Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Friday, May 31, 2013

464 Untuk Nini Bab 7



NAJWAN mengejar E-jat di halaman rumah. E-jat bawa lari bola Liverpool yang baru dibeli oleh Najwan untuknya. Riuh kawasan rumah mummy dan baba dengan teriakan E-jat apabila berjaya ditangkap oleh Najwan. Mummy yang duduk di gazebo hanya menggeleng. Baba tiada. Walau hari ini hari minggu namun baba tetap sibuk dengan urusan syarikat.

          “ Naj, jangan kejar E-jat camtu. Jatuh karang!” tempik mummy dari gazebo. Mummy hanya mampu menggeleng apabila melihat tingkah Najwan yang sudah berumur 30 tahun seperti kanak-kanak lima tahun. Najwan mula sengih. E-jat jelir lidah sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

          Najwan berjalan ke arah mummy. E-jat masih berada di dalam rumah. Entah apalah yang dia buat di dalam. Mungkin mencari permainan yang lain. Kalau tidak pun mungkin dapur yang menjadi sasaran E-jat. Suka betul E-jat melihat Mak Bedah atau mummy memasak.

          “ Mummy kata Auni nak datang, mana dia?” tanya Najwan tanpa pandang muka mummy sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas gazebo. Mummy gelak kecil.

          “ Kenapa? Tak sabar nak jumpa dia?” tanya mummy dengan nada mengusik. Najwan menggelengkan kepala.

          “ Takdelah macam tu,” balas Najwan perlahan. Mummy gelak lagi.

          “ Takkan lari gunung dikejar, Naj,” balas mummy. Masih lagi dengan nada mengusik. Najwan sudah garu kepala.

          “ Mummy ni…”

          “ Dahlah, mummy nak masuk dalam sekejap. Kalau Auni dah sampai, panggil mummy tau? Mummy masuk dulu,” kata mummy. Najwan hanya mengangguk. Dia lihat sahaja langkah mummy masuk ke dalam rumah.

          Najwan mendongakkan kepala ke arah langit. Matahari berada di sebalik awan. Cuaca tidaklah sepanas beberapa hari yang lalu. Dia senyum sendiri. Langsung tidak mempercayai kata-katanya semalam.

          Ketika dia mengatakan bahawa dia tidak kisah menerima cadangan mummy dan baba untuk menjodohkan dia dengan Auni, dia seakan-akan tidak percaya dengan dirinya sendiri sahaja. Kalau nak dikira, dia bukannya kenal sangat dengan anak kawan mummy dan baba itu. Tetapi, kalau dah rasa berkenan, apa salahnya, kan?

Lagipun apa yang dia buat kini merupakan benda baik juga. Mendirikan rumah tangga, tidak ada salahnya kan? Sekurang-kurangnya bertambah lagi umat Islam yang mendirikan baitulmuslim. Najwan juga percaya akan janji Allah SWT, rezeki akan melimpah ruah bagi setiap khalifah-Nya yang mendirikan masjid demi mengikat suatu hubungan yang halal.

          Masa remajanya banyak dihabiskan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Asalnya mereka sekeluarga tinggal di UK, kemudian Najwan meminta izin ibu bapanya untuk pulang ke Malaysia sahaja dan tinggal bersama-sama nenek sebelah bapanya sementelah datuk sebelah bapanya sudah meninggal dunia. Sekurang-kurangnya neneknya ada peneman di saat keseorangan kerana pemergian datuknya.

          Kemudian, dia terus terbang ke Jepun untuk mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Tidak disangka-sangka bahawa setelah selesai sahaja ijazah dalam bidang itu, baba meminta dia mengambil jurusan pengurusan perniagaan pula. Terpaksalah dia bermula dari bawah kembali.

          Nasibnya agak baik kerana dia terbang ke Jepun itu dengan menggunakan keputusan percubaan SPM, tidaklah lama sangat dia menyelesaikan ijazahnya sebelum terbang ke United Kingdom untuk mengambil jurusan pengurusan perniagaan pula.

