Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, February 13, 2010

SHINE: You're My Melody 1


KETAWA Hikari meletus lagi. Satu persatu wajah di hadapannya diperhati. Berkerut muka kelima-lima lelaki itu. Ditekan perutnya kerana menahan senak. 

         “ Korang ni biar betul? Cuba cakap sekali lagi, korang semua nak jadi apa?” tanya Hikari. Ketawanya sudah berkurangan namun tetap kedengaran galak. Keluar air matanya kerana terlalu kuat ketawa.

         Sho mencebik. Mahu sahaja dia meluku kepala gadis itu.

         “ Salah ke kalau kami cakap kami nak tubuhkan satu boyband? Bukannya kau tak biasa dengan kami berlima. Semua persembahan di sekolah, kami yang adakan,” kata Sho. Hikari ketawa sekali lagi.

         Kata-kata Sho tidak boleh dipertikaikan. Kesemuanya benar. Jika ada festival yang diadakan di sekolah atau pertandingan nyanyian, sudah pasti mereka berlima akan menyertainya. Mereka berlima juga sudah mengumpul ramai peminat yang tidak terhad dari sekolah menengah tinggi mereka bahkan dari sekolah-sekolah tinggi yang berdekatan.

         “ Tapi, korang semua masih bersekolah lagi. Ni, adik aku si Eichii ni. Baru 16 tahun. Takkan nak jadi penyanyi?” tanya Hikari. Bahu Eichii ditepuk berulang kali. Naoki ketawa mengejek. Dia melihat wajah Eichii yang sudah berkerut-kerut.

         “ Nasib kaulah, Naoki. Dapat kakak jenis mengatur hidup orang je kerjanya,” ejek Naoki. Eichii mencebik. Dia melihat pada kakaknya.

         “ Apa salahnya, kak? Kalau kak risau pasal pelajaran, janganlah bimbang. Macamlah kakak tak tahu kami semua ni pelajar terbaik sekolah,” kata Eichii sedikit riak. Kali ini Hikari pula yang mencebik.

         “ Kenapalah korang ni jenis yang pendek akal? Fikirlah masal-masak dulu. Tubuhkan boyband ni bukannya senang. Tambah lagi korang semua ni masih lagi belajar,” kata Hikari.

         “ Helo, Cik Nishikawa Hikari. Di sini saya ingin jelaskan kami semua dah lebih daripada 15 tahun. Dah masuk menengah tinggi. Kami semua, termasuk dengan kau dah genap umur 18 tahun, adik kau pulak 16 tahun. Kami bukannya budak-budak lagi,” celah Itsuki. Hikari mencebik lagi.

         “ Katakanlah korang semua berjaya tubuhkan boyband, korang pilih syarikat mana? Ada ke syarikat yang nakkan korang semua ni?” tanya Hikari pula.

         Dia ketawa dalam hati. Lucu apabila memikirkan impian masing-masing yang sama. Menubuhkan boyband dan terkenal sedangkan sekolah pun masih belum lepas. Boleh jadi ke?

         “ Siapa kata tak ada syarikat yang berminat dengan kumpulan kami?” kata Hiko pula. Tawa Hikari mati tiba-tiba. Matanya melekat pada muka Hiko pula. Macam ada benda je ni...

         Sho tersenyum lebar. Mujur saja tidak sampai ke telinga. Jarinya ditunding tepat pada wajah Hikari. Hikari dah kehairanan.

         “ Kami dah pergi sesi uji bakat minggu lepas dan keputusannya akan diketahui esok hari.”

         “ Apa?”

         Yang lain-lain sudah ketawa. Boleh pitam Hikari jika bukan kerana bantuan adiknya. Cepat-cepat matanya diletak pada muka Sho yang sedang galak ketawa.

         “ Apa maksud kau dengan uji bakat?” tanya Hikari pantas.

         “ Pihak penganjur akan menelefon kami jika uji bakat itu berjalan dengan lancar. Lagipun, kamilah kumpulan yang paling menyerlah masa sesi uji bakat tempoh hari,” kata Sho meninggi diri.

         “ Apa nama kumpulan korang?”

         Sho hanya ketawa sebagai jawapannya.


JAM di tangan dilihat lagi. Hikari merengus. Kaki sudah menari tap dance. Dia berdiri berpeluk tubuh. Mencari bayang kelima-lima jejaka yang ditunggu sejak sejam lalu. Batang hidung pun tidak nampak.

