Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Friday, April 30, 2010

SHINE: You're My Melody 10


DARI sehari ke sehari, populariti SHINE semakin meningkat. Sudah hampir tiga bulan mereka bertapak dalam dunia hiburan namun sehingga kini, semuanya memberi reaksi positif. Lagu pertama mereka juga menjadi siulan ramai.

         Walau bagaimanapun, mereka masih lagi bergelar pelajar. Sudah semestinya pelajaran harus menjadi keutamaan mereka. Dan, musim peperiksaan akan bermula tidak lama lagi.

         “ Esok ujian, ya? Aku rasa macam baru semalam je kita merakam lagu, sekarang dah masuk musim peperiksaan dah,” kata Sho sambil mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangan. Tin jus diletak di atas meja.

         “ Yalah. Aku rasa macam tak sedia je nak jawab soalan esok,” kata Itsuki. Yang lain-lain mula mengeluh. Wajah masing-masing dah berubah keruh.

         “ Alah, relakslah. Korangkan antara pelajar terbaik sekolah? Aku yakin, korang boleh skor jugak untuk ujian kali ni,” kata Hikari cuba menaikkan semangat rakan-rakannya. Masing-masing dah kelihatan sangat tertekan.

         “ Tapi, sekarang dah lain. Kalau dulu, banyak masa kami boleh gunakan untuk ulang kaji pelajaran, sekarang ni pulak masa kami dah terbatas. Siang malam berlatih je,” komen Sho.
 
         Hikari mengeluh. Apalah...

         “ Korang jugak yang beria-ria nak masuk MTS awal macam ni. Sendiri mahu ingatlah,” balas Hikari. Takkan dah lupa yang mereka pernah bertekad untuk bergelar boyband seawal usia ini?

         “ Yalah, yalah. Banyak cakaplah kau ni. Eh, kau nak ke mana tu?” tanya Sho apabila melihat Hikari bangun daripada duduk lantas mencapai beg sandang sebelum disangkut ke bahu.

         “ Bukan ke sepanjang minggu peperiksaan ni Abang Jun bagi cuti? Jadi, aku nak balik sekarang. Eichii, kamu pulang dengan Sholah. Kak ada hal kejap. Pergi dulu,” kata Hikari pantas. Sebelum sempat mereka menahan, gadis itu sudah berlari keluar dari bilik. Sho mengerutkan dahi.

         “ Kenapalah dengan dia tu?”

         Itsuki ketawa namun tiba-tiba sahaja tawanya mati. Pantas dia menyiku lengan Hiko yang sedang berbual dengan Eichii. Hiko menoleh ke arah rakannya. Keningnya diangkat sebelah.

         “ Kenapa?”

         “ Sampai sekarang aku tak nampak Naoki. Ke mana ya dia pergi?” kata Itsuki. Sho segera menoleh sebaik sahaja Itsuki habis menuturkan ayat. Dia turut tertanya-tanya.

         “ Betul jugak. Kenapa ya?” kata Sho sendirian.

         Masing-masing angkat bahu. Sehingga hari ini perangai Naoki masih sama. Sering mendiamkan diri. Sudah lama mereka tidak mendengar jenaka daripada Naoki.
        

TEPUKAN di bahu memaksa Hikari menoleh. Seorang wanita berdiri di belakangnya. Segera dia memberi tunduk hormat seraya menguntum senyum.

         “ Mak Cik Asami, apa khabar?” tanya Hikari. Tidak sangka pula dia akan bertemu dengan ibu Kumi di sini. Sudah agak lama mereka tidak bertemu semenjak pertemuan pertama mereka dahulu.

         “ Mak cik sihat je. Masa mak cik jalan tadi, nampak kamu. Lebih baik mak cik tegur,” balas Mak Cik Asami. Hikari mengangguk perlahan.

         “ Kenapa mak cik ke sini? Ada sesiapa yang sakit ke?” tanya Hikari. Hairan juga dia. Tiba-tiba sahaja mereka bertemu di hospital. Tentu ada hal kecemasan.

         Mak Cik Asami ketawa. Dia menggeleng. “ Tak ada sesiapa yang sakit pun. Cuma, mak cik ada urusan sikit di sini. Sebab tulah mak cik ke sini. Kamu pulak? Mak kamu sakit ke?”

