
Orang kata, kadang-kadang
kebetulan itulah yang akan membawa bahagia.
Aku harap, ada
kebenarannya.
Insya-Allah.
“
ENCIK nak jumpa siapa?”
Auni
Ammaleeyna bertindak sebagai penyambut tetamu tidak bertauliah di kaunter. Jam
masih menunjukkan awal pagi. Pukul 9 pun belum masuk lagi tetapi sudah ada
orang yang berada di kaunter penyambut tetamu. Rakan sekerja yang bertugas
sebagai penyambut tetamu itu pergi ke tandas sekejap. Katanya nak betulkan
uniform yang kelihatan selekeh.
Lelaki
tinggi yang kelihatan kemas bersut menoleh kepada gadis itu. Seulas senyuman
menyapa pertanyaan Auni. Auni turut membalas. Orang senyum, kita balas ajelah,
kan? Nanti kata sombong pula. Lagipun lelaki itu bukannya buat muka gatal pun.
Siap beri salam lagi kepada Auni. Salam dijawab sahaja perlahan.
“
Encik Adam dah masuk ke? I need to see
him,” lelaki itu mula bersuara.
Dengan
senyuman pada suatu raut wajah yang bersih, mampu membuatkan Auni tersenyum
simpul. Sudahlah lelaki itu boleh tahan kacak. Auni mengutuk dirinya sendiri.
Gatal sangat pagi-pagi macam ni.
“
Oh! Encik ada appointment dengan
Encik Adam ke? Awal lagi ni encik. Biasanya tepat pukul 9 baru dia muncul.”
Auni melihat pada muka jam. Lagi lima belas minit sebelum jarum jam menandakan
pukul 9.
Lelaki
itu mengeluh seraya menggeleng.
“
Nasib tak baik saya datang awal sangat. Tak buat appointment pun dengan dia, I
thought he was here already. Mungkin saya patut pergi breakfast dulu,” balas lelaki itu. Dia turut melihat pada jam di
pergelangan tangan.
Auni
melihat sahaja. Dia tidak pernah melihat lelaki itu datang ke tempat kerjanya
sebelum ini. Daripada gayanya, kelihatan seperti lelaki itu merupakan kawan
kepada Encik Adam. Selamba aje gayanya. Datang pun tidak buat temu janji
terlebih dahulu.
“
I think I should go to any café nearby
first. A bit urgent actually. And I
need to rush to my office then. Tak apalah, thanks sudi menolong. Lepas ni saya datang cari dia balik.
Assalamualaikum,” ucap lelaki itu seraya melangkah pergi. Sempat lagi dia
melambai dari belakang. Auni hanya memerhati. Peliknya tengok lelaki ni.
Selamba betul.
Baru
sahaja lelaki tu melangkah keluar daripada firma Adam, Munirah yang bertugas
sebagai penyambut tetamu kembali ke kaunter. Dia kelihatan lebih kemas daripada
sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan Auni di kaunter untuk menjadi penyambut
tetamu tidak bergaji.
“
Lelaki tu cari siapa?” Munirah merujuk kepada lelaki yang berbual dengan Auni
tadi.
“
Kawan Encik Adam rasanya. Dia tanya Encik Adam dah sampai ke belum. Aku cakap
belum. Biasanya Encik Adam tak sampai lagi time
ni kan?” jawab Auni. Dia bermain-main dengan glob salji yang menghiasi kaunter.
“
Kau cakap macam tu kat mamat tu?”
Munirah buat suara tidak percaya. Auni mengangguk. Dia masih leka dengan glob
salji comel itu.
“
Encik Adam dah sampailah. Dia sampai awal hari ni.”
Erk?
“
Mimpi apa bos kita datang awal hari ni? Tak perasan pun masa aku naik atas
tadi.” Auni kehairanan. Tidak pula dia nampak kelibat bosnya sewaktu naik ke
tingkat atas tadi.
Munirah
menggeleng. “ Entah. Bos mimpi bulan jatuh ke riba kot semalam. Sebab tu dia
datang awal.”
Ringan
aje tangan Auni menepuk lengan Munirah. Habis klasik mimpi yang diberi.
Munirah, Munirah. Tahulah kau peminat tegar filem klasik allahyarham Tan Sri P.
Ramlee.