         “ Takkanlah kecewa sebab tak terpilih sampai tak ingat janji. Nak kena tendangan percuma juga mereka tu. Adik aku pun, boleh dia tak ingat aku tunggu kat sini?” bebel Hikari sendirian.

         Tidak selesa berdiri, dia duduk. Lama menunggu, dia bangun kembali. Keadaan itu berterusan tetapi bayang salah seorang daripada mereka berlima langsung tidak kelihatan. Ke manalah mereka semua pergi sampai tidak datang-datang lagi?

         Hikari masih ingat apa yang berlaku petang semalam. Dia dipaksa menanti di sebuah taman yang berdekatan dengan syarikat rakaman itu semata-mata untuk mengetahui keputusan sesi uji bakat tempoh hari. Adiknya si Eichii pun sama naik dengan mereka berempat. Memaksa dan terus memaksa.

         “ Baru sampai? Tahu tak aku dah tunggu lebih sejam?” tanya Hikari lantang sebaik sahaja dia melihat kelibat mereka berlima.

         Begitulah gaya percakapannya. Langsung tidak menunjukkan kesopanan seorang gadis. Sementelah lagi Hikari dan Sho, Hiko, Itsuki serta Naoki sudah lama saling mengenali. Kerana itulah mereka memanggil nama masing-masing, bukannya nama keluarga.

         Perlahan saja langkah mereka menuju ke arah gadis itu. Hikari kehairanan. Monyok saja muka masing-masing. Langsung tidak kelihatan ceria.

         “ Kenapa ni? Korang tak terpilih ke?” tanya Hikari.

         Sho mengeluh. Hiko menggelengkan kepala. Itsuki hanya menekur pada jalan. Naoki dan Eichii pula mendiamkan diri. Kehairanan dia bertambah-tambah.

         “ Cakaplah. Apa keputusannya?” gesa Hikari. Kedengaran Sho mengeluh berat. Dia melihat wajah Hikari. Dia mengeluh lagi.

         “ Berita buruk,” kata Sho pendek.

         Daripada gaya percakapan Sho, kekecewaan mereka jelas kelihatan. Hikari menghela nafas. Dia berdiri berpeluk tubuh. Satu persatu muka monyok di hadapannya dilihat silih berganti.

         “ Aku dah cakap, korang takkan terpilih punyalah. Dah, jangan sedih-sedih. Korang kat sekolah pun dah cukup hebat. Lain kali boleh cuba lagi. Kita ke kafe, nak? Aku belanja?” pujuk Hikari. Susah kalau kelima-lima sedih macam ni. Lambat laun, dia pula yang akan turut sedih.

         “ Kami minta maaf,” kata Itsuki. Yang lain-lain mengangguk.

         “ Kenapa nak minta maaf pulak? Bukannya aku paksa korang,” kata Hikari. Sekali lagi dia kehairanan. Ada apa sebenarnya ni?

         Sho menarik nafas dalam-dalam. Matanya tidak lekang daripada wajah Hikari.

         “ Berita buruk yang kami maksudkan adalah…”

         Sho berhenti seketika. Debar hati Hikari bertambah-tambah. Macam ada tak kena saja...

         “ … kau kena jadi pengurus kumpulan kami.”

         Hikari menjerit. Wajah Sho kekal sedih, berlainan sekali dengan riak Hikari yang sudah terkejut tahap giga. Tangan yang lain-lain sudah lekat pada telinga, tidak tahan dengan jeritan Hikari.

         “ Apa maksud korang?” tanya Hikari.

         “ Kami berjaya dalam uji bakat tu! Kami berjaya!”


         Kelima-lima lelaki itu melompat kegembiraan. Habis saja mereka melompat, pantas tangan Hikari merentap belakang baju Sho. Tersentak Sho dengan tindakan gadis itu.

         “ Kenapa aku pulak yang jadi pengurus korang? Korang punya kumpulan, uruslah sendiri!” marah Hikari. Hati dan meletus geram. Geram kerana dipermainkan oleh mereka berlima. Sho ketawa. Kedua-dua tangan Hikari dipegang kuat, mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buku lima Hikari. Walau gadis itu jauh lebih pendek daripadanya, jangan sesekali mempertikaikan kekuatan tangan jaguh aikido sekolah itu.

         “ Apa salahnya. Kita pun dah lama kenal. Kami dah daftarkan nama kau sebagai pengurus kumpulan kami,” kata Sho.

         Hikari merengus. Kuat dia merentap tangan daripada pegangan Sho. Dia mendongak memerhati muka lelaki itu.

