Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Sunday, September 22, 2013

464 Untuk Nini Bab 22



PANTAS kaki Adda menuju ke arah Auni yang baru sahaja keluar daripada Prius Najwan. Tidak sabar mahu berjumpa dengan sahabatnya itu setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Langkahnya diperlahankan apabila melihat Auni sudah memasuki lobi bangunan yang menempatkan firma arkitek dan hiasan dalaman milik Encik Adam serta beberapa buah syarikat yang lain.

          “ Awal-awal pagi lagi kau dah cari aku?” tanya Auni sambil tersengih. Adda tergelak perlahan.

          “ Sejak kau tak ada ni, demam rindu aku dibuatnya. Dulu asyik berkepit aje dengan kau, sekarang dah tak bolehlah,” kata Adda. Auni turut ketawa.

          Mereka berdua beiringan menuju ke lif. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 8:15 pagi. Masih terlalu awal. Para pekerja lain pun masih belum kelihatan. Yang sudah sampai barangkali berada di kafe di tingkat bawah untuk bersarapan.

          “ Apa cerita kau honeymoon? Puas betul aku sejak kau tak ada. Nak buat apa-apa pun aku asyik tersekat aje,” Adda mula mengadu, siap dengan gayanya sekali. Auni tersengih. Tahu benar perangai Adda yang gemar mengada-ngada apabila moodnya sudah terlebih baik.

          “ Biasa-biasa aje. Kalau kau nak tahu, kau kahwinlah cepat-cepat,” Auni mula mengusik. Adda menarik muncung.

          “ Calon pun tak ada lagi, nak kahwin macam mana?” rungut Adda. Senyum di wajah Auni makin meleret. Dia teringatkan perbualannya bersama-sama suaminya tempoh hari.

          “ Kalau kau nak, aku boleh carikan. Ramai kawan hubby aku yang berminat dengan kau,” Auni makin galak mengusik. Sengaja dia tekankan pada perkataan ‘kawan hubby aku’.

Pantas Adda menggeleng. Merah pipinya dek usikan Auni. Adda jarang begitu. Itulah punca Auni kian galak mengusik Adda. Seakan-akan ada perkara yang sedang disorokkan oleh sahabatnya itu.

          “ Tak nak aku. Entah-entah kau cari yang botak untuk aku,” rungut Adda dengan wajah yang masih merona merah. Auni menyeringai.

            “ Ashraf? Ashraf okey apa? Suka aku tengok kau dengan dia,” kata Auni lagi. Kali ini bertambah merah pada pipi Adda. Pantas Adda menggeleng.

“ Ashraf? Apasal kau pergi jaja nama kawan husband kau ni?” Adda merungut.

“ Iya ke? Mana tau nanti kau kahwin dengan dia?” Semakin seronok Auni ingin menggiat Adda melihatkan reaksi mencurigakan Adda. Merah pada pipi Adda memang jelas kelihatan pada matanya.

         Adda hanya buat bodoh sahaja dengan usikan Auni. Auni hanya mampu menggelengkan kepala. Apalah yang disorokkan oleh Adda daripadanya. Pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah keluar beriringan ke pejabat. Semakin lama semakin ramai rakan sepejabat yang memenuhi tingkat itu.


PINTU pejabat ditolak perlahan. Mata Najwan melilau ke sekeliling pejabatnya. Dia menarik senyum. Sudah hampir seminggu dia meninggalkan syarikat, sudah banyak fail yang bertimbun di atas meja. Macam manalah nak tinggalkan syarikat lama-lama kalau dalam masa seminggu sahaja sudah banyak fail yang bertimbun?

          Najwan menarik tabir tingkap. Sekejap sahaja pandangannya berlabuh pada pemandangan di luar pejabat sebelum interkom pejabatnya berbunyi. Cepat-cepat dia kembali ke meja kerjanya.

          “ Ya, Kak Aya? Rindukan saya ke panggil pagi-pagi ni?” sapa Najwan berlawak. Kak Aya, setiausahanya sejak awal dia bekerja lagi di syarikat bapanya. Perempuan yang sudah mempunyai dua anak itu sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.

          “ Banyaklah rindukan encik. Akak tak nak kena kejar dek bini encik,” balas Kak Aya selamba. Tawa Najwan mula menyapa telinga.

