
ADDA menguntum senyum pada pegawai yang bertugas di kaunter bank tempat
dia menjalankan urusannya. Sesudah memasukkan dompetnya ke dalam tas tangan,
dia berlalu untuk keluar dari situ. Masih ramai pelanggan yang sedang menunggu
giliran untuk menjalankan urusan masing-masing.
Pintu kaca ditarik perlahan. Adda merenung sekilas pada jam di tangan.
Jam baru menginjak ke 12 tengah hari. Dia baru sahaja pulang dari urusan kerja
di luar pejabat sebelum singgah sebentar di bank bagi menunaikan cek yang dikirimkan
oleh sepupunya.
“ Bosan betullah sejak Auni tak ada ni,” keluh Adda perlahan. Auni
sedang bercuti sekarang. Katanya, Najwan mahu membawanya berbulan madu tetapi
Auni hanya mendiamkan diri sahaja tatkala disoal ke mana mereka ingin pergi kerana
Auni sendiri tidak tahu. Najwan masih lagi merahsiakan destinasi percutian
mereka.
Adda mengeluh lagi. Kepalanya menunduk sahaja ke kaki lima bangunan. Dia
agak kebosanan kerana dia hanya berseorangan ketika ini. Langkahnya terhenti
apabila menyedari ada seseorang yang berhenti betul-betul di hadapannya.
Kepalanya diangkat ke atas.
“ Tunduk aje, kenapa? Ada masalah?” tanya lelaki berkemeja kemas itu
sambil tersenyum. Adda tercengang-cengang. Lama dia memerhatikan lelaki itu
sebelum menyedari siapakah lelaki itu sebenarnya.
“ Awak rupanya, Ashraf. Ingatkan siapalah tadi,” kata Adda agak gugup.
Kenapa aku berdebar semacam aje ni?
Ashraf tergelak perlahan. Kepalanya digelengkan.
“ Saya baru pulang dari site.
Tak sangka boleh terserempak dengan awak kat sini. Awak nak ke mana? Sekarang
ni lunch time. Kita lunch sama-sama, nak?” pelawa Ashraf
tiba-tiba. Adda terpinga-pinga.
“ Err… saya…” Adda dah tak
tahu nak kata apa. Wajah Ashraf menunjukkan betapa dia mengharapkan Adda akan
menerima pelawaannya.
“ Tak boleh ke? Kalau…”
“ Bukan! Bukan! Err… maksud
saya… baiklah.” Adda bersetuju. Senyuman di wajah Ashraf kian melebar.
“ Kita ke kafe sana, nak? Saya pernah makan kat sana, makanan kat situ
sedap.” Ashraf menunjuk pada sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari
kedudukan mereka. Adda mengangguk lagi. Dia berjalan beriringan dengan Ashraf
menuju ke kafe yang dimaksudkan.
“ ABANG!”
“ Ya sayang?” Najwan
ketawa sakan.
“ Dahlah gelak tu! Nini
mengadu dengan opah baru tahu!” omel Auni geram. Tajam pandangannya pada Najwan
yang sedang galak mengetawakannya.
“ Adulah! Ingat abang takut? Abang dah jadi cucu kesayangan opah, tau?”
kata Najwan. Dia ketawa lagi. Kali ini dia terbaring di atas batas sawah kerana
tidak dapat menahan tawa.
Auni merengus. Bibirnya digigit kuat. Kalaulah Auni tahu macam ini
jadinya, dah sah dia tak bawa Najwan berjalan-jalan ke sawah milik opah dan
atuk. Habis baju yang dipakainya berlumuran dengan lumpur. Semuanya gara-gara
Najwan menolaknya ke dalam petak sawah. Nasib baik sahaja petak sawah itu tidak
terlalu dalam airnya. Muncung bibirnya tatkala Najwan bangun daripada
baringnya.
“ Ala… comelnya isteri abang,” kata Najwan dengan suara yang agak
mendayu. Auni hanya mencebik. Mahu sahaja dia turut sama menolak suaminya ke
dalam petak sawah itu. Biar sama-sama mandi lumpur!
“ Tidur luar malam ni,” kata Auni geram. Dia melihat kepada kemeja T yang tersarung di tubuhnya.
Memang sampai aje rumah opah, bilik airlah yang akan jadi sasaran utama. Mesti!
Mujur Auni memakai kemeja T yang berwarna agak gelap,
dibuatnya kemeja T putih yang
menjadi pilihan sebelum dia keluar tadi, memang naya sungguh nak basuh.
Sekurang-kurangnya kemeja T
yang berwarna agak gelap itu tidak terlalu terjejas dengan warna lumpur.
