Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Friday, April 2, 2010

SHINE: You're My Melody 7

SHIKARI merebahkan badannya ke atas rumput. Tangan didepa seluas mungkin. Ah... segarnya!

         Buk!

         Pantas dia bangun apabila sebiji kerikil mengenai kepalanya. Tangan dibawa ke kepala, menggaru-garu bahagian yang terasa sakit. Ada saja yang dengki tengok aku ni! Mesti dia!

         Sho ketawa apabila melihat Shikari bangun. Shikari menjengilkan mata kepada lelaki itu. Sedikit pun Sho tidak mengendahkan mata yang sudah mengeluarkan aura membunuh itu.

         “ Jangan kacaulah! Aku nak relaks ni!” marah Shikari. Sho buat bodoh.

         Hari ni hari minggu. SHINE sudah berpakat untuk pergi berkelah kat taman tasik. Shikari? Kalau bukan sebab paksaan yang datang daripada Sho dan Eichii, sudah pasti dia tak mengikut mereka. Lebih baik dia tinggal saja di rumah. Boleh tidur!

         Entah kenapa mereka beria-ria mengajak dia ke sini, tidak pula Shikari ketahui. Biasanya, pada hari seminggu begini, SHINE lebih suka tinggal sahaja di rumah. Jika tidak pun, mereka akan ke bandar. Bukannya ke kawasan taman sebegini. Barangkali mereka ingin bertukar angin.

         “ Sho! Tak nak main badminton sekali?” laung Naoki dari hujung taman. Sho menoleh ke arah suara itu. Dia bingkas bangun daripada duduknya. Dia melambai ke arah Naoki yang sedang bermain dengan Eichii.

         “ Okey!”

         Dia berlari meninggalkan kawasan perkelahan. Shikari menoleh ke belakang. Itsuki sedang membaca komik di bawah pokok manakala Hiko pula sedang berbaring di atas rumput sambil mendengar lagu. Pendek kata, kesemua mereka hanya relaks sahaja pada hari ini. Nasib baik mereka tidak perlu ke MTS.

         Shikari bangun daripada duduknya. Lebih baik dia berjalan-jalan di sekitar taman itu. Waktu masih di awal pagi. Pengunjung di taman itu juga kurang. Hanya kelihatan dua buah keluarga sedang berkelah dan beberapa orang sedang berjoging menglilingi taman.

         “ Argh! Letihnya!” Shikari mendepakan tangan. Wajahnya diangkat melihat pada langit.

         Memang dia agak letih. Menguruskan SHINE, berkejar ke latihan aikido, membuat ulang kaji. Pendek kata, masa Shikari untuk berehat memang terhad. Di sekolah, dia mengikuti kelas seperti biasa, pulang sahaja ke rumah dia harus bersiap untuk ke MTS. Ulang kaji dan latihan yang diberi oleh guru dibuat semasa menunggu SHINE berlatih. Pulang sahaja ke rumah, apa yang terbayang di mata hanyalah bantal dan tilam yang empuk. Baru sahaja kepala mencecah bantal, mimpi mula menjengah.

         Pernah juga Shikari terfikir untuk melepaskan jawatan sebagai pengurus, namun apabila memikirkan SHINE itu mempunyai kaitan yang rapat dengan dirinya, Shikari terpaksa mengalah. Sho, Hiko Itsuki dan Naoki sahabat karibnya manakala Eichii pula merupakan satu-satu adiknya. Dia tidak tergamak untuk melukakan hati mereka.

         “ Em?”

         Esakan seorang kanak-kanak menarik perhatian Shikari. Dia menoleh ke sisi. Ada seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk mencangkung. Wajahnya disembunyikan di sebalik kepala lutut yang dibawa rapat ke dada. Dahi Shikari berkerut.

         Anak siapalah ni? Sesat agaknya.

         Perlahan-lahan dia berjalan mendekati kanak-kanak itu. Bahu kanak-kanak itu ditepuk perlahan. Kanak-kanak perempuan itu mendongak. Air mata jelas kelihatan di pipi kanak-kanak itu.

         “ Adik sesat ke?” lembut Shikari menyoal.

