
AUNI dah berair air mata menghadap bawang merah yang sedang dihirisnya.
Ummi hanya tersenyum melihat mata merah anak bongsunya itu. Ummi kembali
menghadap kuah tom yam di hadapan. Baru sahaja ummi mengacau, berdesup bunyi
kat belakang sebelum disusuli dengan bunyi air melimpah ke sinki. Ummi pantas
menoleh.
“ Adik?” Muka ummi dah berkerut-kerut. Auni pantas menoleh daripada
sinki dengan muka yang basah.
“ Adik tak tahanlah, pedih sangat,” adu Auni seakan-akan kanak-kanak
kecil. Matanya digosok berulang kali. Ummi tahan gelak.
“ Camnelah nak masak untuk
suami kalau macam ni,” kata ummi. Puan Mariam kembali menghadap kuah tom yam di
hadapan.
Auni mencebik. Pasal tu jugaklah
yang ummi nak keluarkan. Nak suruh aku nikah cepat-cepat ke?
“ Adik,” seru ummi tanpa menoleh. Auni menyahut.
“ Adik ikut ya ke rumah Auntie
Sofi petang esok? Angah tak boleh pergi, ada majlis buka puasa dengan company dia. Along pulak kena buka puasa kat rumah Auntie
Zah. Boleh ya, dik?”
Auntie Zah. Mentua kesayangan Along.
Boleh kata yang Alongnya itu menantu kesayangan Auntie Zah. Mana tidaknya, jika Auntie
Zah memerlukan bantuan untuk ke mana-mana atau menguruskan sesuatu, Alonglah
orang pertama yang akan dicari walaupun anaknya yang lain masih lagi ada.
Kesanggupan Along memenuhi setiap permintaan wanita itu menyebabkan Auntie Zah amat menyayangi Along
berbanding menantu-menantunya yang lain.
“ Okey, lagipun kalau adik tak ikut, adik nak bukak puasa dengan sapa?
Dahlah ummi dan walid tak ada, Angah dengan Along pun tak ada. Baik adik ikut,”
balas Auni yang kembali berperang dengan bawang merah di tangannya.
Ummi gelak lagi. “ Tahu takpe.”
Ummi kembali dengan tom yam yang masih panas. Usai mengecilkan api, ummi
mula berhajat mahu ke bilik air. Baru sahaja ummi ingin berlalu dari situ, mula
kedengaran suara Auni kembali.
“ Ummi! Pedihlah mata!”
Ummi gelak lagi.
BARU sahaja Auni masuk ke dalam pejabat sebaik sahaja ditegur oleh Firas
yang baru sahaja pulang dari Holland. Tambah pelik lagi dengan huluran lelaki
itu. Sebuah bungkusan yang berbalut cantik berada dalam tangan Firas. Kening
Auni bercantum.
“ Kau buang tabiat ke ni?” tanya
Auni pelik. Punyalah selama ni Firas tak pernah membalut walau satu pun
pemberiannya jika memberi hadiah. Hari ni balut pula? Aneh, aneh.
Firas sengih tawar. “ Kot ya
pun kau terimalah dulu hadiah aku ni. Hadiah kau ni special sikit sebab kau dah tolong aku time aku tak ada kat sini.”
“ Oh, kau cakap pasal plan
hotel tu ke? Tak ada apa-apalah, dah Encik Adam suruh aku uruskan, aku ikut
aje. Bak sini hadiah tu, manalah tahu
kau bagi biskut kering je ke,” kata
Auni. Bungkusan di tangan Firas diambil.
“ Buruk sangka betullah kau dengan aku. Apa punya kawanlah,” balas
Firas. Auni hanya buat donno.
Bungkusan dibuka dengan berhati-hati. Mahu sahaja Auni terjerit apabila
melihat isi dalam kotak itu. Muka Firas direnung tidak percaya.
“ Tote bag TVXQ yang limited edition? Mana kau dapat?
Punyalah susah aku nak cari kat KL ni,” kata Auni teruja. Tote bag hitam di tangan direnung. Haru punya Firas, tote bag pun nak bungkus dalam kotak
besar. Fail bab membungkus hadiah
betullah kawan aku ni.
“ Rezeki kau agaknya. Time aku
jalan-jalan tengah bandar lepas meeting
tu, Encik Adam call aku. Sanggup pulak dia call aku malam-malam buta cuma sebab nak cakap pasal kau yang
tolong handle prob tu. Elok aje lepas
tu, aku masuk satu kedai tu. Terkezut
beruk aku bila masuk je,
barang-barang Kpop ada banyak. Yang ni pun yang last. Aku teringat time
yang kau bising pasal TVXQ dulu, sebab tu aku bajet yang kau minat mamat-mamat ni sume,” jelas Firas.