Auni menjeling suaminya yang masih mengetawakan dirinya. Najwan langsung
tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan berhenti daripada tawanya. Auni
menggeleng sebal.
Semalam, mereka berdua sampai ke rumah opah dan atuk Auni. Rupa-rupanya,
Najwan membawanya berbulan madu ke sini. Pada mulanya, mummy dan baba agak terkejut apabila diberitahu akan khabar itu
tetapi walid dan ummi biasa-biasa sahaja.
Mummy bising kenapa tak bawa
Auni ke Paris tetapi Najwan diam sahaja. Baba sahaja yang mengerti perancangan
anak sulungnya itu. Najwan mahu menenangkan fikiran di suasana desa. Jika ada
kesempatan barulah dia akan membawa Auni bercuti ke luar negara.
“
Siaplah abang bila kita dah sampai rumah opah.” Auni masih belum berhenti
mengomel. Sememangnya dia berasa geram yang teramat dengan insan bernama Najwan
Faqqimi itu. Mahu kena cekik-cekik aje barulah dia berpuas hati.
“ Abang cakap kat opah yang Nini jahat dengan abang,” balas Najwan
mudah. Auni mencebik lagi. Laju langkahnya meninggalkan Najwan di belakang.
Tercengang-cengang Najwan dengan tingkah isterinya itu.
“ Nini? Nak ke mana tu?” laung Najwan. Auni hanya mendiamkan diri.
Najwan tersengih. Auni dah
merajuk dan dialah yang akan jadi tukang pujuk tidak bertauliah isterinya.
Pantas dia berlari mendapatkan Auni yang sedang meniti batas-batas sawah untuk balik
rumah opah.
“ Ala… janganlah merajuk. Abang gurau aje,” kata Najwan. Bahu Auni
dipaut rapat. Auni mengerling sekilas pada wajah suaminya. Najwan mula
tersenyum.
“ Gurau apa macam ni? Habis kotor baju Nini,” kata Auni. Suaranya
merendah. Najwan tarik sengih serba salah.
“ Errr… sorry, ya?” kata Najwan. Tidak senang dengan ekpresi muka Auni
sekarang.
Auni mendiamkan diri seketika. Pandangannya ditebarkan ke sekitar
kawasan sawah yang menghijau. Dia tersenyum kecil.
“ Nini maafkan abang kalau…”
Najwan mula tersenyum lega. “ Kalau abang apa? Nini nak abang belanja
DVD K-dorama ke? DVD Flower Boy Next Door nak?” tanya Najwan. Auni tertawa
perlahan. Kepalanya digeleng.
“ Setakat DVD tu, Nini boleh beli sendiri. Nini nak abang buat…”
Pantas tangan Auni menolak Najwan ke dalam petak sawah yang berhampiran.
Riak di wajah Najwan berubah terkejut, tidak menyangka isterinya akan berbuat
demikian. Habis seluruh tubuhnya berlumuran dengan lumpur. Auni sudah cabut
lari meninggalkan suaminya di belakang. Tanpa berlengah-lengah lagi Najwan
segera bingkas daripada petak sawah itu lalu mengejar Auni.
“ Nini!”
Ternyata langkah larian Najwan yang panjang memudahkan dia mengejar Auni
yang sudah memasuki kawasan rumah opah dan atuk. Terjerit-jerit Auni apabila
pinggangnya dirangkul kemas oleh Najwan dari belakang. Opah yang baru muncul di
muka pintu dapur kelihatan terpinga-pinga dengan telatah kedua-dua cucunya itu.
Apatah lagi apabila melihat kedua-duanya berlumuran dengan lumpur.
“ Astagfirullahalazim! Apa yang dah kena dengan kamu berdua ni?” Opah
beristighfar panjang. Mana tidaknya, kedua-duanya muncul dengan lumpur yang
terpalit pada seluruh badan. Malah di muka masing-masing pun turut terdapat
kesan lumpur. Najwan yang hanya ketawa mula melepaskan tangannya daripada
pinggang Auni.
“ Abang Naj ni opah! Dia yang tolak adik masuk sawah!” adu Auni geram.
Dia segera mendapatkan opah lalu menyorok di belakang tubuh wanita itu. Najwan
mencebik.
“ Tak adalah opah! Naj main-main aje, Nini yang over!” balas Najwan. Auni berdiri bercekak pinggang. Geram dengan
balasan kata-kata suaminya.
“ Abang Naj yang mula dulu! Adik tak kacau dia pun!” Auni masih mengadu
pada opah tersayang manakala Najwan hanya tersengih.
“ Nak gurau pun tak boleh?” kata Najwan yang masih tersenyum sumbing.
Auni menggeleng pantas.
“ Tak boleh!” jawabnya pantas.
