Ai no Kotoba

Colours make your life beautiful, melody makes your life rhythm and harmony makes your life a life - Hana

Semua karya dalam blog ini hak cipta terpelihara penulis. Anda tidak dibenarkan menciplak, me-copy, memplagiat atau with every means to copy it atau mengaku karya itu anda punya.
Semua karya tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat membaca. Peace!

Watashi no Tomodachi :D

Entri Terbaru! Tengok Sini!

Thursday, April 8, 2010

SHINE: You're My Melody 9


TERKEKEH-KEKEH Shikari ketawa. Habis sahaja membaca kolum yang menarik perhatiannya itu, dia membelek pula muka surat yang seterusnya. Hari ini dia agak lapang. Jun telah memberi kebenaran kepadanya untuk berehat lagi.

         Berterabur majalah-majalah yang lain di atas katil Shikari. Dia tersenyum. Kerja sekolah sudah dibereskan, ulang kaji pelajaran pun sudah malah dia sempat mempratikkan seni aikido semasa bersenam pagi tadi. Pendek kata, masanya teramat lapang sekarang.

         Bunyi pintu diketuk mengalih perhatian Shikari. Kelihatan ibunya tercegat di muka pintu. Shikari melempar senyuman. Majalah di atas katil ditutup.

         Ada apa, mak?” tanya Shikari.

         Mak Cik Yukio masuk lalu duduk di birai katil anaknya. Di tangannya ada sebakul buah-buahan yang disusun dengan cantik. Dahi Shikari bercantum.

         “ Buah untuk apa ni mak?” tanya Shikari. Kali ini giliran Mak Cik Yukio pula yang tersenyum.

         “ Kamu boleh bawakan buah ni ke hospital tak? Mak nak pergi melawat tapi tak sempat,” kata Mak Cik Yukio. Shikari bertambah hairan. Siapa pula yang sedang sakit?

         “ Siapa yang sakit, mak?” tanya Shikari.

         “ Pak Cik Morizo jatuh kelmarin, kakinya patah. Mak fikir nak pergi melawat hari ni tapi tak sempat. Boleh kamu tolong bawakan buah dan bubur pada dia?”

         “ Oh... Atuk Morizo. Kesiannya. Baiklah, tapi mana bubur tu?” Shikari bersetuju. Dia teringatkan lelaki tua yang tinggal di simpang jalan masuk ke rumahnya itu. Lelaki itu tinggal bersendirian kerana ketiadaan anak. Walau bagaimanapun, mereka tidak perlu risau akan makan minum lelaki tua itu apatah lagi Atuk Morizo mempunyai beberapa orang pembantu di banglonya itu. Kadang-kadang, Shikari akan pergi ke rumah lelaki itu  dan berbual bersama-sama.

         “ Bubur ada kat dapur. Kamu bersiaplah. Jangan lupa beritahu Pak Cik Morizo, mak akan melawat dia tak lama lagi, boleh?”

         Shikari mengangguk. Sesudah ibunya keluar, Shikari segera bersiap. Sudah agak lama juga dia tidak bertemu dengan Atuk Morizo. Rindu juga dengan lelaki yang dianggap seperti datuk sendiri itu.


“ BUAT susah je kamu datang hantar buah ni,” kata Atuk Morizo. Shikari menguntum senyum. Dia membantu lelaki itu mengupas epal. Seulas epal disua kepada lelaki tua itu.

         “ Apa salahnya, atuk? Lagipun, sekarang ni dah susah tau kalau atuk nak jumpa Shikari. Sekarang ni Shikari sibuk mengalah Perdana Menteri Jepun, tau tak?” gurau Shikari. Atuk Morizo ketawa. Dia menggeleng kepalanya perlahan.

         “ Mak kamu cakap, kamu sibuk uruskan adik kamu dan kawan-kawan kamu tu. Uruskan apa sebenarnya? Macamlah atuk faham,” kata Atuk Morizo. Terkekeh-kekeh Shikari ketawa. Pinggan yang berisi epal diletak di atas meja kecil di sisi katil.

