Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Saturday, February 13, 2010

SHINE: You're My Melody 2


KUAT bunyi beg dihempas pada meja. Bunyi itu mendorong lima kepala menoleh ke belakang. Nyanyian mereka terhenti. Eichii mendekati kakaknya. Wajah masam Shikari mengundang pertanyaan.

         “ Masam je. Kenapa kak?” tanya Eichii. Shikari merengus. Dia melihat pada wajah ahli SHINE.

         “ Sejak korang keluarkan satu lagu sebagai pengenalan kelmarin, dalam masa sehari je dah berduyun budak perempuan suruh aku sampaikan hadiah dan surat untuk korang semua. Aku nak belajar pun tak senang,” jelas Shikari. Mereka berlima ketawa serentak.

         “ Nasiblah. Itu menunjukkan bahawa kami dah mula terkenal, betul tak apa yang aku kata ni?” kata Sho. Yang lain-lain hanya mengangguk.

         “ Masalahnya, bukan korang yang kena serbu sebaliknya aku. Pasal jadi pengurus korang, aku kena tempias sekali,” bebel Shikari. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa. Buku dibawa keluar daripada beg.

         “ Aku tak nak maksud campur. Korang, jom mula balik.”

         SHINE masuk ke sebuah bilik. Shikari ditinggalkan di ruang tamu. Shikari mengeluh. Sejak tiga minggu lalu, rutin hariannya sudah bertukar. Biasanya, tamat sahaja waktu persekolahan dia akan terus pulang ke rumah dan hanya akan keluar jika ada latihan aikido. Kini, dia perlu ke Museum of The Stars (MTS) sebaik saja tamat waktu persekolahan. Makan dan minum tengah harinya juga di situ.

         Sebuah buku dibuka. Biasanya, sambil menunggu SHINE melakukan latihan, Shikari akan melakukan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya di ruang tamu bilik yang dikhaskan untuk SHINE itu. Jika dia mahu menangguh ke waktu malam, belum tentu lagi tugasan itu akan selesai. Dia akan keletihan dan masuk tidur awal.

         “ Abang Jun?”

         Bunyi pintu dikuak mendorong Shikari melihat ke arah muka pintu. Jun memasuki bilik itu. Di tangannya ada dua beg plastik restoran makanan segera. Jun mengukir senyum pada Shikari sebelum dia menuju ke meja makan. Beg plastik itu diletak di atas meja.

         “ Abang ada belikan makanan. Shikari nak tunggu mereka siap berlatih atau makan terus?” tanya Jun. Kerana sudah terbiasa dengan panggilan SHINE pada Shikari, dia turut memanggil nama gadis itu menggantikan nama keluarga.

         Shikari tersenyum lebar.

         “ Makan terus. Kalau tunggu mereka, saya boleh mati kelaparan, tahu tak?” kata Shikari. Dia menyertai Jun di meja makan. Beg plastik itu digeledah. Bau makanan sudah menusuk hidung. Sedapnya!

         “ Abang beli enam set hidangan yang sama. Tak adalah korang berebut nak makan. Abang perlu ke bawah, jumpa dengan Encik Aida. Kamu makanlah dulu, lepas tu panggil mereka makan,” kata Jun. Shikari mengangguk.


         “ Baiklah.”

         Jun keluar dari bilik itu. Shikari sudah enak mengunyah ayam goreng. Baru sahaja dia meneguk air berkarbonat sebelum dia disergah dari belakang. Terbatuk-batuk Shikari menahan sedak. Pantas dia menoleh ke belakang.

         “ Woi! Korang nak aku mati tersedak ke apa?” tanya Shikari. Walau ada lima orang yang berdiri di belakangnya, namun dia tahu sergahan tadi siapa punya angkara. Sho!

         Sho ketawa diikuti yang lain-lain. Shikari sudah tayang muka cemberut.

         “ Rilekslah. Kau makan tak ajak kami,” Sho mencipta alasan. Shikari buat bodoh.

         “ Kalau rasa nak makan, baik duduk cepat sebelum aku habiskan semua makanan ni,” ugut Shikari. Ayam goreng kembali dibawa ke mulut. Sho ketawa.

         “ Kau ni, badan je kecik. Selera besar mengalahkan gergasi,” kutuk Sho.

         Begitulah mereka semua. Kutuk mengutuk dan usik mengusik sudah sebati dalam persahabatan mereka. Walaupun Shikari perempuan, dia lebih rapat dengan mereka berempat berbanding rakan-rakan perempuan yang lain. Eichii turut terjebak sama.