Sengih di bibir Auni lebar. “ Memanglah aku sayang gilerrrrr dengan kau, Firas.”
“ Dahlah, baik aku pergi sambung buat kerja. Ganggu masa kau pulak. Aku nak kena ke Al-Azwar ni, nak
bincang pasal plan tu lagi,” kata
Firas lagi. Auni pantas mengangguk.
“ Okay. Arigatou ne (terima kasih).
Memang dah lama aku cari tote bag
ni.”
“ Naa… no prob. Aku yang patut
berterima kasih,” balas Firas sebelum berlalu. Sengih Auni makin melebar. Tote bag di tangan direnung. Happynya!!!
Acer AO Happy yang berwarna biru muda diletak di atas meja lantas
dibuka. Sementara menunggu loading,
Auni menyimpan tote bag berharganya
itu di dalam laci. Habis sahaja loading,
Google dibuka. Dia perlu membuat beberapa penyelidikan berkaitan dengan seni
bina masjid di luar negara. Encik Adam yang beria-ria mahu dia menyertai projek
itu memandangkan Firas sudah terlibat dengan projek bersama Al-Azwar.
“ Haaa!!!”
Tersentap Auni dengan teguran itu. Dia pantas mengangkat wajah. Adda
sedang tersengih-sengih di hadapannya kini.
“ Apasal kau ni? Terkejut aku,” bebel Auni. Kali ini Adda ketawa pula.
Langsung tidak terkesan dengan bebelan Auni. Makin galak dia ketawa adalah.
“ Kau balik pukul berapa hari ni?” tanya
Adda. Matanya lekat pada balang yang sudah berhias cantik yang penuh berisi
dengan origami swan buatan Auni. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya setiap
kali melihat Auni melakukan hobinya yang satu itu. Pantang ada masa, mesti
gadis itu akan membuat origami swan.
“ Awal, kenapa kau tanya?” tanya Auni tanpa memandang Adda. Matanya
masih lagi di skrin Acer. Sesekali jari jemarinya mencoret sesuatu di atas
sekeping kertas.
“ Kalau tak, aku nak ajak kau ke Mid Valley. Nak cari Big dan 49 Days,
boleh? Time mula-mula keluar tu aku
tak sibuk sangat, tak sempat nak pergi beli,” tanya Adda. Auni tarik senyum.
Yang ni sorang lagi yang satu kepala
minat drama Korea dengan aku ni, he he.
“ So
sorry, dear. Aku kena balik awal, straight
ke rumah sebab malam ni kawan parents
aku ajak bukak puasa kat rumah dia,”
kata Auni. Adda menarik muncung.
“ Tak apalah. Tapi, esok kau teman aku ya? Please? Please? Please?” kata Adda bersungguh-sungguh. Auni
mengangguk. Kasihan pula melihat Adda yang bersungguh-sungguh mahu ditemaninya.
“ Baiklah. Aku pun nak cari CD baru jugak.”
“ Sayangggg kau!!!” Teriak Adda lantas memeluk Auni. Hampir sesak nafas
Auni dengan tindakan Adda. Ditolak jauh tubuh itu.
“ Kau ni, bajet-bajetlah. Nak kena sound
dengan Encik Adam?” kata Auni sedikit keras namun nadanya agak perlahan. Adda
cuba tahan gelak.
“ Yalahhhh…” kata Adda panjang.
“ Dah, dah, pergi main jauh-jauh. Mati aku kalau research ni tak siap-siap lagi. Macamlah kau tak tahu, bila big boss dah mengamuk, Gunung Everest
pun boleh jadi landai, tahu tak?” kata Auni. Matanya kembali meneliti skrin AO
Happy. Adda gelak kecil.
“ Haru betul metafora kau. Dahlah, aku pun nak pergi sambung buat kerja
ni. Chow,” kata Adda lantas berlalu
meninggalkan Auni di situ. Auni menggelengkan kepalanya.
Jemarinya mula menari di atas keyboard
Acer. Sesekali Pilot Shaker pula yang menari di atas kertas. Berkerut-kerut
muka Auni tatkala membaca penerangan berkaitan sejarah pembinaan masjid-masjid
itu.
“ Hish, aku ni dahlah tak
berapa nak minat sejarah ni,” rungut Auni. Fon telinga disumbat lantas wayarnya
disambung pada laptop. Folder Korean n’ Japan Songs yang sudah
sedia berada dalam laptop dibuka. Tersusun rapi sahaja lagu-lagu kegemaran Auni
di dalamnya mengikut nama kumpulan yang menyanyikan lagu. Auni memang hantu
Korea dan Jepun, tidak kiralah drama, filem mahupun lagu.