          “ Yalah, yalah. Ada apa, kak? Baba panggil ke?” tanya Najwan. Sebelah tangannya mencapai sebuah fail yang bersusun tinggi di atas meja kerjanya. Fail tebal itu dibelek.

          “ Bukan, Encik Adli yang datang,” jelas Kak Aya. Adli yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya mula tersengih.

          Najwan mengiakan sahaja. Tidak sampai seminit, ketukan sudah kedengaran di muka pintu pejabatnya. Adli yang lengkap dengan sut pejabatnya sudah berdiri di hadapan pintu.

          “ Nampak gaya tak sabar-sabar aje nak jumpa aku. Aku baru aje masuk office, kau dah sibuk nak jumpa aku,” tegur Najwan sambil ketawa. Adli turut ketawa. Dia mengambil tempat di hadapan meja kerja Najwan.

          “ Saja. Aku datang nak dengar cerita orang baru balik honeymoon. Honeymoon pula kat kampung, mana pernah dibuat orang. Paling-paling kurang pun, honeymoon kat dalam negara aje, kawasan pelancongan,” kata Adli. Tawa Najwan kedengaran lagi, namun masih teratur tawa yang dikeluarkan. Kepalanya digelengkan perlahan.

          “ Tak apalah, kiranya akulah orang yang pertama bawa bini honeymoon kat kampung. Bestlah, tak ada orang ganggu. Sambil-sambil tu, boleh buat aksi kejar-kejar kat tengah sawah. Kau pernah ke?” jawab Najwan selamba. Kali ini giliran Adli pula menggelengkan kepalanya.

          “ Macam-macamlah kau ni. Actually, aku datang ni nak bincang pasal fail yang bertimbun atas meja kau ni. Sejak kau cuti, aku yang jadi mangsa siapkan semua kerja kau. Awal-awal pagi lagi aku letak semua fail ni atas meja kau.”

         Mata Adli jatuh pada timbunan fail di atas meja Najwan. Najwan mula mengeluh. Tentu hari ini dia hanya peruntukkan untuk menyiapkan kesemua kerja yang bertangguh. Sengaja betul Adli ni nak seksa aku.

          “ Kau ni memang tak belas kasihanlah dengan aku. Mentang-mentang aku baru balik cuti, kau dah kerah aku dengan semua kerja ni,” rungut Najwan. Adli tersengih.

          “ Sekarang ni, kau bos atau aku bos? Kau bos kat sini, so semua ni kau kena siapkan. Kalau salah apa-apa, muka ni jugak yang kena. Macamlah aku tak tahu perangai kau kalau silap buat kerja,” kata Adli sambil menunding pada wajahnya sendiri.

          Nampak saja Najwan tu jenis cool, baik memanjang. Tapi, kalau dah tersilap dalam membuat kerja atau sebarang projek, singa kat zoo pun boleh kalah. Adli cukup kenal dengan perangai rakan sepejabatnya itu.

          Najwan menarik sengih. Dia mengangguk sekilas.

          “ Yalah, yalah. Dah, baik kau cepat ke office kau sebelum aku kerah kau tolong aku. Sama-sama hadap semua fail ni di pagi yang indah macam ni, kau nak?” ugut Najwan. Pantas Adli menggelengkan kepalanya. Dia bingkas bangun daripada duduknya.

          “ Aku keluar dulu. Selamat menghadap semua kerja ni, ya? Nasib kaulah,” kata Adli sebelum keluar dari pejabat Najwan. Pintu pejabat ditutup perlahan.

          “ Yalah, nasib akulah,” balas Najwan rendah. Dia menggelengkan kepalanya. Memang betullah aku kena hadap semua fail ni sehari suntuk. Adoi


SEKEPING kertas berwarna biru ditarik keluar daripada fail di atas meja. Lincah tangan Auni menggunting kertas itu agar berbentuk segi empat sama. Najwan pula sedang leka dengan kerjanya. Matanya yang hanya tertumpu pada skrin laptop pada asalnya, sesekali mencuri pandang pada si isteri. Dia menarik senyum.

         Tu tak lain tak bukan nak buat origami swanlah tu, fikir Najwan sejenak. Dia tersenyum lagi.

