
AUNI diam sahaja melihat bosnya membelek fail projek yang sedang
dikendalikan olehnya. Tekun Adam menghadap fail hitam itu. Sesekali Auni akan
mencuri pandang ke luar. Cuaca baik hari ini malah moodnya juga baik. Apatah lagi baru sahaja sebentar tadi Adam memuji
hasil kerjanya.
“ Okey, kita boleh proceed terus. I akan call kontraktor
dan jelaskan semuanya, macam mana?” tanya Adam. Fail ditutup lantas diserahkan
kepada Auni kembali. Auni tersenyum.
“ Thanks,
Encik Adam. Harap-harap projek kali ni akan menjadi juga,” balas Auni. Adam
tersenyum. Pekerjanya yang seorang ini memang sentiasa ceria. Dia senang
mempunyai seorang pekerja seperti Auni.
“ Firas pun puji you sebab berjaya handle
probs dengan Al-Azwar tu. You
memang serba boleh. You dan Firas
sama-sama boleh berjaya dalam bidang ni,” kata Adam lagi. Auni hanya tersenyum.
“ Tak adalah besar sangat masalah
dengan Al-Azwar tu, cuma salah faham sikit aje. Encik Adam, saya…”
Perbualan mereka terganggu dengan bunyi
interkom. Pantas Encik Adam menekan butang pada interkom di atas meja kerjanya
itu. Kedengaran suara Cassy yang merupakan setiausaha kepada Encik Adam.
“ Mr
Adam, he’s here. Right in front of your door,” kata Cassy sebelum
kedengaran gelak kecilnya. Adam mengangguk.
“ Thanks,
sayang. Suruh dia masuk,” balas Encik Adam berjenaka. Sememangnya dia begitu.
Kepada Mak Cik Rubi si tea lady juga
dipanggilnya ‘sayang’. Mujur sahaja tidak kena tetak dek parang oleh Puan
Qistina apabila si suami kerap memanggil ‘sayang’ kepada perempuan lain.
Cassy ketawa lagi. Kesemua pekerja
perempuan di firma itu memang sudah masak dengan perangai ketua mereka. Puan
Qistina juga amat memahami suaminya itu. Encik Adam memang kuat berjenaka. “ Okay.”
Kedengaran pintu dibuka di belakang
Auni. Serta merta Auni rasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menoleh ke
belakang sebelum bulat matanya merenung susuk tinggi di belakangnya. Dia?
Alamak! Mati aku kalau Encik Adam tahu pasal kami!
“ Assalamualaikum, Dam,” sapa Najwan ceria. Matanya sempat melirik pada
wajah Auni yang berubah terkejut melihatkan kemunculannya di pejabat Adam. Adam
galak ketawa.
“ Kau ni, janji nak datang pukul 11?
Sekarang dah nak masuk lunch time
dah,” kata Adam. Najwan tersengih.
“ Aku ada meeting mengejut pagi tadi. Baba aku punya pasallah ni. Bukannya
nak beritahu aku awal-awal,” kata Najwan. Adam ketawa lagi. Kepalanya digeleng
perlahan.
“ Tak kisahlah, boleh kita lunch sekali. Dah lama aku tak makan
sekali dengan kau. Sibuk aje semedang,”
balas Adam. Najwan mengangguk. Dia berdiri di sisi Auni yang masih kaku di atas
kerusi. Sebelah tangannya ditongkatkan pada sandaran kerusi itu.
“ Kau kenal dah kan? Auni, salah
seorang best architect kami?” tanya
Adam. Najwan mengangguk lagi. Dia toleh pada wajah Auni yang hanya
senyum-hendak-senyum sahaja.
“ Lebih daripada kenal,” kata Najwan
dengan nada mengusik. Kening Adam bertaut. Dia merenung pada wajah sahabatnya
itu. Sesekali matanya jatuh pada muka Auni yang kelihatan gelabah semacam.
“ Maksud kau?” tanya Adam hairan.