         “ Apa nama kumpulan ni?”

         Pertanyaan petang semalam berulang lagi. Sho tersenyum. Dia menoleh ke belakang. Dia melihat wajah kawan-kawannya silih berganti. Masing-masing dah tayang muka tak bersalah.

         “ SHINE.”

         “ SHINE? Kenapa pulak tu?” tanya Hikari.

         “ S mewakili Sho, H mewakili Hiko, I mewakili Itsuki, N mewakili Naoki dan E mewakili Eichii. Sho ketua kumpulan. Selain daripada tu, masih ada maksud lain pada nama tu,” kata Itsuki. Hikari terangguk-angguk.

         “ Apa maksud lain?”

         “ Bukan ke Hikari bermaksud cahaya. Cahayakan bersinar? Itulah sebab kedua kami menggunakan nama tu,” jelas Hiko sambil tersengih-sengih.

         Shikari merengus. “ Pandailah korang nak bodek aku. Kenapalah aku boleh terlibat sama dengan korang semua ni?” Dia mengetap bibir.

         “ Kakak ni risau berlebih-lebih pulak. Bukannya hal besar pun, jadi pengurus je,” pujuk Eichii. Kasihan juga apabila melihat kakaknya sebegitu rupa.

         “ Yalah. Yalah.”

         Nak tak nak, namanya sudah didaftarkan sebagai pengurus SHINE. Tapi, bila difikirkan balik bukannya susah sangat. Apatah lagi Hikari dan anggota SHINE bukannya orang lain. Eichii merupakan adiknya manakala Sho, Hiko, Itsuki dan Naoki pula berkawan sejak kecil lagi. Masing-masing sudah tahu kegemaran sendiri.

         “ Kau kata nak belanja kami makan? Jomlah, perut aku pun dah lama berbunyi ni,” kata Sho. Hikari tayang muka meluat. Dia mencebik.

         “ Sepatutnya kau yang belanja, okey? Dahlah aku dilantik sebagai pengurus, korang tak tanya pun sama ada aku setuju atau tak. Kemudian, tipu aku dengan muka kesian korang tu. Dah, kau yang kena belanja. Jom,” kata Hikari seolah-olah semuanya sudah muktamad. Lengan Sho ditarik mengikut langkahnya. Yang empat lagi mengekori daripada belakang.

         Sho yang mahu membuka mulut, membatalkan hasratnya. Hikari dah keluar aura membunuh daripada gaya renungan matanya. Silap hari bulan, ada kes orang patah kaki dan tengkuk.

         “ Kau kan kaya. Jadi, aku nak kau belanja apa je yang aku nak,” kata Hikari. Nada suaranya tidak menunjukkan kompromi. Sho mengangguk.

         “ Yelah, tuan pengurus.” Perkataan akhir diucap panjang. Cengkaman pada lengan Sho dikuatkan. Hiko, Itsuki, Naoki dan Eichii dan ketawa di belakang mereka. Kalau ada yang salah tafsir, mesti Sho dan Hikari dianggap sebagai pasangan kekasih yang sedang bertengkar.

         Hikari ketawa dalam hati manakala matanya menjeling pada muka Sho yang sudah menunjukkan tidak puas hati. Pandai sangat nak kenakan aku. Padan muka!


HIKARI menelan liur. Kagum melihat bangunan tinggi yang gah berdiri di hadapannya. Inilah Museum of The Stars, tingginya, hatinya berdetik. Hikari berjalan masuk ke dalam syarikat itu.

         Museum of The Stars, salah sebuah syarikat rakaman yang terkenal di Jepun. Artis-artis yang berada di bawah naungannya juga sudah ramai yang terkenal di serata Asia.

         Hari ini Hikari diminta datang ke syarikat ini. Mereka berlima sudah lama ke sini. SHINE meminta dia hadir untuk diperkenalkan sebagai pengurus kumpulan itu. Pada asalnya, Sho mengajak dia datang bersama-sama, namun Hikari menolak. Dia mahu pulang ke rumah dahulu dan menukar pakaian.

         “ Selamat petang. Boleh saya tahu di mana saya boleh berjumpa dengan ahli kumpulan SHINE?” penuh tertib Hikari menutur kata pada penyambut tetamu di hadapannya. Penyambut tetamu itu mengukir senyum.

         “ Cik Nishikawa Hikari ke?” tanya penyambut tetamu itu pula. Hikari mengangguk.

