Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Friday, June 4, 2010

SHINE: You're My Melody 13


JUN memasuki bilik muzik SHINE. Agak terkejut dia apabila melihat kesemua ahli SHINE sedang berkumpul di meja makan dengan buku-buku yang berselerakan di atas meja itu. Tekun mereka sedang mengulang kaji pelajaran. Hikari duduk di kerusi hadapan. Gadis itu juga sedang menghadap buku di tangannya.

         “ Apa yang dah jadi ni?” tanya Jun dengan riak wajah yang kehairanan. Keenam-enam kepala angkat muka daripada buku masing-masing. Mereka memberi ucap selamat.

         “ Kalau Abang Jun nak tahu, mereka semua ni terlebih rajin hari ni. Sebab tulah masing-masing tengah menghadap buku sekarang ni,” jawab Hikari. Sho mencebik. Pantas tangannya meluku kepala Hikari. Hikari tarik muka.

         Sho menoleh ke arah Jun. “ Percaya sangatlah dengan Hikari ni. Abang tahu tak, sebab Eichii kami kena ulang kaji lepas latihan? Geramnya dengan budak ni.”

         Eichii tersengih serba salah. “ Alah, Sho. Aku mana tahu ayah aku nak berpakat dengan ayah korang semua.”

         Jun menggeleng. “ Ni mesti pasal keputusan ujian korang tempoh hari, kan?”

         SHINE terdiam. Mereka mengangguk. Jun mengeluh.

         “ Korang kena pandai cari masa untuk ulang kaji pelajaran. Kalau tak, memang macam ni jadinya. Baik juga ibu bapa korang buat macam ni, sekurang-kurangnya korang ada masa untuk ulang kaji pelajaran,” nasihat Jun. Hikari tersenyum tanda kemenangan.

         “ Tulah apa yang saya cakap tapi mereka semua tak setuju. Kata letihlah, sibuklah, macam-macam,” komen Hikari. Jun ketawa. Dia menepuk-nepuk bahu Sho yang sudah buat gaya nak menerkam Hikari.

         “ Tapi, bang… tak pasal-pasal kami semua kena sekali padahal ni semua Eichii punya pasal,” kata Sho. Hikari merungut dalam hati. Macam budak umur tiga tahunlah budak sorang ni!

         “ Sudahlah, korang belajar baik-baik. Manalah tahu, kalau keputusan ujian korang yang akan datang baik, korang dah tak kena macam ni,” pujuk Jun. Hikari tersengih. Senang hatinya kerana Jun mempertahankannya.

         Sho mengangguk sahaja. Lebih baik dia mendiamkan diri daripada bertekak dengan Jun. Bukannya masalah besar pun. Cuma dia sengaja mahu melihat Hikari marah. Hehe...

         “ Kalau abang bagi ujian kat kamu, boleh tak?” kata Jun tiba-tiba.

         Enam-enam muka tunjuk kelam, tanda tidak faham. Jun ketawa perlahan.

         “ Abang nak tahu sama ada korang boleh tak urus masa belajar dengan latihan. Jadi, akhir bulan ni abang nak buat ujian. Kesemua kertas yang kamu ambil untuk peperiksaan, kamu akan duduki. Abang akan minta tolong kawan abang yang jadi guru bagi kertas-kertas peperiksaan tahun-tahun lepas. Okey tak?”

         Lima mulut terlopong manakala seorang lagi tunjuk muka gembira.

         “ Setuju!”


“ ARGHH!!! Letihnya!”

         Itsuki bangun daripada kerusi lalu menggeliat kecil sebelum melakukan sedikit senaman ringan. Dia menekup mulutnya yang sudah terkuap-kuap. Letihnya…

         Hikari meletakkan buku di atas meja. Dia melihat ke arah satu-satu ahli SHINE. Semuanya sudah nampak keletihan. Sho sedang memicit-micit kepalanya; Hiko pula sama saja dengan Itsuki, sudah nampak mengantuk; Naoki dan Eichii pula sudah merebahkan kepala di atas meja berbantalkan lengan. Mereka benar-benar nampak keletihan.