          Walau esok merupakan hari bekerja, namun mereka berdua masih lagi berjaga. Jam sudah menjangkau pukul 12 tengah malam. Najwan masih lagi sibuk dengan urusan pejabatnya manakala Auni pula sengaja melambat-lambatkan masa tidurnya. Tidak sampai hati melihat suaminya berjaga berseorangan katanya.

          “ Nini kan nak jadi isteri mithali,” itulah jawapan Auni setiap kali Najwan menyuruhnya naik tidur dahulu. Dan, Najwan akan ketawa sahaja. Padahal Auni memang spesies kelawar dan burung hantu yang berjaga malam.

          “ Nini pergilah tidur dulu. Esokkan nak kerja,” kata Najwan. Dell yang diletak atas riba berlapikkan bantal kecil dibawa ke atas meja. Dia menggeliat sepuas hati. Sudah lama dia duduk sahaja tanpa  menggerakkan bahagian bawah tubuhnya, terasa lenguh seluruh urat tubuhnya.

          “ Abang tak payahlah bimbang. Nini tak mengantuk lagilah. Nini dah biasa berjaga malam,” kata Auni rendah. Matanya hanya tertumpu pada kertas biru di tangan. Dia menarik senyum apabila melihat origami angsanya sudah menampakkan bentuk.

          Najwan senyum. Bukannya dia tidak kenal isterinya itu. Suka benar berjaga sampai lewat malam walau ada perkara penting yang harus dilaksanakan pada keesokkan harinya.

          “ Nini~”

          Auni cuba tahan diri daripada tersenyum. Kalau Najwan dah buat bunyi macam tu, adalah dia nak minta apa-apa tu. tolong buat airlah, sediakan makananlah, macam-macam!

          “ Nini~”

          Najwan berbunyi lagi. Auni mengangkat muka. Suaminya sudah tersenyum. Auni mencebik. Matanya melirik tajam pada wajah suaminya.

          “ Ada apa?” tanyanya perlahan. Origami swan yang sudah disiapkan diletakkan di atas meja. Lepas ini, dia akan masukkan swan itu ke dalam balang kaca.

          “ Pergi dapur, buatkan abang Nescafe,” pinta Najwan dengan sengihnya. Auni menengadah ke siling ruang tamu. Agak dah…

          “ Kalau Nini tak nak?” tanya Auni dengan sebelah kening yang terjongket. Najwan tahan senyum geram.

          “ Nini nak jadi isteri derhaka ke? Berdosa tahu ingkar perintah suami,” balas Najwan. Dia tersenyum apabila melihat wajah Auni berubah riak. Auni mengeluh.

          “ Yalah, yalah,” balasnya mengalah. Suka betul ugut macam tu. Auni merungut di dalam hati. Dia bangun lalu bergerak ke dapur. Deretan botol yang menempatkan serbuk kopi, gula dan krimer menyambut kedatangannya. Segelas mug dicapai.

          “ Abang!” panggil Auni dari dapur.

          “ Ya?” Najwan menyahut. Dia membuka televisyen, cuba mencari siaran yang menarik minatnya.

          “ Instant or original?” laung Auni lagi.

          “ Original!” sahut Najwan lagi. Kali ini matanya melekat pada saluran Cartoon Network.

          “ Nak creamer ke tak?” sekali lagi Auni melaung. Kali ini dengan sengih di bibir.

          “ Tamau!

          “ Honey or sugar?”

          “ Honey!”

          Nini ni saja aje. Macamlah dia tak tahu aku tak minum instant and creamer. Aku minum kopi asli dari serbuk kopi aje. Dia sorang aje manusia kat rumah ni yang minum instant. Dahlah instant, tambah lagi creamer tu. Nini, Nini…

          “ Siap!”

          Auni masuk ke ruang tamu bersama-sama segelas mug. Dia tergelak perlahan apabila melihat Najwan merenungnya dengan tajam. Maksud di sebalik renungan tajam itu sememangnya sudah dia ketahui walaupun tanpa pemberitahuan daripada Najwan.

          “ Nini ni memang sengaja, kan? Macamlah Nini tak tahu abang minum kopi apa,” omel Najwan. Mug di tangan Auni bertukar tangan. Auni hanya tersengih. Kan dah kata? Pasal tu aje Najwan buat muka konon-konon nak marah tu.