Najwan gelak perlahan. Matanya masih pada Auni. Auni ketap bibir. Seperti dapat
menjangka apa yang akan keluar daripada mulut lelaki itu.
“ Kau tak tahu ke? She’ll be my wife soon,” kata Najwan
pantas. Muka Adam berubah riak. Duduk Auni makin tidak selesa. Mamat ni!!!
“ Iya?
Betul ke, Auni?” tanya Adam tidak percaya. Auni ketap bibir. Perlahan-lahan dia
mengangguk. Najwan di sisinya ukir senyum.
“ Wow!
Tak sangka kawan aku yang sorang ni
akan kahwin tak lama lagi. Aku sangka yang kau akan jadi bujang lapok, rupanya tak. Dengan staf aku
sendiri pulak tu. Macam mana boleh
kenal? Takkanlah sangkut sebab aku hantar dia jumpa kau hari tu kot?,” kata
Adam sambil menggelengkan kepalanya. Najwan gelak.
“ Dah jodoh, aku pun tak nak
heboh-heboh,” kata Najwan ceria. Auni di sebelahnya terkedu. Hairan melihat
keceriaan di wajah itu. Mahu sahaja Auni senyum sendirian mendengarkan tawa
Najwan yang turut kedengaran ceria itu.
“ Auni?”
Auni tersentak. Dia memandang pada
Adam yang memanggilnya.
“ Ya?”
“ I
dan Qimi nak keluar lunch, you nak join sekali? Wife I pun
ada, boleh you jadi Qimi’s mate,” pelawa Adam. Auni terdiam.
Qimi? Dia ni ke?
Terasa lengannya dicuit dengan fail.
Pantas dia mendongak. Lama mata Najwan merenungnya dan Auni seakan faham maksud
di sebalik renungan itu.
“ Ba… baik,” kata Auni perlahan.
Senyuman Najwan terukir lagi. Kali ini lebih ceria. Adam bangun daripada
kerusinya, begitu juga dengan Auni. Telefon bimbit dan kot dicapai.
“ Qina tengah tunggu aku kat bawah.
Jumpa kat Italia ya, aku dah book
tempat kat sana,” kata Adam lantas keluar dari pejabatnya meninggalkan Najwan
dan Auni. Auni kerut kening.
“ Boleh kita pergi?” tanya Najwan
tiba-tiba. Auni hanya mengangguk. Langkah lelaki itu diekori sahaja. Dia
langsung tidak tahu apa yang patut untuk dikatakan. Pintu bilik Adam ditutup.
Auni buat
tidak peduli sahaja akan renungan rakan-rakan sepejabatnya yang masih tidak
turun makan tengah hari. Tahu sahaja mereka ingin mengusik. Langkah Najwan yang
berhenti secara tiba-tiba memaksa Auni untuk turut sama menghentikan langkah.
“ Kenapa?” tanya Auni perlahan. Mata
Najwan singgah pada wajah Auni. Dahi Auni berkerut.
“ Kenapa?” tanya Auni sekali lagi.
Najwan senyum nipis.
“ Boleh saya minta sesuatu?” tanya
Najwan perlahan. Dahi Auni berkerut.
“ Minta apa?” tanya Auni yang kian
hairan. Najwan senyum lagi.
“ Boleh saya minta awak betul-betul terima
saya sebagai bakal suami awak?” tanya Najwan lagi. Auni terkedu, terkejut
dengan permintaan itu. Tidak menyangka bahawa Najwan akan mengemukakan
permintaan sedemikian.
Walaupun mereka tetap akan berkahwin tidak lama lagi, namun
Najwan tetap mahukan kepastian daripada gadis itu. Dia tidak mahu ikatan
perkahwinan mereka hanya terjalin semata-mata di atas kertas sahaja. Dia mahu
gadis itu menerimanya dengan hati yang ikhlas.
“ Awak tak akan give
up ke?” tanya Auni dengan tawa. Najwan terpaku sejenak di situ.
