
“
ADIK,” panggil opah dari pintu dapur. Tergesa-gesa
Auni meninggalkan Najwan dan atuk yang sedang duduk di pangkin yang berhadapan
dengan rumah. Pangkin itu teduh dengan teduhan pokok redang yang betul-betul
bersebelahan dengan pangkin buatan atuk itu. Mereka sedang leka menolong atuk
meraut pelepah pokok kelapa. Katanya atuk, atuk nak buat penyapu lidi. Opah
tersenyum apabila melihat lagak Auni yang agak kelam-kabut.
“ Nah, bawa kuih ni ke pangkin. Opah
nak buat air dulu,” kata opah. Auni mengangguk. Sepiring karipap dan kuih keria
yang masih panas dibawa ke halaman rumah. Najwan meletakkan pisau di atas
pangkin. Dia menyusun batang-batang lidi yang sudah siap diraut. Atuk pula
sedang leka mengikat lidi-lidi yang sudah disiapkannya.
“ Atuk, bang,” panggil Auni. Piring
yang berisi kuih diletakkan di hadapan atuk dan Najwan. Atuk menghentikan
kerjanya, senyuman terukir pada wajah tua itu.
“ Opah mana?” tanya atuk. Auni
menunjuk pada dapur.
“ Dapur. Opah kata nak buat air.”
Atuk mengangguk mengerti. Atuk bangun
dari pangkin itu lalu mengajak Najwan mencuci tangan terlebih dahulu. Sudah
agak lama Auni dan Najwan menolongnya meraut pelepah-pelepah tersebut. Sudah
tiba masanya untuk mereka berehat.
Tidak lama kemudian, opah muncul
dengan sedulang teh panas. Opah menyertai mereka bertiga di pangkin. Segera
Auni mengambil tempat di sisi opah. Pantang ada peluang, mesti dia mahu
bermanja dengan opah.
“ Makanlah, Naj. Kamu belum rasa lagi
karipap dan kuih keria yang opah buat,” pelawa opah. Piring itu disorong ke
hadapan Najwan. Najwan mengangguk. Senyumnya melebar. Auni pula mencebik.
“ Alah, opah. Macamlah dia tak pernah
makan masakan opah selama duduk kat kampung ni,” kata Auni. Najwan tersengih
mendengarkan omelan isterinya.
“ Jealous
ke sebab opah dah mula sayang abang ni?” tanya Najwan sekaligus mengundang tawa
opah dan atuk yang mendengarnya. Sebelah keningnya diangkat manakala bibirnya
tidak lekang daripada mengukir senyuman buat Auni.
Pantas Auni menggeleng. “ No! I’m not jealous, okay?”
“ Yeah?
I don’t think so. You’re being jealous because atuk and opah like me better
than you,” balas Najwan. Sekali lagi Auni menggeleng.
“ No!
Don’t be nonsense. I’m not jealous,” kata Auni lagi. Kali ini Najwan ketawa
pula.
“ Ala…”
“
Korang berdua ni fikir atuk dan opah faham ke apa yang kamu berdua
gaduhkan tu? Bosan atuk dan opah dengar kamu bergaduh ni. Sejak kamu berdua
balik kampung ni, hidup atuk dan opah payah betul nak aman,” atuk mencelah.
Opah tertawa. Dia mengangguk membenarkan kata-kata atuk.
Auni dan Najwan saling berpandangan
lama. Akhirnya, tawa mereka meledak juga. Atuk dan opah hanya mampu menggeleng
melihat tingkah mereka berdua. Memang macam budak-budak.
“ NINI~”
Auni
mengeluh kebosanan. Dia mengerling sekilas kepada Najwan yang menjadi
pembonceng setianya di belakang.
“ Nini nak
bawa abang ke mana ni? Siap dengan bekalan makanan dan beg pula tu,” tanya
Najwan bosan. Sudah berulang kali dia menyoal isterinya namun Auni hanya
menggeleng dan mengatakan ianya adalah rahsia. Malah, sekarang dia yang menjadi
pembonceng di belakang manakala Auni pula sedang mengayuh basikal sekarang.
“ Nini!” panggil Najwan lagi. Auni
membulatkan matanya lantas mengeluh. Dia menoleh sekilas pada Najwan. Bahaya
kalau toleh lama-lama, dibuatnya basikal yang sedang dikayuh olehnya terlanggar
bonggol jalan, buat malu aje kalau jatuh. Matanya kembali ditumpukan pada jalan
di hadapannya.
“ Abang ikut ajelah. Nini bukannya
suka-suka nak bawa abang, dahlah abang tu berat lagi daripada Nini. Bila kita
nak balik dari tempat tu, giliran abang pula bawa Nini,” balas Auni. Kedengaran
keluhan suaminya namun Auni hanya pekakkan telinga.