          “ Saja. Nak buli abang. Tu baru sikit, abang lagi banyak buli Nini,” balas Auni selamba. Najwan hanya mampu menggelengkan kepalanya. Nasiblah dapat isteri yang masih tidak matang macam Nini ni. Nasib, nasib…

          “ Abang!”

          “ Apa?” Najwan tersentak. Apahal tiba-tiba pula ni?

          “ Abang kutuk Nini, yek? I can see it through your eyes,” kata Auni. Dia menyeringai. Matanya tidak lepas daripada merenung wajah suaminya yang sudah berubah. Najwan sengih serba salah.

          “ Kalau abang kutuk pun, isteri abang jugak kan?” balas Najwan mudah. Cuba mengawal dirinya yang sudah menggelabah kerana Auni sudah merenungnya tajam.

          “ Abang!”

          Sebiji bantal kecil dilempar pada Najwan. Najwan ketawa lantas mengelak.

           “ Nini memang nak kena dengan abang ya?” tanya Najwan. Mug yang masih bersisa dengan Nescafe diletakkan di atas meja. Najwan bingkas bangun daripada sofanya. Setapak demi setapak dia menghampiri Auni yang sedang berdiri di hadapan sofa tunggal.

            “ A…abang nak buat apa ni?” Auni mula cuak apabila Najwan sudah mengeluarkan aura bad boynya. Siapa sangka Najwan Faqqimi tidak tahu berkelakuan bad boy? Hanya dengan Auni Ammaleeyna sahaja aura itu akan dikeluarkan oleh Najwan.

            Najwan hanya diam. Lagilah Auni cuak apabila si suami sudah mendiamkan diri. Menyeringai sahaja mata Najwan merenung pada wajah cuak isterinya. Tangannya didepangkan lalu diangkat ke atas. Seperti lagak zombi pula gayanya.

            “ Tak nak!”

            Cepat-cepat Auni berlari naik ke tingkat atas. Tidak lama kemudian sudah kedengaran bunyi pintu ditutup. Di tingkat bawah, Najwan sudah tidak mampu menahan tawanya daripada terburai.

            Nini, Nini. Takut betul kalau kena acah macam tu. Ha ha ha.


Sunday, September 8, 2013

464 Untuk Nini Bab 21



“ ADIK,” panggil opah dari pintu dapur. Tergesa-gesa Auni meninggalkan Najwan dan atuk yang sedang duduk di pangkin yang berhadapan dengan rumah. Pangkin itu teduh dengan teduhan pokok redang yang betul-betul bersebelahan dengan pangkin buatan atuk itu. Mereka sedang leka menolong atuk meraut pelepah pokok kelapa. Katanya atuk, atuk nak buat penyapu lidi. Opah tersenyum apabila melihat lagak Auni yang agak kelam-kabut.

          “ Nah, bawa kuih ni ke pangkin. Opah nak buat air dulu,” kata opah. Auni mengangguk. Sepiring karipap dan kuih keria yang masih panas dibawa ke halaman rumah. Najwan meletakkan pisau di atas pangkin. Dia menyusun batang-batang lidi yang sudah siap diraut. Atuk pula sedang leka mengikat lidi-lidi yang sudah disiapkannya.

          “ Atuk, bang,” panggil Auni. Piring yang berisi kuih diletakkan di hadapan atuk dan Najwan. Atuk menghentikan kerjanya, senyuman terukir pada wajah tua itu.

          “ Opah mana?” tanya atuk. Auni menunjuk pada dapur.

          “ Dapur. Opah kata nak buat air.”

          Atuk mengangguk mengerti. Atuk bangun dari pangkin itu lalu mengajak Najwan mencuci tangan terlebih dahulu. Sudah agak lama Auni dan Najwan menolongnya meraut pelepah-pelepah tersebut. Sudah tiba masanya untuk mereka berehat.

          Tidak lama kemudian, opah muncul dengan sedulang teh panas. Opah menyertai mereka bertiga di pangkin. Segera Auni mengambil tempat di sisi opah. Pantang ada peluang, mesti dia mahu bermanja dengan opah.