TVXQ – Lovin’ You bermain di telinga. Auni senyum sendirian. Matanya
kembali menghadap sejarah pembinaan yang dikatakan agak membosankan itu.
Sesekali dia menyanyi perlahan mengikut lirik lagu itu. Matanya melirik pula
pada jam. Dia tersenyum lagi.
Bayangan
wajah Hakimi muncul dalam mindanya. Cepat-cepat Auni menggelengkan kepalanya.
Tidak mahu terikut-ikut dengan perasaan yang kian dirasakan kian bercelaru
semenjak menerima e-mel daripada lelaki itu.
“
NAWAL memang nak bawa E-jat sekali ke?” soal Najwan
buat kesekian kalinya. Nawal yang sedang membetulkan tudung di hadapan cermin
mula buat muka bosan.
“ Along!!! Ni dah masuk kali ke sepuluh tahu tak Along tanya Nawal
soalan tu,” rungut Nawal. Muka Alongnya dipandang geram. Najwan gelak perlahan.
“ Mentang-mentanglah E-jat tu kecik,
Nawal bawak dia pulak jadi chaperone.
Kenapa tak bawak Along aje?” tanya
Najwan dengan gelak yang masih bersisa. Nawal tarik muka masam.
“ Buat apa ajak Along? Kacau daun aje,” balas Nawal geram. Najwan ketawa
lagi.
Perbualan mereka terhenti dengan kehadiran mummy dengan E-jat di dukungan. E-jat diturunkan di hadapan mereka
berdua. Berlari E-jat mendapatkan Najwan yang tidak sampai selangkah dengan
dia. Najwan pula pantas mendapatkan E-jat ke dukungannya.
“ Mummy lupa yang Syah ajak
Nawal buka puasa hari ni. Kalau tak, boleh kenal-kenal dengan anak kawan mummy yang bongsu tu. Namanya Auni kalau
tak salah mummy,” kata mummy. Mata mummy pula dilirikkan pada Najwan yang sedang bergurau dengan
E-jat. Nawal dah gelak memanjang.
“ He he, Nawal tahu sangat
yang mummy nak kenalkan anak kawan mummy dengan Along, kan? Kan?” kata
Nawal. Mummy senyum. Najwan buat
bodoh sahaja. Kalau dia beri reaksi, mahu kena dengar ceramah free dengan mummy petang-petang macam ni.
“ Dahlah, Nawal pergi dulu, ya mummy?
Mungkin Nawal balik lewat sikit. Syah kata nak ajak Nawal teman dia shopping baju raya dengan adik dia.”
Mummy mengangguk lantas Nawal
mencium pipi dan tangan mummy.
Sebelum Nawal pergi sempat lagi Najwan meluku kepala adiknya. Terjerit Nawal
tatkala Najwan sekali lagi meluku kepalanya. Cepat-cepat Nawal menarik E-jat
berlari ke luar rumah sebelum sekali lagi kepalanya menjadi mangsa lukuan
Najwan.
“ Kamu ni Naj, asyik nak usik adik kamu aje kerjanya,” bebel mummy. Najwan sengih. Wajah mummy dipandang.
“ Biarlah mummy. Lepas Nawal
kahwin, takkan Naj nak usik macam tu jugak?”
balas Najwan. Ringkas sahaja jawapannya walaupun kurang bernas.
Mummy senyum nipis. Mata mummy
turun naik dari hujung rambut sehinggalah ke kaki Najwan. “ Ha, kamu ni pulak takkan nak pakai macam ni nak jumpa dengan tetamu mummy? Dah, pergi tukar baju.”
Najwan renung ke pakaian yang
tersarung di tubuhnya. Tee biru
dengan seluar tiga suku melepasi lutut, pakaian harian dia jika berada di rumah
atau bersantai ke mana-mana. Dosa ke pakai macam ni?
“ Salah ke Naj pakai macam ni?” tanya Najwan dengan lagak selamba. Mummy sengih geram.
“ Banyaklah kamu punya sopan kalau pakai macam ni! Dah! Pergi tukar baju
Melayu sekarang jugak sebelum mummy naik angin!” balas mummy garang. Najwan tarik sengih.