“
Ada ke cakap camtu. Dengar dek bos,
kau nak kena potong gaji?” Auni pura-pura buat muka mengugut. Munirah tergelak.
“
Tak ada maknanya. Habis tu, kau tak nak pergi cari lelaki tu ke? Kau dah bagi
salah information kat dia. Manalah
tahu ada perkara penting dia nak jumpa bos kesayangan kita tu. Kalau tak, tak
adanya awal pagi lagi dia tercongok depan kaunter ni,” kata Munirah.
Auni
berpaling pada pintu masuk pejabat. Lelaki itu dah lama berlalu. Mungkin sedang
menikmati sarapan seperti yang dikatakan olehnya agaknya. Malaslah nak kacau
orang makan pagi-pagi macam ni.
“
Tak apalah. Tak ada jodoh dia nak jumpa bos awal pagi ni kot,” balas Auni
mudah. Munirah tersenyum. Ada ada aje Auni ni.
BERKERUT-KERUT
muka Auni menghadap skrin Acer. Tangan kiri
menopang dagu manakala tangan kanan asyik mengetuk muka meja dengan pen. Macam
muka orang susah hati pun ada. Adda terus menepuk meja tanpa memberi salam.
“
Ya Allah! Adda!”
Adda
sengih. “ Tahu pun terkejut. Yang kau asyik termenung aje dari tadi ni kenapa? Something wrong dengan projek yang kau handle ke?”
Perlahan-lahan
Auni menggeleng. Tetapi tetap kelihatan bahawa dia sedang menyorokkan sesuatu
daripada Adda.
“
Kalau macam tu, jangan buat muka monyok aje. Hilang kecomelan kau tu. Apalah
kau ni,” kata Adda. Walaupun dia berkata sedemikian, Adda dapat menghidu
sesuatu yang sedang disorokkan oleh sahabatnya itu.
“
Thanks. Aku tahu aku comel,” jawab
Auni selamba. Adda pura-pura mencebik.
“
Perasanlah kau ni,” balas Adda. Auni ketawa.
Dia
bangun daripada kerusinya. Beberapa helaian kertas bercetak diambil daripada
sudut kanan meja.
“
Kau nak pergi mana tu?” tanya Adda apabila melihat Auni bangun meninggalkan
meja kerjanya. Auni mengangguk ke arah bilik Encik Adam.
“
Jumpa big boss kejap.”
Helaian
kertas di tangan disusun kemas. Mahu jumpa big
boss ni. Mana boleh main selamba aje. Dibuatnya mood Encik Adam hari ni tak berapa elok, memang Auni kena
cepat-cepat telefon Puan Qistina isteri Encik Adamlah datang jadi penenang.
“
Eh?”
Auni
mengangkat mata daripada sepasang kasut hitam berkilat kepada empunya kasut
itu. Dia berhenti betul-betul di hadapan lelaki yang ditemuinya pagi tadi.
Lelaki itu tercegat aje di hadapannya.
“
Awak dah bagi wrong information kat
saya tadi. Bos awak kata dia dah datang awal pagi lagi,” tutur lelaki itu
mengenai pertemuan mereka awal pagi tadi. Senyuman tetap terukir pada wajah
bersih itu.
“
Err…” Auni dah tak tahu nak kata apa.
Kawan bos ni marah aku ke? Muka senyum bagai aje ni.
Lelaki
itu tergelak. “ No worry. Bukan salah
awak pun. Saja je nak usik awak. Assalamualaikum.”
Lelaki
itu berlalu tanpa sempat Auni mengatakan apa-apa. Salam lelaki itu disambut
perlahan. Kening Auni bercantum. Kenapalah kawan bos yang ni agak pelik
perangainya?
“
Auni, kamu buat apa kat sini? Nak jumpa saya ke?”
Auni
tercengang. Encik Adam tercegat aje di hadapan pintu biliknya. Pantas Auni
mengangguk. Encik Adam memberi isyarat membenarkan pekerjanya itu masuk. Tanpa
membuang masa lagi Auni terus ke dalam.
“
Saya dengar apa kawan saya beritahu awak tadi. Kawan saya tu memang macam tu.
Selamba aje dengan orang yang baru dia kenal. Tapi dia baik,” kata Encik Adam
seraya duduk di kerusi empuknya. Auni mengangguk perlahan.
Err… Encik Bos, ada saya tanya ke pasal
kawan Encik Bos tu?