          “ Makanlah, Naj. Kamu belum rasa lagi karipap dan kuih keria yang opah buat,” pelawa opah. Piring itu disorong ke hadapan Najwan. Najwan mengangguk. Senyumnya melebar. Auni pula mencebik.

          “ Alah, opah. Macamlah dia tak pernah makan masakan opah selama duduk kat kampung ni,” kata Auni. Najwan tersengih mendengarkan omelan isterinya.

          “ Jealous ke sebab opah dah mula sayang abang ni?” tanya Najwan sekaligus mengundang tawa opah dan atuk yang mendengarnya. Sebelah keningnya diangkat manakala bibirnya tidak lekang daripada mengukir senyuman buat Auni.

          Pantas Auni menggeleng. “ No! I’m not jealous, okay?

          “ Yeah? I don’t think so. You’re being jealous because atuk and opah like me better than you,” balas Najwan. Sekali lagi Auni menggeleng.

          “ No! Don’t be nonsense. I’m not jealous,” kata Auni lagi. Kali ini Najwan ketawa pula.

          “ Ala…”

          “  Korang berdua ni fikir atuk dan opah faham ke apa yang kamu berdua gaduhkan tu? Bosan atuk dan opah dengar kamu bergaduh ni. Sejak kamu berdua balik kampung ni, hidup atuk dan opah payah betul nak aman,” atuk mencelah. Opah tertawa. Dia mengangguk membenarkan kata-kata atuk.

          Auni dan Najwan saling berpandangan lama. Akhirnya, tawa mereka meledak juga. Atuk dan opah hanya mampu menggeleng melihat tingkah mereka berdua. Memang macam budak-budak.


“ NINI~”

Auni mengeluh kebosanan. Dia mengerling sekilas kepada Najwan yang menjadi pembonceng setianya di belakang.

“ Nini nak bawa abang ke mana ni? Siap dengan bekalan makanan dan beg pula tu,” tanya Najwan bosan. Sudah berulang kali dia menyoal isterinya namun Auni hanya menggeleng dan mengatakan ianya adalah rahsia. Malah, sekarang dia yang menjadi pembonceng di belakang manakala Auni pula sedang mengayuh basikal sekarang.

          “ Nini!” panggil Najwan lagi. Auni membulatkan matanya lantas mengeluh. Dia menoleh sekilas pada Najwan. Bahaya kalau toleh lama-lama, dibuatnya basikal yang sedang dikayuh olehnya terlanggar bonggol jalan, buat malu aje kalau jatuh. Matanya kembali ditumpukan pada jalan di hadapannya.

          “ Abang ikut ajelah. Nini bukannya suka-suka nak bawa abang, dahlah abang tu berat lagi daripada Nini. Bila kita nak balik dari tempat tu, giliran abang pula bawa Nini,” balas Auni. Kedengaran keluhan suaminya namun Auni hanya pekakkan telinga.

          Basikal yang sedang dikayuh dibelok ke kiri. Najwan agak terpaku apabila menyedari apa yang sedang menantinya di hadapan sana. Auni menghentikan kayuhannya lantas meminta Najwan turun. Najwan hanya menurut sahaja.

          “ Sini ke Nini nak bawa abang?” tanya Najwan. Matanya tidak lepas daripada melihat apa yang berada di hadapannya dengan Auni kini. Auni mengangguk pantas. Dia ketawa kecil.

          “ Tempat kegemaran Nini kalau balik kampung. Abang tentu tak tahu tempat ni, kan? Sebab abang jarang balik kampung,” kata Auni. Kawasan air terjun yang berada di hadapan mata menarik perhatian mereka. Auni menarik Najwan berlari ke arah air terjun itu.

          Air terjun di kampung itu masih jernih airnya. Penduduk kampung amat menjaga kebersihan tempat itu sebagai tempat untuk beriadah. Selepas melipat kaki seluar panjangnya, Auni terus melompat masuk ke dalam sungai. Terpinga-pinga Najwan melihatkan aksi isterinya yang seakan-akan kanak-kanak berusia lima tahun yang gemar bermain air.

          “ Abang, tak nak join ke?” tanya Auni. Najwan menarik senyum. Dia turut melipat kaki tracksuitnya.