          Masa zaman belajar di Jepun dan di UK juga dia tidak pernah punya teman wanita. Selepas kematian Najwa dan Fuad, perhatiannya hanyalah pada E-jat dan kerjaya yang semakin berkembang. Memang tiada masa untuk bercinta. Malah Najwan sendiri tidak ingin mencari masa itu.

          Najwan menggeliat puas. Saat dia menoleh ke pintu pagar rumah, kelihatan sebuah Suzuki Swift putih baru masuk ke dalam kawasan rumah. Najwan angkat kening. Kelihatan seorang gadis bertudung putih keluar dari kereta itu. Dia koyak senyum. Memang dia mengenali gadis itu.

          “ Assalamualaikum,” sapa Najwan. Auni pantas menoleh ke belakang. Najwan sedang berjalan mendekatinya. Kelihatan tenang sahaja lelaki itu dengan senyuman di wajah.

          “ Wa… waalaikumussalam,” jawab Auni gugup. Najwan hanya senyum.

          “ Awak datang nak bincang hal perkahwinan kita?” tanya Najwan selamba dengan kening yang diangkat sebelah. Muka Auni berubah. Teragak-agak dia mengangguk. Apatah lagi dengan perubahan cara Najwan berbicara dengannya. Tiada lagi I-you dan diganti dengan saya-awak.

          “ Masuklah,” pelawa Najwan. Sekali lagi Auni mengangguk. Dia mengekori langkah Najwan masuk ke dalam rumah. Tas tangannya dipegang kemas. Dia sedang cemas kini. Yalah, datang nak jumpa bakal mentualah kononnya. Mestilah cemas semacam untuk pertama kali ini.

          Najwan membawa Auni ke ruang tamu. Mummy masih belum muncul. Najwan hanya biarkan saja. Dia mahu berbicara sebentar dengan Auni secara bersendirian sebelum mummy datang. Lain jadinya kalau mummy dah jumpa dengan bakal menantu dia ni. Entah-entah apa yang ingin dibincangkan takkan menjadi.

          “ Apa yang awak nak bincangkan?” tanya Najwan setelah melihat Auni masih mendiamkan diri. Auni ketap bibir. Dia cuba memberanikan diri melihat wajah Najwan.

          “ Walid dan ummi saya kata encik sendiri yang nak masuk meminang saya. Kenapa?” tanya Auni berterus terang tanpa sebarang mukadimah. Najwan terkejut dengan penyataan itu tetapi dia bijak menyembunyikan emosinya. Wajahnya biasa-biasa sahaja.

          Sejak bila pulak aku yang beria-ria nak pinang dia ni? Bukan ke mummy dan baba pinang dia untuk aku? Aku rasa aku tau kenapa dia cakap macam tu, Najwan senyum meleret.

          Mummy dan baba ni memang suka hati aje kan? Tahulah dah tak sabar nak tengok aku kahwin. Ha ha.

          “ Sebab saya suka awak,” balas Najwan. Muka Auni berubah merah.

          Mamat ni memanglah, tak boleh control sikit ke nak cakap apa? Selamba aje cakap macam tu, rungut Auni. Najwan hanya senyum. Senyum, senyum dan senyum.

          “ Tapi, kita baru aje kenal. Kenapa encik still nak pinang saya?” tanya Auni lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan Najwan. Najwan gelak kecil.

          “ Sebab saya suka awak, kan saya dah cakap,” kata Najwan lagi. Pipi Auni merah lagi. Dia malu sendiri dengan kata-kata Najwan yang dianggapnya berani itu. Baru beberapa kali jumpa dah berani nak mengaku sukakan aku?

          “ Saya…”

          “ Papa!!!”