         Pantas Hikari menggeleng. “ Melawat kawan,” bohong Hikari. Kepada Mak Cik Asami pun dia tidak memberitahu perkara yang sebenarnya.

         Mak Cik Asami mengangguk. “ Tak apalah, mak cik pergi dulu. Kalau ada masa, datanglah ke rumah mak cik. Ajak kawan-kawan kamu sekali. Kalau tak, cuma Jun sajalah yang datang ke rumah.”

         “ Baiklah, mak cik. Kalau saya nak datang, saya akan beritahu Kak Kumi,” janji Hikari. Mak Cik Asami mengangguk sekali lagi. Selepas memberi tunduk hormat, wanita itu melangkah pergi.

         Hikari mengeluh. Tentu perkara yang dimaksudkan oleh Mak Cik Asami tadi terlalu penting. Jika tidak, masakan wanita itu kelihatan tergesa-gesa.

         “ Alamak! Aku dah lambat!”

         Jam di tangan direnung sebentar sebelum Hikari mula mencari lif. Dia sudah berjanji dengan Naoki bahawa dia akan melawat Mak Cik Yuka pada hari ini. Mak Cik Yuka sudah sedar beberapa hari yang lalu namun keadaan wanita itu masih lemah. Esok, Mak Cik Yuka akan dibedah. Penderma untuk salah satu buah pinggangnya sudah ditemui. Nampaknya, usaha Pak Cik Tatsuo mencari penderma buah pinggang yang sesuai untuk isterinya membuahkan hasil.

         “ Naoki,” seru Hikari sebaik sahaja pintu wad dibuka. Kelihatan Naoki sedang menyuap bubur pada ibunya. Naoki mengangguk sekilas. Mak Cik Yuka pula tersenyum lemah.

         “ Apa khabar, mak cik?” tanya Hikari selepas memberi tunduk hormat. Dia mengambil tempat di sisi Naoki.

         “ Macam nilah keadaan mak cik. Pagi esok, mak cik mula masuk bilik bedah,” cerita Mak Cik Yuka. Hikari mengangguk tanda faham. Tentu sukar bagi Naoki. Esok merupakan hari pembedahan ibunya dan juga merupakan hari pertama peperiksaan.

         “ Pak Cik Tatsuo mana, mak cik?’ tanya Hikari merujuk kepada bapa Naoki. Dia langsung tidak melihat kelibat lelaki itu.

         “ Pak cik pergi jumpa doktor. Nasib baik mak cik jumpa penderma yang sesuai, kalau tak, dah tentu mak cik mati,” kata Mak Cik Yuka dengan senyuman di bibir.

         “ Mak, kenapa cakap macam tu?” celah Naoki. Wajahnya berubah sedikit. Mak Cik Yuka ketawa. Dia mengusap kepala anak tunggalnya itu.

         “ Yalah, yalah. Mak takkan cakap macam tu lagi, ya sayang?” kata Mak Cik Yuka. Naoki mengukir senyuman hambar. Sesungguhnya dia tidak rela mendengar perkataan itu daripada bibir ibunya.

         Hikari tersenyum hiba. Sehingga sekarang berita bahawa Mak Cik Yuka sakit masih tiada siapa yang tahu. Kasihan Naoki. Jika benar apa yang dikatakan oleh Mak Cik Yuka tadi, sudah pasti hidup Naoki tidak menentu.

         Mak Cik Yuka melihat ke arah Hikari pula. Senyuman tidak pernah hilang daripada wajah pucat itu.

         “ Kamu pergilah teman Hikari ke taman. Mak nak rehat kejap sementara ayah kamu jumpa doktor,” kata Mak Cik Yuka. Naoki mengangguk. Pasti ibunya mahu bersendirian saat ini. Dia bangun daripada kerusi.

         “ Baiklah, mak. Saya keluar dulu. Hikari, jom,” ajak Naoki. Hikari mengangguk. Dia mengekori langkah Naoki di hadapan. Taman hospital menjadi destinasi mereka.

         Kedengaran keluhan Naoki menyapa telinga Hikari. Hikari menoleh ke arah sahabatnya itu. Naoki benar-benar kelihatan tertekan.