          “ Silap besarlah kalau Nini fikir abang tak nak join,” balas Najwan. Auni ketawa.

          Mereka sama-sama memerhatikan ikan-ikan yang sedang berenang dalam sungai yang masih jernih. Auni kelihatan agak teruja apabila ikan-ikan itu mengelilinginya yang sedang memberi cebisan-cebisan roti kepada ikan-ikan tersebut. Najwan mula ketawa melihatkan aksi Auni.

          “ Nini ni budak umur lima tahun ke? Senang betul teruja dengan benda macam ni,” kata Najwan dengan sisa tawanya. Auni mengangkat wajah. Dia mencebik.

          “ Ya, Inche Najwan, jangan dengki boleh tak?” balas Auni geram. Dia kembali menumpukan perhatian kepada ikan-ikan yang kini berkumpul di kakinya pula. Najwan ketawa lagi.

          Sesudah bermain air, Auni mengajak Najwan naik ke tebing. Dia menghamparkan tikar kecil yang dibawa. Bekalan makanan disusun di atas tikar. Mereka berdua duduk bersila.

          “ Abang tak tahu pun yang kampung ni ada air terjun. Siti tak pernah cakap pun,” cerita Najwan sambil mencicah keropok lekor yang dibawa pada sos cili. Auni yang sedang mengunyah karipap memandang suaminya.

          “ Siti memang tak pernah beritahu abang ke?” tanya Auni. Suaminya menggeleng.

          Dia memang menjangkakan perkara seperti itu. Sama ada Siti tidak pernah memberitahu Najwan atau Najwan terlupa yang Siti pernah memberitahunya. Najwan pantas menggeleng.

          “ Nini jangan fikir Nini lagi lama kenal kampung ni, tau? Abang tinggal dengan Siti masa mummy dan baba di UK. Cuma, yalah, nak kenal sangat dengan kampung ni tak boleh juga sebab abang SBP dulu,” kata Najwan. Auni mengangguk. Patutlah…

          Mata Najwan memerhati ke sekeliling tempat itu. Senyumnya ditarik.

          “ Orang kampung memang jaga betul ke tempat ni? Bersih betul abang tengok,” tanya Najwan. Auni mengangguk lagi.

          “ Haah. Memang penduduk kampung jaga kawasan ni betul-betul. Nilah satu-satunya kawasan riadah yang paling menarik kat kampung ni. Orang luar pun ramai yang tak tahu pasal tempat ni sebab tempat ni tak dibuka untuk orang luar,” jelas Auni. Najwan tersenyum. Kali ini dia mencapai karipap pula.

          “ Baguslah kalau macam tu. Abang ingat lagi masa abang tinggal kat Jepun dulu, bersih betul negara tu. Walau plastik kecil pembungkus gula-gula pun mereka buang dalam tong sampah. Mereka memang jaga benar adab mereka. Bagi abang, orang Jepun memang punya nilai-nilai kehidupan Islam. Tengoklah cara mereka menghormati orang tua, rajin, sopan dalam perlakuan. Cuma mereka bukannya beragama Islam. Bagi abang, kalau mereka masuk Islam, tambah lagi dengan perlakuan beradab mereka sejak kecil lagi yang sebati dalam masyarakat mereka sendiri, memang makin tip top amalan mereka lepas ni. Sayangnya, kita tak dapat pratikkan semua tu di negara kita,” cerita Najwan panjang lebar. Auni agak khusyuk mendengarnya.

          “ Best tak tinggal sana? Kalau Jepun dan Korea, abang suka yang satu lagi?” tanya Auni. Kedua-duanya merupakan negara yang paling ingin dia kunjungi selain daripada Mekah dan Madinah.

Auni berminat untuk mengerjakan umrah, dia tertarik apabila melihat adegan dalam drama Nur Kasih saat penggambaran dijalankan di Tanah Suci Mekah itu. Kehidupan bermasyarakat di sana yang penuh dengan nilai-nilai keislaman menarik minatnya.

          Najwan diam sejenak. Matanya kembali pada wajah Auni. “ Abang lebih prefer Jepun. Kalau Korea, gerakan Kristian negara tu lebih aktif berbanding di Jepun. Kalau Nini betul-betul pandai jaga diri, tak apalah. Tapi, okey aje dua-dua negara tu. It’s not a big deal if you can keep your faith towards Allah.”