          Auni dan Najwan sama-sama menoleh ke arah suara itu. Auni lihat seorang kanak-kanak lelaki berlari-lari ke arah mereka sebelum melompat naik ke riba Najwan. Muka Auni berkerut. Papa?

          “ Papa, tuk mummy kata papa nak bawa E-jat ke Bazaar Ramadhan hari ni. Betul ke?” tanya E-jat yang seakan-akan tidak perasan akan kehadiran Auni. Najwan mengangguk. Kepala E-jat digosok.

          “ Lepas Asar, ya sayang? Dah, pergi salam dengan auntie,” kata Najwan. E-jat turun lalu berlari ke arah Auni pula. E-jat menghulurkan tangan pada Auni yang masih lagi terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku kepadanya sekarang. Papa?

          “ E-jat nak salam,” kata E-jat perlahan. Auni ukir senyum walau dia masih hairan dengan situasi ini. Papa? Sayang? Erk…

          “ Kalau E-jat nak tau, auntie tulah yang akan jadi mama E-jat nanti, E-jat suka?” tanya Najwan selamba. Auni menjegilkan matanya. Najwan hanya senyum sahaja.

          “ Mama? Betul ke papa?” tanya E-jat teruja. Wajah Najwan direnung tidak percaya. Najwan mengangguk.

          “ Betul. Takkan papa nak tipu pulak,” balas Najwan lagi.

          Muka E-jat berubah gembira. E-jat renung muka Auni yang sudah tidak tahu nak buat reaksi apa dah.

          “ Mama, E-jat nak salam lagi. Boleh?” tanya E-jat. Auni hanya mengangguk sebelum menghulurkan tangan. Najwan cuba tahan gelak. Lucu melihat situasi itu. Pastinya Auni tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi.

          “ E-jat, pergi panggil tuk mummy. Cakap yang mama dah sampai,” pinta Najwan. E-jat hanya mengangguk sebelum berlari ke arah dapur. Najwan senyum sahaja melihatkan muka Auni sedemikian.

          “ Budak tu…” kata-kata Auni mati di situ. Najwan gelak perlahan.

          “ Awakkan dengar dia panggil saya apa?” kata Najwan. Auni telan liur. Takkanlah…

          “ Dia anak saya,” kata Najwan lagi. Berubah muka Auni mendengarkan kata-kata Najwan. Ummi tak cakap pun yang mamat ni duda?

          Sakit dada Najwan kerana sibuk menahan gelak daripada terhambur keluar. Seronok juga usik dia ni. He he he…

          “ La… Auni dah sampai?”

          Auni lihat pada Auntie Sofi yang baru keluar dari arah dapur. E-jat mengekori dari belakang. Cepat-cepat Auni bangun daripada duduknya. Auntie Sofi mengukir senyum. Ternyata dia menyenangi kehadiran Auni ke rumahnya.

          “ Dah lama sampai?” tanya mummy. Auni menggelengkan kepalanya. Mereka bersalaman. Auni tunduk lantas mencium tangan mummy.

          “ Baru aje sampai,” balas Auni dengan senyuman. Mummy menoleh ke arah Najwan yang sedang bergurau dengan E-jat. Leka benar Najwan dan E-jat bergurau malah mereka seolah-olah tidak mempedulikan langsung akan kehadiran mummy dan Auni.

          “ Kenapa Naj tak panggil mummy terus? Tadi E-jat cakap mama dah sampai, mummy ingatkan Nawal tapi rupa-rupanya Auni,” kata mummy kepada anak teruna sulungnya itu Najwan hanya tersengih. Auni tambah pelik.

          Nawal? Bekas isteri dia ke?

          “ Saja,” balas Najwan mudah dengan senyuman lebar di bibir. Mummy geleng kepala.

          Mama? Nawal? Dia ni suami orang lagi ke?

          Mummy hairan tengok muka Auni yang sudah berkerut. Mummy gelak perlahan.

          “ Kenapa?” tanya mummy mesra. Pantas Auni geleng kepala.