         Hikari mengeluh. Dia bangun daripada kerusi sebelum menuju ke dapur. Tidak lama kemudian dia keluar dengan enam tin jus buah-buahan. Keenam-enam tin jus diletak di atas meja. Sho mengangkat keningnya.

         “ Jus?”

         “ Minumlah, baru korang rasa segar. Rehat dulu 10 minit, lepas tu sambung ulang kaji. Boleh?” kata Hikari seraya membuka penutup tin jusnya. Sho tersengih-sengih. Setin jus dicapai sebelum diteguk rakus.

         “ Sayang kau, Hikari,” kata Sho. Dia mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangannya. Hikari menjegilkan matanya.

         “ Kau kan tahu yang aku alah dengan perkataan tu. Naik bulu roma aku,” ucap Hikari. SHINE ketawa. Tahu benar.

         Hikari menggelengkan kepalanya. Apa-apalah...

         Berkenaan dengan ujian yang dikatakan oleh Jun tempoh hari, nampaknya SHINE bersungguh-sungguh benar. Sebaik sahaja masa rehat tamat berserta dengan latihan, kesemuanya berkumpul di meja makan. Mengulang kaji dan berbincang sesama mereka. Kadang-kadang, mereka akan berkumpul di ruang tamu. Mulalah mereka buat gaya bebas dengan buku di tangan. Ada yang duduk, ada yang bersandar pada dinding tidak kurang juga yang meniarap di atas lantai.

         “ Letihnya. Hikari, boleh tak bagi aku tidur kejap? Aku tak cukup tidurlah semalam,” rayu Naoki. Hikari mengeluh. Dia berdiri berpeluk tubuh.

         “ Boleh?” Naoki buat muka kanak-kanak lima tahun merayu nak dapatkan gula-gula. Lama juga Hikari mendiamkan diri sebelum akhirnya dia mengangguk.

         “ Macam nilah, untuk hari ni aku bagi korang berhenti sampai sini je. Esok tak ada, korang kena belajar mengikut jadual yang dah ditetapkan,” kata Hikari. Bukan Naoki sahaja yang tersenyum gembira, sebaliknya empat bibir lagi sudah mengukir senyum.

         “ Sayang kau, Hikari!!!” Panjang nada diungkap oleh Sho, Hiko, Itsuki dan Naoki. Eichii hanya tersengih. Hikari menjulingkan matanya.

         “ Apa-apalah. Dah, korang boleh balik sekarang,” kata Hikari lagi. Bergegas SHINE mengemas buku masing-masing. Hikari mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia perlu memaklumkan kepada Jun bahawa mereka pulang awal hari ini.

         Kini, sedikit sebanyak tugas yang Jun uruskan selama ini diserahkan kepada Hikari. Kebenaran pulang, latihan, urusan dengan pereka tari, boleh dikatakan semuanya diserahkan kepada Hikari. Alasan Jun, dia mahu Hikari belajar bagaimana cara-cara mahu menjadi seorang pengurus yang berjaya.

         “ Dah siap? Jom,” ajak Hikari sebaik sahaja melihat SHINE menyandang beg di bahu. Mereka mengangguk. Sebaik sahaja mereka keluar, pintu bilik muzik dikunci. Kunci itu harus diserahkan di lobi selepas ini.


KEADAAN sepi sahaja di dalam bilik muzik. SHINE sedang menghadap kertas ujian masing-masing. Rakan Jun yang berkerja sebagai guru sekolah menengah turut berada di situ. Kertas ujian untuk Sho, Hiko, Itsuki dan Naoki sama sahaja kecuali kertas ujian Eichii memandangkan Eichii berada di tahun lain. Hikari dan Jun hanya melihat sahaja mereka berlima menjawab soalan.

         Kali ini kertas Bahasa Inggeris. Kertas terakhir untuk ujian ini. Ujian ini memakan masa empat hari. Rakan Jun telah mendapatkan kertas ujian bagi setiap subjek untuk SHINE.

         “ Masa tamat. Kamu boleh berhenti sekarang,” ucap rakan Jun. Serentak lima tangan berhenti menulis.

         Kertas dikutip. SHINE bangun lalu menggeliat kecil. Penat mereka memerah otak sepanjang empat hari ini. Akhirnya, selesai juga ujian yang dibuat oleh Jun itu. Hikari turut bangun daripada duduknya.

