Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Sunday, December 26, 2010

SHINE: You're My Melody 17

Happy 7th Anniversary of TVXQ~
TVXQ ♥ ♥ ♥
no matter it's JYJ, no matter it's HoMin, we always be by your side
only all of you, the stars shine brightly on the night sky
Cassiopeia is just not your fans, but we're your soul, your courage to stand and faces lots of obstacles
we're the one
Always Keep The Faith!!!!!

Always Keep The Faith, I Believe in You
Always Keep The Faith, I Believe in TVXQ
♥ ♥ ♥







LANGKAH Itsuki yang semakin laju mengejarnya membuatkan dia turut memanjangkan langkahnya. Lagak mereka sudah menjadi perhatian orang di kawasan itu. Tidak tahan kerana dikejar sebegitu rupa, dia mematikan langkahnya lalu berpaling ke belakang. Wajah Itsuki yang sedang tersengih melihatnya dipandang geram.

          “ Kenapa awak…”

          Belum pun sempat ayatnya dihabiskan, dia sudah ditarik Itsuki pergi daripada tempat itu.  Terpinga-pinga dia dengan lagak lelaki itu. Itsuki hanya mendiamkan dirinya sahaja.


          “ Lepaslah!” desis dia geram namun Itsuki hanya buat bodoh sahaja.

          Gadis itu ditarik mengikut langkahnya. Mereka berdua berhenti di kawasan perkhemahan SHINE. Itsuki masih tidak melihat kelibat yang lain-lain. Pasti mereka ke sana sini menguruskan apa yang patut. Tugasnya pula hanya menunggu mereka pulang. Yalah, bahan masakan tiada macam mana dia nak memulakan tugasnya? Tugas Itsuki adalah untuk memasak sementelah dia memang mahir memasak.

          “ Kenapa awak tarik saya sampai ke sini? Macam mana kalau ada orang lain salah anggap pasal kita?’ desis dia geram. Itsuki ketawa perlahan. Wajah gadis bertopi di hadapannya itu ditenung lama.

          “ Salah, ke? Bukankah untuk perkhemahan ni setiap artis akan mendapat seorang fasilitator juga? Lagipun, saya seorang aje duduk kat sini. Apa salahnya kalau awak temankan,” jawab Itsuki mudah.

          “ Dah, mari duduk dulu,” pintas Itsuki apabila melihat gadis di hadapannya ingin membuka mulut. Gadis itu ditarik duduk di tengah-tengah kawasan yang menempatkan khemah mereka.

          “ Siapa nama awak?” tanya Itsuki. Matanya mula melirik pada kad bertali hijau yang memaparkan nama sukarelawan dan gambar bersaiz poskad yang terjuntai daripada leher gadis itu. Dia mengangkat keningnya sebelah.

          “ Horie Yui… saya panggil Yui boleh?” kata Itsuki. Matanya melirik kembali pada wajah gadis itu. Gadis itu menunduk ke bawah.

          “ Kita bukannya kenal sangat pun. Kenapa awak tak panggil nama keluarga saya, tapi nak panggil dengan nama sebenar saya?” getus gadis itu. Hujung topinya ditarik sedikit melindungi mukanya. Itsuki ketawa.

          “ Sebab saya nak kenal awaklah saya nak panggil dengan nama sebenar awak. Ya, Yui?”

          Yui merasakan pipinya mula merah. Bahana menyerahkan kembali sapu tangan milik lelaki itu membuatkan dia terjebak pula dengan lelaki yang semakin menempa nama di industri hiburan Jepun itu.

          “ Yalah! Yalah! Suka hati awaklah,” keluh Yui. Itsuki pula ketawa senang.

          Selepas mengecam bahawa gadis yang sedang berada di kaunter urus setia itu merupakan gadis sama yang memulangkan sapu tangannya tempoh hari, tanpa berfikir panjang dia terus mengekori ke mana sahaja gadis itu pergi. Dia baru memperoleh kesempatan untuk menarik gadis itu mengikutnya selepas hampir dua jam mengekori Yui.

          “ Awak tak ada kerja ke? Saya ada banyak kerja kat urus setia tu,” rungut Yui. Itsuki ketawa lagi.

          “ Yalah, awak pergilah. Saya tak nak ganggu awak. Saya cuma nak tahu nama awak, itu aje. Maaf sebab ganggu awak,” kata Itsuki. Dia menolong gadis itu bangun daripada duduknya.

          “ Saya harap boleh berbual lagi dengan awak, boleh?” pinta Itsuki berharap. Yui pula kelihatan gelabah.

          “ Suka hati awakla,” balasnya perlahan. Cepat-cepat Yui meloloskan diri daripada tapak perkhemahan itu. Dia tidak mahu kelibatnya dilihat oleh orang lain, apatah lain peminat lelaki itu. Boleh menimbulkan gosip sahaja nanti.