         “ Esok ujian. Kau nak pergi sekolah ambil ujian atau teman mak kau masa dia masuk bilik bedah?” tanya Hikari.  Naoki menggeleng sebelum mengangkat bahu. Dia tidak pasti apa yang patut dilakukan olehnya. Hikari mengeluh. Dia merenung pada laluan pejalan kaki.

         “ Tapi, mak aku tentu nak aku ke sekolah. Tambah-tambah pulak, esok ujian,” kata Naoki. Hikari mengangguk. Sudah semestinya begitu.

         “ Tak apalah. Aku balik dulu, kirim salam aku pada mak kau. Jumpa kat sekolah esok. Kalau boleh, jangan tertekan sangat. Aku bimbang kalau keputusan ujian kau nanti merosot sebab perkara macam ni,” kata Hikari. Naoki mengukir senyum. Terasa hambar sahaja.

         “ Terima kasih, kau memang baik,” kata Naoki. Suaranya berubah ceria. Hikari ketawa kecil. Dia menumbuk perlahan bahu Naoki.

         “ Tau takpe. Kau je yang suka kutuk aku macam-macam,” balas Hikari. Naoki turut ketawa.

         “ Tapi, kutukan Sho lagi teruk, betul tak cakap aku?” kata Naoki. Hikari mengangguk berulang kali. Dia benar-benar setuju dengan apa yang dikatakan oleh Naoki itu.

         “ Kamu memang pandai. Baiklah, aku balik dulu. Selamat tinggal,” ucap Hikari. Dia melambai ke arah Naoki. Naoki membalas lambaiannya. Hikari berlari-lari anak keluar dari perkarangan hospital. Hari ini dia hanya berjalan kaki. Sengaja meninggalkan basikalnya di rumah.

         Esok, ujian akan bermula. Ujian pertama pada tahun ini. Apa yang diharapkan, rakan-rakannya dan Eichii mendapat keputusan yang baik kelak. Begitu juga dengan dirinya. Hikari mengetap bibir. Agaknya, bagaimana dengan Naoki esok ya? Tentu sukar buat lelaki itu.


HIKARI mendekati rakan-rakannya yang sedang berkumpul di kantin sekolah. Rancak benar mereka berbual walaupun muka masing-masing kelihatan keruh. Dia mengambil tempat di sisi Eichii. Gelas yang berisi jus oren adiknya itu diambil sebelum disisip perlahan.

         “ Kenapa muka sorang-sorang macam orang sakit je ni? Pasal ujian tadi ke?” tanya Hikari. Gelas itu diletak kembali di hadapan Eichii. Kelima-lima kepala itu menunduk lantas mengeluh.

         “ Susah gila! Entah apalah yang aku jawab tadi aku sendiri tak tahu,” kata Sho. Itsuki dan Hiko mengangguk. Naoki hanya mendiamkan diri. Eichii juga begitu.

         “ Jangan bimbanglah. Korang ulang kaji tak semalam?” tanya Hikari. Matanya tertumpu pada Naoki yang masih menunduk. Pastinya Naoki sedang memikirkan keadaan ibunya.

         “ Ulang kajilah. Tapi, mana sempat semua nak masuk otak kalau belajar macam ni,” kata Itsuki pula. Sho pula mengangguk, menyokong kata-kata Itsuki.


         Hikari mengangguk. Sesekali dia mengerling ke belakang dengan ekor matanya. Tahu sangat ada yang dengki melihat dia semeja dengan SHINE. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah peduli. Yalah, selama ni bukan ke aku memang rehat sekali dengan SHINE, kan?

         “ Lepas ni kertas Matematik. Harap-harap korang boleh jawab. Aku nak pergi dulu. Jangan lambat masuk kelas pulak, lagi 10 minit sebelum ujian Matematik mula. Aku pergi dulu,” kata Hikari. SHINE mengangguk. Hikari beralih ke kaunter minuman dahulu sebelum kembali ke kelasnya. Dia agak dahaga sekarang ini.

         Tujuan dia ke kantin bukan sekadar mahu bertemu dengan SHINE, sebaliknya mahu melihat reaksi Naoki. Sebaik sahaja ujian Sains tamat tadi, dia melihat Sho dan Naoki segera keluar dari kelas. Mereka berdua terlupa mengajaknya ke kantin tadi. Mungkin kerana fikiran mereka asyik fikirkan ujian sahaja tadi.