“
Jadi, kenapa awak nak jumpa saya? Something
important?”
Auni
mengangguk lagi. Kertas-kertas yang berada dalam pegangannya dihulurkan kepada
ketuanya. Encik Adam menyambut huluran Auni. Setiap patah perkataan yang berada
pada permukaan kertas itu menjadi santapan matanya.
“
AUNI, kau tak nak balik lagi ke?”
Adda
merapati meja Auni. Gadis itu kelihatan leka membaca sesuatu di skrin Acer.
Auni mengalihkan pandangan daripada skrin laptopnya kepada wajah Adda. Gelengan
kepalanya menjawab pertanyaan Adda.
“
Aku nak siapkan kerja sikit lagi. Kau baliklah dulu. Nanti risau pula ibu kau,”
kata Auni. Adda diam sejenak.
“
Yalah. Tapi kau jangan balik lewat sangat. Semua orang dah pulang ni. Encik Adam
pun dah balik. Tinggal pak guard kat
bawah aje yang temankan kau kat sini. Balik cepat-cepat ya?”
Auni
mengangguk. “ Yalah. Jangan risau. Dah, dah. Kau pergi balik dulu.”
“
Okey. Jumpa kau esok.”
Auni
melambai kepada Adda yang sudah berlalu pergi. Dia termenung melihat sekitar
ruang pejabatnya. Semua orang sudah pulang. Encik Adam pun sudah. Katanya dia
ada janji nak bawa isterinya, Puan Qistina makan malam di luar malam ni.
Bertuah Puan Qistina dapat suami romantis macam Encik Adam tu.
Auni
pula masih di sini. Sebenarnya ada sesuatu yang menganggu dia sejak pagi tadi.
Sebelum Adda ke mejanya dan menegur kenapa dia kelihatan resah aje di hadapan
laptopnya tadi.
Mata
Auni kembali pada skrin Acer. Sudah berulang kali dia membaca apa yang tertera,
sebolehnya untuk menipu dirinya sendiri bahawa apa yang terpapar di skrin hanya
mainan matanya sahaja.
Hakimi Adnan kimi.adnan@yahoo.co.uk
to
me
Assalamualaikum
wbt. Auni,
Saya harap awak sihat-sihat
sahaja. Dah lama kita lost contact,
kan? Sebenarnya, bukan kita, tapi saya. Saya yang lost contact dengan awak. Saya tak boleh lupakan awak, awak yang
selalu lari jauh setiap kali saya nak mendekati. Seorang Auni Ammaleeyna yang
sukar untuk saya dekati walaupun sudah banyak kali saya mencuba.
Four years saya bermastautin di UK. And four years also, I can’t forget you.
Please, Auni. Saya tahu kita tak
pernah ada apa-apa. Tapi saya tetap mengharapkan awak, Auni. Saya harap sangat
suatu hari nanti, awak akan setuju jika saya melamar awak.
Insya-Allah, saya akan
pulang ke Malaysia tak lama lagi. Saya ditukarkan ke cawangan syarikat saya di
Malaysia. Saya harap sangat untuk jumpa awak Auni. Please. I’m begging you.
Wassalam.
Auni mengeluh. Kenapa
lelaki ini perlu muncul lagi? Sudah bertahun mereka putus hubungan. Malah
itulah yang menggembirakan Auni. Dia gembira apabila lelaki itu pergi daripada
hidupnya. Mereka juga bukannya pernah ada apa-apa hubungan dahulu.
Auni klik pada simbol
tong sampah. E-mel yang dihantar oleh Hakimi itu dibuang. Tiada hati untuk
terus menyimpan e-mel yang boleh meresahkan dirinya.
Kimi, kenapa kau cari aku
balik?
Bukannya dia tidak
terharu dengan perbuatan lelaki itu yang masih setia menunggunya, tetapi Auni
tetap dengan keputusannya yang mengatakan dia dan Hakimi tidak patut bersama.
Mereka tidak serasi. Dia yakin itu. Dia ditempatkan dalam hati lelaki itu
bukannya kerana cinta. Suatu rahsia yang tidak Hakimi tahu. Malah, lelaki itu
belum sedar akan hal itu.
Kenapa kau cari aku lagi?
Aku bukannya dia.
2 comments:
BEST.....
Dah habis baca Bab 1 :)