          “ Tak… tak ada apa-apa,” kata Auni dengan senyuman. Mummy senyum lagi. Rasa-rasanya mummy tahu kenapa wajah bakal menantunya itu sedemikian.

          “ Maaf ya Auni. Lupa pula mummy nak cakap, E-jat tu anak arwah Najwa dan Fuad. Rasanya ummi Auni lupa nak beritahu agaknya yang Najwa tu adik kembar Najwan. Lepas mereka meninggal, Najlah yang asyik jaga E-jat sampaikan budak tu panggil dia papa. Nawal pulak anak bongsu mummy. Biasanya E-jat panggil Nawal tu Mama Nawal, kadang-kadang aje E-jat panggil dia Che Su,” jelas mummy.

Sekali lagi muka Auni berubah. Apatah lagi mendengarkan wanita di hadapannya itu membahasakan dirinya dengan panggilan mummy. Gaya macam dah sah jadi menantu aje…

          “ Oh…”

          Hanya itu sahaja yang mampu Auni katakan. Dia lihat pada Najwan yang berdiri di belakang mummy. Seperti biasa, Najwan hanya senyum. Memang padanlah muka dia nak sama dengan Mukai Osamu. Dahlah Mukai tu famous bebenor dengan senyuman dia. Auni ketap bibir. Nak kena dia ni…

           “ Mummy rasa baik mummy tinggalkan kamu berdua. Kamu bincanglah ya. Bincang terus tarikh ke apa-apa semua tu. Mummy ke dapur dulu, mari E-jat,” kata mummy. E-jat naik ke dukungan mummy. Najwan mengangguk. Selepas mummy pergi, dia merenung terus ke muka Auni.

          “ Well… boleh kita sambung bincang?” tanya Najwan. Teragak-agak Auni mengangguk. Mereka kembali duduk.

          “ So, macam mana? Awak nak buat majlis kita sekali dengan majlis nikah adik saya ke?” tanya Najwan. Auni renung geram muka Najwan.

          “ Encik, saya tak kata lagi yang saya…” kata-kata Auni terhenti di situ apabila melihat Najwan angkat kedua-dua tangannya. Mukanya berkerut.

          “ Boleh awak stop panggil saya encik? Formal, tahu tak?” potong Najwan. Auni mengangguk perlahan. Apa-apa ajelah…

          Auni tarik nafas. Muka Najwan direnung. Mamat ni memang confirm sangatlah aku nak terima pinangan dia…

          “ En… awak… awak memang pasti ke dengan semua ni? Saya dan awak… kita bukannya kenal sangat,” kata Auni agak teragak-agak. Seperti biasa, hanya senyuman menghiasi wajah Najwan. Auni senyap.

          “ Saya tak main-main. Kalau saya nak main-main saya takkan pinang awak, kan?” kata Najwan. Auni hanya mengangguk perlahan.

          “ So, why don’t we give it a try? Macam mana?” tanya Najwan selamba. Berubah terus air muka Auni.

          “ Awak ingat marriage ni perkara main-main ke? Nak cuba-cuba, kalau tak sesuai, bercerai? Macam tu?” kata Auni agak geram.

          Senyum lagi! Takde perkara lain nak buat ke? Auni makin bengang.

          “ Baiklah, baiklah. Sekarang, saya ada dua options untuk awak,” kata Najwan selepas menyedari tahap kebengangan Auni sudah bertambah. Auni sudah menarik senyum. Tentu salah satu pilihan itu akan berpihak kepadanya.

          “ So, tell me the options,” kata Auni tidak sabar-sabar. Najwan tersenyum. Siaplah dia ni.

          “ Okay, I’ll give you two options. First, be mine. Second, make me yours,” kata Najwan selamba. Auni sudah jatuh rahang sebaik sahaja kedua-dua pilihan yang dinyatakan oleh Najwan didengari dengan teliti.

