mummy dan
daddy…”
Najwan tergamam. Wajah sayu E-jat
direnung lama. Dia mengetap bibir. Terasa tubuhnya menggigil perlahan tanpa
musabab.
“ Dah, sayang. Malam ni E-jat tidur
dengan tok mummy dan tok baba ya? Nak?” tanya mummy lembut. Kepala E-jat
diusap.
E-jat menggeleng. “ E-jat nak tidur
dengan papa. Boleh, papa?”
Wajah Najwan direnung dengan sepasang
mata yang masih lagi berair itu. Lambat-lambat Najwan mengangguk. Dia senyum
tanpa gula. Wajah mummy dan baba direnung lama.
“ Biarlah E-jat tidur dengan Naj.
Mummy jangan risau,” kata Najwan perlahan. Mummy dan baba hanya mengangguk.
Bahu E-jat digosok perlahan.
“ Baiklah. Baba dan mummy masuk tidur
dulu. Naj pun tidurlah sekarang, tak payah pedulikan dulu soal kerja. Jaga
E-jat baik-baik,” pesan baba. Najwan hanya mengangguk lemah. Pintu ditutup
rapat.
“ Papa…” E-jat panggil perlahan.
Najwan cuba ukir senyum. Dia bawa E-jat ke pelukannya.
“ E-jat rindu mummy dan daddy…”
Najwan hanya mengangguk. Dia
kehilangan kata-kata.
Najwan tersenyum hambar. Pedihnya hati ketika melihat wajah sayu E-jat
yang merindui mummy dan daddy yang sudah pergi. Tambah-tambah
lagi, ketika kanak-kanak lain sedang bergembira dengan ibu bapa masing-masing
untuk menyambut Aidilfitri. E-jat masih terlalu kecil untuk merasai erti
kehilangan orang tersayang.
“ Along tak tahu nak pujuk E-jat macam mana. E-jat perlukan mummy dia, Wawa,” kata Najwan perlahan.
Dia terhenti seketika. Ketulan tanah keras dihancurkan dengan tangan. Najwan
mengeluh berat.
“ E-jat dah minta Along beri dia mama. Mummy pun dah lama bising suruh Along kahwin. Tapi, ada ke
mana-mana perempuan yang sudi jaga E-jat sekali? Along sayangkan E-jat macam
anak Along sendiri,” kata Najwan lagi.
Permintaan E-jat tempoh hari telah banyak kali membuatkan dia berfikir.
Buruk baik jika dia beristeri. Najwan sedar E-jat perlukan kasih sayang seorang
ibu, tetapi dia tidak yakin sama ada seorang gadis akan menerimanya dengan
E-jat? Dia tidak pernah bercinta selama ini.
“ Along tak tahu nak buat macam mana. Kalau Wawa dan Fuad ada lagi,
tentu E-jat takkan jadi macam ni, kan? Tapi Along tahu, Allah lebih sayangkan
kamu berdua, sebab tu kamu pergi dulu daripada kami.”
Najwan bangun lantas meninggalkan tanah perkuburan itu. Wajahnya yang
suram diraup berulang kali. Dia sudah rindu pada E-jat yang hanya berada di
rumah. Kasihnya pada anak kecil itu sama seperti kasih seorang bapa kepada anak
kandungnya.
“
AKAK ada hal nak cakap dengan Yam,” kata Puan
Sofiah sejurus memberi salam. Ummi hanya mengangguk selepas menjawab salam
wanita separuh abad itu.
“ Akak nak cakap terus terang, akak dan Abang Man dah setuju sangat
dengan apa yang kita bincangkan tempoh hari,” kata Puan Sofiah lagi. Ummi hanya
tersenyum.
“ Yam pun setuju, kak. Yam pun berkenan sangat dengan si Najwan tu.
Tapi, betul ke si Najwan tu tak kisah? Kalau Auni, Yam rasa tak ada masalah,”
kata ummi. Puan Sofiah hanya mengangguk.
“ Najwan memang tak ada masalah. Dia serahkan semuanya pada akak.
Lagipun, kan kita dah janji dulu yang kita nak berbesan?” kata Puan Sofiah
lagi.