          Auni mengangguk. Dia tersenyum.

          “ Kalau ada masa, kita ke Mekah, nak? Nini nak sangat kerjakan umrah. Then, kita ke Jepun dan Korea pula. Nini teringin betul nak ke sana,” pinta Auni. Najwan mengangguk.

          “ Ai ai, my lady,” balas Najwan. Auni tersenyum lagi. Dia meneruskan kunyahannya.


TANGAN opah dan atuk disalami Auni. Najwan yang baru sahaja meletakkan beg pakaiannya dan Auni di dalam bonet belakang kereta berlari mendapatkan isterinya. Dia turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan opah dan atuk.

          “ Kami pergi dulu. Jaga diri opah, atuk,” kata Najwan. Atuk mengangguk.

          “ Jaga diri kamu berdua juga. Bila ada masa, datanglah lagi. Atuk dan opah pun bukannya ke mana-mana. Tempat kami kat kampung ni aje,” pesan atuk sambil berseloroh. Najwan mengangguk. Dia mengukir senyum.

          “ Insya-Allah.”

          Auni pula sedang memeluk opah, seakan-akan sukar untuk berpisah dengan opah kesayangannya itu. Opah mengusap kepala cucunya itu. Wajah tua itu menarik senyum.

          “ Semua barang dah masuk kereta, kan? Karipap dan kerepek ubi tu opah dah bagi juga, kan?” tanya opah. Auni tertawa. Dia berpaling kepada Najwan di sebelah.

          “ Awal-awal lagi Abang Naj bawa masuk kereta. Bimbang terlupa,” kata Auni. Tawa Auni disertai opah. Najwan hanya tersengih.

          “ Baiklah, atuk, opah. Kami pergi dulu, ya? Assalamualaikum,” kata Najwan. Opah dan atuk mengangguk. Salam itu dibalas perlahan. Mereka berdua memerhatikan sahaja Prius Najwan menghilang ke jalan besar kampung itu.

          Auni melambai pada atuk dan opah. Gembira benar sebab dapat meluangkan masa bersama-sama atuk dan opah selama seminggu. Apatah lagi sejak dia memasuki alam pekerjaan, sudah jarang-jarang benar dia pulang ke kampung.

          “ Nini~” mendayu suara Najwan memanggil si isteri di sisi. Auni menoleh sekilas. Perhatian suaminya masih lagi pada jalan raya di hadapan. Mereka baru sahaja memasuki jalan besar untuk ke bandar.

          “ Ya~” suara Auni sudah sama mendayu seperti suaminya. Najwan tergelak mendengarkan nada suara Auni.

          “  Semalam, abang ada terfikir pasal Ashraf dan Adda,” Najwan kembali membuka mulut. Auni pula hanya mendiamkan diri. Dia benar-benar berminat dengan apa yang ingin dikatakan oleh suaminya.

          “ Nini pernah kata yang Adda tu single lagi, kan?” Najwan mengerling sekilas pada Auni. Perlahan-lahan Auni mengangguk.

          “ Abang pun pernah kata yang Ashraf tu single juga, kan?” kata Najwan lagi. Sekali lagi kepala Auni terangguk-angguk.

          “ Abang fikir, abang nak satukan mereka berdualah. Apa pendapat Nini?” tanya Najwan berterus-terang. Serentak dengan itu juga rahang bawah Auni jatuh. Terlopong dia melihat pada wajah selamba suaminya.

          “ Nak… satukan mereka??? Abang ni biar betul?” tanya Auni tidak percaya. Najwan mengangguk tanda mengiakan. Auni tergamam.

          “ Takkanlah Nini lupa apa yang jadi dengan mereka masa kat hotel? Nini sendiri yang cakap Nini perasan yang si Ashraf tu asyik tengok Adda aje kan? Ke Nini dah lupa?” tanya Najwan. Dia menoleh kepada wajah isteri tercinta. Lampu trafik sudah bertukar kepada merah. Perlahan Prius berhenti di jalan raya.

          Berkerut dahi Auni mendengar kata-kata suaminya. Dia langsung terlupa akan apa yang sudah dilihatnya itu. Lama dia mendiamkan diri sebelum tanpa dijangka dahinya menjadi mangsa tepukan tangan kanannya.