Opah sudah tertawa melihat telatah kedua-duanya. Apatah lagi dalam
keadaan comot sebegitu. Nama aje pengantin baharu, perangai kedua-duanya sama
naik dengan budak umur lima tahun. Manalah nak aman hidup.
“ Dah! Dah! Baru aje
kahwin dah gaduh macam ni? Dua-dua pergi mandi. Lepas ni baliklah atuk dari
pekan tu. Membebel pulak orang tua tu
nampak kamu macam ni. Kejap, opah pergi ambil tuala.”
Opah masuk kembali ke dapur tanpa mempedulikan Auni dan Najwan yang
masih berbalas mulut. Najwan mengerling pada wajah Auni yang masih masam.
Akhirnya dia tertawa lagi. Auni menjegilkan matanya.
“ Apa tengok-tengok?” katanya sedikit keras.
“ Tengok pun salah? Awak kan isteri saya?” jawab Najwan mudah. Auni
menggigit bibir. Kepalanya dipalingkan ke arah lain. Geram juga apabila melihat
sengih di wajah Najwan.
Seketika kemudian, opah muncul dengan dua helai tuala di tangan.
Kedua-duanya dihulurkan kepada Najwan dan Auni. Opah tersengih apabila melihat
wajah Auni yang masih lagi masam.
“ Adik masuk dalam, mandi. Dan kamu, Naj, mandi kat telaga tu. Opah
suruh bersiar-siar aje, bukan suruh masuk sawah berkubang macam kerbau. Ini
bukannya kerbau yang berkubang dalam tu, tapi kamu berdua pula yang berkubang
dalam sawah tu. Boleh jahanam semua padi opah.” Opah mengambil kesempatan ini
untuk memberi leteran percuma kepada kedua-duanya. Boleh tahan juga mulut opah
tatkala membebel.
Najwan yang masih tersengih menurut sahaja kata-kata opah. Sempat dia
mengenyit mata pada Auni yang mengekori opah masuk ke dalam rumah. Auni hanya
menjegilkan matanya seakan-akan memberi amaran ‘adu kat mummy nanti’.
Najwan gelak lagi. Dia masuk ke dalam kawasan berdindingkan kayu yang
menempatkan telaga. Pertama kali dalam hidupnya mandi di telaga.
Ketika awal-awal sampai
di rumah opah, dia sudah teruja apabila melihat telaga di belakang rumah itu.
Tetapi memandangkan dia masih tidak berpeluang untuk mandi di situ, terpaksa
sahaja dia memendamkan hasrat hatinya. Dek Auni yang menolaknya masuk ke dalam
petak sawah, dapat juga dia merasa peluang mandi di telaga.
AUNI membawa sedulang Nescafe panas dan biskut ke anjung rumah atuk dan
opah. Najwan sedang duduk bersantai di anjung. Opah dan atuk sudah pun tidur
lepas Isyak, letih benar nampaknya. Hanya tinggal mereka berdua sahaja yang
masih berjaga di rumah itu.
Mereka tidak ke rumah Siti sepanjang bercuti di kampung. Siti baru
sahaja ke Mekah bersama-sama Mak Nab jiran sekampung. Siti hanya ke sana untuk
mengerjakan umrah. Dah hampir seminggu Siti berada di tanah suci itu, selepas
beberapa hari majlis perkahwinan Auni dan Najwan diadakan.
“ Air, bang,” pelawa Auni
perlahan. Najwan tersentak. Pandangannya pada dada langit beralih pada Auni.
Cawan yang disua oleh isterinya diambil. Perlahan dia menghirup Nescafe yang
masih panas.
“ Macam mana ya E-jat sekarang?” kata Auni secara tiba-tiba. Dia
mendongak ke langit. Najwan tersenyum. Tiba-tiba sahaja isterinya teringatkan
E-jat yang jauh berada di Selangor sedangkan mereka kini berada di Kedah.
“ Miss our boy?” Cawan
diletakkan kembali di atas dulang. Auni mengangguk.
Najwan turut memerhati pada langit. Dia menghela nafas. Perlahan-lahan
dia menoleh pada Auni di sebelah.
“ Nini memang boleh terima
E-jat?” tanya Najwan. Kerutan muncul di dahi Auni. Dia menoleh pada Najwan. “
Kenapa tanya macam tu?”
Najwan tersenyum. “ Yalah, E-jat bukannya anak Nini, anak abang pun
bukan. Jadi, abang fikir yang…”
“ Nini boleh terima E-jat, bang,” ucap Auni memintas kata-kata Najwan.
Najwan hanya mengangguk. Dia tersenyum hambar. Agak terharu dengan keikhlasan
Auni menerima E-jat seadanya.