          “ Awak..” Auni kematian kata-kata. Tak adil! Berat sebelah!

          Najwan mengukir senyum dengan muka tenang tanpa riak bersalah. “ See? I’m giving you two choices? Awak nak pilih yang mana satu?”

          Tahap kebengangan Auni sudah meningkat ke paras bahaya! Kedua-dua pilihan yang Najwan tawarkan hanyalah akan memenangkan diri lelaki itu. Dengan kata lain, Auni akan kalah juga dengan lelaki bernama Najwan itu.

          “ Saya…”

          “ Saya dah fikir semalam dan saya dah tetapkan tarikhnya. Kita bertunang seminggu sebelum Nawal nikah, then kita nikah serentak dengan Nawal,” kata Najwan sekaligus memotong percakapan Auni. Auni terlopong.

          Erk?

          Najwan sengih. “ Awak boleh tanya ummi dan walid awak. Saya dah call mereka sebelum awak sampai. Saya pun dah beritahu mereka yang awak dah setuju dengan pernikahan kita dan takkan fikir lagi pasal nak terima ke tidak.”

          Ha?

          “ Kita ada masa 2 bulan lebih aje untuk prepare semua benda. Saya akan call awak bila masanya nak pergi beli semua benda untuk majlis tunang dan nikah kita. Dan saya rasa kita patut mula uruskan semua hal ni lepas Aidilfitri, kay? Oh ya! Asalnya saya nak kita bertunang sehari sebelum Nawal nikah tapi rasanya saya perlu awak bagi masa seminggu untuk kenal saya sebelum kita kahwin,” kata Najwan lagi tanpa henti. Selesai bercakap, dia sengih lagi. Auni dah mula keluar aura Voldermort.

          Memanglah aku rasa nak hempuk-hempuk aje mamat ni!


“ DIA cakap camtu? Lawaklah!” Adda gelak besar. Auni pula tarik muka.

          Pulang sahaja dari rumah Najwan, dia terus ke rumah Adda. Nasib baik mak Adda sporting, Adda seorang aje yang rasa nak halau Auni balik sebab ganggu masa tidur dia tengah hari hujung minggu macam ni.

          “ Geram betul aku dengan mamat tu! Sesedap Baskin-Robbins aje dia buat keputusan camtu! Eiii!!!” Auni tumbuk-tumbuk bantal tidur Adda. Pantas Adda rampas bantal itu sebelum lunyai dek tumbukan Auni.

          “ Rilekslah, cuba kau duduk diam-diam dulu,” kata Adda. Auni cebik. Aku tengah geram ni kau boleh cakap macam tu? Kau senanglah cakap macam tu. Bukan kau yang kena. Geramnya aku dengan mamat tu!

          Adda ambil tempat di atas katil di sisi Auni. Dia sengih melihatkan wajah kusut sahabatnya itu.

          “ Habis tu, kau nak buat apa sekarang?” tanya Adda. Auni geleng kepala. Dia tunduk melihat ke lantai.

          “ Tatau. Dia dah cakap kat ummi dan walid yang aku dah setuju dan dah tentu dia dah beritahu mak bapak dia pasal ni. Takkanlah aku nak cakap yang aku tak setuju pulak. Mau kena kejar dek parang dengan walid aku nanti,” kata Auni.

          “ Kalau aku, aku rasa baik kau biarkan saja hal ni berjalan macam biasa,” kata Adda. Auni angkat muka. Wajah Adda direnung hairan.

          “ Why did you say that?”

          Adda sengih lagi.

          “ Kau kan nak sangat lari daripada Kimi? Kau jangan lupa apa yang kau kata pada Kimi tempoh hari.”

          Alamak!

          Gara-gara terlalu memikirkan soal pinangan daripada Najwan, kadang-kadang Auni hampir terlupa mengenai Hakimi.