         “ Macam mana, boleh jawab tak? Aku tengok korang semua relaks je masa jawab soalan tadi,” tanya Hikari. Sho ketawa. Riang sahaja bunyinya.

         “ Kalau nak dibandingkan dengan ujian tempoh hari, aku rasa lebih relaks kali ni.”

         Hikari mengangguk. “ Baguslah kalau macam tu. Abang Jun kata, esok korang akan dapat keseluruhan keputusan ujian ni. Aku rasa, markah korang akan naik kali ni.”

         “ Harap-haraplah.” Hiko bersetuju.

         Jun berjalan ke arah mereka. Dia menepuk bahu Itsuki dan Naoki yang berada berdekatan dengannya. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya.

         “ Memandangkan ujian dah tamat, jom ke restoran kat bawah. Abang nak belanja korang makan. Nak tak?” pelawa Jun. Mereka mengangguk.

         “ Boleh jugak, bang. Bukan otak je letih sebab ujian tadi, perut pun dah lapar,” seloroh Naoki. Mereka ketawa serentak. Jun menggelengkan kepalanya.

         “ Jom.”

         Mereka bertujuh keluar dari bilik muzik itu disertai dengan rakan Jun. Kesemuanya berbual dengan gembira. Tidak sabar mereka menanti keputusan ujian esok hari.


SHINE berjalan masuk ke pentas yang dihias indah sempena MTV Awards Japan. Mereka mengambil posisi masing-masing sebelum mula mendedangkan lagu. Tanpa disangka, SHINE terpilih untuk melakukan persembahan pembukaan pada malam ini. Seisi dewan sepi. Mata hanya fokus pada mereka berlima. Colurs~Melody and Harmony mula berlagu. 


Ima dokoka de dareka ga
Right now, somewhere, if some one

Tsurai kimochi de
Is having painful feelings

Hitori kiri nemurenu yoru wo sugoshiteru no nara
Spending a sleepless night alone

Sono kokoro ni hikari sasu made
Until the light shines on that heart

Yorisotte inoru kara
I will snuggle up and pray with you

Like a melody and harmony in love

Nanika no tame ni
For something

Bokura wa kokode chiisana koto shika dekinai keredo
We can only do a little thing now

Ichibyou dake demo sekai juu no namida tomete
If we can stop the tears of the world just for a second and

Egao ni natte kureru no nara
Turn them into smiles

Aishi tsuzukeru yo
We’ll continue loving

Aruki tsuzukeru yo
And keep on walking

Afureru omoi ga todoku to shinjite
While believing that our overflowing will be reached

Umareru mae kara bokura wa deatte
Just like we’ve already met before we were born

Yume wo sagashiteta sonna ki ga suru yo
And I felt that we’ve been searching for our dreams together

*Hiko’s rapping
You know we’re just like Mom and Dad
A faded fight between you and I
I’d rather hope than make you sad and cry
What I just wanna say is keep the faith, but the fate never is moving us
It can’t take us, it doesn’t make different cases
So turn the light out, interact with a piece of dream
Sound brighter
We all want the same sound
Keep the tears
I told you how I’m your freedom
Like a bird going through the sky
What are we?
Just a Christmas tree in the night?

Kirameku oto ni tsutsumareru toki
When I was surrounded by the glittering sounds

Kanashii subete wasurete irareta
I was able to forget about all of my sadness

Melody and harmony

Itsumo soba ni ite
You’ve been by my side always and

Boku ni yuu ki to kibou wo kureta ne
Given me the courage and hope

Kimi ni arigatou
I want to thank you

Zutto arigatou
Always thank you

Kagayaku omoi wa
The shining thoughts are

Kimi no okuri mono
The gift from you

Sasae aeru koto
Being able to support each other

Mitsume aeru koto
Being able to gaze at each other

Hitori ja nai koto
And the fact that we are not alone

Oshiete kureta yo
You thought me all about that

Kasane au ai wo melody ni nosete
We place our overlapped love on the melody and

Tsutaete yukitai itsumo itsumademo
We want to continue to convey this always and forever