         “ Eichii, Sho, Hiko, Itsuki, dan Naoki tu sekarang ni dah jadi penyanyi. Shikari yang kena uruskan mereka. Mula-mula tu memang tak nak, tapi terpaksa jugak. Sebab tulah Shikari sibuk sekarang ni. Nak jenguk atuk pun susah,” adu Shikari. Muncungnya ditarik. Atuk Morizo hanya ketawa. Dia mengusap kepala gadis itu.

         “ Tak kisahlah, apa pun pelajaran kamu jangan terabai. Kalau kamu betul-betul ada masa, jenguklah atuk. Atuk pun makin sunyi sejak kamu sibuk sekarang ni,” kata Atuk Morizo. Shikari mengangguk.

         Hampir satu jam Shikari berada di dalam wad, berbual-bual dengan Atuk Morizo. Menyedari waktu sudah semakin berlalu, Shikari meminta diri untuk pulang. Baru sahaja kakinya melangkah keluar dari wad yang dikhaskan untuk Atuk Morizo sebelum pandangannya tertancap pada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Kakinya melangkah mendekati.

         “ Naoki?”

         Naoki tergamam. Pantas dia menoleh ke belakang. Riaknya berubah terkejut. Dek terkejut, Naoki terundur beberapa langkah ke belakang.

         “ Shikari?”


SETIN jus epal dihalakan kepada Naoki. Naoki menyambut perlahan sebelum Shikari duduk di sisinya. Kawasan taman hospital menjadi pilihan mereka. Tidak ramai yang sedang bersiar-siar saat ini.

         “ Kenapa kau tak nak beritahu kami? Semua risau bila tiba-tiba je kau balik semalam,” tutur Shikari perlahan. Dia meneguk jus oren yang dibeli tadi. Naoki mengeluh.

         “ Takkan aku nak cakap yang mak aku sakit? Nanti korang semua jugak yang risau,” balas Naoki. Air mukanya benar-benar keruh saat ini. Jarang benar jika seseorang itu mahu melihat wajah Naoki yang sebegitu apatah lagi sudah ramai yang sedia maklum bahawa Naoki merupakan seorang yang ceria.

         Shikari mendegus. Dia merenung pada wajah keruh Naoki.

         “ Kami kawan kau. Lagipun, dah lama kami kenal mak kau. Tapi, kenapa mak aku tak tahu yang mak kau sakit? Takkanlah mak aku tak tahu pulak?” kata Shikari perlahan.

         Kerana persahabatan yang terjalin sejak kecil, masing-masing sudah mengenali ahli keluarga yang lain. Malah, mereka juga pernah mengadakan perkelahan lima buah keluarga itu. Keluarga Sho, Hiko, Itsuki dan Naoki menyertai keluarga Shikari dan Eichii melakukan aktiviti perkelahan di pantai.

         “ Aku cakap pada jiran-jiran kita yang lain, mak aku ke Sapporo. Aku tak nak ada orang tahu yang mak aku sakit. Tak pasal-pasal pulak menyusahkan orang lain pula,” kata Naoki. Serentak dengan itu, bahunya dipukul kuat oleh Shikari. Pantas Naoki menoleh.

         “ Kenapa kau pukul aku?” tanya Naoki sambil mengaduh kesakitan. Shikari mengetap bibir.

         “ Tu hukuman sebab kau sendiri! Apa gunanya kawan kalau tak boleh menolong satu sama lain. Aku rasa, kalau Sho dan yang lain-lain tahu, masak kau dikerjakan mereka.”

         Naoki menggeleng. “ Tolong, jangan beritahu sesiapa pun pasal mak aku. Aku rayu pada kau. Boleh?”

         “ Tapi, kenapa kau nak rahsiakan? Teruk sangat ke keadaan Mak Cik Yuka?” tanya Shikari tidak faham. Susah sangat ke nak beritahu mereka pasal kesihatan Mak Cik Yuka?

         Naoki bangun daripada duduknya. Dia mengalih pandangan ke bangunan hospital yang berada jauh di hadapan. Keluhan Naoki terhembus lagi.

         “ Jom, ikut aku,” ajak Naoki. Shikari mendiamkan diri. Dia mengekori langkah Naoki yang berjalan mendahuluinya.