         “ Mereka sedang berlatih dalam bilik tarian. Cik boleh naik lif ke tingkat 10 dan belok ke kiri. Ada sebuah bilik tarian yang berlabel Dancing Room A di situ,” jelas penyambut tetamu itu. Hikari mengangguk.

         “ Terima kasih.”

         Dari tingkat bawah, Hikari menaiki lif menuju ke tingkat 10. Dia benar-benar kagum dengan syarikat itu. Persekitarannya luas dan bersih. Ruang dalam syarikat itu mengutamakan rona-rona ceria. Banyak lukisan abstrak dilakar pada dinding syarikat. Bahkan para pekerjanya santai sahaja mengenakan pakaian kasual.

         Pintu Dancing Room A diketuk terlebih dahulu. Sejurus kemudian pintu dibuka. Tercegat seorang lelaki berkemeja T dan berseluar jeans yang boleh dikategorikan sebagai abang kepadanya. Lelaki itu tersenyum melihat Hikari.

         “ Masuklah. Mereka sedang berlatih,” kata lelaki itu. Hikari mengangguk lalu mejenguk ke dalam. Bersungguh-sungguh dia melihat kelima-lima remaja itu sedang menari. Cermin besar dilekat pada setiap inci bilik itu.

         Lelaki itu mengiringi Hikari masuk. Kuat dia menepuk tangan dan menarik perhatian SHINE. Kelima-lima mereka menoleh ke belakang. Berubah ceria wajah mereka berlima. Mereka langsung tidak perasan akan kehadiran Hikari walau boleh dilihat pada pantulan cermin sebesar dinding dalam bilik itu.

         “ Lamanya kau ambil masa. Takkan sesat kot,” kata Sho. Dia mengesat peluh pada wajahnya sambil berjalan ke arah Hikari. Yang lain-lain menuruti belakangnya.

         Hikari buat muka masam. “ Aku datang pun dah kira bagus.”

         Mereka ketawa. Sho mengalih pandangan pada lelaki yang mengiringi Hikari sebentar tadi.

         “ Ni kawan kami. Abang Jun, kenalkan, ini Nishikawa Hikari, kakak kepada Eichii. Hikari, ini Abang Jun. Dia pengurus kami dan tua dua tahun daripada kita,” kata Sho. Riak Hikari berubah terkejut.

         “ Pengurus?”

         Sho mengangguk. Hiko, Itsuki, Naoki dan Eichii turut mengangguk dengan senyuman yang melebar pada wajah. Jun menghulurkan tangan kepada Hikari.

         “ Apa khabar, gembira dapat bertemu, Nishikawa,” kata Jun. Hikari mengangguk. Teragak-agak dia menyalami Jun sebelum perhatiannya beralih pada mereka berlima.

         “ Apa maksud kau dengan pengurus? Bukan ke semalam bukan main lagi kau kata aku pengurus korang?” tanya Hikari. Ketawa Sho meletus.

         “ Betullah. Abang Jun pengurus kami, kau pun pengurus kami. Bezanya, Abang Jun lelaki, kau pula perempuan,” kata Sho.

         “ Jangan main-mainlah!”

         Ringan sahaja tangannya menumbuk bahu Sho. Ketawa Sho makin galak. Jun hanya mampu menggeleng. SHINE sudah menceritakan bagaimana hubungan mereka dengan gadis itu.

         “ Kau cuma uruskan hal-hal yang kecil je. Lebih kurang macam yang kau lakukan masa di sekolah. Kau juga yang uruskan setiap kali kami masuk pertandingan, kan? Abang Jun pula uruskan hal yang berkaitan dengan syarikat dan persembahan-persembahan besar,” celah Itsuki. Perhatian Hikari berubah pada Itsuki pula. 

         “ Korang lupa satu perkara. Setiap kali korang nak adakan persembahan di sekolah, setiap kali itu jugalah aku dipaksa untuk uruskan semua tu. Jangan lupa perkara tu,” kata Hikari.

         Mereka berlima ketawa sekali lagi. Hikari merengus perlahan. Jika tidak memikirkan tempat dia berada sekarang, sudah pasti lebam kepala kelima-limanya kerana mempermainkan dia. Bukannya sekali dua, sudah banyak kali mereka mempermainkan dia. Eichii pun sama sahaja.

         “ Yalah, yalah.”

         Masing-masing sudah berhenti ketawa. Boleh patah riuk tulang mereka kalau Hikari mula naik angin. Jun hanya tersenyum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...