         Mereka berlima mengambil tempat di meja makan. Shikari terus menyuap makanan tanpa menghiraukan mereka berlima. Daripada layan mereka berlima yang kepala masing-masing tidak berapa betul, lebih baik dia melayan perut yang lapar.

         “ Eh, aku nak tanya sesuatu ni,” kata Shikari secara tiba-tiba. Mereka berlima berhenti menikmati makanan. Mata sudah melekat pada wajah gadis itu.

         “ Korang kata Abang Jun tua dua tahun daripada kita, maksudnya dia baru 20 tahun. Macam mana pulak dia boleh jadi pengurus kumpulan kat syarikat ni?” tanya Shikari. Sudah lama dia memendam soalan itu. Mahu bertanya sendiri pada Jun, dia segan.

         “ Abang Jun tu anak saudara pemilik syarikat ni. Dia masih belajar di Universiti Tokyo. Kerja pengurus tu cuma sekadar suka-suka je. Abang Jun tu berhasrat nak jadi jurutera muzik lepas tamat belajar,” jelas Itsuki. Kepala Shikari terangguk-angguk.

         “ Ooo...”

         Waktu semakin berlalu. Shikari melihat jam pada dinding. Waktu sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia melihat ke sekitar bilik. SHINE masih lagi berada dalam bilik latihan mereka, barangkali sedang mengemas barang.

         “ Kak?”

         Shikari menoleh ke arah suara itu. Eichii keluar dari bilik itu diikuti Hiko, Sho, Itsuki manakala Naoki yang akhir sekali. Mereka berlima mendekati gadis itu.

         “ Jom, balik.”

         Shikari mengangguk. Pintu bilik yang dikhaskan untuk SHINE dikunci. Kunci itu akan diserahkan kepada penyambut tetamu di lobi syarikat nanti. Bunyi tapak kaki menarik perhatian mereka. Jun tergesa-gesa menghampiri mereka.

         “ Dah nak balik? Maaf, abang ada kerja tadi,” kata Jun. Sho mengangguk. Tentu banyak perkara yang harus diuruskan oleh Jun. Tambahan lagi, mereka baru sahaja meningkat naik.

         “ Tak apa. Kami datang esok seperti biasa, ya? Kami pulang dulu, Abang Jun,” kata Sho. Jun mengangguk.

         Jun mengekori mereka berenam turun ke lobi syarikat. Sampai di hadapan pintu masuk, dia berhenti.

         “ Korang datang esok, mungkin abang tak ada. Abang ada hal esok hari,” beritahu Jun. SHINE mengangguk. Shikari hanya mendiamkan diri.

        “ Kami pulang dulu.”

         Jun melambai seketika sebelum kembali masuk ke dalam bangunan MTS. Mereka berenam masih kekal di situ. Shikari mengguman. Dia memandang ke arah Eichii.

         “ Kamu nak balik dengan mereka ke? Kak datang naik basikal je tadi,” beritahu Shikari. Eichii menjungkit bahu.

         “ Saya bonceng sekali dengan kaklah. Boleh?” tanya Eichii. Habis sahaja dia berkata-kata, kepala dia menjadi mangsa lukuan tangan Naoki. Pantas Eichii menoleh ke arah lelaki itu.

         “ Kenapa pulak?”

         Naoki tersengih. “ Kau ni memang manja dengan kakak kaulah.”

         Eichii buat bodoh. Naoki memang gemar mengusiknya. Kalau dia manja dengan Shikari pun, apa salahnya. Hanya mereka sahaja dua beradik dalam keluarga. Tapi, jika tiada yang mengenali mereka, pasti akan menganggap Eichii sebagai abang Shikari atau kekasih Shikari gara-gara hubungan mereka yang terlampau rapat dan ketinggian Shikari yang hanya pada paras bahu Eichii. Wajah Shikari kembali dipandang.

         “ Boleh tak, kak?” tanya Eichii sekali lagi.

         Tanpa banyak soal, Shikari mengangguk. Selepas mengucapkan selamat malam, mereka berpecah. Hiko, Itsuki dan Naoki pula pulang ke rumah bersama Sho. Sho yang bermurah hati untuk menghantar mereka pulang. Dengan apa lagi? Dengan bantuan pemandu Sholah.

         “ Kak,” panggil Eichii dari belakang. Shikari hanya menggumam.

         “ Kak okey ke sepanjang jadi pengurus kami?”