         Mata kanak-kanak itu merah. Bibirnya terketar-ketar. Kanak-kanak itu mengangguk perlahan. Shikari tersenyum.

         “ Mana mak adik? Nak kakak tolong carikan?”

         Kanak-kanak itu terdiam. Matanya bulat sebelum kembali mengalirkan air mata. Shikari mula gelabah. Kenapa pulak ni? Aku tersalah tanya ke?

         “ Mana mak adik?” sekali lagi Shikari menyoal.

         Kanak-kanak itu mengesat air matanya. Sebelah tangan mengesat air mata manakala sebelah lagi menunjuk ke langit. Shikari tergamam. Maksudnya...

         “ Mak saya dah tak ada,” sayu suara kanak-kanak itu kedengaran.

         “ Maafkan kakak.”

         Kanak-kanak itu kembali menangis. Shikari membawa kanak-kanak itu ke bangku taman. Kanak-kanak itu menurut sahaja. Lembut usapan Shikari pada mata yang bening itu.

         “ Adik datang dengan siapa?”

         Kanak-kanak itu terdiam. Dia menunduk merenung tanah.

         “ Seorang diri.”

         Shikari mengeluh. Datang sendiri rupanya. Patutlah menangis, tak ada orang jaga.

         “ Mana ayah? Nenek?” tanya Shikari. Kanak-kanak itu membisu. Sekali lagi Shikari mengeluh. Susah.

         “ Adik?”

         “ Ayah sibuk dengan kerja. Nenek tak ada. Jauh. Saya nak cari mak, saya nak mak saya balik!” tegas kanak-kanak kecil itu bersuara. Matanya semakin merah.

         Shikari tersenyum. Namun begitu, hatinya tetap terasa sayu apabila mendengarkan kata-kata kanak-kanak itu. Mencari ibunya yang sudah pasti tidak akan ditemui lagi.

         “ Nama adik?”

         “ Akiko,” sepatah kanak-kanak itu menjawab. Shikari mengangguk.

         “ Kenapa nak cari mak adik? Ayah kan ada?” lembut Shikari berkata-kata. Kepala Akiko diusap perlahan. Shikari tergamam apabila secara tiba-tiba sahaja Akiko memeluknya. Shikari tersenyum hambar.

         “ Saya nak mak saya... saya nak mak balik... ayah... ayah selalu sibuk,” luah kanak-kanak itu. Semakin lama suaranya semakin serak. Shikari mengangguk. Kejap pelukannya pada tubuh kecil itu.

         “ Mak Akiko dah tak ada, sayang. Sampai bila-bila, mak tak akan balik.”

         Pelukannya dilepaskan. Akiko mendongak, mencari wajah Shikari. Bibirnya bergetar.

         “ Tapi kenapa? Mak sayangkan saya!” keras Akiko bersuara. Shikari mengeluh.

         “ Buat selamanya mak Akiko sayangkan Akiko. Tapi, dia terpaksa. Dia bukan sengaja nak tinggalkan Akiko. Akiko tak nak mak Akiko susah hati, kan?” kata Shikari lagi. Perlahan-lahan Akiko mengangguk.

         “ Jadi, Akiko tak boleh berkelakuan macam ni lagi. Mak Akiko tentu susah hati sebab Akiko tak merelakan pemergian dia.”

         Akiko kembali dibawa ke pelukannya. Tangisan kanak-kanak itu kembali berlagu.

         “ Tapi, kenapa Akiko ke sini sebenarnya?” tanya Shikari. Pasti ada sesuatu yang menarik kanak-kanak ini untuk ke taman ini. Akiko mendongak.

         “ Kat tempat mak saya selalu bawa,” perlahan sahaja suara itu. Shikari mengangguk.

         “ Kat mana?”


HATI terdetik rasa kagum. Dia menebar pandangannya ke sekitar kawasan itu. Tidak pula dia menyangka bahawa ada tempat yang sebegitu indah di kawasan taman tasik ini. Akiko berlari ke hadapan tasik. Perlahan sahaja langkah Shikari mengekori kanak-kanak itu.

         “ Tempat ni...”