“ Yalah, yalah. Naj pergi tukar sekarang jugak,” balas Najwan cepat-cepat. Mummy dah mula keluar aura Hulk Hogan. Sebelum mummy kesayangannya bertukar menjadi hijau, lebih baik dia cabut
cepat-cepat. Pantas Najwan melompat dari tangga ke tangga sebelum sampai ke
tingkat atas. Mummy yang masih di
tingkat bawah hanya mampu menggeleng.
AUNI hanya mampu merenung sahaja banglo besar dua tingkat di hadapannya.
Civic walid Auni sudah selamat diparkir di porch
rumah kawan ummi dan walid itu. Dua orang lelaki lengkap berbaju Melayu yang
Auni tidak kenali keluar dari rumah itu bersama-sama Auntie Sofi. Auni keluar dari Civic sekali dengan walid dan ummi.
Walid dah mendahului mereka mendapatkan suami Auntie Sofi.
“ Apa khabar, Bang Man? Dah lama tak jumpa,” sapa walid mesra. Tuan
Luqman tersenyum mesra. Bahu walid ditepuk lembut.
“ Baik. Takkan ni je yang
datang?” tanya Tuan Luqman hairan bila melihat hanya tiga orang sahaja
tetamunya yang menghadirkan diri. Walid ukir sengih.
“ Yang sulung pergi buka puasa kat rumah mentua, yang tengah pulak ada majlis buka puasa dengan company dia,” balas ummi pula selepas
bersalam dengan Auntie Sofi. Auntie Sofi dan Uncle Luqman sama-sama mengangguk.
Auni senyum manis. “ Apa khabar, auntie,
uncle?”
“ Baik, Auni sihat?” tanya Auntie
Sofi mesra. Auni mengangguk.
“ Alhamdulillah, sihat.”
Selepas bersalam dengan Auntie
Sofi barulah Auni perasan akan lelaki yang seorang lagi. Bulat matanya merenung
lelaki yang lengkap berbaju Melayu biru itu. Begitu juga dengan lelaki itu
namun cepat-cepat lelaki itu mengukir senyum.
“ Ni anak sulung kami, Najwan Faqqimi. Sekarang kerja dengan company keluarga,” kata Auntie Sofi sambil tersenyum penuh
makna. Walid dan ummi mengangguk. Auni hanya senyum sahaja.
“ Eh, jemputlah masuk. Kejap lagi dah nak berbuka. Jemput masuk, Ya,
Yam,” ajak Uncle Luqman. Uncle Luqman dan Auntie Sofi beriringan masuk bersama-sama ummi dan walid. Auni dan
Najwan ditinggalkan di belakang. Auni dah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa
tapi Najwan masih lagi relaks.
“ Tak sangka you anak kawan parents I,” ujar Najwan perlahan. Auni tarik sengih. Wajah bersih Najwan
direnung.
“ Saya pun,” katanya dengan senyum di
bibir. Senyuman Auni dibalas.
“ Masuklah. Nampaknya, parents
kita dah lupakan kita kat sini,” kata Najwan selamba sambil merenung siling porch. Auni ketawa kecil.
“ Baiklah.”
Najwan dan Auni sama-sama memasuki
ruang makan. Auntie Sofi yang
ternampak mereka berdua segera mengukir senyum. Yang lain-lain sudah mengambil
tempat di meja makan.
“ Jemput duduk, Auni,” pelawa Auntie
Sofi. Auni mengangguk sedikit sebelum mengambil tempat di sisi ummi. Najwan
pula turut ambil tempat di sisi mummynya,
bertentangan dengan Auni. Auntie Sofi
dah berganda-ganda gembiranya.
Baru beberapa minit sahaja mereka duduk, azan Maghrib dah berkumandang.
Baba merenung pada Najwan di hujung meja sebelum mengangguk sedikit. Najwan
mengangguk tanda faham. Kedua-dua telapak tangannya ditadah. Lafaz Bismillah
dibaca terlebih dahulu.
“ Ya Allah, kami telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah kami
mempercayai dan kami membuka puasa dengan apa yang Kau berikan.”
Najwan meraup wajahnya setelah doa diaminkan. Mereka mula menjamu
selera. Riuh meja makan dengan perbualan antara walid, ummi dan ibu bapa
Najwan. Auni dan Najwan hanya mendengar sahaja perbualan ibu bapa mereka yang
lebih menjurus kepada kisah-kisah lama mereka. Kadang-kadang, walid dan Uncle Luqman akan ketawa.
“ Auni, tak nak tambah lagi? Sikit je
kamu makan tu,” tegur Auntie Sofi.
Matanya jatuh pada pinggan Auni yang sudah kosong. Pantas Auni menggeleng,
menolak pelawaan Auntie Sofi.