         Tawa Shikari meletus. Dia menoleh sekilas pada adiknya. Pegangan pada basikal tidak dilepaskan.

         “ Kalau kamu tak tengok kakak patahkan tulang Sho, itu maksudnya kakak okey. Kalau tak, kamu fahamlah sendiri,” kata Shikari dengan tawa yang masih bersisa. Eichii menyertai tawa kakaknya.

         “ Kenapa Eichii tanya?” soal Shikari pula. Eichii menjungkit bahu.

         “ Eichii sendiri tak pasti. Bukannya apa. Dalam masa hampir sebulan ni, kakak asyik ulang alik dari sekolah ke MTS. Masa untuk ke kelab aikido pun terbatas. Eichii risau kalau kakak rasa terpaksa jadi pengurus kami. Lagipun, kakak jugak yang selalu marah-marah bila sampai ke bilik SHINE,” luah Eichii.

         Eichii sememangnya rapat dengan Shikari. Jika tiada halangan, dia gemar bermanja dengan kakaknya itu. Jika ada masalah sekalipun, hanya kepada Shikari tempat untuk dia meminta pendapat. Walaupun Shikari agak kasar orangnya, Eichii amat menghormati kakaknya itu.

         “ Macamlah kamu tak tahu perangai kakak ni macam mana,” komen Shikari. Eichii ketawa sekali lagi.


“ MEREKA dah sampai! Mereka dah sampai!”

         Riuh kawasan sekolah dengan teriakan para pelajar, terutamanya pelajar perempuan. Sebabnya? SHINE yang baru sahaja mengeluarkan sebuah lagu sebagai pengenalan bagi kumpulan itu baru sahaja memasuki kawasan sekolah.


         “ Alamak… Kita nak buat macam mana ni?” desis Hiko. Gerun juga apabila melihat para peminat perempuan yang seolah-olah diserang histeria. Sho ketawa perlahan.

         “ Buat relaks je. Korang jangan bimbang, mereka takkan bunuh kita punyalah.” Dalam waktu-waktu sebegini, sempat lagi Sho bergurau. Yang lain-lain sudah buat muka cemas.

         Mahu tidak mahu, terpaksa juga mereka memasuki kawasan sekolah. Para pelajar perempuan sudah semakin dekat untuk mengerumuni mereka, namun ada sesuatu yang telah menghalang pergerakan mereka. Tempikan seorang gadis mula kedengaran. Itu bukannya tempikan memuja mereka, sebaliknya...

         “ Tak payah terhegeh-hegeh nak kacau mereka! Mereka datang ke sekolah untuk belajar, bukannya nak jumpa dengan peminat! Kalau nak sangat tandatangan mereka, nak sangat bagi hadiah, lebih baik korang bagi kat luar sekolah! Menganggu tahu tak!”

         Sho ketawa. Jelas di hadapan mereka bagaimana Shikari sedang berdiri bercekak pinggang membelakangi SHINE. Para pelajar yang teruja tadi, sudah mencebik geram. Mahu melawan, satu sekolah tahu bahawa Nishikawa Shikari merupakan jaguh aikido kebangsaan. Pelajar lelaki pun boleh tewas di tangan gadis bertubuh kecil itu.

         “ Tengok apa lagi? Masuk ke kelas! Jangan ganggu mereka masa sekolah!” marah Shikari lagi.

         Para pelajar tadi menjauhkan diri daripada tempat asal. Shikari menjengilkan mata. Kuat kepalanya menjadi mangsa lukuan Sho. Pantas Shikari menoleh.

         “ Yang ni pun satu hal. Kenapalah tangan kau tak boleh duduk diam je daripada luku kepala aku?” marah Shikari. Sudahlah tadi sakit tekak aku marahkan peminat-peminat kau, sesuka hati je nak luku kepala aku!


         “ Baguslah kerja kau, wahai cik pengurus,” kata Sho. Giginya yang tersusun dengan rapi jelas kelihatan semasa dia ketawa. Shikari hanya merengus sebelum menolak tangan Sho dengan kasar. Jelingan para pelajar perempuan yang masih berada di situ dibuat bodoh.

         “ Aku buat macam ni pun bukan sebab aku pengurus korang, tapi aku tak nak hidup adik aku kat sekolah ni jadi huru hara sebab dikejar peminat korang. Kalau kau kena kejar peminat sampai terpaksa panjat pokok pun aku tak kisah,” kata Shikari.

         Tawa mereka berlima bersatu. Shikari yang pada mulanya tayang muka masam, akhirnya ketawa juga. 



하나

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...