         Dia kehilangan kata-kata. Memang wajar tempat ini tidak pernah ditemuinya. Kawasan tasik ini agak tersorok daripada pengunjung. Ada hutan kecil yang perlu dilalui sebelum sampai ke sini.

         “ Mak selalu bawa saya ke sini. Kami akan main sama-sama di sini,” jelas Akiko. Dia berlari menuju ke sebatang pokok. Dedaunan pokok itu berwarna merah jingga, seolah-olah daun maple pada musim luruh. Bezanya, sekarang ini merupakan musim bunga, bukannya musim luruh.

         “ Ni pokok saya dan mak. Kami selalu bermain bawah pokok ni,” kata Akiko lagi. Shikari tersenyum.

         Dia kelegaan apabila melihat kanak-kanak yang baru sahaja dikenalinya itu kelihatan ceria. Langsung dia tidak menduga akan terjebak dengan situasi sebegini. Dia datang ke taman tasik ini untuk merehatkan diri, terjebak pula dengan Akiko.

         “ Akiko tak nak balik rumah?” tanya Shikari. Dia mengerling pada jam di tangan. Mungkin SHINE sedang risau sekarang. Semasa dia beredar dari kawasan perkelahan mereka pun, langsung tidak diberitahu kepada SHINE.

         Pantas Akiko menggeleng. Dia memeluk batang pokok sebesar dua pemeluk manusia dewasa itu. Shikari mengeluh.

         “ Nanti ayah Akiko risau,” pujuk Shikari. Tambahan pula, Akiko ke sini tanpa pengetahuan sesiapa. Akiko tetap menggeleng.

         “ Ayah lupakan hari jadi saya,” perlahan Akiko bersuara. Mata Shikari kembali bulat.

         “ Ayah pergi kerja tanpa ucapkan selamat hari jadi. Kalau mak masih ada, tentu tak jadi macam ni,” kata Akiko perlahan. Keluhan Shikari terhembus. Dia memeluk kanak-kanak itu.

         “ Ayah tak sengaja. Akiko nak main dengan kawan-kawan kakak, tak?” tanya Shikari secara tiba-tiba. Senyuman Akiko melebar.

         “ Nak!”

         Mereka keluar dari kawasan itu berjalan ke kawasan perkelahan. Dari kejauhan lagi dia ternampak Sho sedang berlari ke arahnya. Dahi Shikari berkerut. Apa lagi ni?

         “ Kau ke mana? Kenapa tak beritahu nak ke mana? Siapa pulak budak ni? Mak bapak dia mana?” Bertalu-talu soalan diajukan kepada Shikari. Shikari mencebik.

         “ Boleh tak kau tanya satu-satu? Kepala aku tak boleh nak jawab semua kalau kau tanya macam tu,” bebel Shikari. Sho tersengih. Dia melihat pada kanak-kanak di sebelah Shikari.

         “ Aku jumpa budak ni tadi. Dia seorang diri, sebab tulah aku bawak ke sini sekali,” jelas Shikari. Mereka kembali melangkah. Sho mengangguk tanda mengerti.

         Sekali lagi dahi Shikari berkerut. Dia nampak Hiko, Itsuki, Naoki dan Eichii sedang mengelilingi tikar berkelah mereka seolah-olah ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Cepat-cepat Shikari berjalan ke arah mereka yang sedang tersengih-sengih. Tidak terkejar Akiko dan Sho dek langkah Shikari yang semakin pantas itu.

         “ Apasal pulak korang hadang tikar tu? Ke ada apa-apa yang dah korang buat,” tanya Shikari. Dia cuba menjenguk namun usahanya hanya sia-sia. Mereka semua lebih tinggi daripadanya. Nak lihat daripada celah kaki pun tak boleh.

         “ Eichii, kenapa ni?” soal Shikari. Wajah Eichii ditatap. Eichii hanya tersengih-sengih. Shikari tayang muka tidak puas hati.

         “ Kenapa ni?”

         Sho dan Akiko sudah berdiri di sebelahnya. Shikari mengalih pandangan pada Sho di sisi. Sama seperti mereka yang lain, Sho juga tersengih. Shikari semakin tidak puas hati apatah lagi soalannya tidak berjawab.