         Hikari melihat ke langit. Agaknya, bagaimana ya dengan pembedahan Mak Cik Yuka. Harap-harap semuanya berjalan dengan selamat. Dia hanya mampu berharap sahaja.


BAHU Kumi ditepuk lembut. Pantas Kumi menoleh ke belakang. Jun mengukir senyum namun raut muka Kumi tidak menunjukkan keceriaan. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh gadis itu. Sedari tadi lagi Jun melihat Kumi asyik termenung sahaja.

         “ Kenapa ni? Awak ada masalah?” tanya Jun sambil melabuhkan duduk di hadapan gadis itu. Kumi menggeleng perlahan.

         “ Cakaplah. Manalah tahu saya boleh tolong awak. Kenapa? Masalah pasal Kyo lagi ke?’ tanya Jun sekali lagi. Mata Kumi terbuntang luas secara tiba-tiba. Mukanya berubah masam serta masam.

         “ Boleh tak jangan sebut nama tu?” kata Kumi perlahan. Jun ketawa kecil.

         “ Baiklah, baiklah. Tapi, kalau awak merajuk lagi saya boleh panggil Shikari jadi penyelamat kita nanti,” gurau Jun. Kumi kembali menguntum senyum. Malas mahu bergaduh dengan Jun.

         “ Ceritalah. Apa masalahnya?” tanya Jun. Keluhan Kumi terhembus.

         “ Pasal mak,” pendek sahaja ucapan Kumi. Dahi Jun mula berkerut.

         “ Kenapa dengan Mak Cik Asami? Mak cik sakit ke?” soal Jun. Sewaktu dia bertemu dengan wanita itu kelmarin, nampak sihat sahaja.

         Kumi menggeleng. “ Tak. Mak tak sakit cuma sejak kebelakangan ni mak macam... pelik sikit.”

         Kumi teringatkan peristiwa malam tadi. Sewaktu dia turun ke dapur untuk mengambil minuman, dia terdengar esakan ibunya di dalam bilik. Bapanya tiada di Jepun. Lelaki itu mempunyai urusan di luar negara. Buat sementara waktu ini, ibunya mahu tinggal di Jepun sebelum kembali ke luar negara bersama Tuan Toyoda.

         “ Pelik macam mana?” pantas Jun menyoal lagi.

         Kumi terdiam. Dia sebenarnya teragak-agak mahu memberitahu Jun. Semalam ibunya berulang kali menyebut ‘anakku’. Kumi tidak berani menyoal ibunya. Bimbang jika wanita itu bertambah sedih. Tetapi, rasanya dia tahu apa yang sedang berlaku. Tentu berkaitan dengan peristiwa berbelas tahun dahulu.

         “ Kumi?”

         Kumi tersentak. Dia merenung pada Jun yang masih setia menunggu jawapannya. Patut atau tidak dia menceritakan semuanya pada Jun.

         “ Kumi?” panggil Jun sekali lagi. Kali ini dia menepuk tangannya betul-betul di hadapan wajah Kumi.

         “ Saya nak pulang dululah,” ucap Kumi. Tas tangan diambil sebelum dia berjalan pergi. Jun termangu. Belum pernah lagi Kumi berkelakuan sedemikian.

         “ Kenapa ni?” tanyanya sendirian. Dia membiarkan sahaja Kumi berjalan pergi. Tentu apa yang disorokkan oleh gadis itu amat penting. Apa agaknya ya?

p/s: kat sini Hana nak buat pembentulan sikit. sebenarnya, Hikari yang means 'cahaya' in Japanese, bukannya Shikari. Hana salah dengar masa sensei Hana beritahu yang dia letak nama anak dia Hikari yang means 'cahaya' in Japanese. bukannya Shikari, ya :) 

하나

2 comments:

Ara Ali Fath said...

yeah!!org first ag...hehe
best2...
nk lagi!!
rindu dh kt SHINE!!

Anonymous said...

Kalu kita,
kita lebih suka dekat Kumi,
pastu Hikari yang second punya,
hihihi...

Ain...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...