Basikal yang sedang dikayuh dibelok
ke kiri. Najwan agak terpaku apabila menyedari apa yang sedang menantinya di
hadapan sana. Auni menghentikan kayuhannya lantas meminta Najwan turun. Najwan
hanya menurut sahaja.
“ Sini ke Nini nak bawa abang?” tanya
Najwan. Matanya tidak lepas daripada melihat apa yang berada di hadapannya
dengan Auni kini. Auni mengangguk pantas. Dia ketawa kecil.
“ Tempat kegemaran Nini kalau balik
kampung. Abang tentu tak tahu tempat ni, kan? Sebab abang jarang balik
kampung,” kata Auni. Kawasan air terjun yang berada di hadapan mata menarik
perhatian mereka. Auni menarik Najwan berlari ke arah air terjun itu.
Air terjun di kampung itu masih
jernih airnya. Penduduk kampung amat menjaga kebersihan tempat itu sebagai
tempat untuk beriadah. Selepas melipat kaki seluar panjangnya, Auni terus
melompat masuk ke dalam sungai. Terpinga-pinga Najwan melihatkan aksi isterinya
yang seakan-akan kanak-kanak berusia lima tahun yang gemar bermain air.
“ Abang, tak nak join ke?” tanya
Auni. Najwan menarik senyum. Dia turut melipat kaki tracksuitnya.
“ Silap besarlah kalau Nini fikir
abang tak nak join,” balas Najwan.
Auni ketawa.
Mereka sama-sama memerhatikan
ikan-ikan yang sedang berenang dalam sungai yang masih jernih. Auni kelihatan
agak teruja apabila ikan-ikan itu mengelilinginya yang sedang memberi
cebisan-cebisan roti kepada ikan-ikan tersebut. Najwan mula ketawa melihatkan
aksi Auni.
“ Nini ni budak umur lima tahun ke?
Senang betul teruja dengan benda macam ni,” kata Najwan dengan sisa tawanya.
Auni mengangkat wajah. Dia mencebik.
“ Ya, Inche Najwan, jangan dengki boleh tak?” balas Auni geram. Dia
kembali menumpukan perhatian kepada ikan-ikan yang kini berkumpul di kakinya
pula. Najwan ketawa lagi.
Sesudah bermain air, Auni mengajak
Najwan naik ke tebing. Dia menghamparkan tikar kecil yang dibawa. Bekalan makanan
disusun di atas tikar. Mereka berdua duduk bersila.
“ Abang tak tahu pun yang kampung ni
ada air terjun. Siti tak pernah cakap pun,” cerita Najwan sambil mencicah
keropok lekor yang dibawa pada sos cili. Auni yang sedang mengunyah karipap
memandang suaminya.
“ Siti memang tak pernah beritahu
abang ke?” tanya Auni. Suaminya menggeleng.
Dia memang menjangkakan perkara
seperti itu. Sama ada Siti tidak pernah memberitahu Najwan atau Najwan terlupa
yang Siti pernah memberitahunya. Najwan pantas menggeleng.
“ Nini jangan fikir Nini lagi lama
kenal kampung ni, tau? Abang tinggal dengan Siti masa mummy dan baba di UK. Cuma, yalah, nak kenal sangat dengan kampung
ni tak boleh juga sebab abang SBP dulu,” kata Najwan. Auni mengangguk.
Patutlah…
Mata Najwan memerhati ke sekeliling
tempat itu. Senyumnya ditarik.
“ Orang kampung memang jaga betul ke
tempat ni? Bersih betul abang tengok,” tanya Najwan. Auni mengangguk lagi.
“ Haah.
Memang penduduk kampung jaga kawasan ni betul-betul. Nilah satu-satunya kawasan
riadah yang paling menarik kat kampung ni. Orang luar pun ramai yang tak tahu
pasal tempat ni sebab tempat ni tak dibuka untuk orang luar,” jelas Auni.
Najwan tersenyum. Kali ini dia mencapai karipap pula.
“ Baguslah kalau macam tu. Abang
ingat lagi masa abang tinggal kat Jepun dulu, bersih betul negara tu. Walau
plastik kecil pembungkus gula-gula pun mereka buang dalam tong sampah. Mereka
memang jaga benar adab mereka. Bagi abang, orang Jepun memang punya nilai-nilai
kehidupan Islam. Tengoklah cara mereka menghormati orang tua, rajin, sopan
dalam perlakuan. Cuma mereka bukannya beragama Islam. Bagi abang, kalau mereka
masuk Islam, tambah lagi dengan perlakuan beradab mereka sejak kecil lagi yang
sebati dalam masyarakat mereka sendiri, memang makin tip top amalan mereka lepas ni. Sayangnya, kita tak dapat pratikkan
semua tu di negara kita,” cerita Najwan panjang lebar. Auni agak khusyuk
mendengarnya.