“ Tak apalah, auntie. Terima
kasih, Auni dah kenyang,” balasnya sopan. Terasa perutnya sudah sendat dengan
makanan. Nak sumbat macam mana lagi? Ummi di sisi Auni dah tersenyum.
“ Auni memang makan sikit. Tu yang kecil macam ni,” seloroh ummi. Auni
tersengih. Najwan yang turut mendengar perbualan mereka juga mengukir senyum.
Matanya dilirikkan pada Auni.
Sesudah berbuka puasa, Tuan Luqman mengajak Encik Zakaria sekeluarga
solat Mahgrib berjemaah bersama-sama sebelum mereka pulang. Baba dah meminta
Najwan ke depan untuk bertindak sebagai imam. Wajah babanya direnung hairan.
“ Baba tak nak jadi imam ke?” tanya Najwan. Biasanya, baba yang akan
mengimamkan mereka sekeluarga. Tuan Luqman hanya menggeleng.
“ Tak apalah, kali ni biar kamu yang jadi imam. Baba pun dah lama tak
merasa jadi makmun kamu,” balas Tuan Luqman. Najwan hanya mengangguk sahaja.
Kaum Hawa sudah mengambil tempat di belakang Tuan Luqman dan Encik Zakaria.
Boleh ke dia jadi imam? Dah jarang benar ada anak muda yang mampu jadi
imam, fikir Auni tatkala melihat Najwan sudah bersiap sedia untuk mengimamkan
solat mereka. Manakan tidak, kebanyakan anak muda sekarang sudah culas dalam
beribadat, apatah lagi memikul tanggungjawab seperti menjadi imam dalam solat.
Dia agak ragu-ragu dengan kemampuan lelaki muda itu.
Lunak suara Najwan ketika mengangkat takbir menyedarkan Auni daripada
lamunannya. Dia agak terpegun dengan susunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
yang Najwan alunkan. Teratur bacaannya dengan tajwid pada setiap ayat suci itu.
“ Allahuakhbar…”
“ YOU dah lama
kerja dengan Adam?” tanya Najwan semasa mereka berjalan keluar rumah. Taman
bunga mummy di rumah Najwan menjadi
destinasi mereka. Walid dan ummi masih berbual-bual dengan ibu bapa Najwan di
dalam rumah. Lantaran itu Najwan mengajak gadis itu ke luar rumah.
“ Adalah dalam dua tahun setengah. Encik memang kenal dengan bos saya,
kan?” tanya Auni pula. Najwan mengangguk.
“ Since I 16, kenal kat MCKK.
Dia tu memang sejak zaman sekolah lagi cita-cita nak buka firma arkitek
sendiri. Tak sangka, umur tak sampai 30 tahun lagi pun dah dapat buka firma dia
sendiri. Mungkin sebab kesungguhan dia kot? Tambah-tambah lagi ayah Adam
sendiri pun pernah menjadi arkitek sebelum bersara sebab dah tak larat,” cerita
Najwan. Auni gelak kecil.
“ Kenapa?” tanya Najwan hairan.
“ Saya tak boleh nak cakap banyak-banyak pasal Encik Adam. Dibuatnya
encik mengadu apa yang saya cakap, mati saya nak soal jawab dengan dia,” jelas
Auni dengan sisa tawanya. Najwan ketawa tanda mengerti.
“ Ada-adalah you ni. Emm… you
memang minat buat origami ke?” tanya Najwan tiba-tiba. Kening Auni bercantum
mendengarkan pertanyaan itu. Wajah Najwan direnung.
“ Kenapa encik tanya macam tu?” tanya Auni. Kali ini dia pula yang
kehairanan. Najwan tarik senyum.
“ Mana taknya, masa kita first
time jumpa dulu, I tengok asyik
betul you buat origami tu semua.
Minat you, eh?” kata Najwan lagi. Tanpa berlengah panjang Auni terus
mengangguk.
“ Memang minat saya.”
“
Buatkan untuk I?”
Auni
terdiam. Soalan jenis apa ni? Lantas dia tersenyum sahaja. Najwan ketawa
perlahan. Tak sangka soalan sebegitu akan terkeluar daripada bibirnya.
Mereka mula menyepi. Mata masing-masing jatuh pada dada langit yang
penuh dengan bintang-bintang. Tanpa mereka sedari, ibu bapa masing-masing sudah
lama asyik merenung mereka dengan penuh minat. Senyuman di bibir masing-masing
mula terukir lama.
3 comments:
BEST...
syok....ngeee..boleh slalu read kat sini...wink2
Kak Hana, sweetnya cite ni. Haha. Suka baca. Oke, dah habis baca Bab 4 =D