WAJAH itu kelihatan tenang sahaja saat terlena. Langsung tidak menunjukkan rasa sakit atau tidak selesa walaupun hampir keseluruhan tubuhnya diselirati dengan wayar. Shikari terkedu. Dia merenung pada wajah Naoki yang semakin keruh.

         “ Mak Cik Yuka sakit apa?” tanyanya buat pertama kali.

         “ Mak aku ada masalah dengan buah pinggang. Kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan sekarang ni doktor sedang mencari penderma. Ayah aku tengah usahakan perkara tu sekarang ni. Sejak hari tu, mak aku tak sedar-sedar lagi. Sejak aku kecil lagi mak aku sakit cuma sekarang keadaan benar-benar melarat. Selama ni aku tak tahu pun. Hanya ayah aku je tahu pasal ni,” kata Naoki perlahan. Shikari mengangguk.

         Daripada wajah wanita itu, Shikari mengalih pandangan kepada raut Naoki. Dia mengeluh perlahan.

         “ Kau pasti tak nak yang lain-lain tahu?” tanya Shikari. Naoki mengangguk. Dia merenung sayu pada susuk tubuh ibunya yang sedang terbujur kaku dengan wayar yang berselirat di atas katil.

         “ Aku betul-betul mintak tolong kau. Jangan beritahu sesiapa pun walau pada mak bapak kau, boleh?” kata Naoki lagi. Shikari mengangguk. Naoki sudah bertegas dan dia tiada hak untuk menyangkal kata-kata sahabatnya itu.

         “ Kau boleh percayakan aku. Jangan bimbang,” kata Shikari. Naoki mengeluh. Dia mengalih pandangan pada wajah sahabat sejak zaman kanak-kanaknya itu.

         “ Terima kasih…”

         Shikari mengangguk. Dia cuba menguntum senyum namun gagal. Pandangannya dihala ke arah Mak Cik Yuka. Jika hatinya sendiri sudah rasa sakit apabila melihat wanita itu berada dalam keadaan lesu saat ini, bagaimana pula dengan perasaan Naoki yang merupakan anak kepada wanita tersebut? Shikari tidak dapat membayangkan bagaimana Naoki menanggungnya seorang diri.

         “ Aku maksudkan kata-kata aku. Kau jangan bimbang. Takkan satu perkataan pun akan keluar pasal ni. Aku janji,” ucap Shikari sekali lagi. Naoki merenung wajah itu. Lama dia mendiamkan diri sehinggalah akhirnya dia mengangguk perlahan.


BUKU-BUKU rujukan disimpan kembali ke dalam beg. Shikari duduk menongkat dagu. Dia mengalih pandangan ke arah bilik latihan SHINE. Sudah lebih daripada dua jam mereka berada di dalam bilik itu bersama Jun. Entah apalah yang mereka lakukan bersama?

         Shikari mengeluh. Dia teringatkan pertemuannya dengan Naoki di hospital beberapa hari lepas. Setakat ini, rahsia itu masih kemas tersimpan. Naoki yang meminta dia merahsiakan pasal perkara itu dan dia harus menghormati permintaan sahabatnya itu.

         “ Kenapa ni?”

         Shikari mengangkat wajah. SHINE dan Jun sudah keluar ke ruang tamu. Pantas Shikari menggeleng. Pandangannya dihala kepada Naoki yang berdiri agak jauh daripada mereka. Wajah Naoki masih lagi kelihatan keruh walaupun tidaklah sekeruh tempoh hari.

         “ Tak ada apa-apalah. Letih je. Korang punya latihan dah habis ke? Kalau tak, aku nak balik ni,” ucap Shikari. Dia menggeliat sepuas hati. Alahai… letihnya! Suka hati sahaja dia membuat gaya bebas. Sho ketawa.

         “ Baliklah. Kami dah tamat dah pun. Esok, macam biasa ke Abang Jun?” tanya Sho seraya menoleh ke arah Jun. Perlahan Jun menggeleng.

         “ Esok, korang datang awal sikit. Cik Koda nak tunjukkan koreografi terbaru untuk lagu terbaru korang. Kali ni, kita akan buat video klip lepas video klip S.H.I.N.E dah rasmi,” beritahu Jun. Dia membelek buku catatan di tangannya. Sho mengangguk.