          Itsuki pula hanya memerhatikan sahaja langkah gadis itu pergi meninggalkannya. Dia tersenyum puas hati. Dia agak tertarik dengan gadis yang berperwatakan sederhana itu. Malah, tanpa berfikir panjang dia menarik gadis itu mengikutinya selepas berjaya memperoleh peluang.

          “ Woi!”

          Jerkahan kuat dari belakang mengejutkan Itsuki. Pantas dia berpaling ke belakang. Sho sedang galak ketawa kepadanya. Dia sudah kembali dari hutan untuk mencari kayu api bersama-sama Hiko. Beberapa berkas kayu api diletakkan di atas para yang dibuat oleh Naoki yang sememangnya mahir dalam ikatan gadget dalam perkhemahan.

          “ Korang ni tak boleh tengok aku senang ke?” rungut Itsuki. Matanya dilabuhkan pada Sho yang masih lagi ketawa.

          “ Sho yang buat, aku tak masuk campur,” kata Hiko mudah. Dia tersengih. Hiko mengambil tempat di hadapan khemahnya yang dikongsi bersama-sama Itsuki.

          “ Suka hatilah. Adoi…” rungut Itsuki. Kepalanya digeleng perlahan. Dia turut mengambil tempat di sisi Hiko.

          “ Yang lain-lain tak pulang lagi? Apalah yang tengah dibuat ni,” kata Sho. Dia memerhati ke sekeliling.

          Selepas taklimat dibuat, yang mengambil masa dua jam lamanya, mereka ditugaskan mencari kayu api dah kelengkapan untuk memasak makan malam. Siapa fasilitator dan peminat bertuah menyertai kumpulan mereka masih belum diputuskan.

          “ Abang Jun ke khemah urus setia, ada hal sikit katanya. Hikari dan Kak Kumi pergi ambil air. Naoki dan Eichii pula pergi ambil bahan untuk memasak kat khemah sana,” kata Hiko. Matanya tertumpu pada sebuah khemah besar yang terletak tidak jauh daripada khemah urus setia. Bahan masakan tidak disediakan oleh mereka, sebaliknya disediakan oleh pihak pengajur.

          “ Tu pun Naoki dan Eichii,” kata Sho. Mata masing-masing tertumpu pada Naoki dan Eichii yang berjalan ke arah tapak khemah mereka dengan beg kertas di tangan mereka.

          “ Kenapa lambat?” tanya Itsuki. Matanya tertumpu pada beg kertas yang diletakkan di atas tikar. Naoki tersengih.

          “ Ramai betul orang yang datang, terpaksa tunggu giliran dulu,” balas Naoki. Itsuki mengangguk mengerti. Dia mencangkung, membuka kedua-dua beg kertas itu. Dia tersenyum apabila melihat isi di dalamnya.

          “ Boleh masak sedap ni,” katanya. Eichii mengerutkan dahi.

          “ Tapi, semua tu sayur, lepas tu makanan dalam tin. Kau tahu ke nak masak apa?” tanya Eichii hairan. Dia duduk di hadapan khemahnya yang dikongsi bersama-sama Naoki. Penatnya lepas menunggu lama bagi mendapatkan bahan masakan. Dia menggeliat kecil.

          Itsuki tersengih. “ Aku kan pakar? Tahulah aku nak masak apa.”

          Sho mencebik tetapi dia hanya senyap sahaja. Dia memang tahu akan kepakaran Itsuki dalam bidang masakan. Lelaki itu memang mahir memasak, malah lebih mahir daripada empat orang kakaknya.

          “ Hai, semua.”

          Lima pasang mata tertumpu pada arah suara itu. Hikari dan Kumi sudah kembali dari sungai. Dua botol besar air berada dalam pelukan Kumi manakala empat lagi dipeluk oleh Hikari. Gadis bertubuh kecil itu memang kuat orangnya.

          Keenam-enam botol itu diletakkan di atas meja kecil ciptaan Naoki. Hikari merenung kelima-lima ahli SHINE. Dia berdiri bercekak pinggang.

          “ Bila nak masak?”

          Itsuki tersengih. Dia bangun daripada duduknya.

          “ Nak masaklah ni.”

   
           BASAH baju Hikari saat disimbah air oleh Sho yang sememangnya menanti peluang itu. Dia segera menoleh ke belakang.

          “ Sho!!!”

          Cepat-cepat Sho melarikan diri ke arah Jun. Hikari hanya mampu memerhatikan sahaja gelagat Sho. Malas mahu mencari balah di tengah-tengah orang ramai ini.

          Sekarang ini mereka menyertai aktiviti membersihkan kawasan sungai daripada sampah atau dedaun yang gugur. Seorang fasilitator yang dikenalkan oleh Jun sebagai Ikeuchi Keisuke yang merupakan kenalan Jun dan Kumi.