“ Yes. Saya nak
awak jadi isteri saya sebab saya yakin, Dia dah tentukan jodoh kita di Loh
Mahfuz. Saya juga yakin yang awak boleh jadi seorang isteri yang solehah untuk
seorang suami. Saya mahu diri saya yang menjadi lelaki yang bertuah itu,
memiliki seorang isteri yang solehah. Jadi, saya mahu hati awak terima saya
sebab saya tak nak perkahwinan kita nanti tak memberi sebarang makna kepada
awak,” balas Najwan agak tegas. Berlainan daripada kebiasaannya yang suka
mengusik Auni.
Sepi mula bersama-sama mereka. Auni mahu pun Najwan
sama-sama tidak mengeluarkan bicara selepas Najwan selesai berkata-kata tadi.
Najwan mula rasa tidak sedap hati. Dia bimbang sekiranya Auni menolak
permintaannya walapun dia sedar yang dia perlu menerima keputusan itu dengan
hati yang terbuka.
“ Auni?”
Auni mengukir senyum. Perlahan-lahan
dia mengangguk. Dia sudah fikir masak-masak, dan dia sudah tahu apa jalan yang
dia akan pilih. Sejak pertemuan mereka pada Aidilfitri lalu, hati Auni sudah
terbuka untuk Najwan. Auni merenung lama wajah Najwan. Dia ketawa kecil.
“ You’ll
be my husband soon. No matter what happens, I’ll accept you,” kata Auni
dengan tompok merah di pipi. Najwan agak terperanjat mendengarkan kata-kata
Auni itu namun lama-lama dia mengukir senyum juga. Gembira dengan kata-kata
Auni.
“ Thanks,”
ucap Najwan perlahan.
Auni senyum lagi. Mungkin ini yang
terbaik. Tambah-tambah lagi ummi dan walid memang berkenan sangat nak jadikan
Najwan sebagai menantu bongsu mereka. Tak payah susah-susah nak dapatkan restu
sebab sejak awal-awal lagi ummi dan walid beri restu kepada mereka berdua. Auni
percaya bahawa restu ibu bapa mampu membarakahkan lagi perkahwinan mereka
berdua.
“ Tadah tangan awak,” pinta Najwan
tiba-tiba. Dia baru sahaja mengambil sesuatu daripada dompetnya. Auni kerutkan
dahi sekali lagi tetapi dia menurut sahaja. Telapak tangan kanannya ditadahkan
di hadapan Najwan. Sesuatu jatuh betul-betul dalam telapak tangannya.
“ Ini kan…”
Auni renung pada benda berwarna merah
yang Najwan jatuhkan ke telapak tangannya itu. Najwan gelak perlahan.
“ Saya tak pandai origami macam awak.
Saya cuma pandai buat ni aje. Saya akan hadiahkan heart-shaped paper clip ni setiap kali saya jumpa awak dan saya
akan hadiahkan paper clip macam ni
setiap hari lepas kita kahwin,” kata Najwan. Kali ini tawa Auni pula yang
kedengaran.
“ Saya akan ingat janji awak tu,”
balas Auni. Najwan mengangguk.
Auni renung pada klip kertas
berbentuk hati itu. Hatinya berbunga serta merta. Dia tarik senyum nipis.
“ Tunggu sekejap,” kata Auni pantas
sebelum dia melangkah ke meja yang disediakan untuknya. Tanpa mengendahkan
kata-kata Auni, Najwan terus mengekori langkah gadis itu. Kelihatannya Auni
sedang membuka penutup balang kaca yang sudah berhias cantik.
Najwan
menarik senyum apabila menyedari balang kaca itu merupakan balang kaca
pemberian dia pertengahan bulan Ramadan lalu. Klip kertas itu dimasukkan ke
dalam balang itu. Auni senyum puas hati.
“ Saya akan pastikan balang ni penuh
dengan paper clip yang awak bagi,”
kata Auni. Najwan mengangguk.
“ You
can take my word, Nini,” kata Najwan dengan senyuman di bibir. Senyum Auni
mati serta merta.
What
did he call me? Nini?
Najwan senyum sahaja walaupun muka
Auni sudah berkerut-kerut.