“ Kalau boleh, Yam nak Najwan baik-baik dulu dengan Auni. Biarlah mereka
kahwin atas dasar family pun tapi perasaan
suka sama suka tu ada,” pinta ummi. Puan Sofiah tergelak.
“ Tahulah akak nak buat macam mana,” kata Puan Sofiah bergurau. Ummi
turut gelak sama.
“ Macam mana kalau akak ajak Auni ke rumah akak lepas Yam bagitau pasal ni? Biar akak cakap
baik-baik dengan dia,” kata Puan Sofiah lagi. Ummi mengangguk perlahan.
“ Bagus jugak tu. Nanti Yam slow talk dengan Auni. Yam…”
Ummi yang masih belum menghabiskan percakapannya terganggu dengan suara
memberi salam dari luar. Ummi renung dari celah-celah langsir putih. Bulat mata
ummi melihat luar. Auni!
“ Auni dah balik. Insya-Allah malam ni Yam beritahu dia pasal ni. Akak
pula cakaplah dengan Najwan, ya?”
Ummi dapat lihat wajah Kak Sofinya di skrin laptop itu sedang
mengangguk. Selepas memberi salam, terus laptop
ditutup. Agak lama juga ummi dan Puan Sofiah buat video call di Skype hanya gara-gara rancangan nak menjodohkan Auni
dan Najwan.
“ Ummi buat apa depan laptop tu? Asyik betul adik tengok,” kata Auni.
Tangan ummi dicapai lantas dikucup perlahan. Wajahnya yang kelihatan mendung
sejak pertemuannya dengan Hakimi tadi cuba disorokkan daripada pengetahuan
ummi.
Ummi hanya tersengih. Dia
cuba mengawal riak wajahnya yang masih lagi terkejut dengan kepulangan Auni
yang tidak disangka-sangka.
“ Tak penting pun. Dahlah, baik adik pergi mandi. Lambat lagi nak berbuka
ni. Ummi nak adik rehat dulu, ya?” kata ummi. Auni hanya mengangguk.
Fuh! Nasib baik ummi tak perasan.
Tote bag
diletakkan di atas katil. Tudung dibuang lantas disangkut. Tanpa lengah-lengah
lagi Auni terus baring di atas katil. Dia dah solat Asar di Mid Valley tadi.
Letihnya!!!
Urghh!!!
Matanya dipejamkan. Dia masih malas lagi untuk mandi. Tambah-tambah lagi
lepas Asar. Makhruh, kan?
Auni
termenung panjang. Bibirnya digigit. Terasa nak lempang sahaja muka Hakimi
tadi. Penjelasan sudah diberi dengan elok-elok tetapi lelaki itu tetap berdegil
dengan keputusannya. Bayangan peristiwa tadi kembali menerjah minda.
HENING sahaja suasana antara mereka. Adda yang menemani Auni pula
kelihatan serba salah. Mahu bertanya khabar Hakimi tetapi nampaknya tidak
sesuai untuk masa sekarang.
“
Apa yang awak nak cakap dengan saya?” soal Auni merendah.
“
Auni, please. Dah lama saya cari
awak, ekori awak. Boleh tak kita berbincang baik-baik?” Hakimi merayu.
Bukannya
dia tidak perasan dengan nada yang digunakan oleh Auni. Agak dingin berbanding
kebiasaan jika mereka berdua berbicara. Sudah beberapa tahun mereka tidak
bertemu dan Hakimi mengharapkan ada sinar untuknya bagi memulakan hubungan
dengan Auni.
“
Encik Hakimi Adnan, saya dah beritahu awak sebelum ni. Maybe lots of time before. Saya tak boleh terima awak. Saya cuma
anggap awak sebagai kawan saya sahaja. Hanya K.A.W.A.N! I can’t accept this different side of you, boleh awak faham yang
itu?”
Jika
bahasa yang elok dan sopan tidak dapat membuatkan Hakimi faham, mungkin sudah
tiba masanya untuk dia menggunakan bahasa yang agak kasar. Berharap agar lelaki
itu faham.