“ Thanks,” balas Najwan
perlahan. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan arwah Najwa. Banyak kenangan manis
antara dia dengan Najwa dahulu. Walau mereka kembar, namun tingkah mereka tidak
sama. Najwan gemar mengusik manakala Najwa pula lebih senyap.
“ Abang?” panggil Auni apabila sudah lama mereka membisu. Najwan menoleh
sekilas pada isterinya.
“ Kenapa?”
Auni kelihatan mahu menanyakan sesuatu, namun dia seperti teragak-agak
mahu mengutarakan soalannya. Najwan tertawa.
“ Nini nak tanya apa?” Nadanya dilembutkan. Auni tersenyum malu.
“ Abang… tak pernah bercinta?” tanya Auni. Wajahnya ditundukkan. Sudah
tentu mukanya sedang merah sekarang. Najwan tergelak.
“ Apa yang Nini fikir?” tanya Najwan. Suaranya masih dilembutkan seperti
tadi. Auni pantas menggeleng. Bahunya digoyangkan. Tawa Najwan kedengaran lagi.
“ Nope! Abang tak pernah fall
in love dengan mana-mana perempuan,” jawab Najwan. Auni mengerutkan dahi.
“ Tak pernah? Even just for once?” soal Auni kehairanan. Najwan
mengangguk lagi.
“ Abang tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa, apatah lagi bercinta.
Kalau setakat suka tu adalah. Tapi, kalau falling
in love, Auni gadis pertama yang abang mula jatuh cinta,” kata Najwan lagi
namun Auni masih lagi kehairanan.
Auni
sukar untuk mempercayai kata-kata suaminya itu. Mungkin benar suaminya tidak
pernah bercinta, tetapi takkanlah sehingga tidak pernah jatuh cinta pada
seorang gadis? Bukankah itu lumrah manusia. Mungkin suaminya sekadar mahu
menyedapkan hatinya. Auni malas mahu banyak bersoal jawab.
“ Tapi, abang kan study kat
Jepun dan UK dulu? Takkan tak sangkut dengan mana-mana perempuan?” tanya Auni.
Dia sekadar bertanya. Langsung tiada nada cemburu dalam pertanyaannya. Najwan
senyum. Kepalanya digeleng perlahan.
“ Tak pernah. Auni cinta pertama abang dan insya-Allah, you will be my forever love as long as He
wants me to love you,” penuh sabar Najwan menjawab. Auni mengangguk
teragak-agak. Dia malu sendiri. Najwan memang baik.
“ Nini pula? Tak pernah bercinta?” Soalan yang pada asalnya diutarakan
kepadanya, disoal kembali pada Auni. Auni pantas menggeleng.
“ Sama macam abang, Nini tak pernah bercinta,” jawab Auni. Najwan
tersengih.
“ Kiranya, kalau mummy dan
ummi tak berpakat nak jodohkan kita, Nini tak bercinta lagilah?” tanya Najwan.
Tawanya kedengaran kembali. Teragak-agak Auni mengangguk. Malu dengan
pengakuannya.
“ Kita dikira bertuah, Nini. Memang impian abang nak bercinta lepas
berkahwin. Lepas kahwin, kira halal dah semua. Nak dating ke apa. Sebab abang memang tak tahu nak kata apa dengan
orang muda zaman sekarang. Holding hands
even dah tau benda tu haram kalau belum kahwin, peluk, berdua-duaan kat
tempat sunyi,” kata Najwan.
Nafasnya dihela berat.
Auni yang hanya mendengar luahan suaminya agak terkejut apabila tiba-tiba
sahaja tangannya diraih Najwan. Najwan tersenyum, jemari isterinya diusap
perlahan.
“ Abang pun nak berterima kasih pada Nini sebab pandai jaga diri selama
ni dan abang janji abang akan jaga Nini dengan baik, insya-Allah,” sambungnya
lagi. Auni mengangguk. Senyumannya terukir manis untuk suaminya.
“ Insya-Allah.”
Najwan mengangguk. Dia berlapang dada kerana dikurniakan seorang isteri
yang solehah. Apa yang diharapkannya kini hanyalah masjid yang dibina ini dapat
dipertahankan sehingga akhir hayat mereka. Insya-Allah.
nota : Kepada semua pembaca 464 Untuk Nini, especially Ruunna Qizbal yang tak pernah jemu beri komen, terima kasih banyak-banyak2 :D Much appreciated it! Semua posts dalam blog ni Hana dah scheduled-kan awal-awal. Kalau tak, susah nak update every week or two :) Enjoy reading!
1 comment:
best2... nak lagiiiiii, sambung2...
harap Auni bukalah hati dia untuk Najwan...
Sama2 akak