         “ Tepilah!”

         Shikari terkedu. Hiko, Itsuki, Naoki dan Eichii beralih ke tepi kerana tolakan kuat gadis itu. Perlahan-lahan Shikari menoleh ke arah mereka semua. Keningnya bercantum.

         “ Apa semua ni?”

         Sho tergelak. Dia mengambil sesuatu daripada beg sandang yang terletak di atas rumput. Akiko hanya melihat sahaja tanpa sebarang bicara.

         “ Selamat hari lahir yang ke 18, Shikari,” ucap Sho.

         Mereka yang lain menyertai ucapan Sho. Tangan masing-masing mula mengunjukkan kotak hadiah yang berbalut kemas. Shikari tergamam. Hari lahir... aku?

         “ Korang jangan nak main-main,” desak Shikari. Dia melihat pada kalendar di jam. Mulutnya terlopong. Sho mengangguk.

         “ Hari ni 10 Mac, hari lahir kau.”

         Perlahan-lahan Shikari menggelengkan kepalanya. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia melihat pada Akiko di hadapan.

         “ Bila tarikh lahir Akiko?”

         Baru sahaja sebentar tadi Akiko memberitahu Shikari bahawa hari ini hari lahirnya. Mungkin dia boleh mengecam perkara tersebut daripada Akiko. Akiko kelihatan kebingungan.


         “ 10 Mac, hari ni…” perlahan sahaja Akiko memberitahu. Dia kelihatan agak ketakutan. Mulut Shikari kekal terlopong.

         “ Aku dah agak kau akan lupa, sebab tulah kami beria-ria ajak kau ke sini. Nak sambut hari lahir kau,” kata Itsuki. Sengihan tidak lekang daripada bibir.

         Shikari mula tersengih-sengih. Rasa bersalah pula kerana mengutuk mereka tadi. Rupa-rupanya kedatangan mereka ke taman ini sekadar mahu menyambut hari lahirnya, bukannya berehat seperti yang dikatakan sebelum ini.

         “ Terima kasih, korang,” ucapnya perlahan. Tangan di bawa ke belakang untuk menggaru kepala. Itu tanda Shikari jika dia berasa serba salah.

         “ Tulah kau, cuma tahu nak kutuk kami je,” bidas Sho. Shikari mencebik. Dia dengan Sho memang payah nak aman.

         “ Yalah, yalah. Aku minta maaf. Aku langsung tak ingat tarikh hari ni,” balas Shikari.

         “ Sebab tu kami beria-ria nak ajak kakak ke sini walau kakak tak nak. Semua ni Sho dan Itsuki punya idea. Lagipun, kami rasa serba salah sebab kebelakangan ni kakak asyik letih je sebab uruskan hal kami. Jadi, kami buat kejutan dan kami harap kakak suka,” Eichii mencelah. Itsuki hanya ketawa.

         “ Sudahlah, aku tak nak ada adegan leleh kat sini. Marilah makan!”

         Shikari baru sahaja ingin duduk di atas tikar sebelum dia teringatkan seseorang. Pantas dia menoleh ke sisi. Akiko kekal berdiri di situ. Shikari mencangkung berhadapan dengan kanak-kanak itu.

         “ Jom kita sambut sama-sama. Hari ni kan hari lahir Akiko jugak,” ajak Shikari. Akiko menggeleng. Wajahnya muram. Barangkali kecewa kerana ayahnya melupai tarikh hari lahirnya.

         “ Marilah. Mak Akiko tentu nak Akiko gembira hari ni, bukannya monyok macam ni,” kata Shikari lagi. Dia gembira apabila melihat Akiko mengangguk. Dia menarik Akiko agar duduk di sisinya.

         “ Lepas ni kakak bawa Akiko pulang, ya? Tak elok susahkan ayah,” pujuk Shikari. Kepala Akiko terangguk-angguk sambil menikmati kek. Shikari tersenyum. 

p/s: Akiko? 

하나

2 comments:

pRincEssaLiE said...

akiko???
spe plak bdak nie..
waa, cte dh mkin best nieh...hehe

Hana Kimi said...

to ara> siapa? tggu bab 8 ye? :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...