          “ Haahlah… camnelah Nini boleh lupa. Apalah,” Auni merungut sendirian. Najwan ketawa lantas mencuit hidung isterinya.

          “ Takkanlah isteri abang dah kena alzhemeir? Abang yang baru 30 tahun ni pun kuat lagi ingatan,” usik Najwan. Auni hanya mencebik. Tangan suaminya ditepis perlahan.

          Kalau masuk bab mengata aku, nombor satu! Benci!

          “ Kalau kena alzhemeir pun, isteri abang juga kan?” rungut Auni. Najwan ketawa lagi. Matanya kembali tertumpu pada jalan raya di hadapannya. Kenderaan-kenderaan lain bergerak menyusuri jalan raya. Sekejap lagi, mereka akan memasuki lebuh raya.

          “ Jadi… kalau betul abang nak matchmaking diorang tu, apa plan abang?” Auni melanjutkan pertanyaan. Najwan mendiamkan diri. Dia menarik senyum meleret. Bahunya dijongketkan.

          “ Entah. Tak tahu lagi.”

          Dahi Auni berkerut lagi. Entah apalah yang suaminya rancangkan. Bukan boleh percaya sangat pada otak suaminya itu. Bermacam-macam idea yang pelik boleh difikirkan olehnya.

Auni kembali mendiamkan diri. Matanya turut tertumpu pada jalan raya di hadapan. Dia membiarkan sahaja Najwan dengan idea-ideanya. Bila tiba masanya, barulah dia akan turut serta bersama-sama suaminya demi menjayakan idea Najwan itu. Suka juga dia tengok Adda dan Ashraf tu. Sudah boleh nampak bayangan Ashraf menjabat tangan bapa Adda sewaktu akad nikah. He he.


ASHRAF dan Fritz keluar dari gelanggang futsal bersama-sama kawan-kawan mereka yang lain. Mereka berdua mengatur langkah menuju ke kafe yang sudah tersedia di kawasan permainan futsal itu. Sahabat-sahabat mereka yang lain ditinggalkan di belakang.

          “ Bila Qimi balik dari honeymoon?” Fritz melanjutkan pertanyaan selepas melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Ashraf tersengih sahaja. Dia menjongket bahu.

          Di tangan masing-masing tergenggam setin 100 Plus. Minuman istonik itu menjadi pilihan mereka selepas mengeluarkan peluh di gelanggang futsal. Isotonik dapat mengimbangkan kembali kandungan bendalir di dalam badan.

         “ Kau fikir aku ni bini dia juga ke tahu bila dia balik dari honeymoon?” Ashraf berseloroh. Fritz ketawa. Lelaki berbangsa Cina itu menggelengkan kepalanya. Tin 100 Plus dibawa ke bibir.

          “ Kau kan jiran dia. Lepas majlis Qimi dulu, dah lama aku tak jumpa dia. At the hotel, he looked really happy with his lady. Tak sangka betul aku. Diam-diam si Qimi, kahwin juga dia,” kata Fritz. Ashraf ketawa sakan.

          “ Aku pun tak sangka. Biarpun dia tak bercinta pun dengan perempuan tu sebelum ni, tapi nampak gaya Qimi memang betul-betul sayangkan his lady. Qimi’s Auni should be proud. Qimi tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan pun sebelum ni,” Ashraf mengeluarkan pendapatnya. Tawanya masih lagi bersisa.

          “ Kau pula bila nak kahwin? Qimi dah kahwin, aku pun dah ada anak seorang. Tinggal kau aje,” kata Fritz. Lelaki itu sebaya dengan mereka bertiga, namun Fritz sudah lama berkahwin dengan Genevieve. Anak tunggal mereka, Alicia sudah pun menjangkau usia dua tahun. 

         Ashraf agak terkedu mendengarkan kata-kata Fritz. Namun, senyum Ashraf makin meleret. Di mindanya kini hanyalah terdapat bayangan seseorang yang terasa sudah menambat hatinya.

          “ Tak lama lagi kot.”

          Tin 100 Plus kembali dibawa ke mulut. Hatinya mula berbunga mekar.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...