“ Best
tak tinggal sana? Kalau Jepun dan Korea, abang suka yang satu lagi?” tanya
Auni. Kedua-duanya merupakan negara yang paling ingin dia kunjungi selain
daripada Mekah dan Madinah.
Auni
berminat untuk mengerjakan umrah, dia tertarik apabila melihat adegan dalam
drama Nur Kasih saat penggambaran dijalankan di Tanah Suci Mekah itu. Kehidupan
bermasyarakat di sana yang penuh dengan nilai-nilai keislaman menarik minatnya.
Najwan diam sejenak. Matanya kembali
pada wajah Auni. “ Abang lebih prefer
Jepun. Kalau Korea, gerakan Kristian negara tu lebih aktif berbanding di Jepun.
Kalau Nini betul-betul pandai jaga diri, tak apalah. Tapi, okey aje dua-dua
negara tu. It’s not a big deal if you can
keep your faith towards Allah.”
Auni mengangguk. Dia tersenyum.
“ Kalau ada masa, kita ke Mekah, nak?
Nini nak sangat kerjakan umrah. Then,
kita ke Jepun dan Korea pula. Nini teringin betul nak ke sana,” pinta Auni.
Najwan mengangguk.
“ Ai
ai, my lady,” balas Najwan. Auni tersenyum lagi. Dia meneruskan
kunyahannya.
TANGAN opah dan atuk disalami Auni.
Najwan yang baru sahaja meletakkan beg pakaiannya dan Auni di dalam bonet
belakang kereta berlari mendapatkan isterinya. Dia turut menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengan opah dan atuk.
“ Kami pergi dulu. Jaga diri opah,
atuk,” kata Najwan. Atuk mengangguk.
“ Jaga diri kamu berdua juga. Bila
ada masa, datanglah lagi. Atuk dan opah pun bukannya ke mana-mana. Tempat kami
kat kampung ni aje,” pesan atuk sambil berseloroh. Najwan mengangguk. Dia
mengukir senyum.
“ Insya-Allah.”
Auni pula sedang memeluk opah,
seakan-akan sukar untuk berpisah dengan opah kesayangannya itu. Opah mengusap
kepala cucunya itu. Wajah tua itu menarik senyum.
“ Semua barang dah masuk kereta, kan?
Karipap dan kerepek ubi tu opah dah bagi juga, kan?” tanya opah. Auni tertawa.
Dia berpaling kepada Najwan di sebelah.
“ Awal-awal lagi Abang Naj bawa masuk
kereta. Bimbang terlupa,” kata Auni. Tawa Auni disertai opah. Najwan hanya
tersengih.
“ Baiklah, atuk, opah. Kami pergi
dulu, ya? Assalamualaikum,” kata Najwan. Opah dan atuk mengangguk. Salam itu
dibalas perlahan. Mereka berdua memerhatikan sahaja Prius Najwan menghilang ke
jalan besar kampung itu.
Auni melambai pada atuk dan opah.
Gembira benar sebab dapat meluangkan masa bersama-sama atuk dan opah selama
seminggu. Apatah lagi sejak dia memasuki alam pekerjaan, sudah jarang-jarang
benar dia pulang ke kampung.
“ Nini~” mendayu suara Najwan
memanggil si isteri di sisi. Auni menoleh sekilas. Perhatian suaminya masih
lagi pada jalan raya di hadapan. Mereka baru sahaja memasuki jalan besar untuk
ke bandar.
“ Ya~” suara Auni sudah sama mendayu
seperti suaminya. Najwan tergelak mendengarkan nada suara Auni.
“
Semalam, abang ada terfikir pasal Ashraf dan Adda,” Najwan kembali
membuka mulut. Auni pula hanya mendiamkan diri. Dia benar-benar berminat dengan
apa yang ingin dikatakan oleh suaminya.
“ Nini pernah kata yang Adda tu single lagi, kan?” Najwan mengerling
sekilas pada Auni. Perlahan-lahan Auni mengangguk.
“ Abang pun pernah kata yang Ashraf
tu single juga, kan?” kata Najwan
lagi. Sekali lagi kepala Auni terangguk-angguk.
“ Abang fikir, abang nak satukan mereka
berdualah. Apa pendapat Nini?” tanya Najwan berterus-terang. Serentak dengan
itu juga rahang bawah Auni jatuh. Terlopong dia melihat pada wajah selamba
suaminya.
“ Nak… satukan mereka??? Abang ni
biar betul?” tanya Auni tidak percaya. Najwan mengangguk tanda mengiakan. Auni
tergamam.