“
Tapi kenapa? Kita tak mencuba lagi?” Hakimi juga tetap berkeras.
Auni
menggeleng. “ Sorry, I can’t accept it.
Being in a relationship bukan sekadar nak mencuba aje. Ianya lebih bermakna
daripada itu.”
Hakimi
menarik nafas. Cuba menenangkan diri. Tajam pandangan matanya pada wajah Auni.
“
It’s not me yang awak cari, Kimi.
Awak keliru sebenarnya. Awak yang tak sedar. Awak keliru dengan perasaan awak
aje,” kata Auni. Nadanya perlahan tetapi berbaur tegas dan misteri.
Kening
Hakimi bercantum. Apa maksud Auni?
“
What did you mean by that?”
Auni
tersenyum hambar. Rasanya tidak perlulah dia menerangkannya kepada Hakimi. Dia
tidak mahu ada hati yang terluka kelak.
“
Saya hantar rombongan meminang?”
Kata-kata
Hakimi mengejutkan Auni dan juga Adda yang sedari tadi hanya mendiamkan diri
sahaja. Serius?
“
Kalau awak nak, saya boleh hantar rombongan minggu depan juga.”
“
Tak boleh!”
Wajah
Hakimi berkerut. Tidakkah Auni nampak keikhlasan hatinya?
“
Kenapa?”
“
Saya kata tak boleh, tak bolehlah! Susah ke untuk awak faham? Saya tak boleh
terima awak!”
Auni
merasakan tangannya kini sedang menggeletar menahan kemarahan. Kenapa Hakimi
tidak faham-faham lagi? Tolonglah! Jangan kusutkan keadaan lagi.
“
Awak tentu ada alasan kan kenapa awak tak nak? Hak saya kalau saya tetap nak
hantar rombongan meminang awak,” Hakimi berkeras.
Auni
mengetap bibir. Alasan apa yang aku nak bagi ni?
“
Auni, saya…”
“ Saya dah nak bertunang.
Percaya atau tidak, saya akan bertunang tak lama lagi. Jangan ganggu saya
lagi,” kata Auni tegas.
Hakimi
dan Adda sama-sama terkejut. Pantas Auni menarik tangan Adda untuk meninggalkan
Hakimi yang masih lagi terkedu.
Dan
dalam sepanjang perjalanan mereka keluar dari Mid Valley, Adda tidak
habis-habis menyoal kebenaran kata-kata Auni mengenai berita pertunangannya
itu. Auni terpaksa mendiamkan Adda dengan meminta Adda agar tidak membocorkan
pembohongannya itu tadi. Ternyata itu hanyalah suatu pembohongan.
BODOH!
Bodoh! Bodoh!
Auni
menepuk dahinya kuat. Kenapalah dia boleh menipu sehingga keterlaluan sebegitu.
Siapalah yang nak masuk meminang dirinya dalam masa terdekat ini? Kalau tidak
Hakimi tentu tidak akan berhenti menganggunya jika lelaki itu tahu bahawa Auni
sudah menipunya.
Tipulah
jika Auni mengatakan hatinya tidak tersentuh saat Hakimi mengatakan dia akan
menghantar rombongan meminangnya. Tetapi dia tidak sanggup mempertaruhkan masa
depannya. Hanya kosong dan hambar sahaja yang dirasakan saat Hakimi
mengungkapkan kata-kata puitis untuknya. Auni mahu percaya akan kata hatinya
yang itu.
“
Adik?”
Kuakan
pintu yang dibuka menarik perhatian Auni. Angah muncul di hadapannya.
“
Angah, kenapa?”
“
Kenapa apanya? Dah nak berbuka ni. Cepat turun,” kata Alin. Auni mengangguk
lalu pantas turun daripada katilnya.
Kerana
terlalu lama memikirkan mengenai Hakimi, Auni langsung tidak menyedari bahawa
waktu berbuka puasa sudah hampir tiba. Auni mengekori langkah Alin daripada
belakang. Ummi dan walid sudah menunggu mereka di meja makan.
3 comments:
smbng lagiii
Dah habis baca bab 5. Menunggu bab 6 =D
hai yunk!! follow u 525
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/