My music is my life
For you, for your smile

Tsuyoi kizuna ga arukara
Because we have a strong bond

My life is wonderful
Forever, forever

Kono basho kara
From here

Oh…

Aishi tsuzukeru yo
We’ll continue loving

Aruki tsuzukeru yo
And keep on walking

Afureru omoi ga todoku to shinjite
While believing that our overflowing will be reached

Kimi ni arigatou
I want to thank you

Zutto arigatou
Always thank you

Kagayaku omoi wa
The shining thoughts are

Kimi no okuri mono
The gift from you

Kasane au ai wo melody ni nosete
We place our overlapped love on the melody and

Tsutaete yukitai itsumo itsumademo
We want to continue to convey this always and forever

Lalala…

Kimi no okuri mono
The gift from you

Lalala…

Itsumo itsumademo
Always and forever

Ima dokoka de dareka ga
Right now, somewhere, if some one

Tsurai kimochi de
Is having painful feelings

Hitori kiri nemurenu yoru wo sugoshiteru no nara
Spending a sleepless night alone

Sono kokoro ni hikari sasu made
Until the light shines on that heart

Yorisotte inoru kara
I will snuggle up and pray with you

Like a melody and harmony in love

         Mereka memberi tunduk hormat sebelum masuk ke belakang pentas. Beberapa minit kemudian, SHINE kembali ke tempat duduk mereka berserta Hikari dan Jun. Detik demi detik berlalu, anugerah demi anugerah disampaikan. Hikari yang duduk di tempatnya mula berasa berdebar apabila anugerah yang paling dia nanti-nantikan sudah sampai gilirannya. Wanita yang ditugaskan sebagai penyampai hadiah membuka sebuah sampul.

         “Untuk Anugerah Artis Berkumpulan Baru Popular, jatuh kepada…”

         Suasana sepi seketika. Hikari melihat ke selilingnya. Dewan dipenuhi dengan calon-calon yang tersenarai dalam MTV Japan Awards untuk kali ini. Bukan sahaja artis yang tercalon bahkan ada juga artis yang tidak tersenarai dalam setiap anugerah turut memenuhi ruangan dewan ini.

         “ SHINE!”

         Segera kelima-lima lelaki itu bangun daripada tempat duduk mereka. Orang yang berada berdekatan dengan mereka turut bangun untuk memberi ucapan tahniah. Lebar senyuman di wajah SHINE. Mereka berjalan ke pentas didahului oleh Sho.

         Sho mewakili SHINE menerima anugerah. Trofi di tangan digenggam erat. Dia berjalan ke arah podium. Sho menghela nafas seketika sebelum bibirnya dibuka untuk mula berbicara. Pancaran kamera para wartawan melimpahi wajah mereka.


         “ Pertama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang menyokong tanpa jemu. Terima juga kepada kedua-dua pengurus kami. Dan tidak lupa juga untuk para peminat SHINE. Tanpa anda siapalah SHINE. Sesungguhnya kami tidak menjangka akan memenangi anugerah ini pada tahun pertama kami bergelar SHINE. Terima kasih!”

         Trofi dijulang ke udara. Tepukan gemuruh kedengaran lagi. Hikari bangun diikuti oleh Jun, memberi tepukan kepada mereka. Tidak boleh digambarkan bagaimana cerianya lima wajah tersebut. Trofi dijulang lagi.

         Hikari tersenyum. Mereka sudah mendapat pengiktirafan yang amat bermakna bagi mereka sepanjang mereka menceburkan diri dalam bidang hiburan. Segalanya sudah menjadi semakin baik. Baik dari segi pelajaran dan juga penerimaan para peminat. Semuanya baik. Hikari tersenyum lagi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Lima wajah yang masih berdiri di atas pentas sedang tersenyum gembira dengan trofi dijulang ke atas.

p/s: end of Book 1. tunggu Book 2 pulak ye :) 

하나

4 comments:

Bulan @ Moon said...

Haha..klakarlah masa hikari kata alah dengan perkataan Sayang..dia malu sbnrnya tu kan?
Best ! :D

Anonymous said...

wahhhh..
rndu lak time d0rg dpt awards!!
ble la lak dorg dpt award lg erk??
miss our boys!!!!
-kyra-

Ara Ali Fath said...

best en3 kli nie... :)

Hana Norisa said...

best4...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...