          Bagi peserta dalam kalangan peminat pula, mereka disertai oleh dua orang pelajar perempuan yang kini menuntut di universiti, Tanabe Aya dan Katsuragi Yukari. Berkali-kali Hikari menarik nafas lega apabila mendapati kedua-dua gadis itu bukannya jenis peminat fanatik yang sampai sanggup berbuat apa sahaja untuk mendekati mana-mana idola.

          “ Tak banyak sangat sampah, daun-daun kering aje yang banyak,” kata Kumi yang datang ke arah Hikari. Di tangannya ada satu plastik sampah yang bersaiz kecil. Hikari mengangguk bersetuju.

          “ Nasib baik dah ada ramai yang sedar pasal kebersihan alam sekitar ni. Saya sendiri pun tak selesa bila tengok kawasan yang kotor tidak terjaga,” kata Hikari. Beberapa helai daun yang mengalir di sekitar kawasannya diambil lalu dimasukkan ke dalam beg plastiknya.

          “ Betul kata kamu,” kata Kumi sambil tersenyum. Dia mengajak Hikari ke kawasan lain. Jun dan SHINE ditinggalkan sahaja di situ.

          “ Itsuki!”

          Laungan Naoki pada Itsuki yang sedang asyik memerhatikan pada suatu arah tidak mampu menganggu sahabatnya itu. Mata mereka tertumpu pada arah yang menjadi perhatian Itsuki itu. Kelihatan seorang gadis bertopi sedang memungut sampah yang hanyut di sungai.

          Naoki menggaru kepala lalu mengalih pandang pada sahabatnya yang lain. Yang lain-lain hanya mampu mengangkat bahu. Sho berjalan mendekati Itsuki yang seakan-akan hanyut dalam lamunannya. Bahu Itsuki ditepuk kuat.

          “ Apa yang…”

          Berkerut muka Itsuki melihat pada Sho yang sedang galak ketawa. Bahunya dipaut erat. Sho masih lagi ketawa.

          “ Asyik betul kau tengok gadis tu. Berkenan ke?” tanya Sho berterus-terang. Tangan Sho ditolak ke tepi.

          “ Gadis mana pulak ni?” kata Itsuki cuba menyembunyikan perkara yang sebenar. Sho ketawa lagi. Kali ini dia mendekati Naoki di belakang. Tiba-tiba sahaja dia memeluk Naoki dengan erat.

          “ Oh… Naoki… aku cintakan kamu,” kata Sho lembut. Pelukannya turut dibalas Naoki. Naoki mengangguk.

          “ Aku pun cintakan kamu, Sho,” balas Naoki. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah masing-masing tidak mampu menahan tawa masing-masing. Hiko dan Eichii turut tertawa bersar melihatkan gelagat Sho dan Naoki. Jun hanya mampu menggelengkan kepalanya.

          “ Kacau daun betullah korang ni. Aku tak masak untuk tengah hari ni baru tahu langit tu tinggi rendah,” keluh Itsuki. Sho mencebik.

          “ Alah kau ni… tak mengaku pulak. Macamlah kami tak perasan yang gadis tu gadis sama yang pulangkan sapu tangan kau. Betul tak apa yang aku kata?” kata Sho. Itsuki terdiam. Teragak-agak dia mengangguk. Sho menarik senyum.

          “ Kan betul apa yang aku cakap,” kata Sho lagi. Senyumannya kian melebar.

          Itsuki meneruskan kerjanya, malas mahu mempedulikan kata-kata Sho. Sho dan rakan-rakannya yang lain masih tersengih lebar. Mereka sama-sama berpandangan.

          “ Dah ada cinta yang berputik…” kata Sho mendayu.

          Itsuki merengus. Matanya kembali pada Yui yang sedang leka dengan tugasnya. Dia menarik senyum tiba-tiba. Hatinya berbunga gembira.

11 comments:

fallenmoon said...

Itsuki <3
Hehe :D

Anonymous said...

itsuki suke yui??? oh tidakkkk... how bout me?? hehehe..

best la n3 ni..klu ade idea, cpt smbung ye cik hana :D

-kyra-

Haruno Hana 하나 said...

Moon> me? love Yunho^^

Kyra> tu u punya madu baru~

Anonymous said...

oh no!! :)

-kyra-

Haruno Hana 하나 said...

kyra> yes~ u kena terima hakikat yg u ada madu baru^^

Haruno Hana 하나 said...

kyra> yes~ u kena terima hakikat yg u ada madu baru^^

A.D.A.M. said...

TVXQ! T____T miss them so much!

athiea said...

aishkk...geram ..
rase nak nyanyi lagu doushite je.hehhee

Ayumiyoshida said...

comel.. kekeke..
ohh ya, pernah tak saya cakap ni, saya suka Shine. antara byk2 plg saya suka. the cuteness killed me. haha.

Anonymous said...

akk..cite nie xde smbngn ke?

Haruno Hana 하나 said...

akak tak sure nk decide brhenti terus atau smbung sikit2.. sbb lepas ni akak akn sibuk balik n nk concentrate pd real project aje.. citer ni hnya ntuk suka2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...