         “ Baiklah kalau macam tu. Kami setuju je,” putus Sho.

         Kaki masing-masing sudah melangkah keluar dari bilik muzik SHINE. Seperti biasa, Shikari hanya menunggang basikal ke sini dan Eichii akan menjadi penumpang di belakang. Hiko, Itsuki dan Naoki pula pulang bersama Sho walaupun kawasan taman perumahan mereka sekali dengan Shikari dan Eichii. Kala Naoki memanjangkan langkah ke perhentian teksi di seberang jalan, pantas sahaja Sho melaung menyeru namanya. Naoki segera menoleh.

         “ Kau nak ke mana? Kejap lagi Abang Keni’chi sampai!” laung Sho. Naoki menggeleng. Tanpa berkata sepatah pun dia kembali meneruskan langkahnya. Sho menggaru kepalanya. Dia menoleh ke arah kawan-kawannya yang lain.

         “ Kenapa sejak dua menjak ni aku rasa macam perangai Naoki pelik sikit?” tanya Sho. Itsuki mengangkat bahu. Hiko menggeleng perlahan. Eichii turut mengangkat bahu. Masing-masing tidak tahu. Perhatian mereka tertumpu pada Shikari yang hanya mendiamkan diri.

         “ Kenapa korang tengok aku macam tu?” tanya Shikari hairan. Macam nak terkam aku je gayanya.

         “ Kau tahu tak kenapa perangai Naoki berubah macam pendiam sikit sekarang?” tanya Itsuki. Sho dan Hiko mengangguk. Eichii senyap sahaja. Shikari menggeleng.

         “ Macamlah aku ni pengasuh dia nak tahu semua hal pasal dia,” balas Shikari. Wajahnya beriak seperti biasa namun di hatinya... uhh!!! Janganlah aku terlepas cakap pasal tu!

         “ Tapi, memang Naoki pelik sikit sekarang. Kadang-kadang, aku tengok dia termenung saja kerjanya,” kata Hiko. Itsuki mengangguk.

         “ Dia pun dah tak banyak bergurau. Kenapa ya?” tambah Sho pula. Masing-masing mendiamkan diri. Shikari menepuk dahi. Susahnya...

         “ Tak apalah korang, aku dan Eichii balik dululah. Malam pun dah makin lewat ni,” kata Shikari. Lama-lama berdiri kat sini, silap hari bulan ada juga rahsia yang pecah.

         Sho mengangguk. “ Baiklah. Jumpa korang kat sekolah esok. Selamat tinggal.”

         “ Selamat tinggal,” serentak Hiko dan Itsuki menuturkan ayat. Shikari ketawa perlahan. Dia mengangguk sekilas sebelum menarik Eichii berjalan mengikutinya.

         “ Agaknya, apa kena ya dengan Naoki tu? Eichii pun rasa pelik,” suara Eichii tiba-tiba. Walaupun dia muda dua tahun daripada mereka semua, dia hanya membahasakan nama apabila berbicara dengan yang lain-lain. Sho, Hiko, Itsuki dan Naoki sendiri yang tidak suka dia memanggilnya dengan gelaran ‘abang’.

         Shikari angkat bahu. Pegangan tangannya pada lengan Eichii dilepaskan. Basikal disorong menaiki lorong pejalan kaki. Jam di tangan dikerling sekilas. Sudah melebihi 10 malam.

         “ Kak memang tak tahu ke pasal Naoki?” tanya Eichii lagi. Shikari menggeleng. Dia semakin resah. Bagaimana agaknya keadaan Mak Cik Yuka sekarang? Tentu masih belum sedarkan diri atau masih terlalu tenat?



하나

5 comments:

Ara Ali Fath said...

hana, first of all thanks post cte nie semata2 utk ara...
really appreciate it!!hehe
btw, cte nie hana terpost double la...ptut mcm panjang semacam jea...hehe

Unknown said...

to ara> arigatou ;D hana dh check n' btulkan balik. tengss :))

Anonymous said...

uwaaa..
ciannye naoki..
hana..xmo la sdey2..
-kyra-

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Aihh..sian Naoki.
Smbg lg :D

Hana Norisa said...

sian naoki..
sabr ya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...