Once dia tahu yang kau rupa-rupanya tipu dia, aku berani potong jarilah kalau dia tak sambung ganggu kau lagi. Sekurang-kurangnya kalau kau dah bertunang dan kahwin dengan si Najwan tu, Kimi dah tak ada hak untuk ganggu kau. Aku nampak ni aje jalan penyelesaiannya,” sambung Adda.

Muka Auni berkerut. “ Tapi aku rasa macam teruk gila. Jadikan Najwan tu macam alat untuk selesaikan masalah aku dengan Kimi aje. Kecillah hati dia kalau dia tahu aku ni gunakan dia aje.”

Tell me the truth, kau terima pinangan Najwan tu lebih kepada nak selamatkan diri kau daripada Kimi atau sebab ummi dan walid kau dah berkenan sangat dengan Najwan tu?”

For my parents’ sake.” Yakin suara Auni mengatakan.

Auni boleh nampak bagaimana ummi dan walid bersungguh-sungguh mahu dia menerima pinangan Najwan. Ibu bapanya beria-ria benar mahu bermenantukan Najwan. Auni tidak bodoh untuk mempertaruhkan masa hadapannya dengan menerima pinangan Najwan secara membuta tuli hanya untuk melarikan diri daripada Hakimi. Itu ibarat keluar Gurun Sahara masuk Hutan Amazon namanya itu.

“ Kalau kau buat semua ni untuk bahagiakan ummi dan walid kau, insya-Allah semuanya akan baik. Cuma kau kenalah berterus terang pada Najwan pasal Kimi tu. Aku tak nak jadi apa-apa yang tak elok pula kalau rahsia kau pasal Kimi ni bocor secara tiba-tiba.”

Auni mengangguk sahaja. Adda kelihatan yakin dengan kata-katanya. Seakan-akan Adda sudah mengenali Najwan walaupun tidak pernah walau sekali pun mereka bersua muka.

          “ Aku rasa dia memang serius dengan kau. Kalau tak, dia takkan masuk pinang kau. Dahlah korang baru aje kenal. Tak lama macam kau kenal Kimi tu. Dahlah, jangan susah hati. Insya-Allah semuanya baik,” kata Adda lagi.

Auni mengeluh. Boleh ke? Adoyai… Time camnilah buat aku rasa nak nangis ni…


“ YA, saya dah beritahu dia.”

          Najwan mengangguk sebelum kembali mengiakan kata-kata si pemanggil. Dia senyum.

          “ Dia nampak terkejut, tapi insya-Allah takkan apa-apa.”

          Najwan renung ke luar tingkap. Dia boleh nampak mummy sedang melayan E-jat bermain berhampiran dengan kolam renang di luar. E-jat nampak gembira sahaja. Sepertimana dirinya yang gembira saat ini.

          Diam sejenak. Najwan hanya mendengar sahaja butir bicara si pemanggil. Akhirnya dia mengeluh. “ Saya cuma harap dia boleh terima E-jat. Sebab, walau kami dah kahwin, saya tetap perlu jaga E-jat juga, dia dah macam anak saya.”

          Najwan diam lagi. Matanya masih merenung ke luar kamar. Dia menunggu sahaja si pemanggil di hujung talian menghabiskan bicara.

          “ Insya-Allah. Saya akan beritahu dia bila masanya nak beli barang-barang hantaran tunang dan nikah. Ya, ya. Baiklah, kalau ada apa-apa saya akan beritahu. Assalamulaikum, ummi.”

          Talian dimatikan. Najwan senyum sendiri.

          Inilah jadinya bila bakal menantu buat konspirasi besar-besaran bersama-sama bakal mentua sebelum berkahwin. Najwan senyum lagi.


2 comments:

Norhaizam Mustaffa said...

Kak Hana, cerita ni betul2 best. Walaupun hari ni busy, tapi curi masa jugak sekejap nak baca ni bila tengok akak dah update. hehe :)

Ruunna Qizbal said...

best2.. smbng lagiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...