“ Takkanlah Nini lupa apa yang jadi
dengan mereka masa kat hotel? Nini sendiri yang cakap Nini perasan yang si
Ashraf tu asyik tengok Adda aje kan? Ke Nini dah lupa?” tanya Najwan. Dia
menoleh kepada wajah isteri tercinta. Lampu trafik sudah bertukar kepada merah.
Perlahan Prius berhenti di jalan raya.
Berkerut dahi Auni mendengar
kata-kata suaminya. Dia langsung terlupa akan apa yang sudah dilihatnya itu.
Lama dia mendiamkan diri sebelum tanpa dijangka dahinya menjadi mangsa tepukan
tangan kanannya.
“ Haahlah…
camnelah Nini boleh lupa. Apalah,” Auni merungut sendirian. Najwan ketawa
lantas mencuit hidung isterinya.
“ Takkanlah isteri abang dah kena alzhemeir? Abang yang baru 30 tahun ni
pun kuat lagi ingatan,” usik Najwan. Auni hanya mencebik. Tangan suaminya
ditepis perlahan.
Kalau masuk bab mengata aku, nombor
satu! Benci!
“ Kalau kena alzhemeir pun, isteri abang juga kan?” rungut Auni. Najwan ketawa
lagi. Matanya kembali tertumpu pada jalan raya di hadapannya.
Kenderaan-kenderaan lain bergerak menyusuri jalan raya. Sekejap lagi, mereka
akan memasuki lebuh raya.
“ Jadi… kalau betul abang nak matchmaking diorang tu, apa plan abang?” Auni melanjutkan
pertanyaan. Najwan mendiamkan diri. Dia menarik senyum meleret. Bahunya
dijongketkan.
“ Entah. Tak tahu lagi.”
Dahi Auni berkerut lagi. Entah apalah
yang suaminya rancangkan. Bukan boleh percaya sangat pada otak suaminya itu.
Bermacam-macam idea yang pelik boleh difikirkan olehnya.
Auni
kembali mendiamkan diri. Matanya turut tertumpu pada jalan raya di hadapan. Dia
membiarkan sahaja Najwan dengan idea-ideanya. Bila tiba masanya, barulah dia
akan turut serta bersama-sama suaminya demi menjayakan idea Najwan itu. Suka
juga dia tengok Adda dan Ashraf tu. Sudah boleh nampak bayangan Ashraf menjabat
tangan bapa Adda sewaktu akad nikah. He
he.
ASHRAF dan Fritz keluar dari gelanggang
futsal bersama-sama kawan-kawan mereka yang lain. Mereka berdua mengatur
langkah menuju ke kafe yang sudah tersedia di kawasan permainan futsal itu.
Sahabat-sahabat mereka yang lain ditinggalkan di belakang.
“ Bila Qimi balik dari honeymoon?” Fritz melanjutkan pertanyaan
selepas melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Ashraf tersengih sahaja. Dia
menjongket bahu.
Di tangan masing-masing tergenggam
setin 100 Plus. Minuman istonik itu menjadi pilihan mereka selepas mengeluarkan
peluh di gelanggang futsal. Isotonik dapat mengimbangkan kembali kandungan
bendalir di dalam badan.
“ Kau fikir aku ni bini dia juga ke
tahu bila dia balik dari honeymoon?”
Ashraf berseloroh. Fritz ketawa. Lelaki berbangsa Cina itu menggelengkan kepalanya.
Tin 100 Plus dibawa ke bibir.
“ Kau kan jiran dia. Lepas majlis
Qimi dulu, dah lama aku tak jumpa dia. At
the hotel, he looked really happy
with his lady. Tak sangka betul aku. Diam-diam si Qimi, kahwin juga dia,”
kata Fritz. Ashraf ketawa sakan.
“ Aku pun tak sangka. Biarpun dia tak
bercinta pun dengan perempuan tu sebelum ni, tapi nampak gaya Qimi memang
betul-betul sayangkan his lady. Qimi’s
Auni should be proud. Qimi tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana
perempuan pun sebelum ni,” Ashraf mengeluarkan pendapatnya. Tawanya masih lagi
bersisa.
“ Kau pula bila nak kahwin? Qimi dah
kahwin, aku pun dah ada anak seorang. Tinggal kau aje,” kata Fritz. Lelaki itu
sebaya dengan mereka bertiga, namun Fritz sudah lama berkahwin dengan
Genevieve. Anak tunggal mereka, Alicia sudah pun menjangkau usia dua
tahun.
Ashraf agak terkedu mendengarkan
kata-kata Fritz. Namun, senyum Ashraf makin meleret. Di mindanya kini hanyalah
terdapat bayangan seseorang yang terasa sudah menambat hatinya.
“ Tak lama lagi kot.”
Tin 100 Plus kembali dibawa ke mulut.
Hatinya mula berbunga mekar.
1 comment:
smbng lagiiii.... Best